aku sempat berbual dgn pak guard sekolah semasa mendaftarkan sekolah erin. aku diberitahu yg ramai ibu bapa dipanggil olh cikgu saban hari utk membawa pulang anak mrk. ini disbbkan anak2 mrk menunjukkan simptom h1n1 terutama demam & batuk. ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan semasa. aku sedikit terkejut. tapi aku semakin terkejut bila pak guard itu menyatakan bhw epidemik h1n1 ini berpunca gara-gara amerika & sekutunya terutama israel sengaja menyebarkan virus itu terhadap penduduk dunia terutama og islam. jadi kemudiannya mrk akan mencipta vaksin yg sebenarnya mempunyai kandungan khas yg boleh menguasai minda spy mudah dikuasai mrk terutama generasi muda suatu hari nanti...fuh! satu teori yg amat hebat!
2.
pd hari, tempat & tujuan yg sama juga aku menuju ke pjbt sekolah, sambil berjln melalui sekumpulan pelajar beruniform pengakap sdg duduk di tgh kwsn lapang mendengar taklimat seorg guru yg juga berpakaian pengakap. sebahagian 'pengakap' itu memakai topeng mulut. cikgu yg berpakaian pengakap itu menegurku "incik nk daftar anak ke?". "ya..." jwbku ringkas. "silalah naik ke pjbt, tingkat satu?" tunjuknya ramah. "buat jugak aktiviti ke? takda arahan spy tangguh dulu ke?" tanyaku merujuk pd aktiviti luar pelajar sbg pengakap. cikgu pengakap tu hanya tersengih, tk menjawab. sebaik aje selesai urusan pendaftaran, aku pun beredar. bertembung sekali lagi dgn kumpulan pengakap tadi yg sdg bersurai. "dah habis dah?" tanyaku pd salah seorg dpd mrk. "cikgu ckp, hari ni batal sbb jerebu..."
sbb jerebu ke atau teguranku tadi...
0 refleksi:
Post a Comment