mencari jalan yang hilang...

May 29, 2009

tak...entri ni bukan tentang tajuk puisi, cerpen atau novel.
al-kisahnya semlm waktu nak turun lantaran tamatnya bengkel di Genting. plan asalnya TS akan 'ditumpangi' penceramah yg nak balik ke bangi. tp dia ubah fikiran & pulang dgn bas. jadi waktu lunch tu boss (yg tak bwk keretanya) bertanya pd TS "you ikut jln mana?", "lps tol gombak, terus masuk ampang-ulu klang mrr 2, tembus sg besi". jelas TS. "mmm...ok" balas boss. semasa ambik makanan (pusingan 2 atau 3...tk pasti, he he), TS terpikir, mungkin boss nk tumpang kot, cuma berkias tk ckp direct. jadi, TS pergi ke meja makannya, "kalau nak tumpang, saya boleh lalu ikiut gombak, lps tu naik ikut jln kucing, atau jln sentul atau jln phg". terang TS. "kalau tk menyusahkan, i nak tumpang, bolehla" jwb TS.
pukul 2:15 kami mulakan perjalanan. sepnjang jln tu kami rancak berborak. boss lansung tk cerita hal berkaitan bengkel atau hal ofis. tp cerita hal semasa, hal kampung, pasal cuaca, pasal rumah yg dibelinya, tentang tol dsb. bila hampir tiba di kwsn perumahannya, boss kata "jln biasa ke rumh saya tutup sbb construction, so kita kena ikut jln long cut sket". maka TS pun memandu ikut arahnya "masuk simpang kanan...masuk ke kiri...lepas sekolah tu belok kanan...lepas deret kedai ni masuk kanan..." TS sebenarnya keliru, entah berapa simpang ke kiri atau kanan yg dilalui td. tp diam je. "boleh ingat ke..." tanya boss, mungkin perasan lihat muka TS berkerut. "boleh kot...". sampai di rumahnya, boss ucap terima kasih. dia ajak singgah (ajak2 ayam la tu) tp TS menolak dgn senyum je.
spt diagak, memang hanya ingat 2 simpang pertama aje dr rumah boss. lepas tu, semuanya kabur. maklumla kwsn perumahan, setiap rumah kelihatan sama, setiap simpang serupa aje...& bnyk pulak tu. so, pakai redah jelah. 2 kali TS buat u-turn, ikut ingatan yg samar2 td. akhirnya TS putuskan ikut aliran kenderaan. kalau banyk tentu akan menuju jln utama. keputusan yg bijak (dpd otak yg pintar...hu hu) tepat sekali aliran kenderaan menuju jln utama.
wp bukan jln yg sama yg dilalui bersama boss td, tp sekurang2nya dh sampai jln utama. TS dah boleh agak jln keluar. lg pun bnyk tanda arah.
jln yg hilang dah ditemui...

0 refleksi: