- seribu sesalan tak bermakna lagi -

Feb 18, 2013


jam 3:30 pagi.
waktu tu jalan raya lengang.
din baru balik dari kerja shif.
mata mengantuk. nak cepat sampai rumah.
sampai di traffic light simpang empat.
takde kereta. lampu belah laluan din, merah.
arghhh...takkan nak tunggu.
mana ada polis nak saman waktu begini.
redah saja lah....

sebaik sampai tengah-tengah simpang empat.
tiba-tiba muncul entah dari mana, sebuah motosikal.
laju sambil membunyikan hon panjang.
memang giliran laluannya, lampu hijau.
memang motor tu patut jalan dulu.
tak sempat buat apa-apa dah...

motor melanggar sisi kereta.
melambung penunggangnya.  dan kemudiannya jatuh macam nangka busuk.
motor tercampak ke tepi jalan. selepas berberapa kali berpusing.
penunggang motor tak bergerak-gerak.
bukan seorang tapi berdua dengan pemboncengnya.
dari kelibat mereka yg sempat ditoleh oleh din, seorang lelaki dan seorang perempuan.

din jadi panik.
sama ada nak menghentikan kereta dan tolong penunggang motor tu.
ataupun buat laporan kepada polis tentang kejadian itu.
atau terus pecut kereta dan cabut.
lagipun takde sesiapa kat situ.
takde saksi kejadian.

tambahan pulak, din tahu yg dia memang salah.
dia langgar lampu trafik merah.
dan....kalau penunggang motor atau pemboncengnya tu mati, macam mana?
berat kesalahannya tu.
bukan seorang, tapi 2 orang...

akhirnya, din ambik keputusan untuk meninggalkan  saja tempat tu.

esoknya, ada berita di tv dan surat khabar pasal kejadian eksiden itu.
sepasang suami isteri terlibat kemalangan.
isterinya maut, sementara suaminya cedera parah.
dipercayai kejadian langgar lari.
si isteri yg meninggal dunia itu sedang sarat mengandung.
motor ditunggang suaminya untuk menjemput isterinya itu yg kerja shif malam di sebuah hospital berdekatan.

sudah pasti din akan dicengkam dan dihimpit rasa bersalah.
walaupun tidak ada siapa yg tahu bahawa dialah punca kejadian.
biarpun dia tak didakwa atas kesalahannya itu.
dialah orang yg bersalah mengakibatkan kematian.
bukan satu tapi dua nyawa.

apakah perasaan si suami itu - jika dia pulih - bila dapat khabar kehilangan isteri dan bakal anaknya akibat kejadian itu?
disebabkan kecuaian dan ketidaksabaran orang lain.


********

sebenarnya sejak beberapa tahun, din melalui jalan yang sama.
setiap kali pergi dan balik kerja.
malah setiap kali balik kerja shif  dia akan melintasi simpang empat itu.
tidak pernah sekalipun dia melanggar lampu merah.
biarpun dia tahu, waktu tu jarang sekali ada kenderaan lain melintasinya.

entah kenapa pada hari kejadian itu, dia melanggar peraturan lalu lintas yang asas.
lampu merah tandanya berhenti...
mungkin kerana terlalu mengantuk dan hendak cepat sampai.
ketidaksabaran dan detik hatinya pada hari itu, mengundang tragedi.
yang pasti menghantuinya sepanjang hayat....!

***

daripada kejadian sebenar.
moral cerita ini - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna...!

1 refleksi:

rahimin said...

kdg2 sekali je buat salah, terkena. yg selalu buat salah, terlepas. nasib badan...