- Almari Baru -

Aug 26, 2011



pasti tersentuh hati. hargailah pengorbanan ibu...selamat hari raya

- penunggu ofis -

hari ni, ofis dah mula lengang. ramai yg dah mula cuti. cuti raya. semalam dah ada staf yg datang ucap selamat hari raya, maaf zahir batin.



termasuk tahun ini, dah 3 tahun berturut-turut aku tak cuti raya. itupun boss besar tak nampak lagi. tak pernah nak dihargai. bukan aku tak nak cuti. tapi aku harus faham, yg aku memang tak boleh bercuti. dan aku faham itu. sebab itulah aku tak bercuti. fuh...berbelit-belit pulak jadinya.


ada antara mereka yg kampung yg jaraknya 'sejengkal' pun sibuk ambik cuti awal. cuti panjang pulak tu. dan kalau boleh semua orang nak cuti raya. tak kesahlah kalau ofis terpaksa ditutup sekalipun. apa mereka peduli. yg penting nak cuti raya jugak. tak boleh tidak.


kalau kita kerja di kompeni swasta, ada sistem giliran. hari ni staf tu cuti sebelum raya, staf yg satu lagi cuti selepas raya. tahun berikutnya, giliran itu bertukarlah. kenalah saling memberi dan menerima. janganlah pentingkan diri saja. kalau kerja yg melibatkan kesejahteraan awam, polis, misalnya. masa cuti begini khidmat mereka diperlukan. cuti kadang-kadang dibekukan. itupun masih ramai yg nak kutuk abang polis. tak tahu menghargai langsung. tentu mereka rasa seperti yg aku rasa.


dalam borang mohon cuti tu mereka tulis cuti raya. sebenarnya cuti raya dah diberi oleh kerajaan. memang dah bagi 2 hari free. tahun ni ada 3 hari sebab serentak dengan hari kemerdekaan. jadi cuti selebihnya itu, ialah cuti tahunan bukannya cuti raya.



alahai nasib badan. bila agaknya giliran aku pulak utk cuti raya? tahun depan?

- pilihan semakin terhad -

Aug 25, 2011



dua keping pizza bersaiz large, deli wings, garlic bread, sup cendawan, set kentang, udang & sotong goreng tepung, etc


erol dah siap potong2 pizza & rendam garlic bread dlm sup, walaupun 20 minit lg nak buka...habis kembang!


oleh sebab gerai-gerai di bazar ramadhan dah banyak yg tutup. peniaga bazar pun nampak macam dah tak excited. kalau tak dulu panggil kita untuk singgah beli. mungkin dah untung banyak kot. duit beli langsir baru & bayar tempah kuih raya dah boleh langsai, maka tinggallah peniaga yg betul-betul mencari rezki dengan berniaga saja yg tinggal. sebab aku rasa hampir separuh peniaga bazar ni, cuma part timers. sebab tu ikat bungkusan pun terkial-kial, nak kira baki belen duit pun tercongak-congak. maka, pilihan yg ada ialah ke kedai makan yg ada melambak di sekitar nilai ini. pilih saja, nak ke restoran, kedai makanan segera, yg bajet atau yg mewah. petang semalam buka di pizza hut. strateginya, balik kerja aku singgah buat booking dulu. kemudian baru balik rumah, bersiap-siap dan datang semula ke pizza hut. memang full house. sekali terkena, dua kali serik...

- mengingati yg tiada -

Aug 24, 2011

pusara arwah mak
pusara arwah abah

berhari raya tanpa ayah bonda, pasti meruntun jiwa kepada siapa saja. kalau tidak tersentuh hati insani mendengar gema takbir di pagi raya, dia bukanlah seorang insani. mungkin juga dia tidak berjiwa. meski sudah berulang kali syawal kulalui tanpa arwah mak dan abah, tapi perasaan ini pasti tersentuh setiap kali aidilfitri menjelang tiba. tiada lagi tangan untuk kusalam dan kucup untuk ku pohon ampun dan maaf di pagi raya. tapi, alhamdulillah aku kini sudah berkeluarga sebagai penawar hati duka lara menjelang hari raya.

pagi ahad lepas. aku menziarahi pusara ayah bonda. seperti tahun-tahun sebelumnya, aku hadir sendirian. ya, seorang diri. aku akui tidak spt kelaziman orang lain yg menziarah pusara bersama-sama sanak keluarga yg lain di pagi raya. aku lebih senang bersendiri. biasanya, seminggu sebelum aidilfitri aku akan ke sana. membersihkan apa yg patut. baca yasiin. berdoa. sambil air mata tak henti mengalir. akhirnya, sebelum meninggalkan pusara, aku akan 'berbual' dengan kedua-dua arwah. bercerita tentang cucu-cucu dan menantu yg tak pernah mereka kenal. mungkin ego seorang lelaki - suami dan ayah - yg menyebabkan aku berbuat begini. aku masih belum sanggup untuk menziarahi mereka di pagi raya. jadi, rutin ini akan aku teruskan entah sampai bila...mungkin aneh bagi orang lain, tapi besar maknanya bagi aku. biarlah...

aku panjatkan doa, moga kedua-dua arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. aidilfitri bagiku, meraikan yg ada dan mengingati yg tiada...

- cerita berbuka lagi... -

Aug 23, 2011

malam tadi berbuka puasa kat secret recipe, alamanda. sambil tu shopping apa yg patut. last minute lah kiranya. kat sini banyak tempat makan tapi semuanya full house. maklumlah orang gomen baru dapat bonus.
sempat tengok pertunjukan muzik tradisonal, caklempong dan gendang lepas buka.

- rumah paling ceria -

Aug 22, 2011

malam sabtu lepas, lepas tarawikh. setiausaha persatuan penduduk datang ke rumah. tujuannya nak ucap tahniah dan bagi cenderamata. rumah aku telah terpilih sebagai 'rumah paling ceria' oleh ajk pemilihan yg dilantik oleh persatuan penduduk.

ia pertama kali diadakan tahun ini. bertujuan menggalakkan pemilik rumah menghias rumah mereka sempena puasa dan hari raya. supaya kawasan perumahan kami lebih ceria dan happening.

hadiahnya, tak penting dan tak payah bagitaulah kat sini....

- mari-mari!...murah-murah! -

sabtu lepas kita orang ke shah alam. lebih tepat ke seksyen 7. area kedai baru kat situ ada jakel, ariani, freeda, pearl haya, al-hajra dll. hujan lebat dan orang penuh sesak. sebenarnya utk memenuhi permintaan wifey, yg nak cari tudung sedondon dgn baju raya yg dah siap ditempah. lagipun sekarang ni trend orang pakai tudung fesyen glamour. sempena hari raya ni diberi diskaun atau ada jualan murah...!

kengkadang bagi aku, sebenarnya tudung ni overpriced. mahalnya boleh sama harga dengan baju. kalau aku komen, bertudung utk tutup aurat bukannya ikut trend berfesyen...ramai pulak kaum hawa yg marah-marah. tak mengapalah, aku turutkan saja. lagipun pakai duit wifey sendiri...he he.

jadi, apa kena-mengena pulak dgn hotel dlm pic ni. sementara menunggu wifey yg diescort oleh erin & eril. aku & erol 'pusing-pusing' ambik angin tengok kawasan sekitar. terjumpalah hotel murah ini. RM9.90 semalam.hmmmm...lagi murah dpd harga tudung glamour...!

- pecah kaca pecah gelas...-

Aug 19, 2011

setakat hari ini aku hanya dapat 3 keping je kad raya yg dikirim. 1 dpd kawan lama. 1 dpd syarikat cetak. 1 dpd boss bhg pengurusan.


yg banyak dapat kad raya elektronik atau digital. yg dikirim melalui mms, fb atau e-mail. itu trend sekarang.



ingat lagi dulu-dulu selalu banding-banding dgn kawan, berapa banyak dapat kad raya. malah gantung kad raya buat perhiasan.


tapi jgn haraplah nak dapat kad raya banyak mcm dulu. lagipun apa nak harap, aku sendiri pun dah tak hantar kad raya lagi dah....! he he




- jalan-jalan buka puasa -

Aug 18, 2011

semalam buka puasa di al-mikraj restaurant - menghidangkan resepi masakan arab tulen. order family set. ada kambing dan ayam. nasinya mcm nasi briyani. restorannya pun bersih & kemas. servis & layanan 1st class. merasalah dihidang dalam talam. tapi diberi pinggan sbg pilihan. harga pun...bolehlah

ahad lepas berbuka di attap-attap. mujur juga booking dulu. full house. tomyam ayam thai recipe, udang goreng butter, ikan siakap masak 3 rasa dll. masakan memang sedap dan segar. walaupun ramai pelanggan, semua dapat on time sebelum buka. harga...boleh tahan mahalnya.
main dish...siakap
jumaat lepas. nak ke bazar ramadhan...hujan. nak masak, tak cukup bahan & takut tak sempat, kelam kabut. sudahnya keputusan sebulat suara dicapai, ke chicken rice shop. order sajalah.

- dia datang dengan senyum simpulnya... -

Aug 17, 2011

dia dah datang. angin itu sudah lama didengar. tapi tanpa sebarang kepastian. dua bulan dulu, dia datang. tetapi kemudiannya, hilang entah ke mana. segalanya senyap. pokok pun sudah berhenti bergoyang.


kali ini dia datang. dia betul-betul datang. bukan bayang-bayang. ini real. di depan mata.


kedengaran suara-suara kecil. ada yg teruja. ada yg gentar. ada yg skeptikal. ada yg cuba membohongi diri. ada yg sudah bersedia dengan alasan. ada yg sudah merancang jalan keluar!


"bila mula...?" aku bertanya. sengaja aku perlahankan nada suara. volume setakat satu bar. untuk pastikan nada jawapannya pada volume yg serupa. spaya, orang lain yg ada dekat situ, yg sedang pasang telinga. tidak mendengar jawapannya. biar aku seorang saja yg tahu. biar aku seorang saja yg simpan.


ya, dia mengikut nada suara aku. perlahan. hingga hampir sampai takat berbisik.

dia menjawab "1st week of september...lepas raya"


semacam aku terdengar. seorang jurunikah bertanya kepada saksinya "sah..?!"

saksi-saksinya menjawab serentak: "saaaaahhhhh..."!


- hari yang panjang... -

Aug 16, 2011

semalam adalah hari serba tak kena.


1. masuk ke bilik ofis pagi itu, ada bau kurang menyenangkan. sehari sebelumnya ada bau seperti elektrik atau komponen elektrik terbakar. lalu aku tutup semua peralatan elektrik. bau benda akibat terbakar ni macam bau bahan kimia. sengit dan menyesakkan nafas. mujur report yg dibuat cepat diambil tindakan. mereka check semua peralatan. dah clear...tetapi saki baki bau itu tetap ada.


2. bau itu berterusan. hingga terasa sedikit menyesakkan dada. aku ambik keputusan, buat kerja dalam bilik mesyuarat sajalah. tapi beberapa perkara perlu menggunakan internet. terpaklah aku gagahkan juga duduk dalam bilik ofis. aku buka tingkap, supaya ada udara keluar masuk.


3. tengah hari itu, semasa menghadiri satu mesyuarat, dapat panggilan telefon daripada amy, sepupuku. terpapar namanya pada skrin. aku sempat menjeling tapi menjawab panggilannya. kemudian disusul mesej yg masuk dari amy. sempat aku menjeling, membacanya meski mesyuarat sedang berlangsung. "pak itam kritikal, heart attack...!" aku sempat berbalas sms. aku difahamkan pak itam dikejarkan ke IJN dari seremban.


4. aku ambik keputusan selepas mesyuarat untuk ke IJN. aku beritahu beberapa rakan sekerja. aku akan balik semula ke ofis selepas menjenguk pak itam. lagipun, petang semalam, ada majlis berbuka puasa staf ofis kami.


5. tiba di IJN kira-kira jam 3:00 petang. aku sempat sekejap menjengok pak itam di bilik icu. kami hanya diberikan giliran 2 minit seorang untuk masuk. keadaannya tak berapa baik. kaum keluarga terdekat juga ada di sana. kira-kira jam 4:15 pak itam kembali ke rahmatullah...


6. aku maklumkan kepada rakan sekerja, berita itu. tak kesampaianlah perancangan asal untuk menghadiri majlis buka puasa dengan rakan sekerja di sebuah hotel di PJ. jadi, aku akan membantu sepupuku yg lain menguruskan jenazah untuk dibawa pulang. seterusnya, menguruskan pengebumian malam itu juga.


7. pak itam adalah adik sebelah arwah abah. tinggal pak usu sahajalah adik-beradik sebelah abah yg masih hidup. semoga arwah pak itam diberkati Allah dan dicucuri rahmatnya di bulan yg mulia ini.

- makan beradab -

Aug 15, 2011

sabtu hari tu berbuka puasa atas jemputan orang. tapi kena duduk dekat meja khas. takde makan stail buffet.

hidangan diletak macam dalam gambar. kena pusing-pusing.

siapa yg tak malu, dialah paling kerap pusing dan paling banyak kaut makanan dalam pinggan. pada yg sedikit segan, macam aku, makan pun kena bajet slow sikit. nak tambah lauk pun malu-malu. macam makan beradab pulak rasanya.

tak macam makan buffet, cedok je dlm pinggan. berapa round sekalipun org lain tak ambil peduli & tak perasan. ishh...kontrol

- luahan di pagi isnin -

orang kita 'kononnya' bersikap liberal.


orang kita juga terlaku leka berpolitik. sedangkan hal yg berlaku di depan mata pun kita masih anggap sambil lewa.


menghalang orang Islam daripada murtad dianggap sebagai kesalahan.


menyekat penyebaran kristian kepada orang Islam, dikatakan melanggar hak asasi.


mengaji al-quran menggunakan pembesar suara masjid adalah dilarang dan merupakan kesalahan. dianggap pencemaran bunyi dan mengganggu tidur!


anehnya, orang islam sendiri bersetuju dan akur...malah menyokong.


tak faham, langsung tak faham!

- men at work -

Aug 12, 2011


bilik ofis aku dah jadi macam setor sekarang ni. hampir 2 bulan lepas auditor datang. dia tegur bilik ni. aku kata kononnya timbunan itu ada pasang surut. kadang banyak, kadang clear. jadi, auditor tu ambik gambar. dalam reportnya ada tulis tak cukup ruang kerja dan pekerja di sini overworked.

tapi hari ini, timbunan itu masih kekal. malah makin meninggi dan berserabut. bukan saja tak cukup ruang kerja, nak bergerak pun dah tak bebas. bukan saja overworked tapi dah sampai tahap, tak tertanggung...!

- pukul berapa datuk harimau...? -

Aug 11, 2011

erin sdg menanti penuh debaran sebelum menerkam...
eril buat-buat cool tp mulut tgh terliur

apalagi kalau bukan gcb yg tgh hot serkarang & fries

buka puasa semalam wifey takde. sbb ada jemputan berbuka di bora ombak. aku mmg dijemput. tapi kalau aku saja yg dijemput tanpa dijemput satu famili, serupa mcm tak dijemput jugakla, sdr mau ingat. takkanlah nak ditinggalkan budak bertiga tu di rumah...melampaula...kalau wifey makan sedap-sedap, takkanlah kita org ditinggalkan terkontang-kanting makan juadah berbuka yg dibeli di bazar ramadhan...tak boleh jadi. rancangan saat-saat akhir, jeles punya pasal, kita org ke mcd. lagipun skrg ni ada promo set buka puasa termasuk set gcb yg menjadi bualan ramai tu! so kami empat beranak, jam 6:45 dh siap booking tempat. mujur jugak, tak lama lepas tu berduyun-duyun pembeli lain dtg, hingga full house & ada yg terpaksa tapau makan dlm kereta je. yg tak tahan si erin asyik tanya dah pukul berapa ni...kenapa tak azan lagi, sbb burger dah depan mata....kejap lagi...he he sikit lagi...tak lama dah ni...




- berapa banyak cuti daa... -

dua hari lepas, erol menghulurkan sekeping surat. "cikgu suruh bagi..." katanya, ringkas. aku pun membacanya, makluman minggu ini ada sekolah ganti. hari sabtu.


malam tadi, erin pulak menyampaikan surat yg sama. "papa, sabtu ni kena sekolah..." sambil tarik muka.


mungkin, surat sebelum ini, aku tak baca habis. bila erin hulur surat, terdetik kali ini untuk aku baca lebih teliti. nak tahu juga, sekolah ganti untuk apa? sebab dah banyak kali dah mereka ni sekolah pada hari sabtu. sekolah ganti jugak alasannya. setahu aku sebelum ni, sekolah ganti untuk hari raya dah buat awal-awal dulu. nampaknya, sekolah anak aku belajar ini begitu 'prihatin' pasal cuti. dan begitu 'rajin' untuk datang ke sekolah pada hari sabtu.


aku pernah jugak merungut, adakah cikgu sekolah yg beriya-iya sangat nak bercuti, maka dikerah pelajarnya menghadiri sekolah ganti? hari mengambil kad laporan, tidak pulak mereka adakan pada hari sabtu! sehingga memaksa ramai ibu bapa bercuti atau ambil cuti separuh hari atau ambil time off kerja. tak cukupkah cuti penggal yg diberikan. mungkin telahan aku ini salah, tapi kalau ditengok dari sudut negatif, memang ada kecenderungan begitu.


masakan tidak, sekolah ganti pada sabtu minggu ini, diadakan 'kononnya' untuk menggantikan curi hari deepavali! sedangkan semua orang tahu cuti deepavali adalah cuti umum. sehari saja. dan lebih menyakitkan hati, bila aku semak tarikh jatuhnya hari deepavali ialah hari rabu, 26 oktober. adakah cuti nak disambung kepada khamis dan jumaat lalu menjadikan jumlah cutinya 5 hari?!


aku tak yakin arahan sekolah ini mendapat restu pihak jabatan pelajaran atau kementerian. jadi, tindakan mereka ini atas alasan apa? ikut sesuka hati guru besar dan pengurusan sekolah sahaja kah?


jadi, aku katakan pada erol dan erin...tak payah datang!


p.s: entri ini merujuk kpd sekolah anak aku shj

- anak sungai lagikan berubah... -

Aug 10, 2011

orang kata, sikap kita sebagai manusia akan berubah mengikut pengaruh persekitaran. dipengaruhi material. ada yg berubah bila usia meningkat dan kematangan menguasai pemikiran. ada yg dipengaruhi kawan-kawan. suasana tempat kerja juga boleh mempengaruhi sikap dan penampilan diri. ada yg berubah menjadi lebih baik. ada pula yg berubah menjadi sebaliknya. tetapi barang diingat, ada juga yg tak berubah langsung. sikap diri dan penampilan yang dulu, sampai sekarang...sama saja.


aku masih ingat. waktu itu aku di tingkatan empat. ada seorang kawan perempuan sekelas yg pendiam orangnya. di sekolah kami, pelajar perempuannya bebas memakai tudung atu tidak. kawan yg aku ceritakan ini memakai tudung. setahu aku dari sebelum aku kenal dia di tingkatan bawahan lagi.


pada suatu hari, seingat aku selepas raya. dia masuk ke kelas dengan penampilan baru. tanpa tudung. hal ini mengejutkan kami semua. ada kawan-kawan yg prihatin, cuba menasihatkannya. termasuklah aku juga. selalunya yg tak bertudung, kemudiannya 'berhijrah' memakai tudung. bukan sebaliknya.


malangnya, tindakannya itu dipuji pula oleh guru kelas kami mrs chin. aku masih ingat lagi kata-kata cikgu itu."eloklah macam ni, sebab awak nampak tua kalau bertudung".


serentak dengan itu sikapnya yg pendiam turut berubah menjadi keletah. orang sekarang kata suka menggedik. penampilannya itu kekal sehinggalah kami tamat spm. dia tidak meneruskan persekolahan ke tingkatan 6 seperti aku. tiada lagi aku dengar khabar beritanya selepas itu.


baru-baru ini ada seseorang yg meng-add aku di fesbuk. dalam masa yg sama dia memperkenalkan dirinya sebagai kawan lama yg pernah sekelas denganku dulu. ya, dialah kawan perempuan yg 'membuang' tudungnya seperti yg aku ceritakan itu.


penampilannya jauh berbeza kini. dengan penampilan tudung labuh dan memakai pakaian ala jubah yg aku tengok daripada status dan koleksi fotonya di fesbuk. dia sekarang seorang guru. dan dia punya 9 orang anak! yg lahir setahun satu.....alhamdulillah!


dan katanya, sudah lama mencari aku yg terputus hubungan. tak lupa juga, dia mengucapkan terima kasih atas nasihat yg pernah aku berikan padanya dulu.

- meh...try kerusi urut -

Aug 9, 2011



kalau lalu depan kedai yg jual kerusi urut moden di pasar raya atau pusat beli belah kita selalu 'ditahan' oleh jurujual mereka untuk mencuba duduk di kerusi itu. tak kiralah kalau lalu di outlet gintell, ogawa atau osim, selain menghulur risalah promosi, mereka akan dengan manis mulutnya suruh kita duduk, cuba rasa nikmat diurut. memanglah ada kebaikannya utk kesihatan. tetapi harganya, boleh tahan jugak. erol dan erin selalu bertanya pada aku, dan heran, kenapa aku tak pernah cuba duduk dan menyahut 'pelawaan jurujual itu setiap kali. jadi, pada suatu hari aku suruh mereka sendiri yg cuba. sebenarnya mereka yg teringin benar nak tahu, apa sebenarnya 'peranan' kerusi urut itu. pengalaman mereka itu jelas tergambar dlm pics di atas. hahaha ...rasakan!




- budak-budak man utd -

aku menjengah satu blog bola penyokong man utd. tertarik dengan fakta yg dihuraikannya. melihat aspek usia pemain man utd yg diturunkan ketika menentang man city tempoh hari. purata usia mereka ialah 22 tahun. kali ini nampaknya arsenal tak boleh lagi kata team mereka paling muda dlm EPL.



david de gea - 20, chris smalling - 22, phil jones - 19. johnny evans - 23, rafael - 21

tom cleverly - 21, ashley young - 26, nani - 24, anderson - 22

wayne rooney - 25, danny welbeck - 20

- lintasan hati -

Aug 8, 2011

ada ketika-ketikanya, bila beban kerja tak tertanggung, rasa nak berhenti kerja masa tu jugak. ikutkan hati...nak hantar notis 24 jam. tapi itu ikutkan rasa hati, tanpa fikir secara rasional. banyak perkiraan yg perlu ditimbang kira. banyak hal yg bersangkut-paut perlu difikir masak-masak.


betullah kata pepatah. ikut rasa binasa, ikut hati mati...!


ada kalanya. bila rasa segala kerja kita tak dihargai. jerit payah tak dipandang. mau rasanya, habis kerja petang nanti, terus kemas meja dan...blah! itu sekadar rasa kecewa dan terkilan. dipengaruhi emosi dan sifat amarah...


selalunya keputusan yg dipengaruhi rasa emosional, kerap kalinya...silap.


kalau sekali dua ianya terlintas di fikiran, mungkin tak perlu dilayankan. tapi kalau kerap sangat diperlakukan begitu...apakah sudahnya? dan jika sampai ke tahap, hari-hari dibelenggu perasaan sedemikian, ke mana akhirnya?


sudah tibakah masanya untuk bertindak atau . . .

- community shield 2011/12 man utd 3 - man city 2 -

star players man city taklah sekuat mana...
gol kemenangan - nani

takde team lain ke...asyik man utd je, ha ha

soccernet.com




- diari ramadhan...setakat ini -

Aug 5, 2011

1.


hari pertama puasa. diorang cuti. semua duduk rumah. tak mahu pergi nurseri. jam 10 am, call tak berjawab. mungkin masih tidur. jam 11 jugak masih tak berjawab. biarlah, tengah berkemas atau mandi agaknya. jam 12, call akhirnya diangkat. di hujung telefon, suara eril yg serak dan parau. baru bangun.hari pertama yg perfect. pencapaian 100%. kalau nak kira, diorang puasa sekerat hari je, yg sekerat lagi...tidur!


2.


aku sampai rumah jam 6:00 ptg. suasana rumah agak kecoh. eril mengadu, yg erol buka puasa awal. erol kata dia masih puasa. tak makan apa-apa pun. cuma minum air sejuk dari peti ais je...!


3.


erin merayu nak buka puasa sebaik saja balik dari sekolah petang. aku cuba pujuk dia supaya bertahan. cuma tinggal 2 jam saja lagi. berkali-kali peti asi dibuka dan tutup oleh erin. baju sekolah tak mahu ditanggalnya. mogok. akhirnya aku beralah. erin kecundang...!


4.


semua masih bertahan bila aku balik dari kerja. sebagai ganjaran aku bawak mereka ke bazar ramadhan. aku belikan eril - otak-otak, laksam, karipap dan kepak ayam panggang. erol - kebab, murtababk ayam, ayam goreng dan mihun sup. erin - kuih lompat tikam, kepak ayam panggang, dadih, kentang spring dan donut.


nampak gayanya, aku tak boleh angkut diorang lagi. lari bajet...!

Internet juga manusia

Aug 4, 2011

Bila sistem online digunakan, ianya bergantung pada sistem pengkomputeran. Kalau gagal berfungsi atau mengalami kerosakan atau masalah elektrik sekalipun, akan menyebabkan sistem online tidak dapat menjalankan tugasnya. Itulah yg berlaku hari ini. Internet server down. Sistem clock in kedatangan staf tak dapt digunakan. Nak buat aduan kerosakan pun tak boleh. Sbb sistem aduan juga menggunakan online. Sudahnya aku tak dapat melayari blog atau mengemas kini. Jadi kesempatan ini aku guna untuk cuba try test guna henset. Tak tahulah ok atau tidak. Kena tunggu saluran internet pulih semula...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

- alahai...peniaga bazar -

Aug 3, 2011

biasanya kalau ke bazar ramadhan, aku cari ikan bakar. sebab kalau ikutkan secara logikanya, hanya ikan yang segar atau sekurang-kurangnya masih 'baru' sesuai dibakar. ya, memang banyak lauk yg dijual dan aneka pilihan masakannya. namun, dalam tempoh berniaga dalam bulan puasa ini pun masih ada peniaga yg ambil kesempatan.



ikan atau lauk pauk yg dimasak mungkin 'kitar semula'. atau lauknya cepat basi. mungkin dimasak terlalu awal, di sebelah pagi agaknya. banyak yg kurang perisa, kurang garam selalunya. tawar saja. kalau yang berlada, cilinya tidak hancur. yang berkuah pulak, cair macam air. yg berkari terlalu banyak rempah. yang bergoreng tak cukup masak atau setengah rentung atu terlalu berminyak.


begitu jugak dengan kuih muih. kurang santan atau kurang manis selalu sangat pelanggan terbeli. kuih muih yg dijual sekarang ni makin mengecil. tapi harga makin mahal. ada yg jual karipap dengan harga 50sen sebiji. dan intinya, hanya separuh saja.


bila kita ada banyak pilihan memberi kelebihan pada pelanggan. ada banyak gerai menawarkan pelbagai jenis makanan. hari ini kalau aku 'terkena' dengan satu gerai atau peniaga, esoknya atau hari-hari berikutnya, memang aku tak pergi dah beli ke situ. boikot!


sepatutnya berniaga perlulah ikhlas. jangat nak bajet sangat. nak 'cukai' itu dan ini. sudahnya juadah yg dijual jadi tak sedap. buatlah secukup rasa. yg terbaik boleh ditawarkan. nescaya kalau sedap, sudah pasti pelanggan akan datang lagi, berulang kali. sudahnya jadi pelanggan tetap.


lagi satu, sebagai peniaga, mulut mesti manis. kalau tak ramah pun, senyumlah. kata orang, senyum ialah alat promosi paling berkesan! memanglah penat berniaga dan melayan kerenah pelanggan tetapi muka masam dan kelat takkan membantu jualan, malah ramai yg akan meminggirkan. kena pantas dan cekap. kalau nak membungkus pun terkial-kial, buang masa pelanggan. atau nak goreng kueh tiau atau masak murtabak sekeping ambik setengah jam, padahlah jawabnya.


berniaga di pasar/bazar ramadhan hanya sebulan. ada yg memang itulah mata pencarian mereka. ada juga yg gunakan kesempatan ini untuk menambah pendapatan sahaja, bukan peniaga sepenuh masa. jadi gunakannya dengan sebaik mungkin. kalau untung banyak, syukurlah. kalau tak banyak, mungkin ada kekurangan yg boleh ditampung atau ditambah baik. rasa-rasanya, jarang sekali yg rugi...


kami sebagai pelanggan dan pembeli, ada hak memilih. kami biasanya memilih yg paling baik, paling sedap, dan memenuhi selera dan dengan harga yg berpatutan. itu saja! kami tak mintak lebih-lebih...

- pemergian kawan lama -

Aug 2, 2011

semalam sempat berchatting dgn seorang kawan lama yg sekelas denganku dulu. sejak tamat form 5, kita orang tak pernah berjumpa. putus hubungan. FB memberikan talian hayat pertemuan semula, meskipun sekadar di alam siber. aku sempat bertanyakan tentang khabar kawan-kawan lama. ada berita yg menggembirakan mengenai kejayaan kawan lama yg berjaya dalam kehidupan. ada yg menyedihkan. aku diberitahu yg salah seorang dpdnya, azman sudah meninggal dunia sekitar tahun lepas. khabarnya diserang sakit jantung & meninggal dalam kereta. malam tadi aku sempat menyelongkar album lama, mencari-cari kalau ada gambar azman. ini sajalah yg ada & kenangan yg tinggal...

- puasa dah start, raya dah dekat...-

Aug 1, 2011

mulanya nak ke tengah bandar KL, tapi sangkut sesak teruk. katanya, sogo kena serbu org ramai sampai tak boleh lalu.patah balik ke mid veli. boleh gak sambung ke gardens mall sekali. shopping utk rayalah apa lagi. bulan puasa ni dah payahlah nak heret bebudak. lagipun kesian, diorang pun puasa jugak...(eleh alasan!) kopak lah jugak. tak mengapa, raya kan?

- ramadan datang lagi... -

yang paling teruja nak berpuasa biasanya golongan budak-budak. terutama bila mendengar cerita yg kawan-kawan mereka yg turut berpuasa. apalagi bila selalu digertak dengan kenyataan "kalau tak puasa tak boleh raya". atau ditawarkan hadiah "1 hari puasa = rm1". ditambah pulak di sekolah, kantin tidak dibuka. atau dihadkan untuk bukan muslim sahaja. nak makan pun tak boleh, kecuali bawak bekalan dari rumah.



mengikut 'pengalaman' kebanyakannya puasa 'yang yok'. puasa setengah hari. atau balik sekolah aje, buka puasa. kecualilah bila dah meningkat besar sikit. dah pandai rasa malu. dah pandai rasa tanggungjawab. kebiasaannya bila dah naik darjah 4 ke atas tu, kira dah puasa betul lah. takde curi-curi makan atau puasa 'yang yok'. ada yang sanggup 'melepek' sementara menunggu waktu berbuka. demi mempertahankan diri daripada berbuka awal.



sebelum mula puasa, mereka akan berpesan. suruh kejutkan bersahur. mereka berazam untuk puasa 'penuh' sebulan. sudah merancang untuk beli makanan pilihan apa untuk dibeli di bazar ramadan.



paling kesian, bila nak kejutkan bangun sahur. nak kejutkan mereka yg tengah 'syok' tidur satu hal. nak suruh mereka makan satu hal. biasanya, waktu begitu, takde selera sangat nak makan. cuma dipaksakan saja. kalau tak, bimbang mereka tak tahan lapar atau dahaga pada siang harinya. macam-macam caralah dibuat. yang tidur di meja makan pun ada. yang menyuap mulut dengan mata tertutup pun ada. pengalaman itu kita sendiri sudah lalui dahulu. nak marahkan mereka pun tak guna, sabar aje lah.



biasanya aku kejutkan sahur pun dah jam 5 pagi. bukankah sunat dilewatkan sahur? asal tidak terlajak ke imsak sudah...!



aku selalu ceritakan pada mereka, waktu aku sekolah dan tinggal di asrama dulu. waktu bersahur ialah antara jam 2:30 -3:30 pagi. waktu tengah syiok tidur. kalau lewat daripada tempoh tu, alamat tak bersahurlah jawabnya. dewan makan pun dah tutup. kalau menu makan sahur tu sedap takpelah jugak. kadang-kadang rasa tak berbaloi 'mengorbankan' waktu tidur. lebih-lebih lagi kalau hidangan 'ikan jaket' yg disahurkan. nak tak nak, sebab takde pilihan lain, telan jugalah....



itu sebablah agaknya, zaman bujang aku dulu jarang sekali bersahur. mungkin pengaruh semasa tinggal di asrama, terbawa-bawa. lagipun siapa nak masak. kalau pandai masak tak apelah jugak. kalau goreng telur hari-hari untuk makan sahur pun, muak jugak. sehari dua takpelah...kalau sebulan? ataupun nak kena bersiap ke kedai untuk makan sahur. tidur lebih diutamakan pada zaman bujang itu. jadinya, apa yg aku amalkan masa bujang dulu ialah makan lewat malam. atau orang panggil supper. jam 1:00 atau 2:00 pagi. kata uztaz yang pernah aku dengar, itu tak dikira sebagai sahur. jadi, tak dapatlah pahala sunat bersahur. tak apelah...itu pilihan yang aku buat.



seperkara yg aku jarang tinggal ialah solat tarawih. sejak aku kecik di kampung, hinggalah di sekolah dan tinggal di asrama, ataupun semasa zaman kegemilangan bujangku. satu kerugian rasanya kalau tak berjamaah untuk solat tarawaih. walaupun aku ni taklah sealim mana, tetapi aku rasa sangat rugi kalau tak mengerjakannya. kalau zaman kanak-kanak dulu sebab nak makan moreh, tetapi kini tak lagi. ianya adalah ibadah yg dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati...