- resipi ayam penyet sebenar berasal dari pakistan? -

Jan 27, 2012

malam tadi lepas beli barang keperluan di giant, nilai. lepas tu nak cari tempat untuk makan malam. memang takde masalah kat area tu. ada 9th aveneu. banayk pilihan kedai nak makan. selepas mesyuarat tergempar yg tidak mencapai kata sepakat, lalu aku menggunakan kuasa veto.

"kita makan kat kedai ayam penyet aje...!" kata putus diberikan. yakin dan muktamad. kunci terus!

sebenarnya dah beberapa kali ke situ. agak pelik juga berkaitan pekerjanya.

pertama, kesemuanya lelaki.
kedua, tak de seorang pun orang tempatan.
dan lebih memusykilkan lagi takde seorang pun rupa macam orang indonesia.


wajah mereka nak kata mat bangla atau nepal pun bukan. tapi aku lebih cenderung meneka mereka orang pakistan.

nak dengar mereka bercakap pun payah. sebab order guna stail kopitiam. baca menu lepas tu calit atas kertas (borang? he he) yg disediakan.

aku pun bangkitkan hal tu pada wifey. lalu wifey pun memberikan hujahnya. katanya, ada satu etnik kat indonesia yg rupanya mirip pakistan dan arab. hensem macam kacukan katanya, lebih mirip kepada hero hindustan.

aku tak tahulah dari mana wifey mendapatkan sumber ilmiahnya itu. tapi mungkin betul jugak.

selesai mengenyangkan perut dengan sup rawon, pecel lele, sayur lemak pucuk ubi dan tentunya ayam penyet (penyek?), aku mengambil keputusan untuk meleraikan segala persoalan yg bermain di jiwa...ha ha

semasa buat bayaran, aku bertanya pada si kasyier.

"engkorang asal dari mana...?" aku guna loghat melayu campur sedikit indon.

"sorry...sir" jawab si kasyier. macam blur aje.

"where are you all from, actually...?" maka terkeluar sisi mat saleh aku.

"Oooo....we are all from pakistan, sir..." jawabnya dengan senyum.

maka akulah peneka paling tepat, akan persoalan itu.

jadi kalau nak makan masakan atau makanan indonesia, yang dikendalikan dan dimasak oleh orang pakistan yg mirip hero filem hindustan, datanglah ke restoran ayam penyet berhampiran pasar raya giant, nilai.....ha ha promosi!

3 refleksi:

rahimin said...

ayam penyet made in pakistan...

Irfa said...

TIAP KALI LALU DEPAN KEDAI TU..AKU TINGIN NAK SINGGAH TAPI BELUM TERSINGGAH..PROMO KO NI BUAT AKU TERUJA.KOT LA ADA YG MUKA CAM SRK.HEHE

bangsawan nilai said...

baik u pergi.
ini bukan aku yg ckp hensem, wifey aku yg cakap...ha ha