- doa kami untuk abang chik -

Feb 8, 2013


pagi ni mengantuk. bukan mengantuk sebarang. tapi gile punya mengantuk...
sampai ofis tadi aku lelapkan mata kejap. cari sudut dalam bilik ofis.
supaya staf lain tak nampak.
office hour belum mula. jadi aku setkan alarm.
sempat lah setengah jam.
mujur tak terlajak.

selalu tak cenggini, hatta tengok bola sepanjang dinihari pun, paginya di ofis macam biasa je.
mungkin sebab bukan saja letih fizikal, tetapi letih mental.
ya, itulah aku rasa punca utamanya.

sebaik pulang hantar erin dan erol ke kelas tuisyen, aku tengok henfon ada missed call.
aku sengaja tinggalkan sebab tengah cas bateri.
lagipun, hantar diorang ke tuisyen, pergi balik dalam 15 minit.

bukan satu tapi berderet. dari atih , anjang dan usu.
aku terus tak sedap hati.
mesti ada hal emergency ni...
aku cupa telefon atih. tak dapat. telefon usu pun tak lepas. engaged.
tiba-tiba masuk panggilan daripada anjang..

"bang chik on the way ke hospital. sesak nafas" katanya dengan nada cemas..

setahu aku bang chik, tak pernah sakit.
takde sejarah keluar masuk hospital.
lagipun baru lepas maghrib semalam aku singgah rumahnya.
nak ambik air zam-zam dan kurma yg dikirim oleh usu yg baru balik umrah.
nampaknya dia ok je. kami borak-borak kejap.
...dan dia tolong ambilkan benih pokok selasih yg aku berkenan ditanam di laman rumahnya.

lepas dapat beberapa info dari anjang, aku pun bersiap.
aku ambik kak lang dan atih. mereka nak tumpang.
atih tak konfiden  memandu malam. dan tak tahu lokasi hospital.
maklumlah yg dia tahu, sekitar area nilai je.
tak pernah memandu jauh-jauh.

sampai di hospital, kami diberitahu abang chik berada di icu.
kami bergilir-gilir masuk. hanya seorang saja dibenar masuk dalam satu-satu masa.
aku dulukan kak lang dan atih untuk masuk.
kemudiannya, aku masuk dengan eril, yg beriya-iya nak ikut.

ya, rabbi. banyaknya wayar yg berselirat di seluruh tubuh abang chik.
pernafasannya masih belum stabil. terpaksa dibantu oleh peralatan.
pelawat juga dilarang banyak bercakap dengan abang chik.
ternyata bang chik tak selesa. menahan kesakitan dan kepayahan bernafas.

aku sempat meneman abang chik beberapa minit saja.
sebaik saja seorang doktor pakar dan doktor yang in charge untuk abang chik masuk.
aku diminta keluar.
mereka nak buat beberap test. untuk tahu punca dan rawatan susulan segera.

kami menunggu di luar.
waktu tu dah jam 10 malam.
sewaktu menunggu itu, usu  dan isteri, andak sekeluarga, abng ngah dan anaknya turut sampai.
mereka terpaksa tunggu dan tak dibenarkan masuk untuk melawat.
doktor masih ada di dalam.
abang long, anjang dan itam pun nak datang. tapi kami nasihatkan datang esoknya saja.
lagipun mereka tinggal jauh.
malam itu pun belum tentu boleh masuk untuk menziarah.
kami menunggu dengan rasa resah.
suasana senyap dan suram. masing-masing melayan fikiran.
tak tahu apa yang berlaku di dalam icu.

hampir jam 12 baru doktor siap menjalankan  ujian dan rawatan.
kami diberitahu, daripada analisis awal doktor, abang chik mengalami serangan acute asthma, jangkitan kuman pada paru-paru, dan masalah jantung.
kami agak terkejut sebab abang chik langsung takde sejarah sakit asthma.
doktor dah bagi bantuan yg patut. dan menjalankan beberapa test.
apa yg doktor tu buat ialah menstabilkan keadaan abang chik terlebih dulu.
jam 9 pagi esoknya (pagi ini) baru dapat keputusan yang lebih terperinci dan apakah rawatan susulan yg bersesuaian.

giliran angah, andak dan usu pula bergilir-gilir masuk.
kami diberitahu keadaan abang chik semakin stabil berbanding sewaktu mula masuk sebelumnya.
kira-kira jam 1 pagi baru lah kami semua balik.
aku tak berapa lena tidur. memikirkan kesihatan abang chik.

itulah punca sebenar rasa mengantuk yg amat sangat di ofis, pagi ni.
aku amat berharap dan berdoa agar abang chik kembali pulih.
dalam keadaan begini, tak banyak yg mampu kita buat.
selain memberi kata-kata semangat supaya abang chik bertahan.
doktor dah cuba melakukan yg terbaik, sedaya upayanya.

tak sabar nak melawat abang chik, petang nanti.
sementara tu, isteri abang chik akan bagitau perkembangan di hospital.
pagi tadi, dia ada sms bagitau yg abang chik masih tidur.
sengaja diberikan dos ubat tidur oleh doktor.




1 refleksi:

rahimin said...

didoakan abg chik kembali sembuh