biasanya setiap kali aku ambik cuti yg sudah dirancang.
setiap cuti yg aku ambik ada keutamaannya. dalam senarai teratas ialah perkiraan cuti sekolah. sebab biasanya aku tak selesa bercuti seorang diri.
selain itu cuti untuk bereskan urusan tertentu yg memerlukan aku mengambil cuti.
tapi cuti kali ini aku ambik tanpa sebarang perancangan.
aku sendiri tak pasti kenapa aku ambik cuti kali ini. 3 hari pulak tu...
yg nyatanya, bila aku imbas kembali, cuti kali ini dipengaruhi emosi.
ekoran keputusan mesyuarat pada 11 jun lalu, masih berbekas. memberi kesan mendalam pada fikiranku. hingga sedikit menjejaskan urusan kerja.
tumpuan kerja juga sedikit hilang fokus. sampai begitu sekali kesannya.
jadi cuti ini aku ambil tanpa sebarang tujuan. semata-mata kerana mahu bercuti. mahu caj semula bateri. mahu buangkan kesan negatif, kalau tidak semua pun, mungkin sebahagiannya.
mujur ada rakan sekerja yg ambik berat. malah meminjamkan komputer ribanya utk aku gunakan sepanjang cuti ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment