habiskan 8 jam sehari dengan memandu kereta

May 2, 2009

yep...
TS buat rekod tersendiri. pandu kereta dr nilai ke kg wifey di pahang. anehnya, sejak bertahun ulang alik ke sana, TS tak pernah fikir atau ambil pusing berapa jarak sebenarnya. yg pastinya melebihi 400km sehala. TS biasanya ukur jarak gunakan tempoh masa. biasanya perjalanan ke kg wifey mengambil masa 4 - 4 1/2 jam. ikut pemanduan konsisten 100-110kmj. tapi kalau masa kenderaan sesak terutama musim cuti panjang atau perayaan biasanya cecah 4 1/2 - 5 jam. maklumla jln yg TS lalu bukannya highway, boleh pecut atau memotong kenderaan dgn mudah. highway luas & selesa. tp jalan yg TS lalu adalah jln melalui perkampungan, melalui gugusan felda, banyak simpang, banyak selekoh tajam, jln dua lorong shj, turun naik bukit, banyak double line, banyak lori (terutama lori sawit & tanker). faktor2 tsbt menyumbang kpd tempoh pemanduan 4 jam tadi.
dipendekkan cerita jumaat lepas berkebetulan hari pekerja (ya hari pekerja, ttp driver spt TS perlu bekerja...hu hu). hal ini sudah drancang sejak 2-3 minggu lepas. sbbnya pertembungan kenduri di dua tempat berasingan. satu kenduri di kg TS di nilai. satu lagi di kg wifey. utk tdk 'mengecilkan' hati mana2 pihak, terpaksala kami suami isteri berkorban (TS yg jadik mangsa...he he). wifey & anak2 akan hadir kenduri di kgnya manakala TS di kg sebelah sini. ambik keputusan hantar wifey ke kg pd pagi jumaat (sbb kenduri hari sabtu). balik pd hari sama. soal jemput wifey semula tdk timbul krn ada abg ipar TS (yg tinggal di shah alam)yg buat tawaran utk menumpangkan wifey & anak2 utk perjalanan pulang nanti.
maka pd jumaat, 1 mei 2009, bersamaan hari pekerja, merangkap cuti umum...TS habiskan 8 jam sehari memandu kereta. 4 jam pergi & 4 jam balik...

0 refleksi: