- ini bukan cerita cut n paste -

Feb 21, 2013


ini bukan cerita cut n paste dari internet.
atau cerita dari mulut ke mulut.
atau abang aku punya kawan punya sepupu  yang bagitau.
atau kawan aku yg kerja kat bank tu punya cerita.

ini khas untuk warga nilai.
atau sesiapa yg buat urusan berkait dengan bank.

petang semalam balik dari kerja, aku singgah bank.
nak keluar duit daripada atm bank islam, kat putra nilai (bandar baru nilai).
dekat dengan hotel aston tu (dulu allson klana).

sebaik selesai keluar duit, aku didekati oleh seorang pak guard.
agak luar biasa sikit.
pak guard biasanya masa office hour je ada kat bank.

"incik, hati-hati sikit keluar duit area sini..." katanya.

"kenapa? ada kes ke?" cepat aje aku buat andaian.

"ya. tengah hari tadi ada kes sorang pak aji kena ragut. 11 ribu, habis.
tadi, pegawai bank ni dengan polis dah periksa cctv.
diorang dapat cam seorang lelaki ni duduk je dalam bank.
lepas tu dia ikut dan rompak duit pak aji tu kat luar bank.
perompak tu lari dengan kereta honda..."

cerita pak guard tu dengan detail. tentu sekali dia tahu banyak benda.
sebab dia kerja kat situ.

"baru-baru ni pun ada. 5 ribu kena ragut...kat area sini gak. "

kepada yg duduk area nilai tentu tahu, deretan lot kedai sepanjang  jalan ni memang menempatkan banyak bank.
selain bank islam di end lot ni, ada ambank dan bank rakyat di lot tengah. di hujung belah sana pulak ada maybank.

kepada yg berurusan di bank. tak kiralah di kaunter bank atau di  atm atau cdm.
diingatkan supaya lebih berhati-hati.
bukan saja yg di area nilai tetapi juga di mana-mana sahaja.

ya, memang kita biasa dengar kes macam ni.
tapi bila dapat tahu di tempat yg kita regular pergi pun ada kes.
wujud jugak kebimbangan.
lepas ni aku perlu lebih berhati-hati...

6 refleksi:

zana-norzana said...

kat area situ memang selalu ada kes ragut..... kat area RHB bank tu pun selalu juga..... one of the lecturer kat tempat saya ni pernah kena ragut sebaik keluar dari RHB...... kenalah selalu berhati-hati jika berurusan di area situ......

bangsawan nilai said...

oohh ye ke. kat situ pun area bank jugak kan rhb, cimb.

dulu kes berlaku mlm je kat atm skrg siang pun ada. mmg kena hati2.

rahimin said...

hati2 org jht ada di mana2. nk duit min rompak je. xde keje lain.

Anonymous said...

betulke..takutnya, saya selalu pergi area situ bayar duit kereta. lepas ni kena lebih hati2 lah.

Unknown said...

Takut gak lau pi sorang2 atleast ada kawan atau suami or isteri peneman....

Irfa said...

tq..aku share ngan kengkawan n3 ni