- special delivery -

Oct 31, 2012


dulu setakat ada lori beli surat khabar lama yg datang.
"sulat kaba lame", "kaw kaw pu chi"
kadang-kadang ada lori kecik atau van buat pengumuman  fun fair.
"latangla belamai-lamai, ke palang awam nilai..."
kemudian yg nak angkut segala besi buruk, barang lektrik terpakai untuk dikitar semula.
"besi buluk, kompute lame, mesin basuh lame, peti sejuk losak.."
kemudian lori jual tilam pun join.
"tilam...tilam...tilam lame ganti balu..."

sekarang ni dah ada lori ikan dan sayur.
lori hantar gas pun banyak dah.
diorang takde speaker cum bunyi hon je....
pennnn peennn, poooonnn..."

untunglah tak payah susah-susah nak ke pasar beli ikan & sayur.
tengah-tengah masak, gas habis...telefon aje, ada yg akan hantar gas.
ini dah masuk kategori special delivery!

mereka punya servis memang tip top.
yg hantar gas misalnya,
siap hantar ke dapur dan pasangkan sekali kepala gas...fuh!

yg jual ikan dan sayur, kalau kita tak sempat semasa mereka lalu atau pusing-pusing area rumah kita
terutama suri rumah mungkin tengah cuci kain, boleh telefon.
diorang akan patah balik...ke rumah kita.



untunglah suri rumah.
dengan satu panggilan saja, semua boleh dapat.
dihantar ke depan pintu...malah terus ke dapur!

memang dah advance, boleh bersaing sama tara dgn mekdi, pizza, kentaki....
tapi ini bukanlah barang makanan, cuma servis atau perkhidmatan yg ditawar ke pintu rumah.
omputih kata door-to-door service...

pada isteri yg bekerja, terpaksalah simpan stok yg dibeli dari tesco, giant, mydin atau pasar raya lain.
susah-susah mintak aje hubby tapau.
kedai makan kan banyak.
tak payah susah-susah masak...
alasan penat, takde stok untuk bahan masak adalah alasan yg kukuh.
lebih-lebih lagi alasan nak diet...!

- the return of mat gedek -

Oct 30, 2012

doktor, pet-pet, mat capap, keli, atuk, mat gedek, panjang, itik, bisul, lenggeng & aku

ni antara pic lama yg masih aku simpan.
sesetengahnya sengaja aku digitalkan. ada yg ok, ada yg dah kabur.
seingat aku, ini sebahagian grup dpd dorm aku di asrama sekolah dulu.
wahid @ mat gedek (baju kuning tu) antara yg paling rapat.
kebanyakannya dah lost contact.
kecuali beberapa yg aku jumpa dlm fb.

aku cuba tanyakan dpd kengkawan, mana perginya dia.
yg aku dengar dulu dia manager kedai koperasi kat felda, di pasoh.
kali terakhir jumpa dia, masa ambik result stpm.
hari yg sama, naik bas dari seremban ke itm, kampus jln othman, petaling jaya.
ooops bukan.
aku pernah ikut dia balik kampung di muar.
masa tu tengah tunggu keputusan dapat ke tidak masuk U.

dekat nak maghrib semalam, aku baru sampai.
rehat sekejap sebelum nak mandi.
ada orang bagi salam dari luar.
selalu yg datang waktu petang begitu, kumpulan tabligh.

"papa, ada orang datang cari..." bagitau eril.
aku pun menuju ke pintu. tak berbaju.
seorang lelaki berjubah, berambut pendek berdiri di situ.
"Ya Allah, jumpa jugak akhirnyo kita..." terkeluar dari mulutnya sebaik nampak aku.
disalamnya erat tanganku. dipeluknya aku.
aku masih blur...siapa gerangannya. sedangkan dia begitu pasti.
"ini kawan lamo den dulu. macam adik beradik..kawan lain mungkin den lupa, tapi yg ni den takkan lupo sampai bilo-bilo" katanya memperkenalkan aku pada kawannya. dalam loghat negori yg pekat.

ahhh...ini masalah aku.
kali ni aku bukan saja tak ingat namanya, malah tak dapat cam wajahnya.
"jemputlah masuk dulu. mintak maaf. aku tak berapa cam. siapa ni " (aku tulis dlm BM standard, sebenarnya aku speaking negori).

"laaa...ini wahid la....lama aku cari kau" rupa-rupanya dia juga mencari, spt aku jugak.
"ya Allah.... wahid. lain benar kau sekarang..." sekali lagi aku peluk dia.
bertahun lama tak jumpa. bergenang air mata lelaki ku. dia pun sama.
orang yg kita sangka takkan jumpa lagi, dan yg ada hanyalah kenangan...tiba-tiba muncul depan mata.

tak banyak yg kami dapat bualkan pada waktu sesingkat itu.
lagipun dia ada hal, sebab nak bantu kawannya tu  yg kerosakan motor.
berkali-kali aku ajak dia masuk. tapi dia betul-betul menolak kerana ada hal.
"kalau boleh, mahu saja aku berborak panjang, tak balik pun takpe" katanya.
jadi kami berborak pendek tapi penuh kemesraan kawan lama. kawan baik. kawan rapat.

dalam waktu sesingkat tu, kami bertukar nombor telefon.
sama-sama berjanji akan menyambung semula ikatan yg terputus sekian lama dek jarak dan waktu.
malam tadi, aku sukar nak tdur.
fikiranku mengimbas kembali kenangan kami dulu-dulu.
tak sedar air mata gembira, mengalir di pipi.


*******

macam mana dia boleh tahu rumah aku? dan dapat cari aku?
cerita ringkasnya begini.

sebenarnya wahid sekarang ada buat bisnes tempahan kabinet dapur, almari atau perabot dalaman rumah. kompeninya ada di seremban.
kebetulan seorang lagi kawan lama...kalau dalam pic di atas yg pakai kain pelikat peluk lutut...norkimi @ atuk buat tempahan pasang almari wardrobe.
dia tinggal di kawasan kejiranan aku.
malah dialah jiran aku yg paling rapat sejak aku tinggal di sini.

jadi, petang semalam semasa pasang wardrobe tu diaorang berjumpa.
juga selepas berpisah sekian lama sejak sekolah dulu.
daripada situlah, wahid ditunjukkan rumah aku.
semuanya secara kebetulan.
aku percaya ini adalah takdir....

dpd mana wahid dpt nicknamenya?
mat gedek...
diberikan sebab wahid tinggal di felda.
gedek dikaitkan dgn  mengait buah kelapa sawit gunakan galah dan sabit yg biasa dikerjakan oleh orang felda.
jadi...gelaran mat gedek dilekat padanya.
tak senonoh dan jahat kan...he he he



- jalan-jalan layan perut . . . 5

Oct 29, 2012

nak makan western food atau seafood yg sodap kat area nilai ni, cari je
adam seafood.western food.
cawangannya yg aku tahu di nilai ada dua:
1. dekat area MPN, atau matriks UIA atau masjid bb nilai
2. seberang jln depan mydin, kota seriemas atau jln lama kg jijan
servis bagus dan serba cepat dihidang

western foodnya esp. chicken chop & lamb chop ada kelas
harga pun berpatutan la...

ala carte spt nasi goreng thai ni pun mmg terbaek!
satu lagi kalau nak order jus buah...orderlah yg gelas BESAR punya

- korban di hari raya -


masih ada yg belum pulih dpd kaki kejang, akibat jalan jem semalam.
ada kawan aku dari penang ke putrajaya ambik 10 jam. bertolak jam 6:30 ptg sampai jam 4:40 pagi...!
seorang kawan pulak dari muar sampai KL, ambik 9 jam.
bayangkan perjalanan dari kota bharu ke KL, sehari suntuk mahunya!
ini pun kira korban jugak...jumpa keluarga dan sedara-mara di kampung.

raya haji kali ni jatuh pada jumaat.
jadi program ibadah korban, ramai yg alihkan ke sabtu. takut masa suntuk.
tahun ni famili kami korban 3 ekor lembu.
tahun lepas tak buat sebab kak lang, atih dan anjang ke mekah, menunaikan haji.
korban dibuat lepas solat jumaat.
oleh sebab keluarga kita orang je dlm kampung yg buat korban tahun ni, makanya semua orang kampung tertumpu ke situ.
maka cepatlah siapnya. sembelih, melapah, potong daging, timbang dan agihkan.
sempat jugak jamu mereka yg membantu tu dengan sup tulang...!


eh...ramai gak yg pakai baju merah!

dah tumbang sekor...

melapah...bukan senang, kena ada pakar jugak

part mana nak potong dulu...?

kanak-kanak bagi sokongan moral

yg ni kerja gang veteran

andak dah booked kepala lembu...

dah setel, tengah bungkus utk diagihkan...lepas ni pekena sup tulang panas-panas!


- nickname buat kita konfius -

Oct 25, 2012



tak semua benda dlm laman sosial ni negatif belaka.
ada jugak faedahnya.
aku ada join beberapa grup dlm fb.
ada jugak grup yg aku tak sedar pun siapa yg masukkan aku di situ...ha ha

grup yg satu ini, ialah kawan-kawan bekas sekolah aku dulu.
ada ramai ahlinya, tapi macam biasa tak ramai yg aktif.
dpd jumlah tu pulak, cuma berapa kerat aje yg aku masih kenal & masih berhubung.
mungkin peredaran masa menyebabkan ingatan makin terpadam separuh...
atau mengaku ajelah dah makin tua...ha ha

beberapa hari lepas ada kengkawan sampaikan berita ada kawan lama yg sakit.
sedang dirawat di hospital. sakit yg kronik jugak.
adalah jugak yg melawatnya di hospital.
tapi aku tak pasti kawan yg sakit tu mana satu.
puas aku imbas-imbas, tak dapat jugak recalled.

punca utamanya nama yg disebar tu ialah nama sebenar.
nama dalam i.c.
faham-faham ajelah, susah nak ingat nama betul ni.
terutama kawan-kawan asrama.
inilah padahnya, kalau guna nama samaran. nickname.
ada nick yg ok, ada nick yg mengarut & tak tercapai akal.
lebih parah lagi, nick itulah yg kekal.
sampai lupa nama sebenarnya...

jadi, sejak beberapa hari ni, aku cuba risik pada kengkawan.
yg mana satukah gerangan lokman kudus tu.

mereka pun cuba describe -
yg dulu kelas 5C
rambut lurus-lurus
suka jalan laju dan kalut sikit orangnya
suka buat joke
- sebenarnya, gambaran tu tak menjawab pun siapa dia lokman?
manalah aku nak ingat. kelas aku dulu pun tak tahu 5 apa dah.

hinggalah pagi ni ada seorang kawan lama.
bagi komen kat thread tu.
menimbulkan nick  si lokman dulu.
- ah lok -
bila terkeluar je, terus aku boleh ingat.

ah lok, satu dorm dengan aku kat hostel dulu.
kami yg pakat bagi nick tu dulu.
sebab muka lokman ni macam cina.
kulitnya putih-putih, rambut lurusnya disikat gaya tempurung,
stail poon fook loke - legenda hoki malaysia.
dipadankan jugak dgn nama asalnya, lokman = ah lok.

poon fook loke (jersi kuning M) - legenda hoki
stail rambut & muka ah lok ada iras ni..
(pic dpd blog loose cannon)

petang ni, aku dah pakat dengan atuk (nick jugak).
atuk ialah kawan paling rapat dengan ah lok dulu.
atuk dapat nama sebab muka dia nampak tua sikit.
bukan apa, sebab dia ni kurus cengkung.
jalan pun stail orang tua, suka seret kaki.
ditambah bongkok sikit.
jadi dapatlah nick, atuk.

kami nak ziarah, ah lok di HUKM.
sejak habis sekolah, tak pernah jumpa dia.
lost contact langsung. fb dia pun tak jumpa.

nick aku?
eh...tak payah taulah!

- bila dia sudah tiada -

Oct 23, 2012


"ni semua salah aku. kalau la...." kata jimi penuh sesalan. dia rasa sangat down.
"bukan...tu dah takdir dia. dah sampai masanya..." aku cuba menenangkan.


*****

ini cerita lama. cerita aku dengan kawan-kawan.
kisah yg benar-benar terjadi, yg akan kesekian kalinya kembali melintas memori.
setiap kali bila musim peperiksaan stpm tiba pada hujung tahun, imbas kembali ini akan menerawang di benak fikirku.

anak muda tengah naik memang sedikit nakal.
cuba-cuba hisap rokok. menyelinap keluar hostel waktu malam. mengintai awek asrama putri. ngorat student perempuan. naik motor takde lesen. ponteng kelas prep.
itu cuma sekadar suka-suka.
memenuhi keinginan remaja.
kalau tak buat apa-apa, tiadalah pengalaman untuk diimbas waktu gathering dengan kawan-kawan lama 10-20 tahun kemudian...

tapi ini cerita sedih. cerita kehilangan kawan.
waktu tu awal tahun. kami baru saja naik upper six.
pada satu hujung minggu.
baha, kawan satu dorm datang. senior setahun. dia tengah tunggu result stpm.
dia ajak kita orang keluar.
ke majlis kenduri kahwin. abang kepada aweknya. bakal abang ipar la tu...

aku naik motor kawan baha.
baha naik dengan jimi.
kami dari asrama sekolah di seremban.
tujuan kami ke satu kampung di lenggeng, n. sembilan
sampai sekerat jalan, jimi mintak kepada baha nak bawak motor.
jimi takde lesen. tapi boleh bawak motor.
aku tak pulak mengada-ngada nak bawak motor dan tukar dgn kawan baha, joe namanya.

lepas beberapa lama jimi naik syok.
maklumlah, motor baha tu baru beli. tak sampai sebulan.
motor yamaha rxz, masa tu tengah hangat di pasaran.
dia mula tunggang dengan laju. dan korner baring. korner lipat dekat selekoh.
aku dan joe tercicir di belakang.
"biar betul jimi ni", getus hati aku.

tiba di satu selekoh, aku dan joe tergamam.
kami lihat ada  motosikal terbabas. eksiden...!

ya ALLAH...!! kami menjerit serentak...

jimi dan baha tercampak di tepi jalan.
motosikal tu, remuk teruk. tiang letrik yg dilanggarnya, hampir tumbang.
joe mendapatkan baha.
aku mendapatkan jimi.

jimi cedera di bahu dan kaki.
baha cedera parah. sebab helmetnya tertanggal.
aku dengar joe cuba ajar baha mengucap kalimah syahadah.
aku segera melihat baha yg dipangku oleh joe. kepalanya cedera teruk.
baha meninggal di situ juga.
depan mata kami. dalam pangkuan kawan karibnya, joe.

kami menangis, kehilangan seorang kawan dalam sekelip mata.

******

sejak hari itu, jimi tak lagi seperti dulu.
seorang yg ceria dan suka berjenaka, hilang sudah.
dia menyalahkan dirinya. menyesali tindakannya.

beberapa bulan kemudian kami dapat tahu, arwah baha lulus cemerlang dalam stpm.
hancur luluh hati kami sebagai kawan-kawannya, terutama jimi.

sejak kematian baha, saban ada kesempatan. jimi akan menziarahi kubur arwah baha.
peristiwa itu pasti menghantui ingatannya sepanjang hayat.

ahad lepas. jimi sms aku.
katanya, baru lepas ziarah kubur baha.

- bomoh hujan -

Oct 22, 2012


1.
sejak minggu lepas hampir setiap hari, hujan turun.
kadang-kadang sampai sehari suntuk.
semalam pun hujan turun jugak.
pic ni aku ambik petang semalam. waktu menung-menung depan rumah.
rasa malas nak keluar rumah, hujan-hujan begini.
cuma satu aje aku terperasan, kereta yg ada di kawasan kejiranan ni sama je.
semuanya putih...

2.
seperkara yg aku selalu ingat sejak tinggal di sini, setiap kali ada perlumbaan di trek F1, mesti hujan turun.
iyalah, rumah aku kan sejengkal aje, malah boleh dengar deruman enjin.
tak kira motosikal ke atau kereta lumba.
dulu-dulu selalu gak layan sebab dapat tiket free. sekarang ni, dah tak berapa nak rajin. kalau dpt tiket pun, bagi kat anak sedara.
berbalik pada kaitan antara hujan dengan perlumbaan di F1.
khabarnya, pengurusan trek F1 dulu, upah bomoh hujan tiap kali ada Formula 1 atau Moto gp.
jadi, trendnya walaupun cuaca mendung macam nak hujan, tapi hujan akan hanya turun selepas perlumbaan tamat.
sebab bomoh hujan telah menahannya. banyak yg kata macam tu.
...dan perkara ini mungkin benar sebab aku sendiri pernah alaminya beberapa kali.
tapi sejak beberapa tahun kebelakangan, pengurusan baru yg kononnya menganggap karut aje guna bomoh hujan ni. tak rugged la...
jadi, hujan pun turun sejak beberapa tahun kebelakangan ni semasa perlumbaan F1 danMoto gp.
contohnya, semalam....
berapa agaknya bayaran untuk bomoh hujan yang handal?

zulfahmi...hero motor pujaan ramai


- kecik-kecik lagi dah grad. . . -


jumaat lepas, hari graduasi tahun 6.
ala-ala majlis konvokesyen la.
aku pernah ceritakan dalam entri blog sebelum ni.
diadakan di nilai springs resort. huh...kemain.
sekolah lain buat kat dewan sekolah je weh...

aku tak pergi. ada kerja mendesak.
wifey aje yg pergi, temankan eril.
majlis hi tea, dengan persembahan daripada pelajar dan guru.
ijazah disampaikan oleh wakil rakyat.
wifey kata siap pakai jubah lagi. macam betul-betul grad.
pics ada banyak dalam henset wifey.
cuma katanya, dalam majlis tu tak dibenarkan parents ambik gambar.
sebab takut haru-biru bila parents berebut depan pentas nak ambik gambar anak-anak.
tapi wifey curi-curi jugak ambik.

tak semua pelajar hadir.
tak tahulah. sebab majlis ni bukan free. kena bayar.
ada jugak yg datang disediakan bas.
mungkin sebab takde transport atau ibu bapak tak dapat datang

oleh sebab takde gambar, aku tepek ni aje lah dlm entri.




- eric...di mana agaknya kau sekarang? -

Oct 19, 2012



"kau tau tak apa jadi pada dia?"
"entah...dah lama aku tak dengar citer dia...dia buat apa sekarang?"

itu bualan aku dgn sekri.
kami jumpa sewaktu nak order sizling mee di malaysia kitchen, the mines.
kebetulan!

sekri dulu hanyalah budak suruhan bhg gudang di tempat kerja lama aku.
dpd kad nama yg diberi, nyatalah dia dah makin maju sekarang.
bukan saja maju, tapi peningkatan amat besar.
tertera pada kad tu jawatannya, warehouse manager.

kata sekri, dia satu-satunya pekerja lama yg masih di situ.
mungkin berkat kesetiaannya itu, berbaloi. dan ganjarannya ialah jawatannya sekarang.
siapa sangka, pekerja yg kerjanya dulu disuruh arah, kadangkala dimarah itu kini dah jadi salah seorang boss. orang penting dlm kompeninya.

yg lain katanya, satu batch dgn kami dulu, semua dah angkat kaki.
membawa haluan masing-masing.
malah dah putus hubungan langsung.
kalau dia tak menegur aku di situ, sumpah aku pun takkan perasan dialah, sekri.
jauh lebih segak dan bergaya dpd sekri yg aku kenal dulu...

berbalik pada sambungan perbualan awal tadi.
ianya berkait dengan eric.
pekerja yg disukai ramai, sebab dia peramah dan berkawan dgn semua orang.
dia jugak kesayangan boss.
kerjanya bagus. ideanya banyak.

tapi nasib eric kurang baik dalam hal rumah tangga.
perkahwinan pertamanya gagal.
isteri yg disayanginya rupa-rupanya ada lelaki lain.
habis hartanya dikikis.
kemudian dia kawin lagi. khabarnya dengan kawan satu ofis.
masa tu aku sudah bekerja dengan kompeni sekarang.

satu hari dia telefon aku. katanya nak jumpa.
katanya dia ada kedai cd. nak cari bisnes partner.
aku ni bab berniaga tak berapa cerdas. tak berani ambik risiko & takde pengalaman langsung.
lebih menolak lagi, aku takde modal.
jadi, pelawaan eric, aku tolak mentah-mentah.

rupa-rupanya menurut sekri, eric ada masalah besar.
waktu dia contact aku tu sebenarnya dia sudah diberhentikan kerja.
kes pecah amanah.
semuanya kerana isteri dpd perkahwinan keduanya. yg boros dan bermewah-mewah.
oleh sebab eric tak mahu perkahwinan keduanya gagal lagi, dia turutkan kehendak isterinya itu.
dia mula berhutang. sehinggalah tak mampu lagi dibayar.
lalu, dia pecah amanah duit kompeni.

jadi, cari bisnes partner yg dimaksudkan ketika menghubungi aku dulu, ialah jual cd cetak rompak. termasuk cd lucah.
itu untuk tampung kehidupannya.
isterinya pun dah lari.
dia mula meminjam pula dpd kawan-kawannya yg simpati.
kemudian, dia pinjam duit dari ah long.
lepas tu, eric hilang tanpa khabar berita....
sekri pun tak tahu di mana dia sekarang.

*****

itu serba sikit kisah kehidupan.
seorang kawan yg naik dari bawah kerana kesetiaannya, kesabarannya.
kini, hidupnya agak berjaya.

seorang lagi kawan yg jatuh kerana kehancuran perkahwinannya.
lalu menghancurkan kehidupannya jugak.

itulah rencah kehidupan manusia...

- kita tak pernah serik -

Oct 17, 2012


pic ni aku ambik di kawasan kejiranan aku 2 malam lepas.
gelap...!
puncanya sejak 5 hari lepas lampu jalan entah kenapa, tak menyala.
mungkin rosak atau kemungkinan lain.
aku dan beberapa jiran lain dah pun report ke MPN, sejak hari pertama lagi.

soalnya tak ramai antara kita yg prihatin pun. bagi mereka, gelap tak jadi hal pun.
asalkan rumah mereka masih ada lektrik.
kebanyakan kita ada lampu di bahagian depan atau porch, tapi berapa org yg pasang pada waktu malam?
ramai yg hanya pasang kalau ada tetamu datang atau ada keraian.
selebihnya bergelap, lagipun jimat bil.

apalah gunanya lampu depan rumah tu yg mahal-mahal, berkerawang dan fancy kalau tak dinyalakan pada waktu malam.
adakah fungsinya sekadar hiasan semata-mata?

kita lupa, ianya juga berfungi utk keselamatan. suasana gelap akan menarik perhatian 'tetamu tak diundang'. pencuri, perompak dan penyangak.
dulu pernah ada kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan ni.
persatuan penduduk sepakat buat rondaan malam.
malah ada kempen 'satu rumah, satu lampu'. maknanya setiap rumah pasang lampu.
jadi, penyangak pun 'segan' nak datang...

tapi tu tak bertahan lama. kejap je.
lepas tu masing-masing dah lupa akan ketakutan dan kebimbangan berlaku lagi pecah rumah.
spt dlm pic hanya beberapa rumah saja yg masih pasang lampu depan. walaupun sejak 5 hari lepas, keadaan bergelap.
mereka lebih sanggup gunakan duit atau bajet untuk hal lain dpd keselamatan misalnya langgan astro beyond, beli lampu kerawang yg cantik, basikal fixie dpd bayar bil utk pasang lampu depan waktu malam.

pagi tadi, kontraktor TNB datang. repair lampu jalan.
maka, takkan ada yg berasa serik kalau mereka belum terkena...
pasang lampu hanya sebahagian kecil dpd usaha' mendinding' dpd kejadian tak diingini selain alarm, gril dan kunci rumah.
tapi sebenarnya amat besar fungsinya.

- untuk 5 hari . . . -

Oct 16, 2012

aku cuti sejak jumaat lepas.
hari ni pun masih cuti. dan baru hari ni bukak lap top.
berlambak e-mel yg kena dibalas, satu-satu.
fb pun berderet notificationsnya.
blog pun tak berupdate dengan entri.

bukan takde bb, tapi bila dah cuti tu, aktiviti bermalas-malasan mengatasi yg lain.
cuti tahun je. yg masih berlambak-lambak lagi.
pergi kursus, pergi seminar ke hape dibagi cuti ganti pulak.
tu yg tak habis-habis, kalau cuti boleh ditukar dgn duit, kan cantik...

ada orang kata mereka tak boleh hidup tanpa dunia siber.
tak boleh tidak, kena bukak fb.
mesti nak bertweet-tweet dengan kengkawan & followers.
kena surf internet utk berita up to date.
tengok video youtube.
smart phones tak lekang di tangan, hatta ke toilet pun.

aku pun pernah rasa, yg aku sebahagian dpd mereka.
aku ingat aku pun tak boleh hidup tanpa semua tu.
jadi untuk 5 hari ni aku bereksperimen.

jauhkan diri dpd smart phone. offkan.
tak surf internet.
tak bukak fb. tak tengok twitter atau apa saja berkaitan dunia siber.

ya, aku boleh.
aku masih hidup....!!


***********

hari ni, selepas 5 hari, aku kembali ke alam siber.
aku rasa ketinggalan.
aku rasa dilupakan.
aku kembali rasa, yg aku sebenarnya tak boleh hidup tanpa semua tu....

alangkah!!

- ole-ole dari istanbul. . . -

Oct 11, 2012

lunch hari ni kirim tapau je...

- bulan bahasa -

sempat ke majlis ni sekejap...
rasa-rasanya poster TSMY tu bosar bona...

tuan blog ada kat celah-celah ni

konvoi superbikes

apa kaitannya?
kembara bahasa katanya, tapi yg ada kapcai je tak boleh join...he he
 

- suatu tengah hari bersama mat nepal -

Oct 10, 2012


lunch hour tadi.
aku sedang menunggu seorang kawan yg berurusan.
"sekejap je", katanya.
jadi, aku tunggu saja di lobi.
tak lama, ada pulak masuk panggilan telefon.
lalu aku keluar untuk menjawabnya.

kemudian aku berdiri saja di luar tu.
sambil tengok kereta lalu-lalang.
ada satu kereta mewah dipandu amoi, terkial-kial nak parking.
sedang seronok memerhati gelagat manusia,
seorang pak guard menghampiriku.

"sudaa maken...?"
tanyanya, ramah dan tersenyum.
segak sekali dengan uniform serba putihnya.

"belum...awak?" sepatah ditanya, sepatah aku jawab.

"belomm jugaa..." bahasa melayunya ada slang.
tubuhnya tegap. muka pun boleh tahan hensem.

"kerjaa arii-arii duaa belas jam jugaa..." sambungnya, tanpa ditanya.
"adaa jugaa anam belas jam, duaa puloh ampat jam punn adaa jugaa..."
mukanya macam mintak simpati.

aku dapat agak dia orang nepal.
ya, memang sekarang ni selain mat indon, mat bangla, mat pakistan, mat afrika, mat vietnam dll.
mat nepal ni lebih ramai yg jadi sekuriti.

"selaluu tingah arii, jam tigaa bruu maken..." sambungnya.
"arii sebtu, ahed pun kirjaa jugak. rihaat pun tadaa..."keluhnya lagi.
bahasanya tak jelas. tapi aku boleh faham.

mat nepal yg hensem itu enggan diambil gambarnya...

aku senyum aje la. tak komen apa-apa.
lagipun kawan aku dah selesai berurusan.

dapat kerja kat malaysia yg indah permai, aman damai ni...kira rezeki dialah.
itu pun dah cukup bagus.
lagi mau komplen, kaaa?
apa dia nak kerja sekuriti tu ikut office hour ke?

orang kita pun ramai yg menganggur, takde kerja.
salah orang kita jugak.
kerja sekuriti tak nak...
kerja kilang, tak glamor.
jadi orang gaji, takde kebebasan...
kerja pam minyak, lenguh berdiri katanya.

aku pun berlalu. iyalah, lepas makan nak sambung kerja.
kadang-kadang, 12 jam jugak kerja macam mat nepal, sekuriti tu...
sabtu, ahad pun ada kalanya kena kerja jugak...
komplen, komplen juga, tapi kerja tu kan punca rezeki...

redha...

- wordless wednesday -


- siri bercakap dengan erin . . . 17

Oct 9, 2012


bilik tengah rumah memang sudah dirancang sebagai bilik erin.
bilik depan tu untuk erol dan eril.
erin demand macam-macam.
nak biliknya dicat warna pink.
rak baru yg penuh dengan teddy bear dan mainannya.
hari tu dia mintak air cond...dah pasang pun.

tapi masih juga tak nak tidur situ.
kadang-kadang dia tidur dgn kami.
selalunya dengan erol dan eril.
tapi diorang selalu komplen sebab erin mesti nak tidur katil tingkat atas.

macam-macam alasan diberinya.
untuk tak tidur di biliknya sendiri.
malam tadi aku cuba pujuk erin...

aku: "bila nak tidur bilik erin...kan dah cantik?"

erin: "hari tu erin tengok bilik tu ada semut...".( saja lah nak bagi alasan.)

aku: "erin dah besar. pempuan tak boleh tidur dengan lelaki tau...".aku bagi hujah yg sukar dipatahkan.


erin terdiam. seolah-olah sedang berfikir dalam-dalam.


erin: "abis tu, mama dah besar...tapi tidur dengan papa...!"


adeh....terkena aku sebijik!

- pot luck yang mengancam diet -

Oct 8, 2012


tengah hari,semalam aktiviti berkala majlis bacaan yasin dan tahlil kami berlangsung lagi.
kali ini sengaja dibuat sempena pindahnya itam ke rumah baru dari mambau ke nilai.
macam biasa, acara kemuncak yg ditunggu-tunggu ialah makan-makan.

kadang-kadang kalau takde yg offer nak jadi tuan rumah kami buat makan-makan secara pot luck aje.
sebenarnya, pot luck lebih meriah. bufet jadi melimpah ruah.

kebetulan, kak lang dapat rezeki terpijak ada yg bermurah hari sedekahkan 6 ekor ayam hutan.
bermasak 'lomak cili api ayam hutan' lah kami.
kak long bawak mi kari.
kak ngah hidangkan petai masak tempoyak pucuk ubi dan bubur kacang durian.
anjang bawakkan soto ayam dengan bergedil spesel.
acik dengan mi supnya dan kuih seri muka.
andak dengan ayam kampung berlada.
wifey sediakan karamel dan drummet ayam goreng untuk kanak-kanak.
usu pulak dengan ikan merah asam pedas dan buah-buahan.

sudahnya, tak cukup meja nak hidangkan.
bila tak habis, boleh ditapau tanpa segan silu bersambung untuk makan malam pulak.
maka, lari lah diet mereka yg sedang kontrol makan, kononnya.
siapa pun akan tercabar dengan menu yg terhidang oleh gabungan masterchef ni...


makan time...!


sementara tu, acara surprise yg tak surprise lagi ialah potong kek hari jadi.
kepada ahli keluarga yg jatuh bulan september.
mula-mula dulu agak surprise sebab kek tiba-tiba muncul dari dapur.
ada yg menitiskan air mata sebab tak sangka atau yg tak pernah sambut birthday.
kali ni tak mengejutkan sangat. untuk rekod bulan september ada 5 orang yg berkongsi kek.
abang ngah, usu, ajie (anak abang ngah), faris (anak kak teh) dan erin.

ada 5 batang lilin, memasing kena tiup satu sorang je...ha ha ha lawak

~ telur dadar spesel di pesta konvo ~

Oct 4, 2012


tengah hari selasa lepas aku ke pesta konvokesyen UM kejap.
iyalah sekarang musim konvo dan musim orang ambik ijazah.
sebenarnya nak jengok kawan yg datang konvo ambik ijazahnya.
sempatlah bergambar kenangan.

macam biasa kalau ada pesta mesti ada gerai.
selain jual cenderamata seperti bunga, teddy bear, coklat dll utk dihadiahkan kepada  graduan.
pada hari bersejarah dlm hidup mereka.
sudah tentu juga ada gerai makan.


semua orang maklum, kalau pesta konvo, students jugak berniaga.
untuk galakkan mereka jadi usahawan, katanya.
biasanya persatuan atau kolej akan bukak gerai yg dikendalikan oleh pelajar sendiri.
mereka masak sendiri dan jual sendiri.
kadang-kadang ada yg promo gerai mereka supaya kita masuk.
ada yg siap hadang laluan kita suruh try.
macam peniaga digital mall di plaza low yat...

selain gerai makan yg dikendali pelajar, ada juga gerai yg disewakan kepada peniaga luar.
peniaga ni lebih berpengalaman, dah biasa masak, dah biasa berniaga.
berbanding pelajar, yg baru nak cuba-cuba berniaga.
memasak pun masih cuba-cuba.

dulu aku pernah terkena daripada pengalaman sebelum ni di gerai konvo.
makan di gerai pelajar.
mintak nasi goreng ayam dan telur dadar.
nak menunggunya siap pun dah 45 minit.
sedangkan bukannya ramai pelanggan pun masa tu.
nasi goreng ayamnya taklah berapa sedap, tapi masih boleh ditelan
tapi, sehingga dah habis makan, telur dadarnya masih tak sampai.
bila aku dah nak bangun bayar, barulah dihulurkan telur dadar...!
hah! takkan aku nak ratah je telur dadar tu depan kaunter...
ha ha ha...

jadi, hari tu aku makan di gerai makcik yg jual mi rebus dan char kueh tiau (aku selalu rasa kurang selesa bila taip ni. car kue tiaw, chuar kuew tiew...macam-macam ejaan ada...).
lepas makan mi rebus yg sedap. aku order pulak char kueh tiau (huh... masih lagi kurang selesa menaip ni...hi hi ) yg juga awesome!
kawan aku pun pelik.
lalu dia pun tapau mi rebus bawak balik.

jadi, kalau nak makan di pesta konvo bukan saja di UM tapi mana-mana U pun
buatlah pilihan yg betul.
cuma, kalau nak bantu pelajar berniaga, pergilah makan gerai mereka.
kena sanggup tunggulah dan kompromi akan kualitinya.
kalau boleh mintak mereka sediakan 'borang aduan pelanggan' sekali...

satu hal yg pasti, aku kawan aku dan mungkin juga yg lain sependapat, pesta konvo sekarang tak semeriah dulu. sekarang ni ala-ala pasar malam je...ooops!


- doktor siti -


dulu, dia buat praktikal sarjana muda kat kompeni kami.
di bawah seliaan aku.
dia panggil aku "incik"
insan istimewa sepertinya sangat mengagumkan kami.
walaupun terpaksa berkerusi roda sepanjang hayatnya...
 
3 hari lepas, dia sudah bergelar doktor (PhD).
aku panggil dia "doktor siti". dia marah-marah.
mahu aku panggil dia, siti.
dan masih panggil aku, incik...
 
tahniah! siti...kami tumpang bangga dan gembira

~ mari tuntut elaun meeting ~

Oct 3, 2012


semalam meeting dari 2:30 - 5:30pm
melampaui waktu pejabat.

habis tu...lambat la aku balik rumah.
tak sempat minum kopi petang-petang.
takde masa nak main badminton dengan erol, depan rumah

pagi ni meeting dari 10:30 - 1:30pm
melampaui waktu lunch.

masa bila aku nak makan.
lapar jugaklah dah tengah hari, sarapan pun cereal je tadi.
sekarang ni meeting pun kena cut cost.
dulu ada gak karipap, walaupun keras kematu.
ada gak mihun, walaupun tawar hebeh...
ada gak teh, walaupun payau.
sekarang takde, air mineral je satu sorang!

masa bila aku nak buat kerja.
yg tersangkut dan kiv makin menggunung.
fail masuk lagi banyak daripada fail keluar.

memang makan gaji buta lah aku ni.
meeting je kerjanya.
kerja tak payah buat...

kalau macam tu senanglah.
ini tidak, lepas meeting kena buat susulan.
buat report. buat proposal. buat surat. contact orang tu, ni.
tapi kerja kena jalan jugak.
tak siap kena bambu jugak.
kpi kena capai gak.
i.s.o. kena ikut gak.

tadi boss ada tanya.
patut ke kita hantar si anu tu pergi kursus.
aku tanya "kat mana...?"
boss cakap "langkawi..."

tapi boss jugak cakap, kursus tu taklah penting sangat.
basic je.
cuma nak bagi pendedahan....
dan biar staf tengok dunia luar sambil hilangkan stres kerja.

habis aku yg stres ni?
tak pulak dihantarnya ke mana-mana utk hilangkan stres.
aku ni lagilah stres dengan kerja, meeting lagi.
staf tu tak pernah pergi meeting pun.
report tak payah buat. proposal tak payah prepare. tak payah contact orang tu, ini.
boleh concentrate kerja dia semata-mata.
jawatan lebih kurang.
gaji pun lebih kurang.

macam mana dia boleh stres lebih daripada aku...?

boss buat macam ni, lagilah aku stres.
fuhhhh...memang stres la

kalau mileage boleh claim.
overtime boleh claim.
meal allowance boleh bagi...
kenapa elaun meeting tidak diperuntukkan??

katalah, 1 jam meeting rm20.
kalau kira dua hari je aku dah habiskan 6 jam meeting.
6 X 20 = rm120
kalau seminggu tiaptiap hari ada meeting....jenuhla kompeni nak bayar.
aku pasti kalau kompeni kena bayar kepada staf yg hadir meeting, sudah tentu meeting tidak lagi perlu diadakan...!
......ha ha ha



~ wordless wednesday ~


- sorilah, aku takde kabel -

Oct 2, 2012


aku ni orang kecik yg bekerja di tempat yg besar.
kalau tengok nama kompeni yg gah, mungkin orang ingat stafnya mestilah gah jugak.
bila dah kerja kat situ, bolehlah dijadikan 'kabel'.

aku dapat kerja kat sini dulu pun bukannya ada kabel.
malah ada yg cakap, tak payajlah susah-susah temu duga kat situ.
diorang dah ada calon untuk jawatan yg ditawarkan.
yg lain tu dipanggil untuk cukupkan syarat.
tapi, aku percaya pada rezeki yg tuhan berikan.

aku tak kenal seorang pun yg kerja kat sini.
dah rezeki aku tertulis begini.

eh, entri ni bukanlah nak mencurah perasaan.
cuma rasa tercabar jugak bila ada yg kata:

"camne ko boleh dapat kerja situ ha..."
ditambah lagi...
"ada kabel ke?"

aku tak nafikan lah.
sejak kerja kat sini dah banyak kali juga yg cuba kenen.

"takde keje kosong ke tempat ko tu, rekemenla.."
"ko dah lama keje situ, takkan takde kabel..."

kali terakhir ialah pagi ni. ya, sekejap tadi.
sebenarnya sejak dua tiga hari dah no. telefon tu naik.
sebab hujung bulan begini, aku jarang angkat no telefon yg tak register.
macam biasalah bank atau finance yg cari, tuntut hutang.
kawan aku cakap bukan hutang tapi....ansuran!
ha ha ha

rupanya kawan lama yg tiba-tiba muncul.
kalau tiba-tiba tu selalunya, ada hajat.
kalau tak, takdenya nak cari kita.
ooops jangan buruk sangka.

"anak sedara aku baru balik oversea, tengah cari keje.
nak mintak tolong. kalau ada keje kosong kat tempat ko..."
itulah ayat-ayat 'puitis' yg disuarakannya.

susah juga aku nak buat ayat.
nak tolong atau tidak. nak tolak pun payah.

hakikatnya, aku takde kuasa.
aku tak de kabel.
bukan aje kabel, dawai pun aku takde!

- hari sukan yang ala kadar -

Oct 1, 2012

hari ni diorang cuti sekolah.
sebab semalam hari sukan sekolah.
siap suruh aku cuti jugak.eh...senang-senang je diorang ingat nak cuti.

dari pagi sampai ke tengah hari, aku melayan diorang ni.
cuma, aku dapat rasakan, hari sukan sekolah sekarang,taklah semeriah masa aku di sekolah dulu.
khemah rumah sukan, langsung tak dihias. togel je...
dulu persaingan antara rumah sukan begitu sengit, masing-masing nak menang.
bersorak bagi semangant kpd yg jadi wakil rumah. hari ni senyap sunyi...
sekarang ni macam melepas batuk di tangga. janji buat...

perbarisan pun ala kadar.
gimik atau acara sampingan pun takde...
seingat aku, dulu buat pada awal tahun.
sekarang ni dah nak habis tahun, baru nak buat..
sepatutnya komitmen kena lah lebih sikit. terutama dpd cikgu.
taklah ibu bapak mcm aku rasa nak balik je baru sekerat jalan atau bila acara anaknya dah lepas...

aku rasa hari sukan tadika lebih meriah dpd yg aku tengok semalam!!


bendera kejohanan, katanya. standard olimpik dah ni...
cuma acara nyalakan obor je takde...ha ha
perbarisan terbaik...mmg patut menang sbb ada superman!
ucapan perasmian oleh vip
kumpulan cikgu ni aku perhatikan dari mula sampai habis lepak dlm khemah ni.
sdgkan cikgu yg lain bertungkus-lumus...haishhh
atlet terbaik kejohanan....!!  he he
eril yg semakin tembam. banyak acara masuk, satu pun tak menang
tapi dia relaks je. bersukan utk sihat bkn utk menang, katanya, sporting gile!