- mempertahankan sebenarnya lebih sukar -

Jan 10, 2012

1.
jumaat lepas aku berbual panjang dgn seorang kawan baik dari sarawak. dia kini 'mengajar' di sabah. sebenarnya pagi itu dia baru saja mengharungi viva voce utk  phDnya. maknanya tak lama lagi aku kena panggil gelarnya 'doktor'.

"sedikit kecewa tetapi lega..." begitulah komennya bila aku tanyakan akan pengalaman yg dilaluinya. ada beberapa perkara yg buat dia rasa terkilan. berdepan dengan sekumpulan profesor dan mereka yg lebih berilmu atau berpengalaman tentunya buat kita berasa sedikit canggung atau kekok. sebagai calon jangan pula sampai kita berasa terlalu kecil atau kerdil. pertahankan sebaik mungkin.

"dalam mempertahankan, jangan sampai seperti kita menunjuk pandai..." pesan penyelianya yg juga profesor disegani. sebagai pegangannya sebelum melangkah ke bilik menghadapi viva itu.
itu diingatnya dan dipegangnya baik-baik. dijawab dan ditangkisnya persoalan dpd jawatankuasa, dengan cara berlapik. tapi akhirnya akur dengan keputusan - lulus bersyarat -

diterima jugalah dengan hati terbuka. lebih baik untung nasibnya berbanding beberapa rakan lain yg perlu merombak, menulis semula atau gagal terus.

2.
dia mahukan aku lebih 'vokal' dalam menyampaikan komentar.
dia mahukan aku lebih 'agresif' dalam memberikan arahan.

sebenarnya aku tak faham sangat maksud vokal dan agresif itu. adakah dengan cara meninggikan suara dan menjegilkan mata. memberi amaran atau surat tunjuk sebab.
adakah dengan cara menumbuk meja semasa mesyuarat atau 'meluku' kepala mereka yg lembap dan malas buat kerja.

bukankah dia lebih tinggi kedudukannya dpd aku. aku tidaklah mahu dianggap 'lebih sudu daripada kuah'. kenapa tidak, dia saja menyampaikan komentar lebih 'vokal'. dan memberikan arahan lebih 'agresif'?
kenapa pula disuruhnya aku?
adakah dia mahu berselindung?
mungkinkah ada udang sebalik batu?
atau sekadar menguji aku?

aku sebenarnya lebih selesa 'mempertahankan' cara aku dan sikap aku sedia ada.



0 refleksi: