ptg semalam kami ke kl. tujuannya, beli belah utk raya. sebahagiannya memang dh beli awal. kali ini, pusingan terakhir berikutan ada bajet lebih sikit. lebih kurang jam 3:00 lebih keluar rumah menuju sebuah kompleks beli-belah di kl.
tiba di sana dlm jam 4:00 jalan masuk ke kompleks beli belah tu sesak. bnyk tempat parking yg dah tutup sbb penuh. selps jenuh berpusing-pusing, dptlah jgk lot letak kereta kebetulan ada yg nk balik.masuk ke dlm kompleks pun sesak & meriah dgn org ramai.
jangkanya acara membeli belah akan mengambil masa yg panjang. jd kami pun buat mesyuarat tergempar & mengambil keputusan utk berbuka puasa di salah satu tempt mkn di situ. dpd pengalaman lps, kalau tk buat tempahan awal2 pastinya susah nk dpt tempat semasa berbuka nanti. jd sebelum meneruskan agenda membeli belah, kami cari tempt makan utk tempahan. slps semua setuju, chakra menang undian terbnyk. dr satu kedai ke satu kedai kami menjelajah. bila penat atau bosan erin, erol, eril akan berhenti sekjp utk bermain di pdg permainan, main alat permainan atau duduk sj di bangku.
dlm jam 5:30 kebanyakan kedai mkn yg kami lalu, sudah menampalkan fully booked pd pintu masuk kedai mrk. nasib baiklah kami dh booking awal2. dlm jam 6:45 aktiviti membeli belah berhenti rehat & akan disambung lepas berbuka & solat maghrib nanti. makanan yg ditempah dihidangkan tepat sebelum waktu berbuka. takda apa yg nak dikomplen. makanan di situ pun sedap, suasana tk sesak, bersih & aman damai.
slps mengenyangkan perut kami sambung beli belah. sehinggalah masa tamat bila pengadil meniupkan wisel kira-kira jam 9:45 mlm. utk sedikit bajet lebih lagi spt mangkuk kuih raya & perhiasan meja. turut tersangkut ialah beg tgn raya yg baru idaman wifey. dlm kereta ketika perjalanan pulang anak2ku & wifey sibuk membelek brgn yg mrk beli. penat weh, jadi drebar ni...respekla sikit, he he
0 refleksi:
Post a Comment