TS mengenalinya ketika di kampus dulu. orgnya baik. alim. pendiam.tubuhnya kecil sj...R.
berbeza sekali wataknya dgn TS. yg agak nakal. mulut kecoh.
watak berbeza itulah sebenarnya yg merapatkan kami. kami berkwn baik dr 1st year ke final year. kerap ke library utk studi sama2. wp dia ambik course lain. group mkn pun sama. kadang2 melepak sama2 atau merewang ke KL ... tak pasal2 TS 'terbabit' poltik kampus bila bertanding di prkt kolej dulupun semata2 krn pujukan R. TS pernah ke kgnya di johor semasa cuti semester. dia pun pernah ke kg TS.
dia kenal famili TS begitu jgk sebaliknya. malah dia pernah meng'kenenkan' adiknya pd TS.
TS tolak, dgn alasan "adik engko maknanya adik aku jgk, lg pun aku tk nak engko jdk abg ipar aku..."
dia jd penasihat TS bab2 agama. TS jadik kaunselornya, bab2 cinta (biar betul...serius ni). malah kami dh mcm adik beradik. bila TS pokai, dia akan hulur duit. kalau dia nk ke mana2, TS pinjamkan dia motor.
hubungan itu terus2san hingga slps tmt belajar.
slps sethn R menganggur - dlm tempoh itu TS bnyk menasihatinya agar bnyk sabar, rezki ttp ada cuma lmbt atau cpt - akhirnya dia ambik keputusan jadi cikgu melalui kpli. TS lebih bernasib baik, grad aje trs dpt kerja.menetap di KL. bila dia posting ke kota tinggi. TS ada berkunjung ke sana. dibwknya ke desaru. katanya persahabatan kami tkkan putus sampai bila2. kami berjanji akan terus berkwn hingga ada anak cucu. malah pernah berseloroh utk mengelakkan dr terputus, kami akan berbesan (mcm org dulu2 gamaknya).
dia bertemu jodoh dgn cikgu di sekolah yg sama. TS hadir pd majlis perkhwinan itu. apa nak buat jodoh TS lmbt. kawin pun lmbtla.
namun segala2 berubah dek satu peristiwa. puncanya, TS pinjam wang rm500 dpdnya utk tmbh down payment nk beli kereta. spt biasa, dia meminjmkannya tanpa bnyk soal.
hujung bulan itu jgk, TS kembalikan duit yg dipinjam tu. peliknya, 1 minggu slps tu dia menelefon sambil marah2. tk pernah TS dgr dia marah begitu. dia tuduh TS mcm2 - penipu, ambik kesempatan, mungkir janji dsb. TS terkejut & terpinga2. rupa2nya duit yg dikirim tu tk sampai ke tgnnya. sdgkan pd masa tu dia perlukan wang sbb isterinya nk bersalin. TS cuba jelaskan hal sebenar ttp dia tk menghiraunya & terus2an menuduh yg bukan2. slps peristiwa tu, panggilan telefon dpd TS tk pernah dilynnya. TS kirimkan rm500 lg utk menggantikn duit yg tdk 'diterimanya' tu. slps tu hubungan kami terputus. berkali2 TS cuba menghubunginya ttp sengaja tdk dijwbnya. majlis perkahwinan TS pun tdk dihadirinya.
saban tahun, setiap kali hari jadinya TS kirimkan kad ucapan. setiap hari raya TS kirimkan kad, ke alamat terakhirnya. ttp tk pernah dibalasnya. hinggalah akhirnya terpaksa menerima hakikat yg amat pedih, bhw TS sudah kehilangan seorg sahabat hanya kerana rm500.
di sebalik kemelut melanda pasti ada hikmah. mungkin persahabatn kami tdk pernah 'teruji' sblm ni. bila diuji, kami gagal memperthnkannya. mungkin bkn sbb rm500 itu, tp salah fhm semata2...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment