- andai itu takdir-Nya ... redhalah -

Feb 9, 2013




jumaat.
lepas maghrib semalam aku terus ke senawang specialist center.
walaupun aku dibagitau oleh isteri abang chik yg dia semakin stabil.
tak puas hati kalau tak dapat tengok sendiri.
sepanjang di ofis sebelah siangnya, aku terbayang-bayang saja abang chik memakai oxygen masknya.
 
alhamdulillah.
memang jauh lebih balik dpd semalam yg keadaannya agak membimbangkan.
cuma masih perlu untuk berada di wad HDU/ICU utk pemantauan.
berkat doa sedara-mara, kawan-kawan dan semangat abang chik sendiri.
juga para doktor dan nurse yg memberikan rawatan dan khidmat terbaik mereka.
kalau progres kesihatannya semakin baik, dia akan dipindahkan ke wad biasa.
kemungkinan besar, tengah hari esoknya.
syukur dan lega rasanya...
 
pada malam sebelumnya, wad ICU tu hanya dihuni oleh abang chik saja.
tapi pada malam kedua, ada 3 orang lagi pesakit dimasukkan.
seorang daripadanya sangat kritikal.
bersebelahan dengan katil abang chik.
 
 
**********
 
sabtu.
katil sebalik abang chik tu dah kosong.
pakcik yang berasal Lenggong tu dah pergi menuju alam baru.
tujuannya datang ke seremban nak jaga cucu-cucunya sementara anak dan  menantu buat umrah.
dia dihantar ke hospital ni pada awalnya untuk rawatan kerana bisul.
tetapi tak semena-mena kemudiannya, dia kena serangan jantung.
bertambah buruk lagi dengan keadaan buah pinggangnya yg memang lemah.
kenduri doa selamat sepatutnya dibuat untuk anak dan menantunya nak ke umrah.
terpaksa disekalikan dengan solat hajat.
ward ICU  itu kemudiannya jadi tempat berhimpun anak cucu untuk membacakan surah yaasiin...
sekarang sunyi sepi.
dia sudah pergi menghadap Ilahi.
 
itulah yg diceritakan oleh isteri abang chik.
bila aku bertanyakan, "mana orang sebelah ni, dah keluar ke...?" bila datang semula melawat abang chik tengah hari itu.
dia tak pula bertanya sama ada anak menantu arwah pakcik tu, jadi ke tidak pergi umrah seperti yg dijadualkan...
nak bertanya pun, tak sampai hati.

nurse tengah siapkan abang chik, nak dipindahkan ke wad biasa.
manakala pak cik sebelah katilnya pula dipindahkan ke alam baqa'.

andai itu takdir-Nya...redha lah.


 
 

1 refleksi:

rahimin said...

kesian pakcik tu...hajat x kesampaian