kenapalah agaknya...

Aug 15, 2009

musim baru bola sudah bermula. tp entah kenapa aku tk begitu teruja musim ini. sedang rakan2 dr team rival sudah memulakan mind games & provokasi...hu hu. termasuklah team yg setiap kali musim bermula akan mendabik dada "tahun ini penantian akan berakhir selepas 20 tahun..." atau satu lagi kelab penyokong yg sentiasa bersedia utk mengemukakan alasan "pemain kami masih muda, tunggulah setahun dua lagi mrk akan matang & jadik juara"...
mungkin masih diulit mimpi indah juara tiga tahun berturut2. sbg juara dunia cabaran adalah biasa saja dlm dunia bola. kurang motivasi, mungkin. dah lali dgn kemenangan & kejuaraan, tdk sama sekali. tdk pernah puas utk bergelar juara. begitulah tingginya penanda aras sbg kelab bergelar juara atau feberet. tp musim ini masih panjang, perlwnn pertama hanya akan bermula esok bagi man utd.
mungkinkah sbb penghijrahan ronaldo? tdk sama sekali. yg ku sokong ialah teamnya bukan playernya. beckham pergi, keano pergi, nilsterooy berhijrah, cantona bersara...itu hanyalah asam garam dlm bola. setiap kali itu pasukan yg baik akan terus kekal di persada teratas. mlm ini bnyk perlwnn sbg pembuka tirai musim, anehnya aku lebih leka tonton live badminton di mana pemain m'sia bertarung di semi final kejohanan dunia di hyderabad. dan spt biasa, slps meletakkan harapan tinggi menggunung mrk akan kecundang...! itulah sekali lg yg terjadi mlm ini. jadi lebih baik kusandarkan sokongan & harapan pd man utd, krn kelibat mrk jarang sekali mengecewakan...

0 refleksi: