- cerita pasal kawan-kawan -

Jan 30, 2012

bila aku fikir-fikirkan sejak ada famili ni, prioriti aku dah banyak bertukar. lebih banyak habiskan masa dengan mereka. sebenarnya, tak banyak masa pun. waktu malam dan hujung minggu je. dulu banyak masa dihabiskan dengan kawan-kawan. sekarang kawan-kawan tetap ramai tapi jarang berjumpa.

nak jumpa, mengeteh sesekali dengan kengkawan biasanya wifey tak de halangan. tapi, hujung minggu ajelah aku nak rileks-rileks, bersenda gurau dengan anak-anak. tolong wifey memasak kat dapur (iya la tu...he he). maknanya, masa sangat mencemburui aku.

okeylah. sebagai mengenang kengkawan yg lama dan baru, jauh dan dekat. aku catatkan cerita pasal mereka. seringkas yg mungkin. kengkawan ini masih ada berhubung dengan aku. kengkadang jumpa dlm fesbuk aje, kengkadang sekadar berbalas sms, atau bercakap di telefon atau jumpa setahun sekali masa pergi open house hari raya. kengkawan yg lain mungkin berhibernasi atau lost contact.

lan - kawan mengeteh dan tengok bola di kedai mamak dengan aku. lan ni jiran aku. dia kerja di klia. isterinya cikgu sekolah menengah. anaknya baru dua, kecik-kecik lagi. sejak kebelakangan aku jarang keluar mengeteh dengannya sebab dia selalu buat OT. nak kumpul duit lebih sikit, katanya. awal tahun hari tu dia beli kereta baru, berkat duit bonus, menurutnya.

mie - kawan sekejiranan juga. dulu kita orang selalu main badminton, malam-malam kat dewan. tapi aku dah gantung raket, dan raket aku kini diwarisi oleh erol dan eril. mie ni pendiam orangnya dan rajin ke surau. dia selalu ngadu tak cukup duit. sebab tu sejak dua menjak selalu buat OT dan berniaga part time di pasar malam.. jadi aktiviti main badminton kami terpaksa digantung buat sementara...

shah - dah berhenti kerja. bisnes jual lembu dan kambing sepenuh masa. orangnya, tak besar-besar sejak dulu. kawan aku sejak di bangku sekolah hingga kini. dulu dia minat alleycats, sampai rambut dia pun ikut stail david arumugam. sekarang tak tahulah dia minat siapa, sebab rambutnya dah makin kurang. kerap jugak aku dapat komisen sebab perkenalkan orang yg nak beli lembu dan kambingnya buat aqiqah atau majlis kenduri kendara.

joe - orangnya agak serius - tapi bertukar jadi kepoh bila berkumpul dengan kawan-kawan. bekas kawan sepejabat di kompeni dulu. dulu dia ada masalah rumah tangga, dan hampir bercerai gara-gara orang ketiga. aku diberitahu tak lama lagi bakal menyambut anak ke-4. maknanya dah ok dah tu. biasanya kami jumpa waktu lunch di tempat lepak regular kami di kedai makan belakang istana negara.

lee - nama sebenarnya dirahsiakan. sebab mirip nama perempuan. sekarang cikgu senior di sebuah sekolah di ipoh. dulu kami gelar dia 'pak guard'. sebab gemar sangat pakai baju warna biru. boleh kata 90% baju nya warna biru. serupa macam park guard di U kami. dia selalu call atau sms aku pasal bola.

zam - cikgu juga di temerloh. isterinya pakar ginekologi. aku selalu sakat dia di fesbuk. sebab dia sentiasa update statusnya dan dikomen oleh anak-anak sedara, rakan cikgu dan anak muridnya sendiri. dulu masa di U, zam selalu jadi 'setinggan' di bilik kolej aku. dan sejak sebelum jadi cikgu secara rasmi, kami sudah gelar dia 'cikgu'. kalau aku balik kampung wifey, sesekali kami singgah makan ikan patin masak tempoyak di rumahnya.

ada ramai lagi, tapi aku ambik yang top 6 ajelah. yg lelain tu aku akan cerita pada masa lain pulak.
lagipun aku yakin yg 6 orang tak baca pun blog aku dan tak tahu pun blog bangsawannilai ni wujud...ha ha ha

yang pastinya, kawan-kawan amat berharga dalam hidup aku. dan aku sangat menghargai sebuah persahabatan walupun kadangkala ada pasang surutnya hubungan itu. tapi janganlah biarkan ia terputus. kalau diaorang tak contact kita, kitalah yg contact mereka. takde rugi apa-apa pun.
'keep on touching' kata saiful apek.


5 refleksi:

rahimin said...

OOO itu pasal nko tak tulis pasal aku, sbb aku baca blog ni ha ha

bangsawan nilai said...

Min...

ha ha itu la pasal

Irfa said...

org lelaki mgkin masih ada kesempatan ngeteh ngan kengkawan w,pun dah kawen.tapi pompuan bila dah jadi isteri banyak kena fikir..greenlight dr suami dan susah nak tinggal anak.

bangsawan nilai said...

irfa...

betulla. tp aku biasanya mintak greenlight jugak...he he takdela kuar suka hati jek

Irfa said...

BAGUS BEGITU..
dha berkeluarga buat cara berkeluarga.jangan pulak guna kuasa veto sbg suami.aku pun bersyukur juga suami pun perangai yg sama..dan yg pasti bawa kami keluar dulu jika dia ada hal