sabtu lps aku sekeluarga ke bt pahat. tujuannya ke majlis perkahwinan anak sedara wifey. kami keluar bertolak dr rumah seawal 8:30pg. singgah dulu isi perut bersarapan di bbn cafe. perjalann lancar menyusur highway plus ke selatan.
yg penting sediakan minyak kereta yg cukup & duit tol. lebih kurang 3 jam kemudian termasuk singgah di muar & ayer hitam, kami menuju ke kawasan yg terkenal dgn 'parit-parit'nya. di salah satu 'parit' itulah yg kami tuju. sampai di sana olh sbb jlnnya hanya muat utk laluan sebuah kereta, maka terpaksalah bersenget2 utk berselisih. disbbkn agak jauh meletak kereta dr rumah pengantin, malas plk utk berpatah balik bila teringatkan kamera yg tertinggal, tambahan plak cuaca yg panas terik, sudahnya tkde sekeping gambar pun yg dpt diambil utk kenangan.
cukup tersusun 'penganjuran' majlis ini. org kampung nyata sepakat menyumbang tenaga. dr hal masak-memasak hinggalah setiap tetamu yg dtg menjamah hidangan & pulang dgn buah tgn. niat nk pulang pd awalnya terbantut bila wifey setia menunggu kedtgn pengantin wp jam sudah menunjukkan 2:45ptg. alang2 sudah sampai dr jauh tunggulah nak tengok wajah pengantin katanya memberi hujah. sebaik pengantin tiba, paluan kompang bergema, memecah damai kampung & memeriahkn suasana.
rombongan pengantin lelaki tiba2 tersekat di pintu masuk rumah pengantin perempuan. rupanya dihalang olh sekumpulan wakil tuan rumah. mrk pd awalnya berbalas pantun. kemudian meminta bayaran 'tol' dpd rombongan pengantin sebelum 'dibenarkan' masuk. mahu tdk mahu rombongan pengantin lelaki menyerahkan tol dlm sampul berwarna putih kpd kump. 'jurutol' tadi. lalu dibenarkanlah rombongan itu masuk. tdk pula aku tanyakan berapa 'bayaran tol' dlm setiap sampul itu. kaum perempuan yg membawa dulang hantaran dibenarkn masuk ke rumah, manakala pengantin lelaki 'didudukkan' di halamn rumah utk dipertontonkan dgn persembahan 'silat pulut' yg diiringi paluan & nyanyian kumpulan kompang. selesai acara silat pulut, pengantin lelaki melangkah masuk ke rumah pengantin perempuan.
sebelum menaiki pelamin sekali lagi pengantin 'dihalang' pula olh sekumpulan kanak2 yg meminta tol. kump. kanak2 itu termasuklah anak2 aku sendiri. maka, dihulurlah tol kpd kump. kanak2 itu olh wakil rombongan pengantin sekali gus utk membolehkan pengantin bersanding di atas pelamin.
menarik sekali adat atau acara yg diaturkan. bayar tol itu bagiku hanyalah sekadar utk memeriahkan susana bukannya utk membebankan atau menyusahkan rombongan pengantin. hanya utk seronok2 aje. sbb yg aku tahu dlm sampul surat tol yg diterima olh anak2 aku hanyalah dua ringgit sj...kpd yg bakal beristerikan org johor atau bt pahat khasnya, tk perlulah bimbang...hu hu
ingatkan highway aje ada tol, rumah org kawin & pengantin pun kena tol jgk!
0 refleksi:
Post a Comment