memang eril dan erol sejak dulu sibuk nak bukak akaun fesbuk.
kata mereka kengkawannya ramai yg dah ada fesbuk.
tapi aku buat tak dengar dan layan tak layan je.
wifey pun sama.
balik dari kampung hari tu aku perasan yg eril dan erol ada sembunyikan sesuatu.
biasanya mereka guna lap top aku atau wifey utk main games.
bunyinya kuat. kalau tak perang-perang main bola atau lumba kereta.
tapi aku perhati sejak balik hari tu, senyap je bila guna lap top.
akhirnya, beberapa hari lepas rahsia terbongkar.
dua-duanya dah ada akaun fesbuk.
ini gara-gara pengaruh sepupu sepapat mereka masa cuti raya di kampung hari tu.
mereka yg tolong bukak kan akaun.
oleh sebab mereka masih bawah umur, mereka pun tibu umur.
guna tahun lahir lebih dewasa.
aku perhati eril guna profile pic gambar tepi pantai.
erol pulak guna pic dragon ball.
sejak dua menjak ni, mereka asyik sibuk mengira pertambahan freind list.
aku cakap, kalau nak cepat bertambah, carilah dan add la kengkawan yg kenal.
nak harap diorang add memang lambat la.
aku tak menggalak atau menghalang.
tapi wifey cepat-cepat add dan 'paksa' diorang approve.
nak monitor, katanya ha ha ha
semalam erol mengeluh sebab susah nak cari nama kengkawannya untuk add.
aku katakan mungkin diorang tak guna nama sebenar.
ialah nama samaran yg kengkadang mengarut dan takde maknanya.
"kenapa tak pakai nama betul?" erol heran bila aku cuba jelaskan.
selamat datang ke dunia digital. dunia maya. dunia siber. dunia penuh pancaroba...!
ramai yg menipu dan hipokrit. nama sendiri pun tipu...he he
mujurlah erin masih tak ambik pot.
kalau tak mau lagi kecoh jadinya. mulut mak nenek tu...he he
biarlah dia dgn teddy bearnya....
- wordless wednesday: sedondon -
Aug 29, 2012
- yes....! menang lagi -
ahaaa... ingat tak last year, rumah aku menang pertandingan rumah paling ceria utk hiasan hari raya untuk kawasan kejiranan.
semalam aku dimaklumkan oleh setiausaha pertandingan merangkap setiausaha persatuan penduduk, yg rumah aku sekali lagi telah terpilih sebagai pemenang untuk tahun kedua berturut-turut.
bukanlah nak menang sangat, sekadar memeriahkan pertandingan dan meraikan suasana.
kata tuan setiausaha, pertandingan kali ini lebih sengit berbanding tahun lepas.
kalau sambutan makin menggalakkan, tahun depan pihak persatuan nak dapatkan penaja lebih banyak dan hadiah lebih lumayan.
untuk kali ni katanya, masih lagi diberikan hamper dari giant, baucer dari tesco dan sejumlah wang tunai dari persatuan.
kata orang, nak mempertahankan kejuaraan lebih sukar daripada memenanginya.
kalau tahun depan menang lagi, maknanya kali ketiga berturut-turut, mungkin aku kena ikut langkah datuk ct nurhaliza atau rosyam nor tak nak bertanding lagi. bagi peluang pada yg lain...he he
- ku taburkan bunga, ku sirami pusara mu -
Aug 28, 2012
aku solat aidilfitri di masjid kuarters klia.
aku ditemani oleh eril.
masih ramai jemaah rupanya yg tak balik kampung.
hampir penuh juga ruang solat masjid.
balik ke rumah selepas solat, wifey, erol dan erin dah bersiap.
lengkap dengan baju kurung, baju melayu...sedondon.
kami pun bermaaf-maafan dan sesi bergambar ringkas.
duit raya dan 'duit upah puasa' aku hulur pada eril, erol dan erin.
sehari rm1 tambah lagi rm20....riang wajah mereka.
eril dan erol...berpuasa penuh. manakala erin, kantoi 3 hari.
tapi tetap aku bagi sama rata.
kemudian kami bergerak ke rumah kak lang.
sejak semalam, ramai yg dah berkumpul di sana.
atih sekeluarga, anjang sekeluarga,acik sekeluarga dan usu sekeluarga.
bersarapan dengan rendang, ketupat, lemang dll.
selepas tu, kami bermaaf-maafan sebagai tradisi di aidilfitri sejak dulu.
sesi yg memilukan. sedih, air mata dan sebak di dada tak dapat dihindarkan.
terutama teringatkan ayah bonda yg sudah pergi.
kami sesama adik beradik dan famili yg ada tetap meneruskan tradisi itu.
kemudian kami bergerak secara konvoi ke tanah perkuburan.
kalau tak pergi awal begini, bimbang nanti tak sempat nak pergi.
iyalah, seperti biasa...rumah kak lang akan jadi sasaran tetamu.
terutama sanak saudara dan jiran sekampung.
kebetulan along pun dah sampai.
dan join sekali untuk ke sana.
pusara arwah abah dan mak sudah aku bersihkan seminggu sebelumnya.
kami semua sedekahkan yasin dan tahlil.
detik menyirami pusara dan menaburinya dengan bunga, biar pun sudah bertahun-tahun mereka pergi...tetap meruntun hati dan mengalirkan air mata.
ya...kecuali manusia yg tidak berjiwa saja yg tidak tersentuh jiwanya.
kak lang & atih sdg membacakan yasin... |
- sori, aku masih cuti raya lagi... -
Aug 27, 2012
cuti raya aku masih bersambung.
menikmati setiap saat daripadanya. entah bila lagilah agaknya dapat begini.
sesudah empat tahun bersabar, inilah berkatnya...
cerita raya sengaja aku kemudiankan.
ada lap top kat rumah. broadband pun ada.
cuma nak update blog...sedikit malas.
sedang kerja ofis yg aku bawak balik pun masih belum dibuka failnya.
malah, masih ada dalam beg kerja aku.
pagi tadi ke majlis perbandaran nilai (mpn).
baru teringat ada urusan tertangguh.
cukai pintu belum berbayar, dan tarikh akhirnya ialah 30 0gos.
kalau tak, silap-silap kena sita pulak...!
mood raya masih berlangsung.
hanya 3 kaunter yg dibuka.
mujur tak ramai pelanggan.
selesai urusan membayar cukai, aku pun beredar.
ternampak pula satu poster besar.
"aduan awam" mpn sedia membantu.
selaku pembayar cukai, aku berhak mengadu dan mendapatkan perkhidmatan mereka.
lalu aku bertanya kepada staf di kaunter pertanyaan.
aku ditunjukkan bahagian untuk membuat aduan itu.
mood raya masih berlangsung.
hanya ada 2 staf di bahagian itu.
meja dan kerusi lainnya...kosong.
aku buat aduan pasal anjing liar yg makin berleluasa di kawasan kejiranan aku.
bulan puasa lepas, dikejarnya erin yg sedang tunggu kereta jiran untuk ke sekolah.
malam-malam pun satu 'group' anjing akn berlegar-legar menyelongkar sampah.
kadang-kadang bergaduh dan salak-menyalak sesama sendiri.
aku cuba halau dengan membalingnya dengan batu kecil.
bukan untuk mencederakan, sekadar mahu menghalau mereka pergi.
kadang-kadang aku nampak juga jiran lain yg menghalau.
tapi, anjing tu selalunya akan datang semula.
itulah yg aku adukan pada staf mpn.
dia mengaku, laporan mengenai anjing liar memang kerap diterima.
bukan saja di kawasan perumahan aku, tetapi juga di tempat lain.
"memang kami akui ada masalah ni. ramai yg report..."
tapi bila kami ronda, hanya jumpa seekor dua aje...."
sebenarnya, ada kontraktor yg kami lantik untuk tangani masalah anjing ni. mpn pun ada jugak turun padang..."
jelasnya, sambil memberi alasan. seolah-olah masalah anjing liar ni, masalah biasa je. tidaklah serius sangat.
dia ambil alamat dan no. hp aku.
"kami akan buat pengawasan..." janjinya.
"ini masalah serius encik. saya tak kesah kalau satu dua ekor yg sesekali tersesat. bongkar sampah atau apa-apa. tapi anjing ni biasanya datang dalam satu kumpulan. garang dan liar. pernah cuba serang budak-budak nak pergi sekolah. sebelum apa-apa kejadian tak diingini berlaku seperti kecederaan atau kematian, mpn perlu bertindak segera...tak boleh sambil lewa. ini hal keselamatan!"
aku luahkan apa yg terbuku. sebab rasa tak puas hati dengan tindakan sambil lewa mpn. walaupun tahu, masalah ini kerap diadukan kepada mereka oleh penduduk setempat.
"ya...kami akan ketengahkan hal ini kepada bahagian yg terbabit" jawabnya pantas, mungkin tindak balas dari keseriusan aku.
selain tu aku juga ambik kesempatan mengadu, ada kontraktor yg pasang kabel telefon, meninggalkan saja sisa kabel yg berlonggok di tepi padang permainan. aku juga komplen pasal adanya jiran yg buat ubah suai rumah setealh siap, membiarkan saja sisa bahan binaan tidak dibersihkan di tepi jalan.
aku nak tunggu dan lihat, apakah tindakan mpn terhadap aduan aku tu.
kalau mereka boleh bertindak menyita rumah warga nilai yg tak bayar cukai pintu, apakah tindakan mereka terhadap kebajikan dan penambahbaikan terutama hal keselamatan penduduknya.
janganlah sekadar janji pada poster dan slogan sahaja.
bak kata PM, buat janji kenalah ditepati...
- mood raya dah tak boleh kontrol -
Aug 17, 2012
jalan dah lengang dah.
sekolah dah cuti pun.
ofis pun dah takde orang.
ramai yg dah mula cuti
tinggal 2-3 kerat je.
semalam bazar ramadan macam dah nak tutup. tak berorang.
terpaksa lah makan kat kedai.
mungkin hari ni pun kedai tom yam tepi jalan akan mula tutup.
nak makan luar, jawabnya kedai mamak ajelah yg tinggal.
semalam jiran-jiran aku dah mula balik kampung.
jiran sebelah kata, mungkin esok baru sampai kelantan kalau bertolak petang ni.
jadi, dia balik awal.
duit raya baru dah prepare.
baju melayu sedondon satu famili dah tempah awal-awal.
rumah pun dah siap kemas.
langsir baru dah pasang.
karpet buatan parsi dah siap bentang.
esok last day puasa.
orang negori biasanya akan masak rendang, bakar lemang dan rebus ketupat.
mereka panggil hari akhir tu sebagai, mantai.
dulu mungkin saspen sikit tunggu pengumuman raya.
lepas pengumuman penyimpan mohor besar, baru start masak.
kalau awal, tercepat sehari. basi...
sekarang dah tak kisah. dah confirmed raya bila.
aku beraya di nilai dulu tahun ni.
raya kedua, baru bertolak ke kampung wifey di pahang.
jadi, selamat hari raya untuk pembaca blog, bangsawan nilai.
- hijrah pemain bola sepak -
dah lama tak tulis pasal bola. terutama pasal EPL dan manchester united.
EPL musim baru 2012/2013 akan bersepak mula pada minggu ni.
sepanjang 'cuti', selalunya untuk musim baru setiap pasukan akan jual-beli pemain.
tujuan utamanya ialah untuk bersaing, memperkuat pasukan dan kalau boleh mahu jadi juara.
itulah idaman setiap pasukan.
manchester city kurang berbelanja kali ni. tapi tetap membeli beberapa pemain walaupun bukan star.
chelsea, juara eropah musim lepas kali ni mahu menguatkan teamnya. banyak berbelanja dgn pemain yg punya potensi cerah menggantikan team veteran mereka. marin, eden hazard, dan oscar dibawa masuk. hero sebelum ini drogba sudah berhijrah ke liga china utk mengaut seberapa banyak duit sebelum bersara.
arsenal, agak luar biasa kali ni. beli pemain agak beusia bukannya budak lepasan spm seperti dulu. kali ini podolski, giroud & cazorla dibeli oleh wenger.
man united beli kagawa dari dortmund, juara liga jerman. beberapa targetnya tak mengena. lucas dari brazil dan hazard sudah terlepas. terutama saingan seteru yg kaya oleh duit taikun minyak pemilik kelab spt man city , chelsea dan PSG telah melonjakkan harga pemain. walaupun pemain itu masih muda dan belum terbukti kehandalannya.
tetapi berita yg mengejutkan berlaku minggu ni, bila man utd membeli robin van persie (RvP) dari arsenal. jarang sekali, ada team yg menjual pemain kpd direct rival mereka.
membeli pemain pada usia 29 dengan harga 22 juta dan dianggap injury prone, adalah risiko. tetapi kalau pemain tu adalah pemain terbaik EPL musim lepas tambah pula penjaring terbanyak musim lepas, pada aku ianya berbaloi.
ledakan gol dari kaki kiri RvP spt ini ditagih oleh man utd. |
ini adalah perkara biasa dalam dunia pasukan profesional dan pemain atau ahli sukan.
berpindah ke pasukan lain.
seperti juga sukan lain seperti formula one. bila fernando alonso berhijrah dari renault ke maclaren kemudiannya ke ferrari.
kalau bola, dulu cristiano ronaldo berpindah dari lisbon ke man utd kemudian ke real madrid.
atau dalam kes lebih mikro, safee sali pindah dari sarawak, ke KL, kemudian ke selangor sekarang di pelita jaya.
kita harus faham ini dunia sukan. karier mereka pendek. masuk 30-an, harga mereka akan menurun. kalau cedera teruk, akan bersara lebih awal. macam mana nak tampung hidup selepas karier berakhir?mungkin ramai yg kata mereka mata duitan. tapi apa salahnya, demi masa depan kan.
bayangkan tiger woods, boleh hidup mewah hasil main golf.
roger federer kaya raya kerana tenis.
kobe bryant hasil lumayan daripada bola keranjang.
michael schumacher sebagai pelumba F1.
david beckham yg kaya dan popular kerana bola sepak.
utu belum masuk bidang lain, pelakon filem hollywood yg kaya, misalnya.
masa depan mereka dah terjamin. bak kata orang, 7 keturunan pun tak habis.
ada juga yg menuduh mereka tak setia. apalah erti kesetiaan. andai bila prestasi mereka merosot, atau dimamah usia...
yg menuduh tak setia itu jugalah yg akan mengutuk dan menjatuhkan.
bayangkan kalau kita bekerja di satu syarikat. kita bekerja di situ beberapa tahun.
gaji tinggi jugaklah. jawatan pun boleh tahan.
tapi bila ada kompeni lebih besar, lebih ternama menawarkan kita dengan gaji atau jawatan lebih tinggi, potensi kerjaya lebih baik....
adakah kita tak dibenarkan memilih untuk berpindah?
atau kita tak mahu berpindah kerana kesetiaan?
atau bimbang dikutuk rakan sekerja?
RvP sudah tiba sebuah hospital di manchester utk jalani ujian |
lazimnya, bila seseorang pemain bola itu berhijrah, peminat atau penyokongnya akan mula mempersoalkan. kononnya pemain itu tamak, tak setia, mata duitan.
dulu mereka memuja, sekarang mereka akan mengeji.
dalam kes ini, ramai penyokong arsenal yg mengutuk RvP. dulu masa injured, arsenal yg bayar duit rawatan. setia menanti dia pulih. eh...bukankah itu sebahagian daroipada kontrak pemain-kelab?
malah ada yg mepertikaikan kononnya RvP ni disebabkan selalu cedera saban musim, sumbangannya pada kelab mereka tidaklah sehebat mana.
cuma musim lepas, kebetulan tidak cedera, barulah dia menyerlah.
malah lebih ekstrem lagi mereka berharap, RvP akan dilanda kecederaan bila bersama pasukan barunya nanti...!
cuma musim lepas, kebetulan tidak cedera, barulah dia menyerlah.
malah lebih ekstrem lagi mereka berharap, RvP akan dilanda kecederaan bila bersama pasukan barunya nanti...!
bukankahh RvP ialah orang yang sama, bermain utk kelab mereka selama 8 tahun, penjaring utama, dan adalah pemain terbaik musim lepas, penjaring terbanyak dan malah kapten pasukan mereka?
cepat benar mereka lupa...
lihat saja komen pada artikel menyiarkan berita penghijrahan itu. atau forum yg membincangkan berita penghijrahan RvP. rata-rata yg memberi komen ialah datangnya dpd penyokong arsenal dan hampir semuanya mencemuh dan memberi komen negatif.
mereka mahukan RvP setia, sedangkan mereka sendiri tak setia kepada orang yang menabur bakti kepada team mereka sebelum ni.
kalau rakan sekerja kita berhijrah ke kompeni lain yg menawarkan gaji dan jawatan lebih baik, adakah kita akan mengutuknya?
mendoakan dia gagal dan menghadapi masalah di kompeni barunya itu?
mendoakan dia gagal dan menghadapi masalah di kompeni barunya itu?
yg harus dipersoalkan mengapa ramai pemain star mereka berhijrah di puncak prestasi. samir nasri, cesc febragas kapten mereka, musim lepas. kali ni, RvP? antara sebab yang mereka berikan, kegagalan memenangi piala.
sejauh mana pun tingginya harga perpindahan atau gaji yg diterima, piala atau gelaran juara juga adalah impian setiap ahli sukan atau pemain bola sepak. itu adalah simbol kejayaan atau bukti kejaguhan meraka. kalau tidak hari ini, mungkin memori masa tua.
apalah salahnya, ucapkan selamat maju jaya. moga terus sukses di kelab yg baru...?
susah sangat ke? atau rasa terancam?
good bye arsenal, welcome to man utd...RvP |
- orang raya setahun sekali, raya aku 4 tahun sekali -
Aug 16, 2012
raya kali ni aku bila orang ucap selamat hari raya.
aku akan sambut dengan senyum.
senyum lebar yg sudah sampai ke tahap sengih...
kalau orang cerita pasal cuti raya, aku teruja nak join.
raya tahun lepas,
raya 2 tahun lepas.
dan raya 3 tahun lepas.
bila orang ucap selamat hari raya, aku sambut nak tak nak aje.
malah kalau ada yg cerita pasal cuti raya. panjang pulak tu.
aku buat tak dengar je. kalau boleh nak tutup telinga.
mujur juga aku puasa.
kalau ada yg lebih-lebih masa tu, mahunya kena pelempang...he he.
atau ada yg gatal mulut tanya
"raya ni berapa hari cuti...?"
"raya tahun ni kau balik mana dulu?"
ya, dah 3 tahun berturut-turut tak cuti raya.
3 tahun lamanya memendam rasa.
menahan sabar. menahan terkilan.
kali ni aku cakap awal-awal pada boss baru aku.
"boss, dah 3 tahun saya tak ambik cuti raya. kali ni saya nak ambik" aku buat muka sedih.
"yeah, i think, you deserved it...this time around" kata boss.
...dan itulah jawapan yg aku tunggu-tunggu.
petang itu jugak aku mohon cuti utk kelulusan.
bukan 2 hari. bukan 5. bukan seminggu. bukan 10 hari.
tapi.....2 minggu!!!
bagai menebus 3 tahun yg berlalu tu...
giliran aku pulak tanya:
"korang cuti raya berapa hari yek?"
tapi.... apa aku nak buat 2 minggu tu yek??
- masa yang sesuai untuk lalu tol -
Aug 15, 2012
selalunya bila nak dekat musim perayaan spt hari raya, tahun baru cina, deepavali, atau krismas akan adalah diskaun tol untuk pengguna lebuh raya.
selain tu, akan ada juga cenderahati diedarkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol.
biasanya banyaklah syarikat swasta yg turut sama menyumbang, selain dalam masa sama sbg satu promosi juga untuk kompeni & produk mereka.
selaku pengguna lebuh raya yg setia ...he he sebenarnya takde pilihan...selalulah aku dapat macam-macam benda.
malah kengkadang, mereka bawak artis untuk turut sama mengedarkan cenderahati tu.
walaupun taklah seberapa isi kandungannya, tapi yg penting ingatan tu...he he.
kalau perayaan tahun baru cina, selalunya dapatlah limau mandarin.
pernah juga aku dapat minyak angin cap rimau dan panadol.
ada juga dapat bantal alas tengkuk dari caltex.
bubur lambuk pun pernah gak.
paling kerap terima ialah air mineral....
pernah beberapa tahun dulu, dapat kuih raya, kad raya dan cd album raya dpd ziana zan yg berdiri kad plaza tol tu, yg mewakili astro.
semalam ada jugak yg mengedarkan cenderahati.
walaupun aku pandu seorang, tapi awek yg edarkan tu bermurah hati bagi dua beg.
bila aku cakap "satu lagilah...!"
kalau sarung angpow tu ada isi duit raya kan best... |
- betung ditanam, aur yang tumbuh -
Aug 14, 2012
pagi ni kita orang ada majlis taklimat dengan super boss.
tak tahulah amanat apa yg nak disampaikan.
macam ada perkara yg penting nak disampaikan.
mungkin bonus khas, hari raya....mana tau!
info dalam pengumuman e-mel, majlis bermula jam 9:30 pagi.
dijangka tamat jam 1:00 tengah hari.
fuh...macam tak percaya, biar betul.
larat ke dia nak bagi ucapan sampai 3 jam setengah?
bulan puasa pulak tu. kering tekak weh...!
jadi anggaran kami yg datang mungkin majlis tu, paling lama pun 1 jam.
paling kuat pun, 2 jam.
lagipun sebelum ni pun majlis yg serupa tak lah makan masa lama sangat.
mulanya, rasa memang malas nak pergi.
sebab tajuk taklimat aje gempak, tapi hampir sama saja pengisiannya seperti sebelum ni.
hari pun mendung je.
nak memikir masalah parking lagi nanti, satu hal.
"kena pergi. dah ada arahan kat e-mel tu, diwajibkan hadir..." serius seorang rakan sekerja menginatkan.
"diorang ambik kedatangan. baik turun, daripada kena tindakan..." sokong seorang lagi.
nak tak nak, pergi jugalah.
sampai di sana...tempatnya di auditorium.
senarai kedatangan bukannya diambil oleh penganjur di pintu masuk.
atau ada urus setia yang ambil kedatangan.
sebab kalau dibuat begitu, takde yg boleh mengular...
sebaliknya, senarai kedatangan diedarkan.
tulis nama, department mana dan tandatangan..
kalau aku tahu, baik tak payah datang.
siapa pun boleh tiru dan tipu.
suruh aje, kawan yg datang tulis dan tandatangan bagi pihak kita.
cuma nak tiru tandatangan tu, susah sikitlah.
***********
dulu masa di zaman perkuliahan. hal kedatangan ni pun selalu jadi isu.
ramai pelajar kalau boleh kalau subjek yg bosan, pensyarah membosankan dan waktu kuliah membosankan (waktu tengah hari biasanya), tak nak datang kuliah.
lebih-lebih lagi kursus elektif.
ada pensyarah yg tak kisah sangat hal kedatangan.
kalau tak hadir kuliah, engkoranglah sendiri yg rugi!
ada pensyarah pula sangat tegas. kuliahnya wajib.
diambil kira dalam persen markah peperiksaan.
lalu diedarkanyalah senarai untuk ditulis nama dan ditandatangan.
apa yg aku dan kawan-kawan buat kalau nak ponteng kuliah?
biasanya yg hadir kuliah memang ramai.
dan pensyarah jarang kenal wajah kita terutama waktu tahun 1 atau 2.
kalau nak menipu memang panjang je akal.
kalau di kalangan grup kami, ada 6 orang.
akan pakat sesama kami, reka tandatangan yg simple.
jadi keenam-enamnya tahu tandatangan masing-masing.
kalau salah seorang tak datang.
demam ke, terlajak tidur ke, dating ke....yg lain akan cover.
soal tak hadir, tak pernah timbul. peratus kehadiran adalah 100 persen.
************
berbalik kepada sesi taklimat dengan super boss tadi.
jangkaan kami semua meleset.
dia memang super la...
taklimat tu berakhir jam 1:05 tengah hari...!
- lain hulu, lain parang... -
Aug 13, 2012
budak-budak sekarang, hidup serba mewah.
mewah bukan dalam erti kata ini, bukannya hidup dalam kemewahan atau kekayaan.
tapi hidup mereka mudah, serba-serbi ada.
celik mata, nak mandi pergi sekolah. bilik air ada. bukak je paip.
malah kalau sejuk, ada water heater.
sedang dulu kita sejuk gila macam mana pun, mandi perigi jugak.
pergi sekolah ada van. ada bas. atau mak bapak hantar dengan kereta, motosikal.
sedang dulu, kita menapak ke sekolah, berpeluh ketika di pagi hari.
naik bas pun bukan bas sekolah, tapi berebut bas awam.
kalau ada basikal tu nasib baik. biasanya satu famili ada satu basikal je, kongsi.
sekarang, kalau takde satu sorang makanya, berebut dan berkelahi lah.
sudah beberapa hari eril, erol dan erin merungut.
sebabnya remote astro untuk tv di bilik mereka rosak.
ini bukan pertama kali, entah kali yg keberapa.
ada dekat seratus channel. main tekan remote je apa nak tengok.
kengkadang itu pun nak berebut jugak, tengok program kartun yg mana.
itulah sebabnya, remote selalu jahanam....
lalu, aku ceritakan pada mereka.
tahu tak?
dulu tv, memang takde remote.
...dan ada dua saluran aje, rtm1 dan rtm2.
kalau cerita tak sedap ke, kau hadap ajelah.
cerita kartun yg ada pun mungkin tom and jerry je.
mana ada tv besar 50", skrin rata macam sekarang.
dulu tv, ada tingkap dan ada kaki
...dan mereka tak percaya!!
malah ketawa macam aku ni buat lawak....
masalah remote tv yg rosak, adalah masalah besar bagi mereka...
perlu ditangani segera...!
- bila tiada helang, si pungguk pun terbang tinggi -
Aug 11, 2012
aku tak berapa nak endah sangat dah pasal persatuan penduduk ni.
dulu-dulu aku ikut jugak. setiap meeting tak pernah miss.
dulu aku pernah dilantik duduk dalam ajk pun.
sejak, ada satu kumpulan jadi teraju.
kadang-kadang aktivitinya, diorang putuskan sendiri.
tanpa ada perbincangan dengan yg lain.
sekarang ni bukan aku tak campur.
kalau ada aktiviti yg berfaedah, macam gotong-royong bersih kawasan atau buat majlis ceramah sempena maulidul rasul, maal hijrah atau nak sambut ramadan, jamuan raya.
ok join. takde hal.
tapi kalau nak buat aktiviti yg aku tak perlu ikut, macam majlis bbq merdeka/tahun baru, masuk team lwn futsal walaupun takde gelanggang futsal dan tak pernah berlatih, anjur ceramah politik yg isinya mengutuk orang yg tak sehaluan - aku tak join lah.
itu hak masing-masing tak boleh paksa.
kalau pasal hal kejiranan pun nak masam-masam muka, nak boikot, tak nak bertegur.
takde faedahnya.
lagipun kalau pegang jawatan, sekadar nak menunjuk-nunjuk, tak dengar cakap ahli, nak buat aktiviti ikut selera sendiri. teruskanlah.
tapi, aku tak campur.
...dan jangan terkejut sebab makin ramai yg dah tak berapa nak join aktiviti.
sepatutnya dalam komuniti sekecil ini, kita harus bersatu.
bukannya nak berpuak-puak.
gotong-royong dah buat sebelum puasa hari tu.
oklah, ramai yg turun.
tapi masalahnya, ada rumah yg terlalu semak, macam takde bertuan.
tak tahulah macam mana diorang boleh hidup macam tu.
patutnya gorong-royong nak bersihkan kawasan sekitar macam longkang, padang permainan, pagar.
ini tidak... macam gotong-royong bersihkan rumah jiran-jiran pulak, jadinya.
dah siap cat pintu masuk. tanam pokok bunga.
pasang lampu dan repair sign board.
dah cantik dah.
***
sekarang ni ada isu baru timbul.
isu tak turun ke surau untuk tarawih.
ya, memang aku tak turun ke surau...tapi aku pergi masjid.
ada beberapa jiran lain pun buat begitu. tapi aku tak tahu apa alasan diorang.
sembahyang tarawih ni lebih ramai yg turun berjamaah berbanding solat fardu.
jadi, bila dah ramai. susah nak parking. terhad kawasannya.
lagipun surau terletak dekat rumah orang.
kalau parking sembarangan, nanti susahkan diorang.
surau tu nak kata jauh, tak jauh, nak kata dekat tak dekat.
tapi, nak pergi kena ada kenderaan, motor, kereta ke basikal.
aku cuma ada kereta.
kalau ada motosikal mudah nak selit-selit parking.
maka, aku lebih selesa ke masjid.
selain nak parking senang, lebih selesa, lebih luas.
tak berhimpit-himpit atau sesak dengan jemaahnya.
maklumlah surau tu kecik, sempit.
takde sebab lain pun.
itu je.
tapi aku dah dengar cakap-cakap belakang yg kurang enak.
perkara kecik ni pun nak jadikan isu...!
*********
malam tadi, aku dapat satu sms.
daripada setiausaha persatuan. bunyinya:
"mlm ni lepas tarawih, jam 10:30 pm.
mohon kerjasama, kita gotong-royong cat tembok dpn pintu masuk..."
biar betul....nak join ke?
- apa yang free kali ni? -
Aug 10, 2012
- berpizza-pizza dahulu, berbonus-bonus kemudian...-
Aug 9, 2012
nak makan apa hari ni yek?
maksudnya selain daripada beli kat bazar ramadan. dah takde idea dah.
semua yg ada kat bazar tu - rasanya dah beli, dah rasa & dah makan.
kalau sedap, aku datang lagi. kalau tak sedap aku boikot.
malah yg niaga gerai kat situ pun dah kenal kita dah agaknya....!
hari-hari muka tu je yg datang beli.
tengah drive balik dari kerja semalam.
menu apa nak makan utk berbuka petang tu, berlegar-legar di kepala.
bukan utk aku tapi untuk eril, erol dan erin.
kesian, budak-budak puasa...kenalah makan beza sikit daripada hari biasa...
alasan....!
tiba-tiba timbul satu idea.
aku hantar sms kepada ikin.
(dilarang keras meniru aksi ini, sms semasa memandu adalah kesalahan trafik)
ikin kerja di bahagian akaun.
"kin, bonus bila?"
aku hantar sms ringkas.
tapi penuh harapan.
harap-harap ikin balas. walaupun aku tahu masa tu semua sedang berlumba-lumba nak balik kerja. berasak-asak nak selit dalam jem. nak cepat sampai rumah.
triut...triut.
sms masuk.
"esok" balas ikin
"yes...!" aku separuh menjerit.
sambil menumbuk ke udara.
macam lee chong wei dapat satu poin lawan lin dan.
sampai di nilai.
aku singgah di pizza hut. buat booking utk buka puasa, petang tu.
jadi, majlis iftar kami semalam ditaja oleh pizza hut nilai, tapi dibayar oleh aku.
best gak ada menu atau set promosi.
- selamat bersara, raj... -
Aug 8, 2012
kalau nak ikutkan beza umur, dia layak aku panggil ayah atau pak cik.
tapi aku tak pernah panggil dia abang, macha atau aney.
aku panggil dia, raj... aje.
antara orang paling senior kat kompeni aku. walaupun bukanlah senior dari segi pangkat tapi senior dari segi lama bekerja & usia.
orangnya kadang-kadang sukar difahami oleh rakan sekerjanya sendiri.
ada kala moodnya ok. kadangkala baran jugak.
ada kala dia sedikit outspoken.
sikap jujurnya itu, kadang-kadang disalah faham.
dia akan kritik atau komen kerja kawannya sendiri kalau dirasakan tidak betul.
malah, dia akan tegur atau komplen dlm meeting walaupun depan boss.
mungkin itu yg sebabkan kadang-kadang dia kurang disenangi.
tapi sebenarnya dia berniat ikhlas. bukan nak menjatuhkan sesiapa.
tapi aku layan dia dengan hormat. ada cara untuk memenangi hatinya.
tunjukkan kita hormat, walaupun dia 'orang tua' dan berjawatan rendah daripada kita.
itu yg selalu aku lakukan.
aku selalu gunakan perkataan "raj...u free tak...?" , "u boleh tolong saya tak...."
secara psikologinya, dia rasa dihormati kalau tidak pun rasa dihargai.
dah 30 tahun dia bekerja di kompeni ni.
dia patutnya layak dapat anugerah pekerja setia.
sepatutnya dia bersara tahun lepas kerana usianya melangkaui 60 tahun.
tapi kebetulan semasa kontraknya nak habis, ketika tu aku yg memangku jawatan boss.
raj mintak aku untuk sambungkan kontraknya, katanya dia masih perlu bekerja untuk menanggung anak-anaknya yg masih belajar.
jadi, aku mohon HR lanjutkan.
dan...dia sangat berterima kasih atas pertolongan itu.
jumaat lepas, raj masuk ke bilik aku.
katanya hari tu, hari terakhirnya di kompeni ni.
walaupun tarikh rasminya 10, ogos.
cutinya masih berbaki untuk dihabiskan.
waktu tu jam baru pukul 2:30.
katanya, aku orang pertama dia nak ucap 'selamat tinggal...' sebelum rakan sekompeni yg lain.
aku tidak pulak bertanya kenapa.
bila di akhir perbualan kami, aku katakan:
"raj, i nak mintak maaf kalau...."
"u have nothing to apologize la....kawan...." dipotongnya segera cakap aku.
semasa aku menghulur tangan untuk bersalam....
ditariknya tangan aku, dan dipeluknya aku.
macam seorang ayah memeluk anaknya.
ya, ada genangan air di matanya.
seorang lagi meninggalkan kompeni ini.
meneruskan kehidupan, membawa haluan.
dalam tak sedar, orang yg dulunya sekeliling aku, semakin dimamah usia.
yg junior lah akan mengganti.
tapi yg senior bukan saja sudah jadi rakan sekerja,
malah mereka aku anggap sebahagian daripada keluarga besar ku.
pastinya, hari-hari mendatang aku akan rasakan kehilangannya.
iyalah, sejak hari pertama aku melangkah ke kompeni ini,
dia sudah pun bertahun-tahun enghambakan dirinya di sini.
selamat jalan, raj.
jaga kesihatan. rehat banyak-banyak. habiskan masa dengan famili.
kalau ada kelapangan, jenguklah kami di sini
happy retirement....
- saya sudah...anda bagaimana? -
Aug 7, 2012
adeh...macam tagline iklan tajuk entri ni.
aku mula bekerja di KL dalam bulan puasa. sebelum tu memang aku bekerja juga tapi ini dalam erti kerja yg betul-betul kerja, kerja yg boleh dibuat kerjaya atau kerja yg boleh menjamin masa depan. aku baca iklan di malay mail. dulu, kata orang kalau iklan kerja ada banyak kat surat khabar omputih. kalau utusan malaysia dan berita harian tak banyak iklan kerja. lagipun masa tu mana ada kosmo ke metro ke.
aku pun contact kompeni yg tawarkan kerja tu. aku disuruh datang untuk test dan temu duga. sebenarnya, test tu yg penting. daripada 12 yg datang cuma dua orang yg disuruh tinggal selepas test. yg lain dibenarkan balik dengan ucapan - "kami akan telefon awak kemudian, awak tak perlu telefon kami".
tapi, kalau dalam bahasa tersiratnya, awak gagal dapat kerja kat sini, janganlah mengada-ngada nak call kami, kalau kami tak call awak....ha ha ha
kalau tak percaya tanyalah kawan-kawan yg pernah mengalaminya.
aku orang yg kedua selepas seorang budak perempuan, pakai baju kurung hijau. lepas dia keluar aku masuk. keputusan test....aku cuma salah satu. bukan salah, tapi kurang tepat kata penemuduga tu. aku tengok jawatannya di pintu bilik- general manager.
selepas 'berbual-bual' kejap aku ditanya.
"when can you start work? tomorrow?"
aku kaget seketika. mana aku nak cari tempat tinggal. lainlah kalau kompeni ada sediakan asrama, jangan harap la.
aku datang temu duga tu dari nilai. naik bas sampai pudu raya. lepas tu naik teksi ke situ. bagi drebar teksi tu, alamat daripada surat khabar yg aku koyakkan. nasib baik drebar tu tak kelentong, kalau dibawaknya aku ronda satu KL pun, haram aku tak tau. sebab tak tahu pun atau selok-belok di KL ni, kecuali nak pergi sg wang, lot 10, dataran, pertama kompleks, sogo, panggung wayang atau satu dua tempat lagi. belum ada pavillion, mid valley, pun masa tu...
"can i start next week...." dalam kepala aku cuma terbayang mana nak cari rumah sewa. dan kena survei cara nak datang kerja. naik bas apa?
takkan aku nak ulang alik dari nilai ke KL naik bas....?
sudahnya, kak anjang yg duduk di cheras menawarkan aku tinggal sementara di rumahnya. nak ke tempat kerja, aku kena naik bas dari cheras sampai kompleks kota raya. naik bas lain untuk pergi kerja. aku main redah aje.
kak anjang bukannya hantar aku pun, dia cuma bagitau no. bas yg aku kena naik. pandai-pandai sendiri ajelah. aku kena keluar seawal 6:45 pagi, macam budak sekolah.
tapi,aku duduk rumahnya tak lama. dalam 12 hari je.
lepas raya, aku dapat rumah sewa yg dekat dengan tempat kerja. hasil bantuan officemate. so aku pun pindah. aku bawak sekali kapcai aku dari nilai. jadi, aku boleh pergi kerja 10 minit sebelum masuk waktu pejabat.
jadi, bulan puasa tahun itulah buat pertama kalinya aku bayar zakat fitrah sendiri. sebelum tu arwah abah yg bayarkan.
aku ingat lagi, bayar fitrah tu di masjid. selepas solat jumaat. begitulah zaman bujang aku. tanggung diri sendiri saja.
kemudian bila dah kahwin, jadi berdua, kemudian bertiga....dan sekarang berlima. sekali gus terasa benar tanggungjawab tu makin berat.
tahun-tahun kemudiannya lebih mudah nak bayar zakat fitrah. ada kaunter di shopping complex bahkan sekarang ni, kat bazar ramadan pun ada kaunter.
kebetulan semalam, semasa menjamu mata di bazar ramadan aku ternampak ada kaunter bayar fitrah. so, aku pun singgah dan setelkan tanggungjawab bayar fitrah untuk tahun ni, buat kesekian kalinya....
bukti pembayaran...5 keping he he |
- dari bubur lambuk pahang ke ayam tempayan nilai-
Aug 6, 2012
atas permintaan 'kaum ibu' sedunia, hujung minggu lalu, balik kampung wifey di pahang. macam biasa hajatnya nak berbuka dan bersahur dengan mak di kampung. ada 4 keluarga yg balik dari KL, nilai dan putrajaya memeriahkan majlis berbuka itu. keluarga yang lain tu tinggal agak dekat di kuantan, muadzam, pekan dan mersing. itu pun dah macam buat kenduri kecik bayangkan kalau 10 keluarga yang balik.
macam biasa, menu istimewanya ialah bubur lambuk dan laksa pahang. bezanya bubur lambuk pahang ni dimakan bersama-sama lauk. terutama ikan baung masak asam pedas dan ketam goreng berlada. tak macam kita kat sini, makan bubur tu je semata-mata. walaupun singkat berpuasa dan berbuka di kampung, sudah cukup membuatkan tuan rumahnya - mak mentua aku la - tersenyum puas dan gembira sekali dapat berbuka dengan anak-anak dan cucu-cucu.
semalam aku bercuti - walaupun warga kerja KL -sebab wifey, eril, erol dan erin cuti sempena nuzul quran. jadi, petang semalam baru sampai dari kampung. terlanjur dah petang, terus singgah ke bazar ramadan taman semarak, nilai.
harga pun boleh la tahan. dan bagi aku yang lebih utama memang yg jual di sini ialah peniaga sepenuh masa atau peniaga tulen. bukannya yg hanya menjual untuk tambah pendapatan di bulan puasa atau part-time. mereka tu peniaga bermusim. inilah yg ramai peniaga terdapat di bazar ramadan kuarters klia. yg selalu aku pergi, bukan sebab best sangat tapi takde pilihan dan itulah saja yg paling dekat. jadi, sesetengah menu yg dijual tak berapa enak dan mahal pulak.
ayam tempayan ni misalnya antara yg jadi tumpuan. dijual dengan harga rm18 seekor. boleh beli separuh.
brader yg jualnya pun peramah. dan sentiasa bersorak memanggil pelanggan dengan pelbagai gelagat.
lebih-lebih lagi kawasan ni juga dekat dengan kilang. jadi, warga asing tertumpu juga di sini terutama bangla dan indon untuk beli juadah berbuka.
dulunya, mengunjungi bazar ramadan adalah sebahagian gaya hidup masyarakat bandar terutama yang bekerja. orang bujang mahupun berkeluarga. yg tak sempat balik rumah nak memasak kerana kesuntukan masa ditambah pulak dengan jalan jem. jadi, alternatif untuk mereka ini ialah membeli juadah di bazar ramadan.
mungkin ada yg kata, ianya membazir. atau lebih baik masak sendiri - jimat, sedap dan terjamin bersih. namun begitu, kepada yg kesuntukan masa, inilah pilihan untuk mereka. sedap atau jimat mungkin terpaksa dikorbankan.
kini bazar ramadan sudah merebak ke serata ceruk kawasan termasuk di pinggir bandar dan luar bandar. terpulanglah kepada pilihan masing-masing...
- semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga -
Aug 3, 2012
"keter baru ke? apasal beli keter local?"
"nape...?
"buang duit. banyak kes. asyik rosak...takde kualiti"
"ni je yg mampu. dulu pun pakai local gak. takde problem pun..."
"nanti lah. sikit hari lagi. kuat makan minyak. stereng berat. brek tak makan. power window sangkut...aku boikot dah"
"kau pakai keter apa?'
"honda...."
"yang tu...."
"emmmmm..."
janganlah kondem pilihan orang lain. masing-masing punya minat dan kemampuan. kalau cakap pasal kereta, kengkadang kita cuma ikut persepsi bukan kenyataan sebenar.
persepsi kononnya kereta lokal tak elok. kereta import lagi bagus. malah kereta import yg 3rd hand pun sanggup dibeli dengan harga yg sama dengan kereta baru, lokal.
bukannya semua kereta mahal, import atau mewah tu tak rosak. dan kalau rosak pula, fikirlah sendiri berapa kosnya pulak.
tak percaya tengok gambar berikut. kereta milik pemain bola handalan, cristiano ronaldo. baru sebulan beli, kereta mewah lamborghini aventador....tapi tersadai tepi jalan.
ceritanya, dia dalam perjalanan nak ke majlis sambutan hari jadi rakan sekelabnya di real madrid, pepe.
sudahnya, dia terpaksa naik teksi. lamborghini nya ditarik tow truck.
pics from carbuzz.com
- 6 pesanan penting, kena ingat -
Aug 2, 2012
pesanan ustad
"kalau nak mendalami agama, bergurulah. membacalah. ikutlah majlis ilmu...
bukannya sekadar bertanya jawab dengan ustaz melalui facebook atau
tengok youtube ustaz buat lawak. itu tak cukup".
- tazkirah solat tarawih malam tadi.
pesanan selebriti
"elok la tu dah berhijrah.
tapi jangan pulak mengata atau mengutuk kepada orang yg belum berhijrah.
awak pun macam mereka juga dulu..."
- status fb seorang kawan aku, 'bekas' artis.
pesanan di angin lalu
"sori x dpt buka sama lg ari ni."
- bbm dari wifey petang semalam
pesanan ah long
"jangan lupa beli roti john tau"
- sms daripada eril, waktu tengah drive balik kerja
pesanan iklan
"kalau abang beli 10 hinggit saya bagi extra 2"
- kata brader penjual otak-otak
pesanan penuh keinsafan
"camne papa nak pegang ni...?"
- tanya erol yg meneman aku di bazar ramadan, melihatkan tangan aku penuh dgn hasil 'tangkapan'
"kalau nak mendalami agama, bergurulah. membacalah. ikutlah majlis ilmu...
bukannya sekadar bertanya jawab dengan ustaz melalui facebook atau
tengok youtube ustaz buat lawak. itu tak cukup".
- tazkirah solat tarawih malam tadi.
pesanan selebriti
"elok la tu dah berhijrah.
tapi jangan pulak mengata atau mengutuk kepada orang yg belum berhijrah.
awak pun macam mereka juga dulu..."
- status fb seorang kawan aku, 'bekas' artis.
pesanan di angin lalu
"sori x dpt buka sama lg ari ni."
- bbm dari wifey petang semalam
pesanan ah long
"jangan lupa beli roti john tau"
- sms daripada eril, waktu tengah drive balik kerja
pesanan iklan
"kalau abang beli 10 hinggit saya bagi extra 2"
- kata brader penjual otak-otak
pesanan penuh keinsafan
"camne papa nak pegang ni...?"
- tanya erol yg meneman aku di bazar ramadan, melihatkan tangan aku penuh dgn hasil 'tangkapan'
- salah guna "on the way" -
Aug 1, 2012
telefon
"you kat mana ni. lama dah i tunggu. eeee...bosanla" rungut si gadis melalui telefonnya. yg dari tadi menunggu pacarnya. tak sampai-sampai.
"sori, kejap lagi i sampai. on the way ni..." jawab jejaka itu. walhal dia masih di rumah. baru lepas mandi. tadi dia terlajak tidur.
sms
"bro, bila mau sampai. nak tgk 2nd hlf je ke..." bunyi sms jimi yg dah bengang. menunggu joe yg tak sampai-sampai. janji nak pergi sama-sama ke stadium bkt jalil, tengok bola.
"relaxla, otw ni..." balas sms joe. sedangkan dia baru je start motor. jangkaan sampai dari gombak ialah 30-40 minit kalau tak jem. sedangkan perlawanan akan bermula 5 minit lagi.
dua contoh klasik ni, mungkin kita jugak pernah buat.
dengan alasan, orang lain pun buat jugak.
tapi, apa salahnya berlaku jujur.
atau lebih baik lagi, mintak maaf sebab kita terlewat.
"maaflah, i lewat sikit. tadi terlajak tidur...lain kali tak buat lagi"
sejuk jugak hati mendengarnya.
"wa rasa x sempatla. gi mkn jela, wa payung. sori, bro..." hantar sms macam tu.
takdelah kawan kita tu 'panas' bagai menunggu kita bagai buah tak gugur.
itu namanya salah guna.
on the way maksudnya dalam perjalanan.
dalam perjalanan tu pula maksudnya, dah nak sampai dah.
mungkin akan tiba dalam 5 minit lagi.
atau jaraknya tak sampai 1km lagi
bukannya bermaksud 1 jam lagi.
atau 100 km lagi jaraknya.
atau baru lepas mandi atau tengah bersiap atau tengah bermekap.
atau baru nak start kereta memulakan perjalanan.
********
semalam aku sampai rumah jam 7:15.
beberapa minit lagi nak buka puasa.
gara-gara seorang kawan yg mengatakan dia 'on the way' bila aku telefon jam 4:00.
lepas tu, pukul 4:30 aku sms "bila nk sampai?"
"otw. kt bangsar ni..." balasnya.
jarak di antara bangsar dengan ofis aku, kalau naik motor boleh sampai dalam 5 minit je.
jadi, aku sanggup tunggu.
lagipun dokumen tu penting.
4:53
kawan tu sms lagi. "tunggu. otw. 5 min"
aku balas smsnya. "?"
5:10 - baru dia muncul. sambil tersengih-sengih.
lebih 1 jam selepas mengatakan 'on the way'.
sudahnya, aku terperangkap dalam jem.
sampai di nilai, dah 6:57.
terus aje aku menuju ke mcD.
berbuka dengan burger,kentang goreng dan bubur ajelah.
tak sempat singgah bazar ramadan.
nak cari parking nanti satu hal.
wifey pun berbuka kat ofis je semalam. ada kerja urgent.
tapi, seronok la budak 3 orang tu.....
ni semua, gara-gara 'on the way'.
tanpa sedar, penggunaan on the way ialah satu cara menipu & tak jujur!
"you kat mana ni. lama dah i tunggu. eeee...bosanla" rungut si gadis melalui telefonnya. yg dari tadi menunggu pacarnya. tak sampai-sampai.
"sori, kejap lagi i sampai. on the way ni..." jawab jejaka itu. walhal dia masih di rumah. baru lepas mandi. tadi dia terlajak tidur.
sms
"bro, bila mau sampai. nak tgk 2nd hlf je ke..." bunyi sms jimi yg dah bengang. menunggu joe yg tak sampai-sampai. janji nak pergi sama-sama ke stadium bkt jalil, tengok bola.
"relaxla, otw ni..." balas sms joe. sedangkan dia baru je start motor. jangkaan sampai dari gombak ialah 30-40 minit kalau tak jem. sedangkan perlawanan akan bermula 5 minit lagi.
dua contoh klasik ni, mungkin kita jugak pernah buat.
dengan alasan, orang lain pun buat jugak.
tapi, apa salahnya berlaku jujur.
atau lebih baik lagi, mintak maaf sebab kita terlewat.
"maaflah, i lewat sikit. tadi terlajak tidur...lain kali tak buat lagi"
sejuk jugak hati mendengarnya.
"wa rasa x sempatla. gi mkn jela, wa payung. sori, bro..." hantar sms macam tu.
takdelah kawan kita tu 'panas' bagai menunggu kita bagai buah tak gugur.
itu namanya salah guna.
on the way maksudnya dalam perjalanan.
dalam perjalanan tu pula maksudnya, dah nak sampai dah.
mungkin akan tiba dalam 5 minit lagi.
atau jaraknya tak sampai 1km lagi
bukannya bermaksud 1 jam lagi.
atau 100 km lagi jaraknya.
atau baru lepas mandi atau tengah bersiap atau tengah bermekap.
atau baru nak start kereta memulakan perjalanan.
********
semalam aku sampai rumah jam 7:15.
beberapa minit lagi nak buka puasa.
gara-gara seorang kawan yg mengatakan dia 'on the way' bila aku telefon jam 4:00.
lepas tu, pukul 4:30 aku sms "bila nk sampai?"
"otw. kt bangsar ni..." balasnya.
jarak di antara bangsar dengan ofis aku, kalau naik motor boleh sampai dalam 5 minit je.
jadi, aku sanggup tunggu.
lagipun dokumen tu penting.
4:53
kawan tu sms lagi. "tunggu. otw. 5 min"
aku balas smsnya. "?"
5:10 - baru dia muncul. sambil tersengih-sengih.
lebih 1 jam selepas mengatakan 'on the way'.
sudahnya, aku terperangkap dalam jem.
sampai di nilai, dah 6:57.
terus aje aku menuju ke mcD.
berbuka dengan burger,kentang goreng dan bubur ajelah.
tak sempat singgah bazar ramadan.
nak cari parking nanti satu hal.
wifey pun berbuka kat ofis je semalam. ada kerja urgent.
tapi, seronok la budak 3 orang tu.....
ni semua, gara-gara 'on the way'.
tanpa sedar, penggunaan on the way ialah satu cara menipu & tak jujur!
Subscribe to:
Posts (Atom)