sudah bnyk kali TS dengar ungkapan ni. namun dpd pengalaman TS, tdk semua hubungn tu akan bertaut kembali dgn peredaran masa. ada hubungan sebaliknya, bertambah renggang dgn masa.
tapi buat kali ini, TS akur, akan kebenaran ungkapan tsbt. begini ceritanya...
'perang dingin' kami sudah berlarutan sjk beberapa thn. dia dpd organisasi penerbitan sbg mana TS. kami berbeza pendpt, wp perkara itu 'biasa' dlm diskusi atau mesyuarat tp nampaknya dia bersikap personal terhdp TS. malahan persepsi TS sendiri pdnya negatif belaka - dia sombong, suka memperkecil org lain, ego, berlagak hebat, sukar terima pendpt org lain, selfish, pendeknya semua sikap peribadi yg negatif. mungkin jwtn yg disandangnya, mungkin pengalaman luasnya, mungkin kekananannya yg menybbkan dia jadi begitu, terutama terhadap mrk yg lebih junior dpdnya. sbb dgn kump. yg sama 'kelas' dgnnya, tk ternampak plk sikapnya sebegitu.
pernah beberapa kali dlm meeting, kami berbeza pendpt, dlm seminar kami punya pendirian berbeza. pd beberapa perjumpaan, TS sendiri pernah 2-3 kali menanyakan soalan2 provokasi semasa dia membentang kertas kerja. itu mengundang reaksi yg 'tajam' dpdnya.
TS agak kurang senang bila boss mengajukan nama dia sbg salah seorg penceramah bengkel yg kami anjurkan. calon2 asal yg TS kemukakan, ditolak olh boss. TS memang akui pengalaman luasnya. TS tdk menolak pandangan org yg hormat pd pengetahuannya dlm bidang penerbitan. lagipun TS tdk mahu bersikp 'personal' terhadpnya. jadi TS bersikp berlapang dada, terbuka & berfikiran positif. lagipun apa pilihan yg TS ada, krn hubungan dia dgn boss TS memang kamcing.
anehnya, sepanjg bengkel berlangsung, dia tdk bersikp spt dulu. tkda lagi ckp besarnya yg memperlekeh org lain, sikap ego yg mudah melenting atau apa sj yg negatif. kami berborak, duduk mkn semeja, jgk berkongsi jenaka...luar biasa sekali. spt tdk ada apa2 yg pernah berlaku antara kami. apalagi perang dingin. tembok Berlin pun boleh runtuh inikan pula ego manusia.
maka benarlah masa boleh merubah banyak perkara...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment