- orang kita semakin pelat... -

Feb 25, 2013


kira-kira 2 tahun dulu, aku diberitahu seorang berbangsa rusia nak datang ke kompeni kami.
dr denisova dulunya mengajar di sebuah universiti di moscow.
dia kini pensyarah di sebuah universiti di KL.
aku ditugaskan untuk membantunya dlm satu projek.
agak nervous jugak pertama kali berjumpanya.
tapi kegelabahan aku hilang sekelip mata bila bersemuka dr denisova.

berbanding orang akademik yg selalunya serius apatah lagi sarjana dari luar negara.
dr denisova - orangnya peramah, merendah diri dan suka berjenaka.
lebih meringankan kebimbangan aku, dia boleh cakap melayu dengan amat fasih.
malah sepanjang kami bekerja dari mula sampai projek itu siap, seboleh mungkin dia akan bercakap bahasa melayu.
perkataan 'ok' pun digantikannya dengan 'baiklah'.
sehingga kadang-kadang aku sendiri tersasul bercakap 'omputeh', dia sengih saja.

kemudian kami jadi kawan, sehinggalah sekarang.
sikit demi sikit aku diceritakan hal peribadinya.
dia sudah memeluk Islam.
beberapa tahun dulu dia berkahwin dengan orang melayu tempatan.
dan sekarang dia sudah mendapat kerakyatan.
dia sudah anggap, malaysia sebagai tanah airnya.
setahun sekali dia akan pulang menziarahi sedara mara dan kawan-kawan di moscow.
bila pulang ke sini, ada saja ole-ole dihadiahkan pada aku.
kecintaannya pada islam dan negara ini berputik dan subur kerana banyak membuat kajian akademik mengenai sejarah islam, sejarah tanah melayu dan cara hidup peribumi di sini.

jumaat lepas aku tengok tv pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu 2013, piala perdana menteri.
aku kagum dengan penguasaan bahasa para pesertanya.
dari china, jerman, panama, afrika...ya, seluruh dunia.
mereka bukan sahaja fasih, malah benar-benar menguasainya.
sehingga boleh berpidato, berpantun,bernyanyi dan berjenaka.



juara kategori antarabangsa dimenangi oleh peserta dari panama.
derrick fernando jaramillo...itulah gerangannya.
begitu fasih, bersahaja dan kalau dengar suaranya saja, mungkin tak jangka dia bukan melayu sebaliknya orang panama...!
seperti dr denisova juga, jaramillo  sudah jatuh hati dengan keamanan negara kita, kebaikan rakyatnya, keindahan bahasanya, dan kesyumulan agama Islam.
lalu dia juga sudah memeluk Islam.
gayanya berpidato menarik minat dan mendapat sorakan gemuruh penonton.
maka selayaknya dia bergelar juara...!

panel juri pada malam tu diketuai oleh dr awang sariyan.
dan salah seorang daripada 6 jurinya, ialah dr denisova...

orang luar nampaknya lebih menghargai bahasa kita.
kita saja yg terhegeh-hegeh kononnya pandai sangat bahasa omputeh.
bahasa sendiri pun tunggang langgang.

terngiang-ngiang aku, cakap budak kecik kat mid valley tempoh hari.
"mummy, daddy...lieya want to go to the toilet, want to kencing, cannot tahaan oledi..."

kita masih pelat. atau buat-buat pelat....



2 refleksi:

Irfa said...

mak pak bangga konon anak baru tadika boleh speak english ;).kat apt ni nak muntah aku dgr mak pak speaking konon tapi anak x paham.agaknya baru hari tu nak berspeaking.konon pandai sgt.lalala.kantoi di situ

aku pun tengok kejap..mmg kagum dgn diorang boleh kuasai bahasa kita

rahimin said...

english mmg penting tp BM lagi utama, kata bijak pandai....kan?