- tawaran istimewa....teksi percuma ke destinasi pilihan

Feb 27, 2013


balik kerja petang semalam singgah plaza tol bangi
seorang kawan mintak tolong belikan buku.
dah la tolong beli, aku tolong buat delivery sekali...hu hu
aku janji sampai situ jam 5:45 tapi sebab hujan lebat, terlewatlah sikit.
berbual lebih kurang, kat tepi jalan tu kejap je.
di bawah payung, dengan hujan yg turun, memang tak selesa.
(KL > bangi)

lagipun aku terpaksa kejar masa nak ambik eril balik sekolah.
terlewat sikit.
tapi eril ni, baik budaknya.
jarang sangat merungut.
tercongok je dia kat tepi jalan. rasa kesian pulak...
(bangi > nilai)

wifey dah bagitau awal-awal semalam. dia balik lewat.
ada dinner  dengan klien kompeninya.
jadi, pandai-pandailah nak hidup...hehehe

lepas hantar eril ke rumah.
(sekolah >  rumah)

aku ke kedai semula.
nak beli makan malam.

erol dan erin pesan beli burger je.
eril pulak nak nasi lemak.
arghhh...mudah kerja aku.
tapau saja.
(rumah > kedai > rumah)

lepas maghrib dan makan aku hantar eril dan erin ke kelas tuisyen.
jam 9 habis kelas, jemput diorang semula
(rumah > kelas tuisyen - pergi balik)

kemudian aku keluar ke rumah kak lang.
sebab abang ngah dan kak ngah ada kat sana.
datang dari bahau.
sebenarnya diorang nak ke airport.
nak terbang ke australia - menziarah anak menantu dan cucunya kat sana.
diorang buat PhD kat sana. dua-duanya pensyarah universiti
iyalah, dapat tiket diskaun, rugi la kalau tak pergi.
(rumah > rumah kak lang)

hantar diorang ke KLIA.
sepatutnya kalau ikut plan asal, abang chik yg  hantar.
tapi dia masih belum sihat betul.
jadi aku lah yg ambik alih.
lepas diorang check in, aku pun terus balik.
aku pesan suruh diorang bawak balik kanggaru sekor nanti...hahaha
(rumah kak lang > airport > rumah)

pukul 1 pagi, aku keluar semula.
kali ni ke LCCT pulak.
jemput anjang yg balik dari phuket.
aku dah janji nak ambik dia kemudian hantar rumah kak lang.
sebab kereta dia ditinggalkan di sana masa nak pergi hari tu.
dapatlah t-shirt phuket sehelai, sbg upah.
jadilah....
rasa macam drebar teksi dah aku ni
(rumah > lcct > rumah kak lang > rumah)


******

kalau aku buat mileage claim, berapa agaknya ya?
atau mungkin aku kena pasang caj meter kat kereta....

2 refleksi:

zana-norzana said...

samalah kita ya... macam pemandu teksi......

rahimin said...

hello taxi, gua mau pigi pasar beli ikan...hahaha