zz pintar orgnya. dia jgk ketua pengawas sekolah. sekelas dgnku masa form six.
muka pun blh thn hensem. agak alim orgnya. mengaji quran sedap. jd imam pun boleh.
semasa di upper six, pelajarannya merudum. fokusnya hilang.
ini gara2 diserang angau. jatuh hati pd seorg pelajar junior.
kalau nk digandingkan mrk memang pasangan yg sesuai.
pelajar perempuan tu anak org kaya, budak k.l, cantik & popular di sekolah.
tp dpd bisik2 rakan perempaunku di asrama, dia tdklah sebaik yg di'tunjuk'kannya di sekolah. khabarnya dia punya boifren keliling pinggang termasuk yg dh bekerja.
zz menyedari pelajarannya semakin merosot. tp tk dpt keluar dpd lubang yg digalinya sdr.
zz pernah mengadu pdku yg dia sukar melupakan gadis itu.
aku & kwn2 lain cuba menasihatkannya. jgn ikut perasaan. ada jgk kwn2 lain yg berpasangan ttp tdklah sampai menjejas pelajrn mrk. malah ada yg lebih meningkat krn sokongan moral agaknya. malah cikgu2 pun pernah menasihatkannya slps menyedari kemerosotannya. sdgkan dia antara pelajar harapan sekolah utk capai 5A.
lebih parah bila dh dekat musim peperiksaan, mereka break off.
result peperiksaan zz tdk begitu baik. sdg aku & rkn2 lain yg tdklah sepintar zz berjaya ke U.
mungkin krn malu dgn kawan2nya yg lebih berjaya, zz tdk mahu bertemu atau menghubungi kami. malah hbungan kami terputus terus.
khabar yg aku dengar, zz mengambil periksa sekali lg pd thn berikutnya. semangatnya pulih kembali menebus kesilapan & dihindari 'gangguan'. aku dpt tahu dia dpt keputusan yg cemerlang & melanjutkan pljrn ke UM dlm bidang ekonomi.
kemudian slps habis belajar, yg aku dengar dpd kawan2 lama, zz bekerja sbg pensyarah di kolej terkemuka.
namun, khabar terbaru yg aku dgr dpd rkn sekampungnya tentang zz tdk begitu menggembirakan. zz kini buat bisnes secara kecil-kecilan utk menanggung keluarga. semuanya gara2 mengambil keputusan yg silap. ceritanya dia meletak jawatan sbg pensyarah utk bergerak aktif dlm politik. memegang jwtn penting & dianggap bintang yg mula bersinar. kemudiannya dia menjadi setausaha sulit kpd seorg ahli politik berpengaruh. zz juga mula dilimpahi kemewahan. kereta besar, rumah besar.
entah di mana silapnya, ahli politik itu jatuh (atau dijatuhkan). bersama2nya zz turut jatuh. akhirnya, zz terpaksa bngun semula dgn berniaga secara kecil-kecilan sejak sethun dua kebelakangan ini.
meski hubungan kami dh lama terputus, ttp aku tetap mahu mendengar perkhabaran zz dpd kwn2 lama lain. aku doakan zz mampu bangkit semual membina hidupnya. mungkin takdirnya begitu, atau mungkin silap sdr membuat keputusan...
0 refleksi:
Post a Comment