resensi ... 12

Aug 20, 2009


Judul:
Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik
Pengarang:
Nik Azis Nik Pa
Tahun:
2009
Terbitan:
Penerbit Universiti Malaya


Buku Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik ini menganjurkan pendekatan bersepadu bagi membentuk program pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. Sebahagian persoalan kritikal tentang konsepsi dan tindakan untuk mengembangkan nilai dan etika dalam pedidikan maetmatik akan terjawab apabila membaca buku ini dengan teliti dan membuat refleksi terhadap gagasan yang dibincangkan. Antara pandangan utama dalam buku ini ialah pendidikan matematik yang berkualiti tinggi hanya dapat dicapai sekiranya warga pendidikan komited untuk membuat anjakan bermakna dalam pemikiran dan budaya pendidikan matematik yang mereka hayati dengan berlandaskan persepektif bersepadu. Pengembangan nilai dan etika yang menyeluruh pula merupakan matlamat penting dalam program tersebut. Sekiranya ingin melaksanakan usaha baru dengan berkesan seperti pengembangan nilai dan etika, kita perlu membuat persiapan baru. Buku ini adalah penjelasan untuk bertindak bagi ahli pendidik yang ingin mencapai matlamat tersebut dalam milenium baru ini.

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah pengasas dan Presiden Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

0 refleksi: