kuching ... 4

Aug 4, 2009

waterfront, kompleks dun & fort margherita


serba tk kena
sebelah pg acara bengkel ialah rumusan & penutup. sbhgnya besar peserta pulang pg ni. hanya sbhg kecil yg pulang ptgnya. aku adalah dlm kump. itu. kalau dtg sbg peserta teakhir, pulang jgk aku antara yg terakhir bersama 5 org lg yg flightnya jam 4 ptg tu ke klia.
pd awalnya aku hanya cadang nk bwk balik ikan terubuk masin dgn kek lapis aje. cukupla. ptg semlm pun keluar bersiar2 dgn li, ipin, khai, arul mrk sibuk beli t-shirt, aku tk beli pun. tp hari ni aku berubah fikiran. sbb si edil sibuk nk beli tikar sarawak. ni kira last minute shoppingla. mula2 kami berempat sekadar nk teman edil. lepas tu terfikir plak anak2ku. baik belikan mrk t-shirt jgk. dlm sibuk2 masuk kedai, keluar kedai kami terpisah. sbb bnyk sgt kedai. aku plak tertinggal hand phone kat bilik. so aku shopping sorang2 jela. edil ke mana, ipin dan li ke mana, khai pun entah ke mana.
ada bnyk kedai. ada bnyk brgan utk ole2 di bwk balik. kraftgn, kain2, t shirt mcm2 lg la. malah sepanjg kaki lima kedai ada aja yg jual gambir sarawak yg popular tu...hu hu.
belek punya belek, keluar, masuk kedai, aku dh jadi rambang mata nk pilih. akhirnya dptla jgk kain pua kumbu utk hiasan & t-shirt menarik utk wifey & anak2ku. disbbkan terleka, jam dh pukul satu. sdgkan dh janji dgn diorg nk ke airport sama dlm pkl 2. aku pun belum lunch lagi. balik ke hotel terus ke tmpt mkn. menurut waiter tu semua org dr peserta bengkel dh mkn. maka makanla aku sorang2, ditemani 3 org waiter yg berdiri di sisi. rasa mcm vip plak. habis mkn aku terus ke bilik. mandi & sumbat brgn dlm beg. siap & terus turun. hajatnya nk kejar mrk yg berlima tu. dah pukul 2:15. sampai di lobi, waktu check out, aku dibgtau yg kwn2ku tadi baru je check out & naik teksi ke airport. salah aku jgk, padan muka kena tinggal!
aku pun terus naik teksi. sampai di sana sekitar jam 3:oo. aku kena perli dgn kengkawan tu, sbb lmbt. selepas daftar masuk aku lepak sekejap dgn mrk. sambil tengok gambar2 yg mrk ambik dr lap top edil. kami menunggu di pintu 6. tk lama kemudian pengumuman utk naik pesawat. kami pun beratur. aku terpandang pd skrin yg menunjukkan waktu tiba & berlepas pesawat. aku perasan ada tertulis pintu 5 utk penerbangan ke kl. akupun bgtau yg lelain. tp kata mrk pd tiket masing2 dicatat pintu 6. aku tengok tiket aku, pintu 5. aku yg silap kot. lgpun tkkan waktu flight sama utk 2 penerbangan serentak...fikirku.
bila tiba giliran kami, dibgtau yg flight kami beratur tu menuju ke k.kinabalu, bukannya klia. hah...!!nasib baik, kalau tdk salah tempat landing, naya! lalu kami pun berlari2 anak menuju ke pintu 5. sbhg besar, penumpang ke klia sudahpun naik pesawat. mujur kami berlima tk ketinggalan kapal terbang...
1 jam 40 minit slps itu kami pun selamat sampai di klia. layanan pramugari, elsie, mesra sekali. perjalanan pulang begitu lancar sekali. tk sedar waktu berlalu. kami pun berpecah menuju haluan destinasi masing2. khai & edil kena transit di situ, utk terbang semula ke utara & timur. aku & ipin naik teksi je. li dijemput olh drebarnya...
entah kenapa rangkap lagu, sayang sarawak sungainya sempit...terngiang-ngiang di telingaku mlm itu.

0 refleksi: