- anak rusa nani, baru kembang ekor... -
Feb 15, 2013
bila ada staf baru masuk.
kita sebagai staf yg lama ni, biasanya nak tunjuk sombong sikit.
weh...kita orang senior kat sini la.
kalau kau nak tahu apa-apa pasal kerja, kenalah tanya.
takdenya kita orang nak baik hati sangat nak tunjuk itu ni.
yg baru kenalah hormat yg lama.
malu bertanya sesat jalan kan...
hehehe...
aku rasa ramai yg ada sikap begitu kan?
staf baru kenalah peramah sikit.
bagi salam atau tegur sapa bila berjumpa atau berselisih bahu.
kena buat muka 'toye'. muka innocent.
duduk je kat kerusi buat kerja.
nak pergi toilet pun rasa segan-segan sikit.
hehehe...
itu pengalaman baru kerja, atau masuk kerja tempat baru.
ramai yg dah rasa pengalaman baru mula bekerja.
ada yg nasib baik (...atau nasib tak baik) kerja satu tempat sampai ke tua.
ada yg kerja banyak tempat. kejap kerja kompeni tu. lepas tu kompeni lain.
macam aku ni, masa mula-mula kerja dulu asyik tukar kerja.
tapi bila dapat kerja kompeni ni, rasa dah stabil. dah serba cukup.
jadi aku kekal lah di sini. takde perancangan lain buat masa ni.
aku dah jumpa dan berkenal dengan ramai orang di sini.
macam-macam ragam dah aku tengok.
yang datang. yang pergi. yang baru. yang lama. dan yang dah bersara.
aku suka perhati gelagat staf baru.
ada sesetengahnya kita boleh nampak, akan kekal lama.
ada sesetengahnya kita boleh agak, takkan bekerja lama.
aku selalu nasihatkan staf baru.
yang kebanyakannya pada peringkat adik-adik.
disiplin kerja dan cara bekerja memang penting.
tapi yg lebih utama, bagaimana kita membina hubungan dengan rakan sekerja.
dan kemudian kita menjaga hubungan itu sehingga mereka menjadi kawan kita yg akrab.
bukan saja kawan semasa bekerja, tetapi kawan jugak di luar waktu kerja.
sebab tu kita boleh nampak. ada staf yg disenangi ramai. ada yg tidak.
aku percaya, ada ramai yg tetap bekerja kat satu-satu tempat tu sebab dia seronok bekerja dengan rakan sekerja yg lain.
semata-mata kerana itu sahaja. bukan sebab lain.
walaupun mungkin dia ada peluang lebih baik atau membina kerjaya lebih maju jika bekerja di tempat lain.
suasana atau persekitaran tempat kerja membuatkan ramai yg mahu kekal saja di satu tempat.
pada staf baru, aku selalu cakap hal yg sama.
jagalah hubungan dengan rakan sekerja lain.
pada minggu pertama aku bekerja di kompeni ni.
pada hari pertama aku bekerja, makan tengah hari aku dibelanja oleh mr O.
esoknya tanpa aku sangka kak S tapaukan aku nasi campur.
hari ke-3, kak A kongsikan sarapan nasi lemak yg dimasakknya sebagai bekalan dari rumah.
hari seterusnya, minum petang teh tarik dan karipap dibayar oleh din.
pada jumaat, lepas solat di masjid berhampiran, aku dibelanja rojak dan cendol oleh nik.
jadi seminggu pertama itulah sebenarnya mengikat aku dengan kengkawan lain.
dan aku kekal bekerja di sini hingga hari ini.
aku percaya...
bila kita buat orang menyenangi kita, kita akan disenangi orang...
walaupun kita ni pekerja terbaik sekalipun.
atau sekurang-kurangnya kita dipandang staf yg baik oleh boss.
tidak ada maknanya kalau kita bukan rakan sekerja yg baik di mata pekerja yg lain.
terlebih penting lagi ialah pandangan staf atau rakan sekerja terhadap kita.
aku sebenarnya tulis benda-benda ni sebab sejak minggu lepas dan minggu ni saja.
ada dua staf baru masuk.
sikap yg seorang itu agak kurang menyenangkan.
takpelah....
kita tengok dari jauh dulu perkembangan diaorang tu.
kalau takde perubahan jugak....kita tulis dalam blog.
he he he
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
hehe..betul ko cakap
kdg2 kita keje lama di satu2 tempat adalah kerana persekitarannya dan hubungan baik dgn kengkawan sekerja
ada yg kerja lama sbb dia suka atau ada yg kekal sbb terpaksa, takde pilihan lain
Post a Comment