siapakah gerangan berkepala botak itu

Sep 4, 2009

antara kelemahan yg aku memang akui...susah nk ingat org terutama nama mrk.
kalau aku terjumpa bekas kwn sekolah, tmpt kerja atau kwn sekampus biasanya aku terawang2. tk kenal mrk. yg peliknya, selalu mrk yg kenal aku. malah mrk tau nama aku. aku akan cuba ingat siapa gerangan mrk, ingatan yg kabur. tanyalah siapa kwn baikku di sekolah dulu...hanya berapa kerat yg aku ingat. sekolah menengah, pun sama.
tapi peliknya ptg smlm. aku ternampak org yg aku kenal. namanya jugak ku ingat. dh berpuluh thn aku tinggalkan alam sekolah. aku terserempak dgnnya semasa membeli judah di psr ramadan berhampiran rumahku. dia jgk mengenali aku. maklumlah aku ni 'popular' semasa sekolah dulu agaknya.penampilannya kini dgn kepala botak licin & perut boroi itu tdk menghalang aku dpd mengecamnya. kami sekelas beberpa thn semasa di sekolah dulu. dia tinggal dgn neneknya sbb emaknya meninggal sjk dia kecil. sbb tu lah dia dimanjakan neneknya. masa ting. 4 dia dh ada motorsikal sdr utk mke sekolah. pakaiannya sentiasa kemas dgn rambut kerintingnya sentiasa berminyak. pencapaiannya dlm periksa agak sedrhana.
masa berborak td katanya dia kerja dgn majlis perbandaran sbg pengauat kuasa. "kalau ko ado masalh dgn majlis, bg tahu aku, kalau2 boleh aku tolong" antara katanya. dia tinggal di kg, rumah peninggalan arwah neneknya. kebetulan dekat dgn kaw. perumahan tmpt tinggal aku. dia jemput dtg ke rumahnya raya nanti, begitu jgk aku. kemudian akmi bertukar no. telefon. berkat ramadan, menautkan kembali hubungan 2 sahabat lama.

0 refleksi: