- tak semua perkara kena ikut buku -

Feb 19, 2013


nak buang pekerja atau ambik tindakan tatatertib pun ada peraturannya.
kalau kompeni tu bapak kita yg punya atau kita sendiri punya pun, tetap kena ikut peraturan.
kalau nak buang atau nak pecat staf, kena ada kaedahnya.
silap-silap kalau tak betul caranya, kita atau kompeni balik yg terkena.
kena saman atau kena denda oleh mahkamah, kalau mereka tuntut ikut prosedur undang-undang.
bukan sekadar 'awak dipecat!' atau 'you're fired...!' seperti rancangan tv donald trump tu...

seminggu lepas aku diberikan buku ni oleh kompeni.
lebih tepat, buku berbentuk garis panduan.
aku dah baca dah isi dalamnya.
segala tindakan perlu ikut step by step.
amaran, surat tunjuk sebab. bersemuka. sesi kaunseling. siasatan. bukti. semua kena ada.

itu kalau berdepan staf bermasalah.

kalau yg buat kerja mahu tak mahu, kerja cincai, asyik mengular.
kerja tak ikut SOP.
sasaran tak pernah dapat.
KPI tak capai.
buat kerja macam pahat dengan penukul. malas.
kerja dah bertahun-tahun tapi masih tak cekap. tak pandai-pandai.
macam mane pulak?

tapi bagi aku, untuk atasi sesetengah masalah kita tak perlu ikut sangat apa yg tertulis.
nak patuh bulat-bulat pada buku.
lebih-lebih lagi yg berkait dengan manusia.
atau orang sekarang sebut, modal insan.

misalnya, kalau anak-anak kita malas belajar.
ada banyak cara nak atasinya.
kalau tindakan keras, kita boleh rotan atau marahkan mereka.
atau paling tidak pun, kita berleter atau membebel.
ada jugak yg kata kita bagi dia motivasi dengan hadiah.
walaupun ada yg anggap ianya rasuah.
bagi gula-gula, mainan atau lain-lain.
atau dengan kata-kata cabaran "kalau dapat 5A....papa belikan basikal, PS2, iphone atau apa-apa ajelah...

apa kata kalau staf yg selalu datang lewat...
kita belikan dia jam tangan.
jadi dia takde alasan...jam mati, lupa nak kunci alarm.
dia nak datang lewat pun jadi segan.

nak elakkan staf yang mengular atau selalu hilang, asyik lepak kafe
kita sediakan tea lady, sediakan minuman untuk staf.
nak order teh tarik ke, milo ke...tak payah keluar.
semua ada in house. order je...free

kepada yg tak ikut SOP, kerja cincai, KPI tak capai, tak cekap-cekap atau mahir.
kita hantar dia pergi kursus, bengkel, kem bina semangat, kem motivasi.
selagi diorang tak boleh capai atau tak boleh ikut, tak payah masuk ofis.
tak payah datang kerja.
sampai muntah hijau dengar ceramah.
pergi  kursus je sampai dia muak....!

ataupun buat reverse psikologi.
selalu kat bank atau supermarket, kedai jual kereta ada terpampang nama dan gambar staf terbaik bulan ini atau salesman terbaik bulan ni.
tapi kat kompeni kita, letakkan gambar dan nama terpampang 'staf paling banyak ponteng bulan ini', 'staf paling kerap lepak kafe bulan ni..." atau seumpamanya.

ini sebagai amaran kepada staf supaya mengelakkannya.
kalau tak tahan atau tak boleh ikut, diorang akan berhenti dengan rela hati
tak payah surat tunjuk sebab, surat amaran dsb

ada banyak alternatif atau cara kreatif lain.
bukan sekadar ikut buku saja.
ada tak agaknya, kompeni yg nak buat cenggitu...hahaha



1 refleksi:

rahimin said...

reverse psiko tu patut dibuat segera hahahaha