semalam semasa duduk berehat slps pulang dari kerja, si kecil, erin menghampiriku dan bertanya:
"kenapa kita kena duduk tempat yg sama, papa. papa duduk kat kerusi tu, mama kat situ, abg kat sana, angah kat sini..?" sambil menunjukkan meja makan & kerusi tempat duduk setiap ahli keluarga.ya tak ya jugak. tempat duduk tetap. setiap kali makan, kami akan duduk di tempat yg sama. seorang pun tdk pernah membantah. sudah tahu. sudah faham. sudah maklum. tdk perlu ditunjuk atau diatur lagi. semuanya spontan. setiap kali makanan dihidang, semuanya akan duduk di tempat yg sama. seminggu lepas, kelmarin ataupun mlm nanti. kekal di kerusi yg sama.
apa jawapan yg harus diberi? kenapa begitu? bukannya ada tanda nama di kerusi tu? kenapa perlu ada kerusi tetap? kenapa tdk ada yg pernah membangkitkan persoalan ni? mcm mana nk jawab soalan anak kecil ini?
mujur otakku pantas memikirkan jawapan kpd soalan yg jujur ttp subjektif itu.
"samalah mcm erin kat sekolah. erin tiap-tiap hari duduk kat kerusi yg sama kan...mcm tulah kat rumah, semua org duduk kerusi yg sama...betul tak?"
erin tersengih & menganggukkan kepalanya. bersetuju & puas hati dgn jawapan ku...
0 refleksi:
Post a Comment