kira2 6 tahun lalu, dihubungi seorg prof. yg disegani & dikenali ramai. beliau mahu terbitkan karyanya dgn tempat TS bekerja. asalnya karya itu ditulis dlm b.inggeris & dapat sambutan menggalakkan. kemudian diterjemah ke b. indonesia olh penebit di sana & mendpt jualan tinggi. ada beberapa perkara yg kurang menyenangkannya krn beberapa fakta & maksud asal karya yg diterjemah itu tdk tepat. jadi, beliau menyampaikan hasratnya utk menerbitkan buku di sini. sepanjang proses menerbitkan bukunya itu, beberapa kali kami berjumpa & berdiskusi. beliau seorg yg teliti ttp dlm masa sama tdk ego, mudah diajak berbincang, tak bnyk kerenah. dpd hubungan editor-pengarang sudah jadi spt hubungan sesama kwn.TS pernah berkunjung ke rumah lamanya di subang jaya, pernah ke pejabatnya di sebuah universiti 3-4 kali, berjumpa di tepi highway & di kedai makan. slps bukunya terbit, kami masih berhubung. kami selalu berckp pasal buku atau paling tdk pun berbual kosong atau sekadar bertanya khabar.
tp hubungan tu tdk berterusan. lantaran e-mel ringkas yg TS hantar pdnya yg sampai hari ini TS tdk tahu kenapa sebaliknya telah menyinggung perasaannya. nada e-mel balasannya tiba2 berbaur nada sinis. dpd situ, TS dpt rasakan ada yg tdk kena. TS cuba hubunginya ttp sering kali, sama ada tdk berjawab atau diberi alasan sibuk & "akan telefon kembali". ttp setiap kali itu juga, tdk akan ada panggilan susulan. maka sedarlah TS hubungan kami sukar dipulih semula.
ada jugak sesekali, sms dihantarnya ke telefon TS. ttp jika TS cuba membalasnya dgn panggilan telefon, setiap kali itu, spt sebelumnya, tdk berjawab. sms yg dihantar lebih bersifat formal terutama berkaitan pesanan atau pembelian bukunya. tdk ada lagi gurau atau bertanya khabar, melalui sms. perkembangan beliau hanya TS ikuti melalui kawan2nya & liputan media.
mlm tadi, setelah sejak sekian lama. TS terima lagi sms dpd sang profesor itu. kali ini menyatakan ketidakhadirannya ke majlis anjuran majikan TS, lantaran kad undangan yg TS hantar minggu lepas. hingga saat ini, TS masih tertanya-tanya, tercari-cari jawapan - apakah sebenarnya yg telah menyinggung perasaan profesor itu. sudah beratus kali TS ulang baca e-mel yg dihantar pdnya, ttp masih tak dpt dirungkai persoalan itu. seperkara yg pasti, profesor itu masih menyimpan nombor telefon TS. maknanya masih ada TS dlm ruang ingatannya...belum terpadam terus...sekurang2nya dlm senarai di telefonnya!
0 refleksi:
Post a Comment