- skil standard yg kena ada pada seorang bapa -

Jan 9, 2012

pekerja yg fleksibel atau boleh buat multi tasking selalunya dianggap aset kepada kompeninya. seorang bapa yg boleh buat multi tasking jugak sangat perlu. selain bekerja di pejabat, seorang bapa pada zaman moden ini sepatutnya boleh menjadi baby sitter, boleh masak megi goreng, repair basikal anaknya yg rosak ataupun mampu ganti mentol lampu yg dah rosak.

mungkin ada yg kata itu perkara biasa. jaga bayi atau baby sitter, memang kena saling bantu-membantu. tapi kalau takde skil dan latihan, sudah tentunya nak tukar lampin bayi menjadi sesuatu yg sukar. jangan nak cakap besar kononnya sekarang ni ada lampin pakai buang. tapi sebelum dipakai buang kena bersihkan dulu segala kotoran **** yg berbau harum semerbak itu. dan kalau lampinnya dipakai senget akan berlaku kebocoran pulak…ha ha

itu belum masuk bab bangun buat susu tengah malam. mungkin kebetulan masa tu, wife kita demam atau dia kerja out station atau pergi kursus. atau bayi yg meraung tak henti henti sebab kembung perut, macam mana pulak nak memujuknya bagi diam. suara tangisannya yg melalak hingga terdengar seluruh taman perumahan kalau tak dihentikan, nanti ada jiran yg ingat kita ni dera anak pulak!

nak masak megi goreng bukanlah payah sangat. tapi skil yg ramai orang ada setakat rendam mi segera dalam air panas. kalau nak menggorengnya silap-silap jadi hangus, atau over lembik sebab banyak air, tak sedap, tawar kerana terlupa masukkan perencah. maka kita akan dikritik oleh juri a.k.a anak-anak.

bila anda dah belikan basikal untuk mereka, tunggulah dalam masa sebulan. basikal itu akan mula meragam. terutama bila anak kita mula tunjuk skil macam mat rempit, redah semak-samun, masuk parit longkang. mungkin rantai basikalnya jadi longgar, mudah tanggal, tayar pancit atau brek putus. nak hantar kedai basikal tentu ada kosnya. sekali dua tak mengapa, kalau dah saban minggu, kopak jugak. jadi nak tak nak kenalah jugak, seorang bapak ada skil baiki basikal. buka bengkel basikal mini. untuk repair yg mudah-mudah kena jugak ada peralatannya. kena ada pemutar skru, spanar dan pam basikal. kalau tidak…sendiri mau ingat.

kalau di ofis, bila lampu tak nyala, senang je buat aduan, kejap lagi kontraktor atau juruteknik datang tukar. kalau kat rumah pun boleh jugak panggil electrician. tapi kalau setakat tukar mentol yg dah terbakar, macam tak berbaloi panggil diorang tu. nak tak nak kena repair sendiri jugak. tapi kena jugak tahu, mentol jenis apa, nak tukar lampu jenis kalimantang berbeza dengan lampu bulat, atau lampu hiasan sekarang ni yg macam-macam rupa bentuknya, berapa wattnya silap-silap terlebih...meletup, yg masuk kena putar atau kena lekat kot tersalah beli. haaa…tak mudah bukan. satu lagi, kalau takde tangga kat rumah tentu susah nak panjat. akkan nak beli tangga 6 kaki semata-mata sebab nak tukar satu mentol. namun keperluan untuk masa akan datang kena jugak difikirkan. atau kalau nasib baik dan muka tak malu bolehlah pinjam dengan jiran. tapi nasib tak baik, jiran pun 2 x 5, harap nak pinjam daripada jiran macam kita jugak….hu hu

ini baru beberapa perkara ‘asas’ keperluan kepada bapa untuk memiliki skil multi tasking. ada banyak lagi. sebenarnya bukan mudah jadi seorang bapak ni…tapi itulah hakikatnya. mungkin hal kemahiran begini boleh dimasukkan dalam kursus pra-perkahwinan…he he




3 refleksi:

rahimin said...

ha ha...ini mesti dah kena ni. mmg betul, tak boleh nak elak dah, kenyataan!

editor kampung said...

ya, pengalaman yg banyak org lalui jugak. ada yg skru driver pun tk pernah pegang, lampin pun tak kenal, masak megi pun tak reti...hah hah. good entry!

Irfa said...

betul tu..aku setuju 600 peratus apa yg ko tulis ni..calon menantu aku nanti nak kena lalui ujian multi tasking ni :)tak la lampu rosak bertahun baru nak repair.huhu