mengikut rancangan, kami adik-beradik akan berkonvoi ke rumah angah di bahau. tp disbbkan aku perlu tunggu wifey balik kerja dulu pd hari sabtu itu, makanya aku cadangkan yg lelain, bergerak dulu. jadualnya mkn tengah hari sambil beraya di rumah angah.
bergerak dr rumah kira2 12:45pm. aku diberitahu usu spy tdk ikut lebuh raya plus melalui senawang. jadi aku pun ambik keputusan merentasi jln bandar seremban. memangla tk jam. ttp yg melambatkan kami ialah terpaksa melalui 10 persmpangan lampu isyarat sepanjang melalui bandar seremban menuju ke ampangan, paroi & tembus ke bkt putus. kami habiskan masa setngah jam melalui bandar sermban sj.
sampai di bkt putus, pergerakan kenderaan sgt perlahan. wp tak jammed tp disbbkan kenderaan yg bnyk, maka perlahanlah jadinya. sampai di tg ipoh, aku ikut jln pintas melalui ampang tinggi tembus ke pekan k. pilah. sekali lagi masuk jln pintas yg pernah ditunjukkan olh acik. melalui jln kampung, bukannya ikut jln utama. akhirnya sampai di rumah angah hampir jam 2:15pm. konvoi yg lain sudah pun tersandar kekenyangan.
kami berlima dihidangkan ikan siakap segar yg besar. dibakar & cecah sos yg dibuat sdr. dah lama tk mkn ikan sungai segar begini. olh sbb jadi kumpulan terakhir, maka jadi 'tanggungjawab' kami menghabiskan apa-apa yg tinggal... hu hu.
lepas tu kami berborak, lepak adik beradik. semuanya ada, kecuali andak sekeluarga. mcm biasa, cerita nostalgia paling popular. rupa2nya angah berpuasa. puasa enam. hari tu jgk merupakan hari jadinya. sebelah mlmnya, dia menjemput rakan2 sekitar perumahannya utk hadir majlis doa selamat. katanya menu mlm nanti, nasi tomato. dia mintak kami tunggu smpai mlm. kami menolak dgn baik, sbb ada perancangan lain. konvoi akan bergerak ke rumah 2 lagi rumah saudara yg dh lama tk dikunjungi. selepas solat asar di rumah angah, kami beredar...
0 refleksi:
Post a Comment