sejarah adalah setiap hari yang berlalu. maknanya setiap yg kita lalui hari ini akan menjadi sejarah sebaik sahaja kita melangkah ke hari esok. terpulanglah sama ada kita mahu terus bernostalgia atau sebaliknya memandang ke depan mengharungi hari mendatang. seorang rakan sepejabatku mengeluh, kerana minggu ini merupakan hari-hari terakhir sebelum berpindah ke tempat tinggal lain. yelah, kalau kita dah tinggal berpuluh tahun di situ, dlm kes kwnku ini sejak kecik lagi, pastinya sedikit keresahan, kesedihan & emosi tersentuh. aku memahami perasaannya. aku juagak pernah mengalami peristiwa yg sama, malah sudah berkali-kali. apa boleh buat hidup kita sentiasa berubah, demi kelangsungan hidup. ada setengah kenangan boleh dikenang & terus diingat hingga ke akhir hayat. ada kenangan yg tdk perlu dikenang lagi, perlu dilemparkan jauh-jauh. tidak semua kenangan itu indah. tapi ada juga kenangan pahit. tapi biasanya kita memilih kenangan manis, kenangan indah untuk disimpan dlm kotak memori. sedangkan ada sesetengah kenangan itu, walaupun pahit dirasakan tetapi sebenarnya, manis kenangannya. sesukar mana pun melupakan kenangan lama, sukar lagi mencipta kenangan baru, di tempat baru, dalam suasana baru yg kita sendiri tak pasti pengakhirnya, pahit atau manis. tentunya kita harapkan yg manis-manis belaka. namun sepahit manapun kopi, jika dicampur dgn gula, akan terbit rasa manisnya. yg manis itulah menyedapkan secawan air kopi. yg pasti, kita akan terus mencipta kenangan baru itu tanda disedari. kerana kenangan dan nostalgia biasanya tidak pernah dirancang. ia tercipta dgn sendirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment