tiap-tiap petang selepas habis kerja, sekumpulan mat bangla biasanya pusing keliling taman perumahan aku ni. dengan basikal & mesin pemotong rumput. mereka menawarkan 'servis' mesin rumput laman rumah kepada tuan rumah yg terlalu sibuk hingga tak sempat nak potong rumput laman rumah yg sekangkang kera saja tu.
rumput padang, depan rumah dan belakang rumah biasanya tak payah bayar. ada kontraktor majlis bandaran yg potong, sebulan sekali biasanya.
itu bukan tugas hakiki mat bangla tu. cuma sebagai part time aje. cari pendapatan sampingan untuk dihantar balik kampung nanti. atau dikumpul-kumpul bila habis kontrak kerja kat malaysia nanti. diorang ni memang rajin buat kerja. kalau takde diorang ni alamatlah, tinggi lalang dpd pagar lah alamatnya kawasan kejiranan kita! he he
tapi mat bangla itu hilang satu punca rezekinya. ya, rumah aku. rumput belakang rumah aku tu dah aku buang. sebab buat renovation hari tu (...tapi masih belum siap sepenuhnya). petang jumaat lepas Ahmad - hampir semua mat bangla yg aku kenal mengenalkan nama meraka sbg ahmad...ha ha - sama ada di stesen minyak, car wash atau restoran.
setiap awal bulan dia akan datang mesin rumput belakang rumah aku. dah jadi macam pelanggan tetap pulak. bukan aku ni malas atau sibuk sangat sampai tak sempat. tapi kalau guna mesin potong rumput lebih cantiklah...lagipun itu rumput carpet yg ditanam. bukan tumbuh liar. lagipun kerjanya bagus. cermat, kemas dan bersih.
jadi, takde lagilah rm10 dpd aku untuk masa akan datang untuk kuberi upah kpd ahmad...si pemotong rumput.
mungkin aku boleh suruh ahmad upah cuci longkang pulak. kiranya rm10 tu akan terus datang dpd aku nanti...atau apa-apa kerja lain yg sesuai. kesian pulak aku kat dia...mungkin pada kita rm10 tu takde apa-apa
5 refleksi:
ahmad..teringat lagu 'ahmad'kat radio.tp x tau sapa penyanyinya
diorg ni mmg pandai. servis mesin rumput pun dpt duit gak...
ha ha nama ahmad tu senang nak sebut dan ingat tu aje. aku rasa bukan nama sebenar tu...
salam...boleh beri no tel "ahmad"...sy perlukan servis nya utk tanah sy di Laman Jasmin.Tkasih
aiseh...xde pulak no. tel ahmad. nantilah kalau dia ada 'servis' kat area nia aku mintak kan.
Post a Comment