kenangan di puduraya nak balik raya

Sep 16, 2009

usu dh belikan tiket utk kita org berdua. usu yg teruja. sbb nk balik raya. usu student praktikal. aku plak baru kerja. jd tk dpt cuti raya, panjang2 mcm org lain, mcm senior yg dh lama kerja. usu dh beli tiket, awal2 lg. kami balik naik bas ekspres. dijangka bertolak jam 6:30 dpd puduraya. usu beli tiket utk kita org balik sama2. lg pun mak dh pesan suruh balik sama2. ikutkan, mlm ni mlm rayalah.

aku balik kerja jam 5:00. itupun sbb bulan puasa, boleh balik awal. kalau tk waktu pjbt sampai pukul 6:00. kalau ade O.T, balik mlm la jwbnya. tapi hari ni aku balik 5:00 sharp. balik rumah sewa dulu. beg dh siap packing. mandi p. ramlee je. lps tu, terus gerak ke bus stop, tunggu bas.dah janji dgn usu. lgpun usu dh beli tiket. dan mak suruh balik sama-sama.

olh sbb esok nk raya. makanya jln sesak teruk. aku naik bas dr p.j. 5:30 bas dtg. bergayut tepi tangga. nekad. sbb dh janji dgn usu. usu dh beli tiket bas, bertolak 6:30. kalau terlepas, beraya kat puduraya jelah kita org. kalau usu tinggalkan aku & berpaling tadah atau kejam, dia balik sorang2 naik bas. maka akulah yg akan terkonteng2 beraya di puduraya. tp aku yakin, usu tkkan tinggalkan aku. dia takkan tergamak memungkiri janji. dia tentu tk sanggup tinggalkan abgnya. dia tentu tk sampai hati. lagipun mak dh pesan, balik kampung sama-sama.

dlm bas yg sesak, drebar bukak lagu raya. rasa syahdu. jugak saspen. sbb jln sesak. takut tk sempat kejar ke puduraya. aku pasti usu pun saspen gak tunggu aku kat sana. dlm hati aku berdoa bas ni tk eksiden. mintak2 drebar dia, cilok gila babas spy cepat sampai. debaran semakin kencang bila ku jeling jam di tgn. dh pukul 6:00. saat2 mencemaskan. aku dh mula berpeluh. seram sejuk. jln sesak teruk. mahu sj rasanya aku melompat turun & berlari menuju ke puduraya. gila apa? kan puasa ni...

tentu usu dh sampai. sbb td masa di ofis, jam 3:00 dia telefon. dah gerak dr gombak. kompeni tempat praktikal dia bagi half day off. tentu dia dh sampai kt puduraya. tgh tunggu aku. sambil matanya meliar, melilau mencari aku di tengah2 kesibukan. tengah kesesakan. celah2 ketiak busuk org yg lalu lalang. aku tahu usu akan pegang pd janji. sbb usu yg pegang tiket. dia ada tanggungjawab besar, menunaikan amanah yg diberi.

6:25 aku sampai di puduraya. segera meluru & berlari2 anak enuju platform bas no. 23. di celah kesibukan. kesesakan ku redah. berlanggar2 bahu. aku buat tk reti. 5 minit lagi bas akan bertolak. biasanya bas ekspres, jalan ikut time. sharp. adakah usu dh naik bas meninggalkan aku? atau nanti bila sampai platform no. 23 bas dh gerak & aku hanya mampu melihatnya berlalu pergi. dan ternampak kelibat usu di cermin tingkap, melambai2 tgnnya sayu. sambil memberi isyarat "aku terpaksa pergi dulu, bang...". oh tidak!

aku smpai di platform n0.23, rasanya larianku lebih laju dpd rekod kebangsaan 100 m. dgn beg sandang pulak tu. aku nampak kelibat usu. di tgnnya bungkusan burger & air kotak. pasti bekalan utk berbuka dlm bas nanti. memang usu ni seorg yg setia. walaupun mukanya kelihatan sedikit pucat. masakan tidak. sekarang dh pukul 6:30. bila-bila masa je bas akan bergerak. "cepatla...bas dh nak jln". kami pun serentak melangkah ke tangga bas, yg membunyikan hon utk bergerak...

1 jam kemudian kami sampai ke kampung halaman. usu & aku balik sama-sama. spt pesan mak. kami sampai pd mlm raya. pastinya raya kali ini lebih meriah. sbb aku dh kerja. terima kasih usu, sbb belikan tiket bas. terima kasih usu sbb sanggup bertarung perasaan saspen menungguku hingga ke saat akhir...

catatan balik raya masa aku masih bujang, baru kerja.

1 refleksi:

editor kampung said...

aku paling suka bila tuan punya blog buat posting cerita begini...

klasik!