pagi semlm spt rutin aku sejak berpuluh thn menjelang syawal adalah melawat pusara ayah bonda. kebiasaannya seminggu menjelang aidilfitri aku ke situ utk membersihkan pusara. spy bila dilawati sanak saudara pd pagi syawal nanti, pusara itu tdk kelihatan terbiar, semak samun. slps membersihkan pusara mrk, aku sedekahkan surah yasiin & doa.
arwah abah - meninggalkan kami pd jam 9:45 pagi,
sabtu, 11 april 1987 pd usia 62 thn
arwah mak - meninggalkan kami pd jam 1:30 pagi,
jumaat, 27 januari 1995 pd usia 66 thn
begitulah catatan pd batu nesan ayah bonda. meski sudah lama mrk pergi (abah 22 thn, mak 14 thn) namun pd sudut hati ini masih mengingatimu, merinduimu, meyayangimu.
buat abah & mak,
anak nakal mu dulu, kini sudah punya keluarga. yg tak sempat kau berdua tatap. anak-anakku iaitu cucu-cucumu yg tk pernah kau timang, peluk cium.
semoga rohmu, dicucuri rahmat & diberkati di sisi Allah swt.
2 refleksi:
sedeynya...al fatihah
sabarla. doakan roh mrk dicucuri rahmat. betapa kita hanya mampu mengenang dan berdoa. sedihnya mrk tk sempat melihat keluarga bahgia tg shaaban
Post a Comment