minggu ni, giliran mr papa utk cuci bilik air. memang jadi duty rooster famili kami. tiada yg terkecuali. sbb semua ambik tggungjwb, takda masalah pun.
spt hari minggu biasa, sarapan pagi di luar. sbb smlm sudah ke bistro mamak, pagi ini ke sebuah cafe dekat dgn nilai square.
olh sbb hari dah agak tinggi, hidangan tgh hari dh mula dijual. jadik TS, tapau gulai ikan sembilang msk lomak cili api yg dicampur bacang. itu sj sbg tambahan menu hidangan tgh hari. sbb wifey dh merancang nak msk tgh hari ni sempena hari ibu. mesti special.
selesai bersarapan - ringan sj mihun & roti canaI - masing2 mengemukakan 'idea' tentang destinasi yg dituju berikutnya. selepas berlaku perdebatan dlm kereta yg beraircond (lebih baik dpd bwh pokok...he he). usul yg diluluskn singgah ke kedai proton tengok model baru exora. mpv nasional pertama, memang besar, menarik & lebih penting, harganya luar biasa murah dlm kelasnya.kami dilayan dgn baik olh salesgirl. walaupun bnyk pertanyaan yg luar jangka termasuk dpd erin - kenapa takda kereta pink sbb erin suka kaler tu - si salesgirl cuma menjwb dgn senyuman. selepas membelek2 & melanyak kereta, bertanya tentang deposit, interest dsb kami pun ambik keputusan "akan dtg lagi kemudian" sbg alasan. yg membuat hati tawar sikit tempahan hanya akan dpt dlm tempoh 3-4 bln dr sekarang! lamanya mcm beli kereta import pulak. patutnya kilang proton producela bnyk2 sbb responsnya memang model ni dpt sambutan jgnla tempoh dpt yg lewat menjadikannya sbg halangn kpd pembeli.
dr kedai proton kami tuju ke pekan nilai lama, nk beli uniform kadet remaja utk eril. 2-3 kedai jugak dijejak sebelum jumpa kedai yg ada jual. masalahnya takda saiz yg sesuai. terpaksalah tambah upah utk alteration. kena dtg lagi esok utk ambik tempahan. eril teruja, tak mahu bukak uniform yg dicubanya. selps dipujuk barulah dia menanggalkannya...hai kerenah bebudak.
perjlnn balik ke rumah singgah kedai surat khabar di tmn cempaka. di rumah, rileks baca paper. trio tu dipaksa baca buku & buat ulang kaji. wifey pulak sibuk memasak di dapur.
hidangan tengah hari ini - nasik ayam special. berpinggan2 kami makan. brpp...kenyang.
aktiviti ptg sepatutnya TS buat sikit kerja ofis, tk sampai setengah jam, terlelap. kekenyangan kot. sedar2 dah jam 4:30 ptg. ptg ni dah janji nak main badminton dgn eril & erol. sebelum tu minum ptg dulu - keropok yg diimport dr kampung minggu lepas.
sehari yg padat pd hari ahad....utk mlm ni rancangannya cuma tonton tv.
dan utk TS pastinya live bola man utd vs man city...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment