sebenarnya cuti panjang tahun baru cina ni, perancangannya tak ke mana-mana pun. punca utamanya sebab rumah aku masih dlm proses rennovation. disebabkan aku ni bekerja jadi kebanyakan perancangan dengan wireman, tukang buat grill dan kontraktor lain kena buat masa cuti. nak biarkan diorang buat kerja, bukan cara aku....jenis nak kena tengok depan mata!
nak puas hati, biasanya aku akan tunggu mereka buat kerja. macam mandur. jadi hari sabtu hari tu aku dah buat appointment dgn wireman utk alihkan meter elektrik. payah jugak kerjanya. calang-calang orang memang tak berani. jadi aku kena mintak kerjasama jiran-jiran yg sebaris rumah, supaya berpanas dan bergelap utk tempoh sejam. bila letrik terpaksa dipadamkan. mujurlah mereka nampaknya understanding. tapi dlm hati tak tahula....hu hu.
kerja alih meter dan kabel letrik itu rumit. ambik masa sampai 4 jam dari pukul 10 pagi - 2 petang! dan aku pun tercongok sama, makan lewat tengah hari tu.
kemudian petangnya, jam 3 datang pulak mamat yg buat wiring dlm rumah. pasang lampu, buat soket, pasang kipas. nak kena tunjuk spesifik dekat mana tempat nak pasang. kalau salah atau tak betul nanti, tak puas hati jugak. sekali lagi jadi, mandur....
biarlah diorang rasa rimas sikit, nak buat kerja pun kekok. sebab tuan rumah menyibuk tunggu diorang buat kerja...ha ha
ahadnya. cadangnya nak cuci bahagian rumah yg dah siap. dan bersihkan atau buang apa yg patut. tapi, tak seperti hari-hari sebelumnya, kontraktor datang bekerja pada ahad tu. alamak, terencat perancangan. alasannya, diorang nak ganti cuti raya cina pada isnin dan selasa.
entah-entah nak lepak klcc kot!
nak tak nak. berkurung ajelah dalam rumah. sambil mendengar bunyi lentang lentung!
entah macam mana buat plan last minit balik kampung. bertolaklah lebih kurang jam 6. dan sampai ke pahang lebih kurang 10 mlm. mujur trafik tak berapa nak jammed. mungkin tempoh tu orang cina tengah 'makan besar'. dan orang melayu terutama orang negeri sembilan tengan 'mantai'....he he
itulah kadang-kadang yg kita rancang tak menjadi. yg rancang pun tak menjadi jugak...lebih baik pakai terjah je!
3 refleksi:
kami balik kg..jem dari kl sampai tol karak..merayap2..tolak dr rumah jam 9.30 pagi..sampai kg aku jam 6.30 petang..macam balik raya pulak rasanya
raya melayu, melayu raya. raya cina pun melayu raya jgk ha ha
laaa...tak siap lg ke. ingat nk pg house warming...ha ha
Post a Comment