utk berlaku adil bg pasangan yg sdh berumah tangga, mrk akan buat sistem giliran. kalau thn ni beraya di kg isteri, thn depan giliran beraya di kg suami pulak. bagi yg jarak kg kedua-duanya tdklah terlalu jauh mcm aku, biasanya pd hari raya kedua, giliran beraya sudah bermula. suasana rumah yg penuh sesak dgn sanak saudara yg berkumpul pd raya pertama di rmh mak mentua ku kembali lengang pd raya kedua. seawal 9:00 sudah ada yg memulakan perjalanan pulang beraya ke kg satu lagi. diikuti olh keluarga yg lain, beransur-ansur meninggalkan rumah mak mentua. keluarga aku memulakan perjalanan beraya ke nilai pd jam 11:00 pg. kami singgah di rumah sepupu wifey di kuala rompin dlm perjalann pulang itu. kari daging & ayam masak merah begitu membuka selera kami. menyebabkan aku terpaksa memandu dgn perut ketat, wifey & anak2 pula tertidur kekenyangan.
sepnjg perjalanan, bnyk kenderaan di jln raya. walaupun tdklah sampai terjadi kesesakan. bagai manapun setiba di kuala pilah, laluan hala bertentangan sesak teruk hingga ke bkt putus - iaitu rantaian sejauh 15km. kalaulah thn ini giliran beraya di nilai dulu, pastinya kami terbabit dlm kesesakan itu. alhamdulillah, giliran thn ini adalah sebaliknya.
sebaik memasuki seremban, acik menelefonku bertanyakan aku di mana ketika itu. katanya dia ada buat 'makan-makan' di rumahnya. sampai di nilai dlm setengah jam kemudian, aku tdk pulang ke rumah, sebaliknya terus menuju ke rumah acik. ada sesuatu yg istimewa di rumah acik kali ini. masakan makanan ala-Arab. dengan masakan nasi mirip nasi bukhara/beriyani tetapi dilengkapi dgn sos cili, sup daging & mayonis digaul dgn buah-buahan (aku pun tk tahu mcm mana nak terangkan). mengikut acik, resipi itu dipelajari dpd pensyarahnya di UIAM. acik mengambil kursus bahasa Arab utk memenuhi waktu terluang. sbb acik sudah pun pencen kerja. sungguh enak mkn sesuatu yg berlainan dpd biasa. semua memuji masakan acik. hinggakan acik terpaksa menanak nasi seperiuk lagi!
sekembali dr rumah acik barulah pulang ke rumah. mengemas rumah yg beberapa hari ditinggalkan & berehat sekejap. sebelah mlmnya kami ke rumah kak lang. spt biasa, rendang daging kak lang memang takda tandingan. hinggakan kami sekeluarga tersandar kekenyangan...badan yg susut sepanjang tempoh puasa sebulan dulu, sudah ditampung dgn hanya dlm tempoh 2 hari beraya!
0 refleksi:
Post a Comment