teknologi buatkan kita semakin keliru?

May 20, 2009

peristiwa tgh hari isnin itu buat TS tk tahu sama ada nk marah
atau ketawa.
keliru & memeningkn kepala satu hal. lucu pun ada.
semuanya bermula dgn satu panggilan telefon.
no tel. pd skrin hp TS tk diregisterkan. tk dikenali.
mr A: hello, apa khabar...
TS: baik.
mr A: lama kita tk jumpa ye. ni A la.
TS: ya, ya (dlm kepala tgh ligat berputar...siapa gerangan pemanggil ini)
mr A: aku dkt ofis engko ni boleh dtg tk.
TS: ye ke, dtg aje la. aku ada kt ofis.
mr A: jap agi aku sampai, aku call blk.
sambil menunggu, fikiran masih mmbygkn siapa agknya org tu. ada 2 lagi kwn TS yg serupa namanya dgn si pemanggil. nmpknya TS silap org td. cuba bersikp positif, tk apalah. bila dia dtg nanti, pasti boleh kenal.
15 minit kemudian
mr A: aku dh sampai depan ofis ni.
TS: haa...masukla.
2 minit kemudian
eh! mana pulak mamat ni tk masuk jgk. kata dh sampai.
lalu TS keluar ofis. berdiri di luar. tk nampak pun kelibat sesiapa.
telefon berbunyi lagi.
mr A: aku kat sini ni...
TS: biar betul, aku berdiri kat luar ofis ni, engko kt mana.
mr A: sinilah, @#$%&*+ kan?
TS: yalah tu. aku kat luar ni, tkda sapapun. cuba engko angkat tgn ke, hon kereta ke.
senyap...
masih tk nampak byg mr A. halimunan ke gamaknya!
TS ke bengkel printing. tanya staf di sana. ada ke org cari TS. tkda kata mrk. makin pelik ni.
misteri nusantara betul...
dlm pd tu. sekali lagi telefon berbunyi
mr A: eh engko kerja kat @#$%&*+ kan. aku kt parking bwh pokok ni.
TS: @#$%&*+ mana? engko kt KL ke bangi? (dpt agak sbb parking di ofis TS tkda pokok)
mr A: laaa...engko kt KL ke....bertuah betul.
TS: abis tu, yg engko ckp dh sampai dpn ofis tu pehal.
kami sama2 ketawa. rupa2nya mr A berada di bangi, sykt penerbitan jgk. 36 km dpd tempt yg TS cari & sepatutnya kami berjumpa.
mr A berjanji akan telefon & dtg ke KL tempat TS bekerja.
bukn hari ini. mungkin dlm masa terdkt.
moral peristiwa ni.
bukan teknologi yg mengelirukan. tp org yg menggunakan teknologi itu yg keliru...

0 refleksi: