ada tak kadang-kadang kita rasa, dlm kompeni tempat kita bekerja tu macam kita aje yg beriya-iya buat kerja. datang awal ikut waktu. bila keluar makan tengah hari, pukul 2 sharp dah ada balik dalam ofis. siapkan kerja sebelum balik supaya kerja tak pending kalau tangguh esok.
kalau boleh tak nak boss tegur akan kesalahan atau kelewatan yg berpunca daripada kita. tak mahu clients komplen pasal kita buat kerja lambat atau buat silap. sebelum meeting, laporan semua dah siap.
tapi bila tengok keliling. rakan sepejabat tak punctual. masuk ikut masa mereka sendiri. atau kawan lain tolong clock in kan kehadiran. lepas tu mengular. tengah hari keluar rehatnya cepat, baliknya dah dekat waktu asar. buat kerja sambil lewa, asal sudah. kengkadang bila ada client telefon bertanyakan kawan kita tu, dengan berhemah kita cover dia.
kerja diorang berlambak yg sangkut. tapi diaorang macam dah 'mandrem' boss. sebab boss termakan dengan lip service diorang. diaorang pandai mengayat, putar belit.
kita ada kala nak tegur. tapi tak mahu nanti dia tersinggung. tak sampai hati. atau bimbang nanti bermasam muka, sudahnya bertahun tak bertegur sapa nanti. sudahlah kita hari-hari berjumpa. lagipun kita anggap dia sebagai kawan. seboleh-boleh tak mahu berasa sakit hati.
akhirnya kita simpan sendiri. kita makan hati.
tetapi diorang terus tak sedar diri. malah makin menjadi-jadi.
...dan kita jadi ibarat gunung berapi yg sudah lama terpendam. menunggu masa mengeluarkan lahar, meletus dan meledak!
3 refleksi:
...jgn sampai meletup bro
memang kengkadang terlintas jugak perkara begini. kita aje yg buat kerja, yg lain mengular!
saya no hal pada yg mengular ni selagi tak membabitkan saya :)
Post a Comment