- Lee, bertahanlah demi kami... -

Jul 31, 2012

semalam.
entah kenapa aku terjaga dari tidur.
tapi dah memang tabiat aku, kalau tersedar tengah malam begitu akan cari henfon untuk tengok jam berapa. jam menunjukkan 3:20 pagi.
aku nampak, ada ikon sms masuk pada skrin henfon. mulanya nak kubiarkan saja.
kalau penting atau emergency, tentu si penghantar sms itu patut telefon saja.
tapi hati aku rasa tak sedap.
lantas aku baca dalam gelap, dengan mata yg. separuh terbuka.

mesej dari kawan lama, R. satu batch dulu di U. jarang benar kami berhubung.
sekarang dia di muar, sebagai cikgu.

"salam. kwn kita Lee sakit la. dia kena kanser. baru lps operation.
lps ni buat kemo. sama2 kita doa dia sembuh"

rasa bagai dipanah halilintar tubuh aku demi membaca saja mesej tu.
Lee adalah antara kawan aku paling rapat masa study dulu. ambik kursus yg sama. tinggal di kolej yg sama. pergi kuliah sama. makan sama. lepak sama.
pendeknya, dia adalah sebahagian daripada kehidupanku sepanjang 4 tahun di kampus dulu.

mahu saja aku telefon Lee saat itu juga. bertanyakan khabarnya. mahu merasakan kesakitannya. mahu memberikan kata semangat untuknya.
tapi waktu tu jam 3:00 pagi. gila apakah aku menelefonnya di kala itu.
aku jadi gelisah. fikiranku berserabut.
segala kenangan bersama Lee datang bertalu-talu.
imbasan kisah dengannya bermain-main di ingatan

ada rasa bersalah juga. sebab sudah lama tidak menghubunginya.
fbnya yg sesekali ku jengok sudah lama bersawang.
malah kali terakhir aku menghubunginya sewaktu wish untuk hari jadinya.
masakan aku terlupa. sebab dia orang 'spesel'.
tarikh hari jadinya mudah diingat. 1 januari...!

Lee budak kedah. orangnya gempal. rambut keriting.
itulah fesyen rambutnya dari freshie sampai  ke final year.
periang, suka berlawak.
kadang-kadang suka cakap besar.
terngiang-ngiang aku loghat kedahnya yang pekat tu.
tak heranlah, dia disenangi ramai kawan.
kalau ada pun kelemahannya...dia takut perempuan.
bab tu, dia selalu jadi bahan 'kutukan' kami.

saat riang. saat duka. peristiwa pahit. peristiwa manis.
maklumlah duduk jauh dari keluarga.
kesukaran belajar. assignment yg berlambak.
kesempitan wang.

mengingat masa lampau. dan menggambarkan Lee sedang sakit membuatkan aku tak lelap tidur.
tak pernah aku jangka, orang sesihat Lee yang dulu aktif bersukan hingga mewakili kolej.
sekarang terlantar sakit.
tak sedar, mengalir juga air mata lelaki.
tak sabar nak menunggu hari siang.
nak menghubunginya. nak dengar suaranya.
nak tahu kesakitannya.

saat itu,
alangkah baiknya kalau ini semua hanya mimpi sedih.
mesej itu tak pernah aku terima.
dan Lee tak pernah sakit....alangkah!

siangnya.
aku berkira-kira untuk menelefonnya.
mungkin saat itu Lee sedang berada di wad untuk rawatan.
atau sedang rehat atau tidur di rumah.
takut mengganggu pula.
lagi pula, aku  agak sibuk dengan kerja ofis.
aku perlukan satu waktu yang tenang.
bercakap dengan orang sakit, ada kaedahnya.
pertama, supaya dia tidak kecil hati.
kedua, supaya dia tidak patah semangat.
aku tahu. aku faham benar.
sakit kronik seperti kanser, membawa tekanan emosi yg dalam.

jadi, aku ambik keputusan.
mungkin waktu yang paling baik, ialah sebelah malam.
lepas waktu berbuka nanti...
sepanjang di ofis semalam. aku diam saja.
badanku di ofis, fikiran aku mahu berada dekat dengan Lee.
kalaulah Ipoh  itu dekat....

lepas berbuka & solat maghrib.
aku masuk ke bilik. kunci pintu.
aku mahu bersendirian dengan Lee.
ya Rabbi...demi mendengar suara aku.
aku dapat rasa getar suara Lee.
suaranya sebak sekali. aduhai....

diceritakannya kesakitan yg dialami.
betapa tubuh yg dulu sihat tegap.
kini susut.
nak berjalan pun tak berdaya.
nak makan pun tiada selera.
sakitnya usah cerita lah.
tidur pun hanya beberapa jam saja sehari.

tambahnya lagi, takde tanda sakit pun.
datangnya tiba-tiba.
segalanya bermula awal tahun ini.
selalu demam. badannya rasa lemah-lemah.
bila ke klinik cuma diberi ubat.
sehinggalah satu hari  dia pergi buat medical check up di hospital.
hasil ujian menunjukkan ada masalah kekurangan darah.
walaupun dimasukkan beberapa pint darah, masalah itu masih berlaku.
dia ditahan diwad. untuk rawatan lanjut.

selepas itu, dia diminta datang untuk rawatan susulan. setiap bulan.
hinggalah 2 minggu lepas.
doktor mengatakan ada ketumbuhan di ususnya yang membengkak dan 'bocor'.
dipercayai, sel kanser & perlu dibedah segera.
jadi minggu lepas, dia menjalani pembedahan.
sebahagian ususnya terpaksa dibuang.
kemungkinan selepas ini, dia perlu menjalani kemoterapi.
dalam masa 3 minggu lagi, result ujian akan mengesahkan.
sama ada ketumbuhan itu ialah sel kanser atau tidak.
mudah-mudahan, bukan.

kebetulan, beberapa hari lepas, sebaik dibenarkan pulang dari hospital,
R menelefonnya. dan R memang tahu aku rapat dengan Lee.  berita sakitnya itu, perlu disampaikan kepada aku.
Lee kata dia memang sengaja menyembunyikan sakitnya itu dari kawan-kawan.

aku juga menahan sedih.
serasa aku juga turut merasai kesakitannya.
tapi, aku perlu kuat.
aku berikan nasihat padanya.

sebelum mengakhiri perbualan itu, aku tinggalkan Lee kata-kata ini:

banyakkan doa. banyakkan sabar. kuatkan semangat.
kau perlu kuat dan tabah.
bukan saja untuk diri kau, tetapi demi isteri.
demi anak-anak yang masih kecil.
kau masih muda, punya kekuatan untuk mengharungi dugaan, kesakitan itu.
aku akan sentiasa berdoa untuk engkau supaya sembuh.
tak lupa, aku akan buat sembahyang hajat.
kalau diizinkan, ada kesempatan aku akan datang menziarah.
ada ramai contoh orang yg survive daripada kanser.
aku percaya kau adalah di antara mereka itu.

sebelum mengundur diri, aku berjanji akan selalu menghubunginya.
kalau kau perlukan bantuan, bagitau pada aku.
kalau kau nak mengadu, bagitau aku.

di akhir perbualan, Lee tak dapat lagi menahan sebaknya.
tangisan seorang lelaki jelas terdengar di hujung talian.

"terima kasih. maafkan aku. andai kita tak sempat jumpa..." kata Lee.

"jangan cakap macam tu. kita akan jumpa. dan insya-Allah, masa tu kau dah sihat..." pujukku.


- padah silap nombor meja -

Jul 30, 2012

teruja...


detik penuh debaran...
semalam kita orang makan steamboat sebagai berbuka puasa. gaji baru masuk. dan cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya. tapi kenalah booking awal-awal kalau nak selamat. kalau main walk-in nanti takut kempunan pulak.

lagipun asyik makan di rumah je. sama ada wifey masak atau beli di bazar ramadan.
dlm kes wifey, lainlah. dalam minggu pertama je, 3 kali dah berbuka puasa buffet di hotel dengan kliennya. tinggallah aku suami mithali ni yg terpaksa melayan erin, eril, dan erol.


semua dah sumbat dlm tu...(pics acara makan2 telah ditapis)
tempat ni selesa. pilihannya banyak. servis dan layannya tip -top. jadi takde sebarang rungutan.
rungutannya hanyalah perut yg terlalu kenyang....he he he

bayaran dikenakan mengikut kepala. untuk kanak-kanak separuh harga.
seperti juga hidangan buffet, kita dibenarkan makan sebanyak mana yang termampu atau terlarat.

bila dah selesai, tibalah masa nak membayarnya.
aku antara yg terawal nak pergi bayar. lagipun, waktu solat maghrib dah nak hujung-hujung. takut tak sempat.
di depan aku ada seorang brader sedang nak buat bayaran. jadi, sewaktu membayar tu kita akan ditanyakan nombor meja. untuk memudahkan mereka membuat kiraan. brader tu peramah orangnya. banyak benda yang ditanya pada kasyier tu.

selesai mengira, bayaran pada skrin pengira menunjukkan rm312.
brader tu agak panik dan kelihatan gabra.
dia mengira-ngira duit dalam dompet. mungkin tak cukup.
lalu dia memanggil isterinya. yg masih duduk di meja bersama-sama seorang anaknya.

kemudian isterinya datang ke kaunter. "kenapa? tanya isterinya.
"tolong tambah duit, tak cukup la..." muka brader tu nampak merah padam.
lagi pulak, dah mula ramai orang beratur menanti giliran nak buat bayaran.

"apasal mahal sangat...?" rungut isterinya. sambil mengeluarkan dompet dari beg tangannya.

"nombor meja abang, betul 13 kan?" kasyier tu bersuara. mungkin melihat gelagat brader tadi yang panik semacam.

"eh bukan 13. no. 17 lah..." isteri brader tu membetulkan.

"nanti saya check......kalau meja 17, rm78.80. 2 dewasa, i kanak-kanak kan?' kasyier tu membetulkan.

"haaa... tulah. saya pun pelik. makan berdua je takkanlah mahal sangat..." jawab si brader sambil menarik nafas lega.
segera dibayarnya dan beredar tanpa menoleh kiri dan kanan lagi.

moral ceritanya: pastikan no. meja anda bila nak bayar bil



- dulu kerana moreh, sekarang kerana tarawih -

Jul 27, 2012


jemaah di sebelah aku asyik berpaling ke belakang. setiap kali habis dua rakaat tarawih.
nak kata tertinggal sesuatu, tidak pula.
nak jeling jemaah perempuan, tak mungkin la.
sebab ruang tu dipisahkan dengan tabir.

lepas habis solat tarawih, aku nampak dia dengan anaknya di tempat parking kereta.
ooo...patutla. mungkin tadi anaknya ada di baris belakang.
memang biasa, budak-budak berada di saf belakang.

teringat aku dulu masa kecik-kecik.
pergi ke surau untuk tarawih tak pernah ponteng. tapi solatnya selalu miss.
mula-mula memang betulla  solat. tapi bila dah tengah-tengah, terutama bila imam baca surah yang panjang, kita pun perlahan-lahan undur dan....cabuuuut!!
pergi main bunga api ke mercun ke.
atau paling tidak main kejar-kejar.

sambil tu berwaspada dan jenguk-jenguk ke surau, solat tarawih dah habis ke belum?
sebab nak masuk balik. semata-mata nak makan moreh....he he


beza sekali dengan sekarang ni.
kalau tak pergi solat tarawih, rasa rugi sangat.

tapi jiwa kanak-kanak tu masih ada lagi.
bila imam veteran yg imamkan solat tarawih, terasa lambat sangat...
bila imam muda atau hafiz yang imamkan.. rasa laju dan bersemangat je....
20 rakaat pun rasa macam 8..!!

cuma jarang sangat nak tunggu moreh.
tak macam dulu-dulu.
terasa sangat zaman tu dah jauh....

- hari selasa yang wangi -

Jul 24, 2012


jam 9:00 pagi
kakak cleaner masuk.
sambil menyapu dan kutip sampah, hidungnya mencanak sikit.

'huh...wangi...!"

jam 9:12 pagi
kak sekretari ketuk bilik dan masuk.
di tangannya ada sehelai surat.

"surat pelantikan...tahniah" katanya sambil tersengih.
macam tak ikhlas je.

"mmm...wangi la bilik ni.." komennya.

aku baca surat tu.
"huh...lantikan pegawai rekod ISO....hampeh"

menambah balak!

jam 9:30 pagi.
kawan sekerja dari bilik sebelah menjengah.
sebalik melangkah masuk...

"wuaaa...wangi giler la bilik you..."


***********

pagi ni aku sampai awal.
jalan tak berapa jem, macam pagi semalam.
mungkin semalam sebab hari pertama kerja di bulan puasa.
nak setelkan satu dokumen, nak pos.
sebelum despatch keluar hantar dan pos surat.

macam biasa bila ada benda urgent mesti ada cabarannya.
failnya entah ke mana. seingat aku dah letak bahagian atas rak, semalam.
cari punya cari...selongkar punya selongkar...

terlanggar botol perfume.
jatuh dan pecah...!

itu yg wangiiiiiii ....sangat pagi ni.
kepala pun dah naik pening, sebab wangi menusuk hidung membawa ke perut yg kosong...

...dan rupa-rupanya fail tu ada dalam beg aku.



- apa kata survey: bawa telefon ke sekolah -

Jul 23, 2012


cikgu: tak setuju, ini akan menambah beban guru untuk memantau murid. mungkin juga memburukkan lagi masalah disiplin

ibu bapa: ada baik buruknya. kalau anak saya terlupa ada kelas tambahan atau terlepas bas, boleh telefon...tak baiknya, kalau diorang main telefon masa belajar

pelajar: alah...cikgu pun main fesbuk masa ngajar

pibg: kena buat mesyuarat agung dulu...

pembangkang: ini semua kerja umno/bn nak merosakkan anak muda

prokerajaan: kita sokong transformasi...1 telefon 1 murid

amoi kedai top-up: manyak bagos la, kita bisnes pun ada maju. satu melaysia kan...

- kalaulah aku punya sayap -

Jul 20, 2012


esok puasa bermula.
mulai minggu depan, bila balik kerja gerenti sesak.
masing-masing berebut nak balik rumah. nak berbuka puasa di rumah.
ada yg nak masak untuk berbuka.
mungkin ada yg singgah dulu di bazaar, kemudian berbuka di rumah.
ya, adalah juga yg berbuka di kedai, restoran atau hotel. tapi, tak lah hari-hari.

masa duduk di KL dulu.
banyak kali berbuka puasa dalam kereta.
jalan jem, tak sempat sampai ke rumah, apatah lagi singgah di bazar ramadan.
mula-mula peritlah juga, sedih pun ada.
tapi, lama-lama dah biasa. siap bawak bekal air dalam kereta atau jajan dalam kereta.

ramai yg salahkan pengangkutan awam yg tak efisien.
salahkan sistem jalan raya yg menjadikan jalan sesak.
tapi sebenarnya, jumlah kenderaan di jalan raya di malaysia ini sebenarnya terlalu banyak.
volumnya terlalu tinggi.
perhatikan saja di kawasan kejiranan kita. hampir setiap rumah ada 2 kereta, ada yg 3.

statistik terkini menunjukkan malaysia adalah negara ke-2 tertinggi di dunia selepas amerika syarikat dari segi jumlah kenderaan per penduduk.

jumlah penduduk malaysia: 28 juta

jumlah kereta: 11 juta

jumlah motosikal: 9 juta

jadi, sebaik mana pun sistem jalan raya, walaupun ada lrt, monorel, bas di bandar utama. jalan raya yg sesak masih sukar diatasi.
lebih menggusarkan jumlah tersebut semakin bertambah.

bermula dari minggu depan, seperti bulan puasa tahun-tahun sebelumnya, aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, perlunya berdepan dengan jalan jem sebagai sebahagian cabaran bulan puasa.

itulah yg aku perlu tempuhi selaku warga nilai yg mencari rezeki di KL. nasib badan...
kalaulah aku punya sayap...kan best!

- siri bercakap dengan erin . . . 15 -

Jul 19, 2012

bulan puasa dah dekat.
tahun lepas seperti tahun-tahun sebelumnya, erin puasa. tapi tak penuh.
aku tak pernah paksa anak-anak aku puasa. biarlah mereka puasa dengan rela hati.
tapi kadang-kadang sayang rasanya bila mereka buka puasa walaupun waktu berbuka tinggal sejam lagi. dah pukul 6:00 balik sekolah, diorang merayu-rayu nak buka puasa.
seperkara lagi bila bangun sahur. kesian juga dengan mata lelap menyuap makanan.
kita sendiri pun tak lalu nak makan, inikan pulak mereka.

erin: papa tau tak niat puasa macam mana? (dengan muka excited)

aku: macam mana ya? papa dah lupa lah.... (sengaja...!)

erin: tadi kat sekolah uztazah ada ajar. erin dah pandai baca ....

aku: bagosla...cuba erin baca niat. papa nak dengar...

erin: nawaitu......saw ma ghadin an ada ....i....far...di...syah...ri rama...daa naaa (merangkak-rangkak dia membacanya, sambil aku cuba betulkan...)

aku: dah pandai baca niat. kena lah puasa penuh

erin: tapi erin tak boleh puasa penuh... (sambil tunduk)

aku: apasal lak?

erin: sebab puasa taun lepas, belum ganti lagi....



- pulang beraya dengan bugatti veyron

Jul 17, 2012


semasa di bangku sekolah, kita diminta oleh cikgu untuk tuliskan cita-cita pada buku rekod.
cita-cita aku sentiasa berubah-ubah dari setahun ke setahun.
tapi bila masuk sekolah menengah, aku dah bulatkan tekad. hanya satu je cita-cita.
nak jadi pemain bola profesional.
masa tu tengah hangat di malaysia, liga semi-pronya.
azman adnan dikatakan dapat gaji 15k sebulan.
zainal abidin pun bergaji besar dan bawak bmw waalupun hanyalah second hand.
masa tu belum lagi era aidil zafuan, khairul fahmi atau safee sali macam hari ni.
yg lebih glamour.

ternyatanya, cita-cita tu tak diteruskan.
jangka hayat profesion pemain bola ni singkat. masuk 30-an, prestasi merudum dan kena pencen awal. kalau cedera teruk, mungkin terpaksa bersara lebih awal.
sebab tulah sekarang pemain bola profesional dibayar gaji amat tinggi.
makan pun tak abis kata orang.
ini kereta bugatti veyron, antara kereta termahal dan terlaju di dunia. milik samuel eto'o. pemain ni berasal dari cameroon, afrika. dia parking kat tepi jalan di kota paris utk berisar-siar dan bershopping

dulu dia main striker untuk inter milan dan barcelona. sekarang dah masuk usia 30-an. tapi masih laku dan dibeli oleh kelab dari russia, anzhi makhachkala.
kelab ni dimiliki oleh seorang billionare russia, suleiman kerimov.

gajinya bernilai 26.65 juta USD setahun. lebih mahal daripada pemain terbaik dunia lionel messi atau cristiano ronaldo...

selain bugatti veyron, samuel juga ada koleksi kereta mewah lain spt. gemballa mirage GT dan stallone mansory.

inilah pic samuel eto'o.
kalau nak kira hensem, memang dengan aku pun kalah...he he

jadi, kalau anak-anak kita tak berapa nak maju dalam pelajaran, atau lebih cenderung meminati sukan berikanlah mereka galakan.

mana tahu mereka juga nanti bakal bergelar jutawan. kalau bukan bola sepak mungkin tenis atau golf. kalau takraw atau main guli memanglah tak boleh kayo...

memang gempakla kalau balik raya bawak bugatti veyron ni kan...

- gossip orang lelaki -

Jul 16, 2012


abang ajis kata dah 12 tahun dia pergi kerja ulang alik dari nilai-KL.
dia keluar rumah seawal 5:30 pagi setiap hari.
singgah sembahyang subuh kat surau di RnR sg besi sekejap, sebelum meneruskan perjalanannya ke tempat kerjanya di jalan parlimen, KL setiap hari.
itulah rutinnya.
sepanjang tempoh itu, sudah 2 kali keretanya eksiden.
duit minyak dan duit tol mungkin dah boleh beli bmw atau merc, katanya.

hampir sama dengan aku, rutin abang ajis itu.
bezanya aku keluar lewat sikit, tidaklah seawal 5:30 pagi...
melalui jalan yg sama via sg besi.
mungkin aku selamat sikit dari jem sebab ikut susur PJ.
duit tol dan duit minyak kalau ikut sg besi, sama aje dengan abang ajis.

itu antara yg dapat kami kongsikan bila berkumpul.
walaupun saling kenal sebab duduk di kawasan kejiranan yg sama, tapi jarang dapat duduk berbual.
kecuali ada majlis begini atau open house hari raya.

sabtu lepas, kami adakan majlis tahlil, baca yasin dan doa selamat.
pasang khemah, dan tempah katering.
sambil tu buat solat hajat permintaan dpd abang lah yg anaknya  menghidap kanser.

dapatlah kumpul sesama jiran.
selalu jumpa pun cuma berselisih atau sekadar angkat tangan.
selesai majlis, kita orang yg lelakinya berborak sampai larut malam minggu.
suasana yg cukup harmonis, menyenangkan, sesekali diselangi gelak tawa. bila ada topik yg lucu.


*********

dalam pada itu dapatlah bertukar berita terkini.
eh...kaum adam pun pandai bergosip jugak weh...!

mokh dah beli rumah baru kat sendayan, dah nak pindah sebelum puasa.
beraya kat rumah baru la tahun ni...
rumah dia sekarang nak jual. dah ada pun yg nak beli.

ayid, pun nak pindah. selama ni dia duduk menyewa.
dia beli rumah kat seriemas. kat sini fasa yg baru dah mahal, tak macam mula-mula dulu.
dia lebih suka kat sini, tapi apa kan daya. ekonomi tak mengizinkan.

asyiq balik kampung. tak dapat datang. bininya beranak lagi.
kali ini lelaki juga, yg ke-5.
ok bolehlah try untuk yg ke-6, mana tau menjadik...he he
puas dah kita orang bagi petua. mungkin gelojoh sangat ha ha ha...

zemi semakin kurus, diet katanya.  makan herbalife yg satu set rm400.
mahal tu, kalau tak berhasil, memang saja la...
malam tu pun dia tak banyak makan. katanya dah turun 14kg.
kena maintain lah, jangan boroi balik macam dulu.

syed dan amin tak join. buat sekian kalinya. merajuk kes pemilihan ajk penduduk nampaknya terus berlarutan. sudah-sudah lah tu. tak ke mana pun...
buat macam aku ni, orang bagi jawatan ambik, tak bagi aku duk diam-diam.

entah bila lagi dapat berkumpul macam tu....
selalu sangat pun takde modal pulak nak borak.
bezanya gossip kaum adam ni takde sangat cerita pasal artis.
topiknya dari soal politik, kereta, duit sampailah kepada cerita pasal bola.

yg bestnya kita orang dah pakat buat satu akaun fb untuk group.
bolehla bergossip kat situ nanti...he he he
yg penting isteri-isteri kami tak boleh add dan dikhususkan utk ahli group sahaja...

- the royale chulan -

Jul 13, 2012

pagi ni hadir ke majlis pelancaran buku.
dirasmikan oleh CEO khazanah nasional di  the royale chulan hotel, KL


yg ni lebih clear ambik dari poster...

- dijemput kita datang, dijamu kita makan -

Jul 12, 2012

1.

dekat-dekat nak puasa ni ramai yang buat kenduri.
biasanya buat kenduri doa selamat dan tahlil.
di kawasan perumahan aku ni, memang saban tahun, setiap kali menjelang ramadhan, kita orang pakat-pakat buat kenduri.
bukan kenduri sangatla, lebih kepada majlis makan-makan.
ada doa selamat dan tahlil.
kita pakat kumpul duit, upah katering, sewa khemah dan panggil ustaz bagi ceramah.
selalu ajk nya orang yg sama. sebab modus operandi (heh heh) sama je...

sabtu ni, kita orang akan buat majlis tu lagi.
tapi kali ni sebahagian ajk dah tukar. oleh sebab hari tu aku dan beberapa ajk lain tak datang meeting.
2 hari lepas aku suruh eril hantarkan duit kutipan kpd bendahari.
sebab eril boleh pergi dgn basikal.
aku bagi lebih sikit dpd jumlah yg ditetapkan, kira sedekah lah.

eril kata pakcik tu mintak senarai nama.
jadi, aku pun telefon lah bendahari tu.
senarai nama nak buat apa pulak?
dia kata senarai nama arwah...
sbb nak buat tahlil.

haaaaa....?


2,

dalam sibuk-sibuk nak kenduri sambut puasa, ada jugak yg sibuk buat kenduri kahwinla, bertunang la. tunggu lepas raya tak boleh ke? tak menyempat-nyempat....ha ha ha

tak bolehlah cakap macam tu kan.
masing-masing punya perancangan. masalah mereka kita tak tau.
jadi, sabtu ni jugak aku kena hadir ke majlis pertunangan anak sedara wifey di shah alam.
lepas tu kena rushing ke majlis perkahwinan di sentul.
staf satu ofis yg buat kenduri perkahwinannya.

hari tu, boss ada sound kat dia.
sebab dia ambik cuti kahwin seminggu.
boss cakap...
"saya boleh luluskan cuti kahwin awak ni, no problem.
 tapi awak tak boleh ambik cuti raya. bagi peluang pada staf lain pulak...!"

haaaaa...?


- berpoco-poco di dataran nilai -

Jul 10, 2012

petang ahad ronda-ronda dataran nilai. rupa-rupanya ada
karnival mesra rakyat.
ada banyak acara. petang tu ada senam robik & poco-poco

ada satu group yg dah biasa senamrobik dan poco-poco lead acara tu

kemudain penonton, pengunjung dan famili yg datang &
duduk kat belakang pun
join sama termasuklah kita orang walaupun tak reti sangat berpoco-poco

ada gak acara menunggang motosikal lambat. maknanya siapa paling
lambat dia yg menang.
lebih susah lagi peserta kena naik superbike bukannya kapcai

sementara tunggu maskot boboiboy keluar erin bergambar dgn poster.
khabarnya populariti boboiboy kini menyaingi upin ipin dgn
rating & jumlah penontonnya mencecah 1.7 juta

- buka bengkel di hujung minggu -

Jul 9, 2012

mengorbankan cuti rehat hujung minggu utk  mengendalikan bengkel..

peserta dpd kalangan pensyarah IPTA

dari pagi sampai ke malam...
(nota: oleh sbb aku yg ambik pics...maka aku takde dlm pics he he...)

cuma sempat berehat di bilik beberapa jam je, utk rehat & tidur

pandangan dari balkoni bilik penginapan

lobi hotel

- ziarah singkat ke batu pahat -

jumaat lepas aku ambik EL.
menziarah biras (beras kata p. ramlee dlm satu filemnya..) atau kakak ipar kepada wifey yg meninggal dunia.
aku pernah ceritakan tentang sakitnya di blog ni tak berapa lama dulu.
suami (abang wifey) dan anak-anaknya, tampaknya redha akan kepergian itu. sebab sudah puas menjaganya dan berusaha menjalani rawatan. sampai ke satu tahap biarlah dia pergi daripada terus menderita sakit.

arwah meninggal sebelah malamnya. jadi, selepas subuh, kami bertolak ke batu pahat. kerana pada perancangannya jenazah akan dikebumikan sekitar 10.00 pagi. mahu menyegerakannya sebelum solat jumaat.

selesai urusan pengkebumian jenazah dan solat jumaat di masjid berhampiran, kami bertolak balik ke nilai. kerana keesokan harinya, sabtu, aku kena menghadiri bengkel di seremban.


*******

dalam perjalanan balik tu, kami singgah di ayer hitam.
dulunya, ayer hitam terkenal dengan barangan kraf, seramik, pasu dsb. mungkin nilai 3 versi lama. kalau dulu, pusatnya adalah deretan kedai lama di tepi jalan menghala pekan ayer hitam, kini sudah ditempatkan di kawasan lot kedai yg baru dan lebih tersusun. lebih kurang macam nilai 3 lah.

sempat jugaklah dibeli bakul rotan, frame gambar yg ada jam dan tikar sarawak yg dikatakan masih panas baru sampai dengan design baru.



- muka legend, hati cute ... -

Jul 5, 2012

kira-kira jam 12.00 lebih tengah hari semalam, aku berada di pejabat pos menguruskan pos laju. ada dokumen urgent yg perlu dihantar.
oleh sebab staf berkenaan yg keluar sejak pagi belum balik, selaku pekerja yg efisien ...heh heh..aku buat sendiri ajelah.

sedang aku duduk tunggu giliran, dapat panggilan dari kak sekretari. "ishhh...apahal lak ni. kan tadi dah bagitau aku gi pejabat pas jap..." aku berbisik sendiri tanpa suara.
aku abaikan saja panggilan tu. lagipun, kalau aku jawab, kenalah keluar kejap. jaga etika di tempat awam...heh heh...tak mau ganggu orang.
mungkin jugak terlepas giliran.

beberapa minit kemudian, sms dari kak Z pulak masuk.
"dato B ada kat opis. kata dh buat app. lupa ke?"

aiseh...! camne aku boleh lupa lak ni.

memang semalam ada staf yg bagitau. jumaat minggu lepas, lepas waktu ofis, dato' B ada datang. katanya nak jumpa aku. tapi aku dah balik. jadi, dia bagitau akan datang balik jam 12.00 semalam.
paginya, aku memang ingat, tapi sebab ada hal urgent, lupa terus...
pesan secara lisan ni selalu buat kita lupa.
itu sebab kak sekretari selalu lekatkan sticky note kat pc aku. supaya aku ingat.

"sy kt pjbt pos ni. dato 'tunggu ke?" aku balas sms kak Z.

"lambat lagi ke?" cepat je balas kak Z.
mungkinkah dato' B tengah mengamuk kat ofis? terdetik hati aku.

"lambat kot. lgpun jln kaki td" memang aku jalan kaki je. nak bawak kereta, kena pusing satu round besar. sebab jalan sehala. lagipun, payah nak parking kat situ.

sms kali ni tak berbalas. hati aku tak tenang.
dato' ni terkenal jugak dengan panas barannya. serius orangnya.
itu cakap orang lah.

habis urusan, aku berjalan pantas balik ke ofis. mungkinkah, dato' B masih menunggu.
berpeluh jugak ketiak berjalan tengah panas ni.

sampai kat ofis. aku tanya kat kak sekretari. "haa...tadi telefon tak jawab. dato' dah balik. macam bengang je dia..." bagitaunya.
ini yg buat aku tak sedap hati ni.
"dia ada tinggal pesan apa-apa tak. no. telefon ke?" tanyaku.
"takde pesan. no. telefon pun tak bagi..." jelas kak sekretari.
alamak...marah la tu kot. aku buat kesimpulan serkap jarang.

sebaik aku nak masuk bilik ofis, kak Z hulurkan sekeping kertas.
"no. telefon dato' B. lama gak dia tunggu tadi..."
lega ada saspen pun ada.

sepanjang petang semalam aku cuba telefon dato' B, tapi tak dapat.
jadi, aku dah set, perkara utama aku kena buat pagi ni ialah telefon dato' B.

pagi ni aku terlupa lagi, sebab kena siapkan beberapa hal yg dimintak oleh boss.
sehinggalah jam 10.
dato' B menelefon aku. alamak...habislah aku kena bambu...!

aku jawab sebaik mungkin. sambil 2-3 kali mintak maaf, akan kejadian semalam.
"tak pe. saya faham. benda ni memang jadi, kalau kita busy..."katanya.
fuh...legaaaaa.
berdasrkan perbualan pendek kami, nampaknya dato' B ni agak peramah jugaklah. tak seperti gambaran sesetengah orang.

"hal ni, lebih baik kita jumpa daripada cakap dalam telefon" kata dato'.

"takpe. saya boleh pergi ofis dato'..." aku menawarkan khidmat.

"eh...tak payah susah-susah. biar saya je yg datang. lagipun saya yg perlu mintak bantuan dan khidmat awak". wehhh...baiknya dato' ni.

"kalau jam 12 awak free tak?' tanya dato' lagi.

"ya...ya. saya tunggu kat ofis..." aku tarik nafas panjang.

dalam pertemuan tu, ternyata dato' B bukanlah seperti yg digambarkan banyak orang.
siap dia nak ajak aku pergi lunch lagi.
tak tahulah, mungkin ajak-ajak ayam aje kot...hu hu

betullah cakap orang....orang yg serius tak semestinya sombong dan garang...
dan orang bergelar dato' ke tan sri ke, tak semuanya meninggi diri.



- bertanam tebu di mulut, bertanam peria di hati -

Jul 4, 2012

aku dan kak lang adalah orang yg paling gembira sekali bila abang ngah buat keputusan nak buat rumah kat kampung bila pencen. iyalah, ada gak adik-beradik yg sudi tinggal di kampung. tentu meriah nanti. pada mulanya, abang ngah bercadang mendiami rumahnya  yg dibeli di bahau. abang ngah ni berjawatan tinggi jugak, pengurus felda. tapi entah macam mana fikirannya berubah, nak bina rumah di kampung.

ada satu kawasan tanah terbiar di kampung yg dikenal pasti untuk dijadikan tapak rumah. kalau ikutkan geran, memanglah penamanya ramai. ialah, tanah pusaka dulu-dulu. salah satu penama tanah tu ialah arwah abah aku. lagipun tanah tu dah lama terbiar. letaknya di tepi kawasan berpaya. dekat dengan tanah sawah yg juga sudah lama terbiar.

dulu, semasa arwah abah masih ada, dia yg mengusahakan tanah tu sebagai kebun sayur. daripada tanah yg tak subur ditanamnya pokok rambutan. selain mengusahakan tanaman jagung, terung, cili dan macam-macam lagi. cukai tanah tu pun dia yg bayar. yg lain pun tak berapa nak kisah walaupun mereka juga ada hak ke atas tanah tu. lagipun daripada dibiarkan semak samun, lebih baiklah ada yg mengusahakannya. luasnya sekadar setengah ekar je.
 
 
bila arwah abah dah takde, tanah tu kembali terbiar. yg masih tinggal hanyalah pokok rambutan yg berbuah ikut musim. tapi, setahu aku abang long yg tolong bayarkan cukai tanahnya saban tahun. sedara mara abah yg lain buat tak kisah je.
 
 
jadi, sesuai benarlah tanah terbiar tu dijadikan tapak rumah abang ngah. walaupun begitu, demi nak ambil hati, abang ngah berjumpa beberapa sedara belah arwah abah yg masih ada nama pada geran tanah tu. secara lisan, mereka takde halangan.
 
 
"kau buek lah ghumah tu. laei pun, takdo sapo nak usuhokan...tebiar yo..." begitulah kata mereka.
 
 
kemudian, abang ngah pun mulalah buat pelan rumah. ikutkan perancangannya, kira standard banglo kampunglah.
abang ngah mintak aku tolong carikan pekerja yg boleh sediakan tapak rumah tu, sebelum kontraktor datang. jadi kawasan tanah terbiar tu ditolak dengan jentolak. diratakan. ditimbun dan ditambak. beberapa lori tanah jugak terpaksa diangkut terutama nak tambak kawasan berpaya berhampiran tanah sawah. dekat rm6,000 juga upah dibayar untuk sediakan tapak tu.

tanah tapak tu perlu dibiarkan selama sebulan begitu. untuk menjadikan struktur tanahnya lebih padat.
tanah terbiar sebelum ni, dah lapang. kawasan paya sudah ditimbus. tunggu masa je kontraktor datang nak dirikan rumah abang ngah.

waktu itulah. suara-suara sumbang mula bergema. ada kalangan ahli keluarga dan sedara penama dalam geran tanah yg tak puas hati. terutama keluarga pak itam yg duduk di johor. kebetulan dia satu-satunya sedara yg abang ngah tak pergi jumpa sewaktu minta 'restu' sebelum ini. dia kemudiannya 'menghasut' sedara yg lain supaya jangan izinkan abng ngah bina rumah di situ. tapi, suara-suara tidak puas hati itu tidak dinyatakan terus kepada abang ngah atau kami adik beradik. tetapi disampaikan melalui 'orang ketiga'.
 
 
bila mendengar khabar itu, abang ngah berasa sangat sedih, terkilan dan kecewa...
kami adik-beradik teruama aku dan kak lang berasa marah dan kecewa.
mentang-mentanglah kami ni sudah takde abah dan mak lagi...

demi menjaga hati dan tak mahu orang 'cakap belakang', dengan berat hati dan sedih, abang ngah mengambil keputusan untuk membatalkan hasratnya membina rumah di kampung.

kejadian ni berlaku tahun lepas. kini, abang ngah tinggal di bahau. rumahnya rumah teres. tapi, dia beli rumah sebelahnya dan renovate. jadi, besar jugaklah rumahnya.
 
 
tanah tapak rumah yg sudah diratakan. ditolak. ditambak tu, kembali ditumbuhi semak samun. jadi, tanah terbiar....!
takde siapa yg peduli...

- akal pendek takkan ke mana -

Jul 3, 2012

hujan semakin lama semakin lebat.
jarak pandangan depan, semakin menipis.
aku memperlahankan kereta dan beri signal, masuk ke lorong tengah.
pastikan kereta di depan tak terlalu rapat.
apa-apa hal nanti sempat nak brek. maklumlah jalan licin.

hujan terus lebat. aku on kan lampu.
sambil tu sempat juga tengok cermin pandang belakang.
aku nampak kenderaan agak besar dengan lampu terpasang meluncur laju.
semakin lama semakin hampir jaraknya.
bas ekpres agaknya.

bas tu berada betul-betul di belakang kereta aku.
seakan mahu menunda aku ke tepi.
pemandunya ternyata kurang senang dengan kelajuan kereta aku.
dia memberi flash. mungkin mahukan aku memberi laluan.
aku tak berganjak. lagipun aku bukannya memandu di lorong laju.
kalau nak memotong ikutlah lorong kanan sekali.

mungkin kurang sabar dengan kedegilan aku untuk ke tepi
pemandu  itu melajukan basnya.
kemudian bas itu memotong keretaku sambil membunyikan hon panjang....!

arghh...dalam cuaca buruk begini pun nak tunjuk lagak, getus hatiku.

tak jauh, dan tak lama selepas kejadian tu, aku tengok kenderaan di depan membrek.
lalu lintas kemudiannya bergerak perlahan.
mungkin ada kemalangan di depan.
jalan jadi sesak. masing-masing memperlahankan kenderaan.
sama ada berhati-hati atau sekadar nak tahu apa yg berlaku.

ada sebuah bas terbabas melanggar pembahagi jalan.
ya...bas tadi.
bas ekspres yg pemandunya memandu secara berbahaya.
yang berikan flash pada aku sebab tak beri laluan.
yang menunda dan hon kepada aku.

kesian penumpangnya yg jadi mangsa.
itu baru pandu bas ekspres, belum lagi jadi driver F1 atau pilot kapal terbang.


- bintang di langit boleh dibilang, tapi hati orang ... -

Jul 2, 2012

kadang-kadang kita tak jangka pun, ada kalangan jiran yg 'kurang senang' dengan kita.
kita ingat, semuanya okey belaka.
iyalah, kita tak kacau orang, takkanlah diorang nak kacau kita kan.

semasa aku renovate rumah dulu, penguatkuasa majlis perbandaran nilai (mpn) datang kompaun.
bukan soal takde kelulusan atau permit tapi disebabkan longgokan pasir yg diletakkan oleh kontraktor di bahu jalan.
sebenarnya, taklah mengganggu laluan kenderaan pun.
lagipun, jarang benar penguatkuasa mpn meronda ke kawasan perumahan aku ni.
kecualilah kalau ada yg buat aduan.
hal ini aku ketahui bila pergi nak bayar kompaun tu.
kata pegawai tu, mereka bertindak atas aduan awam.

mujur juga pegawai tu baik hati.
bila aku buat rayuan, dapatlah dikurangkan jumlah kompaun tu, takdelah kena bayar maksimum.
itulah yg aku kata awal tadi, rupanya ada jiran yg 'kurang senang' dengan kita.

sekarang ni ada  jiran yg sedang renovate rumahnya.
selang beberapa pintu saja dari rumah aku.
kontraktornya bekerja tanpa cuti.
sabtu, ahad dan cuti umum pun datang bekerja dari pagi sampai maghrib.

aku dulu masa renovate, ada gak pesan pada kontraktor, ahad dan cuti umum tak payah la datang.
tak nak ganggu ketenteraman jiran yg nak berehat waktu cuti.

tapi kontraktor jiran yg ni melonggokkan bahan binaan dan sisa buangannya bukan saja di bahu jalan malah di depan rumah.
bukan saja menyakitkan pandangan mata malah mengganggu laluan kenderaan.
dalam masa yg sama mungkin boleh membahayakan kanak-kanak yg bermain terutama yg naik basikal.

setakat ni, takdelah pulak sebarang tindakan daripada penguatkuasa mpn.
heran jugaklah aku, takde pulak yg buat aduan...!
kalau ikutkan hati, mahu saja aku sendiri nak buat aduan.
pasal terasa sakit hati jugak bila aku dulu, setakat letak pasir pun kena kompaun.
tapi, demi semangat berjiran aku tak sampai hati pulak.

tertanya-tanya jugak, kenapa jiran yg buat aduan semasa aku renovate rumah dulu, kali ni tidak pulak mahu buat aduan!
atau.....eh, tak baik bersangka buruk

- juara euro 2012, sepanyol -

kejap je pergi dataran nilai malam tadi. bila spain dah leading 2-0
kita org pun balik. sambung tengok kat rumah