arwah abah dan arwah mak sudah lama tiada.
sayangnya, mereka tak sempat melihat anak-anakku membesar. malah anak-anak aku tak pernah kenal siapa atuk dan nenek mereka.
masih teringat aku menyambut arwah abah pulang dari kerja, segak dengan uniform polisnya. dia tak pernah lupa pulang dengan lolipop kegemaranku. ya, aku cuma perlu mencium pipinya kiri dan kanan sebelum dapat lolipop itu. atau kadang-kadang disuruh menanggalkan kaut butnya dan stokin yg sedikit bau masam itu. aku tahu, dia cuma menyakat aku. dan aku tak pernah kesah, asalkan dapat lolipop. tapi kalau abah kerja shif malam, tak berjumpalah kami buat beberapa hari. dan tiadalah lolipop itu...
arwah mak, suri rumah sepenuh masa. membesarkan 10 orang adik beradik kami, bukanlah tugas mudah. ya, memang aku lebih rapat dengan arwah abah. tapi aku dan arwah mak sangat rapat selepas abah tiada. dan mak terpaksa mengakhiri sisa-sisa hidupnya menderita menghidapi kanser. bagaimana aku bersusah-payah menghantarnya saban waktu ke hospital. menemaninya untuk rawatan kemoterafi sampai berjam-jam, kadang-kadang tertidur di kerusi panjang hospital. duit yg ku kumpul untuk majlis kahwinku langsai untuk membiayai kos pembedahannya. hinggalah aku diberhentikan kerja kerana mengambil terlalu banyak cuti tanpa gaji dan EL. tapi itu semua tak ternilaikan dengan kasih sayang dan pengorbanan arwah mak...
kini, bila saja aku teringatkan mereka berdua. dan kalau hati aku serabut dengan masalah kerja atau masalah keluarga, aku singgah menziarah pusara mereka. berdoa dan sedekahkan bacaan yasin.
minggu lepas aku ditemani erin.
"kenapa kubur kat sini semak?....kubur atuk dengan nenek je cantik..." tanya erin jujur.
erin dan aku percaya, ramai yg lain hanya menziarah kubur mungkin setahun sekali, musim hari raya. dan pusara orang yg kita sayang hanya dibersihkan setahun sekali juga...tapi bukan pusara arwah abah dan arwah mak. insyaallah akan ku ziarah selagi ada hayat dan kudrat.
4 refleksi:
sebak n sayu baca entri ni...
sedih pulak baca..alfatihah utk mereka
maaf kalau sy tadi bercerita ttg mak ayah kat blog dan buat hati awak terusik
irfa...
takdelah, secara kebetulan je kot.
hidup mesti diteruskan.
jgnla sedih bro...but i really salute kisah nko dgn arwah mak tu...
Post a Comment