Riuh aje lebih

Jan 30, 2010

promosi dibuat untuk menarik pengunjung datang.
pelbagai gimik dibuat oleh penganjur melalu pelbagai kaedah hebahan.
untuk menggambarkan hebatnya sesuatu penganjuran lalu digunakan pelbagai kata rangsangan untuk menarik perhatian.
karnival, fiesta, pesta, heboh, gempita, bingit, gempak, serta pelbagai lagi.
tapi kebanyakannya tidak menepati gahnya promosi itu.
semalam anak-anak aku sibuk nak pergi ke suatu karnival yang diadakan berdekatan dengan kawasan parumahan kami. aku agak keberatan, tetapi ikutkan jugaklah kemahuan mereka.
aku tak berapa berkenan pergi ke tempat begitu kerana sesak, serabut, bising dan sukar meletak kenderaan. kengkadang terpaksa berjalan jauh ke tempat atau tapak yang dituju.
jadi nak tak nak pergilah juga ke sana petang semalam.
karnival katanya memang ramai yang datang.
tapi pengisiannya 'hampeh'.
tak ubah seperti mengunjungi pasar malam. barangan yang dijual kualitinya boleh dipertikai.
kebanyakannya diimport dari negara jiran.
tanpa karnival sebegini pun boleh didapati dengan mudah seperti di pasar malam.
harganya pun tidaklah semurah mana walaupun diletakkan pelbagai tanda diskaun sehingga mencecah 80%.
taktik biasa penjual walhal harga sebenar sudah dinaikkan...
karnival itu ibarat indah khabar dari rupa.
kami tak beli apa-apa kerana tiada yang memikat perhatian. selain air kelapa & tebu untuk membasahkan tekak yang kering.

ulang tahun ke-88 pak ungku


tahun lepas aku berkesempatan mengikuti majlis pelancaran buku disusuli dengan sambutan hari jadi pak ungku ke 87.

pada 28 januari lalu aku sekali lagi berkesempatan menghadiri sebuah majlis prapelancaran buku berserta sambutan ulang tahun kelahiran pak ungku ke-88.

aku merancang untuk bergambar dengannya, tetapi nasib kurang baik kerana terlupa membawa kamera ke majlis itu. aku bagi tahu akan niat itu pada seorang rakan yang ada membawa kamera. malangnya, dia menghilangkan diri sebelum majlis berakhir.

apa pun selamat ulang tahun pak ungku yang aku hormati, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Majlis terakhir?

Jan 29, 2010

orang pertama datang & orang terakhir pulang.
itulah yang sepatutnya bagi tuan rumah yang menganjurkan sesuatu majlis. bagi ofis kami, orang yang pertama & terakhir itu biasanya aku dan seorang rakan sejawatku.
walaupun dalam entri sebelum ini aku sudah menyatakan tidak tahu menahu pasal majlis ini kerana tidak terlibat, tetapi oleh sebab sudah terbiasa & termasuk dalam suasana majlis secara automatisnya kami 'bergerak macam biasa':


menyambut tetamu yang datang, kebanyakannya kami kenal kerana pernah berurusan atau daripada kalangan penulis kami.
melayani wartawan atau pemberita yang datang.
menyusun atur duduk tetamu yang hadir.
memastikan hidangan sudah tersedia & tersusun.
koordinasi dengan pengacara majlis.
memberi taklimat kepada katerer & penyedia lokasi.
memastikan kehadiran pelancar majlis seperti pengacara & pembaca doa.


aku sendiri tak tahu kenapa, kami lakukan itu semua. kami boleh saja biarkan majlis dikendalikan orang lain. tapi dalam konteks ini 'orang lain' itu memang takda malah memang tak wujud.
demi imej kami sebagai penganjur & demi tetamu yang datang, kami 'tak rela' membiarkan mereka memandang remeh kepada kami.
kami tak biasa dan tak pandai bermuka-muka.
kami tak tahu caranya sekadar hadir menunjukkan muka tanpa berfungsi apa-apa.
kami tak pernah tinggalkan majlis sebelum semua tetamu lain pulang.
dan seperti majlis petang semalam & sebagai mana majlis anjuran kami sebelum ini, kamilah yang pertama datang dan terakhir pulang...
soalnya mana perginya yang lain, bukankah penganjur mempunyai lebih daripada 20 orang staf?
bukan aku yang patut jawab soalan itu . . .
aku dah tahu jawapannya sejak dulu lagi sebab itulah lumrahnya...
lalu aku katakan kepada rakan sejawatku itu "takpelah, bila kita takde nanti mereka akan sedar..."

Jiwa kacau

aku kenal dia dah lama.
kerja di tingkat atas ofis aku.
walaupun bukan sama tempat kerja, tapi selalu bertegur sapa.
pernah jugak beberapa kali makan sama-sama kat kantin sambil berbual.
kalau terserempak di mana-mana pun selalu jugak berbual kosong.
orangnya peramah, sentiasa berwajah ceria.
kadang-kadang terdengar jugak dia menyanyi kecil atau berlagu sambil bersiul.
tengah hari semalam, semasa aku menuju ke bank untuk bayar apa-apa yang patut, aku bertembung dengannya.
tapi kali ini wajahnya berbeza. mulutnya kelihatan terkumat-kamit, merungutkan sesuatu.
sambil berjalan laju, menuju ke ofisnya.
seperti biasa, aku menegurnya "aik lajunya, apa hal ni...?"
"inilah masalahnya, orang bagi kerja tak mau kerja!' katanya dengan nada marah & muka yang geram & garang. kemudian dia berlalu sambil mulutnya terus merungutkan sesuatu.
selalunya kalau bertembung dengannya di jalanan, kami akan berhenti. bersalam & berbual 'sepatah dua kata'. kali ini langsung tidak.
marah benar dia nampaknya. ada sesuatu yang mengganggu emosinya.
biarkanlah. esok lusa, aku harap kalau bertembung lagi dengannya, aku akan dapat lihat semula sikap peramah & wajah cerianya.

Janganlah ikut sedap mulut aje...

Jan 28, 2010

baru-baru ini, setiausaha agung FOMCA mencadangkan diwujudkan kuota 200 liter sebulan untuk petrol kenderaan tanpa mengira kapasiti enjinnya. sesiapa yang menggunakan lebih daripada kuota tersebut tidak akan diberikan harga subsidi. ini kononnya cadangan balas akan ura-ura kerajaan akan mengenakan harga berbeza untuk pembelian petrol mengikut kapasiti atau cc kenderaan.

adakah FOMCA yang kononnya mewakili & menjadi jurucakap pengguna yang tidak bertauliah itu sudah membuat kajian yang rapi? sudah buat soal selidik? sudah membuat tinjauan lapangan? sudah minta maklum balas pengguna?
atau membuat kenyataan ikut sedap mulut setiausaha agung atau presidennya saja?

contoh paling mudah ialah aku sendiri. yang berulang alik daripada rumah di nilai, negeri sembilan ke tempat kerja di kuala lumpur setiap hari! jaraknya kira-kira 100 kilometer sehari.
bayangkan kalau setiausaha agung FOMCA itu terpaksa berulang alik macam aku. pastinya dia takkan terfikir langsung idea kuota minyak itu.


bukanlah aku saja yang berulang alik sejauh itu, ada beribu-ribu lagi yang berbuat demikian setiap hari. ada yang berulang alik dari bangi, kajang, klang, seremban,sepang, kuala selangor, malah dari tanjung malim atau lebih jauh dari itu. selain itu tidakkah FOMCA sedar trend masa kini, ramai yang tinggal di pinggir kota yang berulang alik ke tempat kerja di pusat bandar. ini berikutan faktor kos memiliki rumah sendiri atau sewa rumah. kalau tak percaya lihatlah semua jalan dan lebuh raya yang menuju ke bandar besar terutama kuala lumpur yang penuh sesak setiap pagi waktu pergi dan pulang pejabat.

jadi di manakah kewajarannya pengenalan kuota tersebut? kalau dilaksanakan sudah pasti menjejaskan ramai pengguna macam aku ni.

FOMCA sepatutnya membela pengguna bukannya menganiaya mereka!

adakah peranan FOMCA setakat contohnya kalau harga ayam naik ... boikot!
harga beras naik ... beli makanan alternatif!
harga gula naik ... jangan makan gula!

Majlis pondok-pondok


merancang sesuatu majlis bukanlah mudah. bukan seperti main pondok-pondok. perkara yang dianggap remeh pun jika tak diambil perhatian boleh mencacatkan majlis pada hari berlangsungnya. maknanya semua detail perlu diambil perhatian. tidak ada majlis yang boleh diatur dengan baik jika seorang berdua saja yang menjayakannya. jika seorang diri, ertinya sengaja mencari nahas. kerjasama berpasukan lebih baik. tapi pastikan semua anggota pasukan bekerja, bukan hanya menumpang atau menyuruh arah orang lain.

merancang, ertinya semua persiapan berkaitan majlis dibuat awal. bukannya di saat-saat akhir. atau esok majlis berlangsung, hari ini baru nak terhegeh-hegeh putuskan atur cara majlis, uruskan jemputan, cari pengacara majlis, dapatkan uztaz untuk bacaan doa, montaj belum dimuktamadkan, cenderahati tetamu belum disediakan. dalam kata lain, takda persiapan!

itulah yang berlaku petang semalam, anjuran ofis aku.
itulah juga kali pertamanya aku tidak terbabit secara langsung.
tetapi entah kenapa, aku rasa terkilan dan kecewa...

There is only ONE manchester

Wayne Rooney headed Manchester United to Wembley with an injury-time winner to beat Manchester City in a pulsating 3-1 victory.

soccernet.com

Ceramah bulanan

Jan 27, 2010

seorang rakan sejawat menyamakan mesyuarat bulanan kami sebagai menghadiri 'ceramah'.
seorang rakan sepejabat lagi, sanggup mengambil cuti sakit supaya tak perlu hadir dalam mesyuarat.

dalam mesyuarat pulak, biasanya hanya 3-4 orang yang bersuara. selebihnya 20 lain, hanya diam seribu bahasa. aku tak salahkan mereka, sbb memang takde apa-apa yang perlu disuarakan.

kata orang, 'diam adalah lebih baik daripada berkata-kata', memang ada benarnya.
sekurang-kurangnya dalam kes mesyuarat bulanan kami.

Tarikh dan angka

subjek sejarah mungkin banyak mempengaruhi kemampuan aku mengingat tarikh, angka dan nama. mana tidaknya, itu merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menguasai subjek berkenaan.

namun, kemampuan mengingat nama terutama kawan lama, tampaknya semakin menipis. tetapi aku percaya masih menguasai kebolehan mengingat tarikh & angka. beritahu saja nama staf di tempat aku bekerja, aku akan dapat ingat nombor plat kereta mereka. tanyakan saja tarikh lahir anak-anak aku, pasti ada dalam kepala. malah nombor surat beranak mereka pun aku hafal. tanyakan nombor telefon sedara mara atau orang yang kerap aku hubungi, sebahagian besarnya dapat aku berikan.

tapi sejak dua menjak, aku menghadapi kesukaran mengingat tarikh & angka.

aku tak ingat tarikh mesyuarat bulanan sudah diubah ke tarikh hari ini.
malam tadi sewaktu ke klinik untuk rawatan erol yang sakit tekak. oleh sebab namanya didaftar di bawah rekod wifey, lalu aku berikan akhiran nombor kp wifey yang salah kepada staf klinik. aku berikan nombor 5998, menyebabkan staf tersebut tak dapat cari fail rekodnya.
kembali ke rumah aku segera curi tengok nombor kp wifey dalam beg tangannya. ternyata ada kesilapan.

baru aku teringat, nombor 5998 itu adalah nombor sambungan (extension) telefon aku di ofis!
mungkinkah aku kena belajar subjek sejarah semula...
atau menerima hakikat yang usia sudah.....

Penjual keropok di stesen minyak

Jan 26, 2010

sudah dua kali aku terserempak dengan pakcik tu.
di tempat yang sama. di sebuah stesen minyak di tepi lebuh raya berhampiran plaza tol sungai besi. kali pertama, aku buat tak layan saja.
semalam buat kali kedua aku terserempak dengannya. pakcik itu, yang berbaju melayu lusuh, bersongkok sambil mengheret ke hulu ke hilir sebuah karung sarat berisi keropok ikan.

sedang aku mengisi minyak, dia menghampiri. sebagai mana dia menghampiri setiap pelanggan yang datang mengisi minyak kenderaan di situ. tujuannya tak lain, menjual keropoknya.

"pak cik mari sini dari patani...cari makan" katanya memulakan bicara, dalam loghat kelantan yang pekat. jauhnya.
"kat sini duduk kat mana ?" tanyaku jujur. kesian pun ada.
"sewa rumah di sungai buluh" . loghat kelantannya kalau orang tak biasa memang tak faham. tapi aku faham. sebab pernah bergaul dengan kawan-kawan dari kelantan ketika di asrama, di kampus malah di tempat kerja.

"habis tu, macam mana datang sini ? naik apa? van?" tanyaku, yang mula mengesyaki apakah pakcik ini juga sebahagian daripada 'sindiket' yang menggunakan warga tua, OKU, anak yatim & kanak-kanak untuk berniaga & dapatkan wang

"van yang hantar. kita orang bayar rm40 sehari" jelas pakcik tu, lurus.
"kami sewa rumah, ramai-ramai. 350 sebulan. cari makan..." sambungnya.

antara kasihan & curiga. aku tanyakan padanya "berapa sebungkus?"
"rm18" katanya.
padaku, harga tu tak sepadan langsung. keropok banyak dijual & mudah didapati di kedai sekarang.
"mahalnya..."kataku.
"kalau cik nak, saya tolak rm16 je...tolonglah beli" katanya separuh merayu.
aku bukanlah nak beli sangat keropok tu. cumanya rasa kasihan, nak bantu dia 'berniaga'.
"mahallah pakcik. apasal mahal sangat...patutnya paling mahal pun rm10 je ni..." kataku.
"yang 10 sebungkus dah habis, tinggal yang ni je" kata pakcik tu, beriya-iya.

"macam nilah pakcik. saya tak nak keropok ni..."aku cuba jelaskan.
"belilah, ambik rm12 pun takpelah asal cik beli.." potongnya tanpa aku tawarkan harga.
"bukan macam tu pakcik. saya tak nak beli keropok tu.
tapi duit ni saya sedekah untuk belanja pakcik " kataku sambil menghulur sejumlah wang ke tangannya.

"alhamdulillah, terima kasih cik..." sambut pakcik tu, aku lihat air matanya berlinang.

lantas aku meninggalkan pakcik itu bersama sekarung keropoknya.
sukarnya sesetengah daripada kita nak menampung kehidupan...

Sepanjang jalan kenangan - soalan bocor!

study smart itulah yang aku amalkan semasa belajar dulu. kawan-kawan sekelas atau seasrama tahu yang aku bukanlah seorang ulat buku. aku jugak bukanlah daripada kalangan paling pintar di sekolah. nak dikatakan aku mat studi (gelaran ulat buku masa aku sekolah dulu) atau kaki library jauh sekali. tapi result yang aku dapat biasanya 'mengejutkan' rakan-rakan lain & jugak cikgu.
cara aku belajar ialah dengan belajar mengikut topik. daripada setiap topik itu aku akan tekankan pada topik yang paling penting. kepentingan sesuatu topik boleh dilihat daripada kekerapannya ditanyakan melalui soalan peperiksaan. jadi aku cuma studi dan fahamkan topik yang penting sahaja. topik yang kurang penting jugak aku baca, tetapi untuk pengetahuan umum atau tambahan sahaja.


nak dijadikan cerita, menjelang peperiksaan akhir tahun, rakan sekelas, su & nani bertanyakan aku berkaitan soalan yang dijangka keluar. kalau dulu mereka gelar soalan spot atau soalan ramalan untuk subjek sejarah & geografi. sebabnya dua subjek tu memang 'makanan' aku. jadi aku pun buatlah jangkaan topik yang bakal keluar siap dengan skop & set soalan lagi. su & nani pun catatkan pada buku nota mereka.

entah macam mana, su & nani yang baik hati itu telah mengongsikan soalan ramalan tadi kepada beberapa kawan mereka yang lain. maka tersebarlah cerita atau khabar angin di asrama & sekolah bahawa berlakunya soalan bocor. aku jugak ada mendengarnya, tapi buat tak endah saja. hinggalah pada hari peperiksaan, secara kebetulan 3/4 daripada soalan untuk subjek sejarah hampir sama dengan soalan ramalan yang aku berikan pada su & nani. makanya gemparlah sekolah dengan soalan bocor yang menjadi kenyataan bukannya sekadar khabar angin lagi. dalam masa sama juga wujud rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang mengambil peperiksaan terutama pelajar yang tinggal di luar asrama. kononnya soalan bocor telah 'menguntungkan' pelajar asrama & ini tidak adil kepada mereka.

hal ini dibawa kepada pengetahuan cikgu. malah cikgu sejarah, sendiri berasa terkejut dengan persamaan soalan ramalan dengan soalan yang disediakannya bila mendapat 'salinan' soalan itu daripada beberapa pelajar yang mengadu. maka mesyuarat guru telah dipanggil. pertama, untuk menyiasat kesahihan berlakunya soalan bocor & kedua, mencari dalang yang menyebarkan soalan bocor.

sudah pasti aku berasa serba salah. begitu jugak su & nani. kami bertiga telah dipanggil oleh pengurusan sekolah. aku diminta menjelaskan dari mana sumber soalan bocor tersebut. aku cuba terangkan duduk perkara sebenar. malah aku disokong oleh kenyataan su & nani. namun pihak pengurusan nampaknya lebih percaya khabar angin, lalu membuat keputusan memberi amaran keras pada aku. oleh sebab ketiadaan bukti terutama dengan penjelasan guru sejarah, aku tidak dikenakan hukuman lebih berat.

arahan jugak dibuat oleh pihak pengurusan bahawa peperiksaan ditunda seminggu daripada tarikh asal. soalan peperiksaan semua subjek dirombak semula kerana kemungkinan penyebaran soalan bocor. peperiksaan subjek yang sudah berlangsung perlu diduduki semula dengan set soalan yang baru. kecewa dengan keputusan & ketidakpercayaan pengurusan sekolah & guru, aku menjadi tawar hati untuk menduduki peperiksaan seterusnya. sebaliknya hanya bersikap sambil lewa kerana ramai mata yang melihat aku sebagai orang yang bersalah.

walaupun ramai rakan yang memberi sokongan moral. terutama su & nani yang mengaku akan kesilapan mereka, aku berasa terhukum, malu & ibarat orang bersalah. result kali ini paling buruk bagi aku. hakikatnya, pihak pengurusan sekolah tidak sedar akan kesilapan keputusan terburu-buru yang dibuat. pertukaran & pindaan set soalan sebenarnya telah mengganggu kajian & sorotan para guru sendiri dalam menjangkakan soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan sebenar.

***

dalam peperiksaan sebenar, lebih separuh soalan subjek geografi & sejarah menepati soalan ramalan topikal yang aku berikan pada su & nani itu. aku mendapat A dalam kedua-dua subjek. su & nani jugak mendapat A dalam subjek sejarah.

Penyokong tegar

Jan 25, 2010


penyokong tegar atau die hard fan atau kipas-susah-nak-mati bukanlah seteru hingga membawa pergaduhan, bertumbuk atau tak bertegur sapa. ini cuma kerana minat mendalam terhadap sesebuah pasukan. dalam kes kawan-kawan aku yang lebih terdedah pada liga perdana inggeris walaupun tak dinafikan kami jugak mengikuti perkembangan di primera liga sepanyol atau serie a itali.

kumpulan besar penyokong tegar ini berkisar pada tiga pasukan utama man utd., liverpool dan arsenal. sejak beberapa tahun kebelakangan dgn duit jutawan minyak abramovich & mourinho telah mengangkat chelsea dalam kelompok tersebut.

usik-mengusik, menyakat (banter), mengutuk sesama kami sudah menjadi asam garam. sebenarnya tidak ada kesan mendalam pun. cumanya sesekali yang kalah kena kutuk, habis kuat pun sakit hati aje, tidaklah membawa kepada perselisihan faham atau lebih teruk kepada putus kawan. sesekali yang kalah jugak kena belanja makan atau minum jika kami berkumpul atau menonton bersama seperti di kedai mamak atau port lain.

tapi sejak liverpool semakin tenggelam 'suasana' agak suram musim ni. antara musim terburuk bagi mereka. kerana penyokong liverpool antara yang paling tegar di kalangan kami biarpun sudah hampir 20 tahun tidak memenangi gelaran liga. kadang-kadang aku kagum jugak dengan 'kesetiaan' mereka. kadang-kadang seakan-akan kesetiaan yang sedikit membuta tuli. kesian pun ada bila kesetiaan mereka hanya berakhir dengan kehampaan setiap kali habis musim. mereka nampaknya lebih selesa bercerita tentang sejarah daripada memperkatakan kemampuan pasukan mereka musim ini (team kesayangan kamal, acik, lee, kitan, jimi, diman, miji dll.) penyokong inilah paling handal buat provokasi pada penyokong team lain. tapi sedihnya, sejak kebelakangan ini ajak mereka tengok bola live pun lebih selesa duduk di rumah. sms provokasi penyokong team lain pun tidak lagi dibalas, malah bila mereka menang sekalipun, mereka dah tak tahu macam mana nak raikannya.

arsenal dengan bintang 'import' & aksi menyerang mereka dengan imaginasi wenger selalunya mendapat pujian. namun dapat pujian saja tidaklah sama dengan dapat piala. trendnya sejak beberapa tahun ini penyokong arsenal ramai pada awal musim hinggalah pertengahan musim kemudian mulai beransur hilang pada penghujung musim bersama tenggelamnya cita-cita yang asyik menjadikan alasan pemain muda, tunggu musim depan mereka akan matang, proses transisi yang entah sampai bila dapat menyamai pencapaian pasukan impian yang pernah mereka cipta pada era henry, bergkamp, petit & viera dulu (the invincibles). lebih-lebih lagi ketandusan kejuaraan peringkat lebih berprestij, liga juara-juara eropah (team kesayangan remy, alan, sudin, TD, pacai, shukri dll)

kehadiran ancelloti nampaknya menaikkan semula semangat penyokong chelsea yang sejak ketiadaan maourinho, semakin tenggelam. pasukan yang kaya raya ini yang mengumpulkan bintang seluruh dunia dikatakan feberet musim ini. tapi tak ramai yang menyokong team ni sebab dianggap tak ada 'tradisi' & reputasi seperti pasukan lain. di kalangan kawan akupun cuma dozan & kimi yang dikenal pasti sebagai penyokong tetapi tidaklah setegar yang lain, sebab nampak goyah je.

pasukan lain musim ni yang tampak mencabar musim ni spt manchester city, aston villa & spurs tidak pulak ada di kalangan kawan-kawan aku yang 'berani' mengaku mereka sebagai penyokong tegar. mungkin bila pasukan mereka juara nanti barulah ada yang mengaku.

team man utd memang ramai peminat tegar. tapi penyokong team lain selalu jeles katanya kami penyokong gila glamour. musim ini sepatutnya adalah musim 'berkuburnya' kegemilangan man utd dengan ketiadaan ronaldo & tevez. lagi pulak ramai pemain yang injured. tapi setiap musim man utd sentiasa mencabar hingga ke hujung musim & ada saja piala yang 'tersangkut' dalam laluannya. bukan seperti sesetengah team yang terkulai layu di pertengahan jalan. bagi aku pulak kalau menang aku gembira. kalau kalah macam biasa aje sebab dah selalu sangat jadi juara. sesekali bagilah peluang pada team lain pulak...he he. takdelah sampai tak lalu makan atau bad mood 2-3 hari macam kawanku penyokong tegar yang lain - apek, jijim, faris, azril, rahimin, zizi, black, jojo, latip, ganesh, duan, riki, cupin dll.

Bukan jahat, cuma nakal

tengah hari ahad, aku terserempak seorang kawan lama di sebuah kompleks beli belah. seperti aku jugak, dia membawa keluarganya bersiar-siar pada hujung minggu. kami sempat berborak sementara menunggu wifey masing-masing shopping.

seperti biasa bila dah lama tak jumpa, kita bertanya khabar & perkembangan masing-masing. seperti biasa jugak perbualan banyak berkisar tentang anak-anak. aku menceritakan 'kenakalan' anak-anak sebagai 'nakal budak-budak' . kawanku pula bercerita 'kenakalan' anak-anaknya yang meniti remaja. pelbagai kerenah yang perlu diladeni & ditangani.

kalau kita rasa sukar melayan keletah & kerenah anak-anak kecil & harap bila mereka sudah besar sedikit nanti, lebih mudah mengawalnya. fikirkan lagi sekali.
waktu kecil lain kerenah & masalah yang perlu kita hadapi, bila besar pun ada masalah lain jugak yang perlu malah mungkin lebih berat untuk diatasi.

pengalaman kawan-kawan membuatkan aku lebih bersedia memikul tanggungjawab yang bakal mendatang. aku menjadi semakin sedar bagaimana sukarnya arwah abah dan mak membesarkan kami adik-beradik. aku pasti sebagai kanak-kanak yang sedang membesar dulu, aku juga 'pernah' nakal.
aku masih belajar, sedang belajar dan mahu terus belajar menjadi papa yang baik untuk & demi anak-anak.

Envelop tebal berwarna coklat

Jan 22, 2010

situasi pandangan mata
suatu petang anda sedang lepak dengan seorang kawan di sebuah restoran mamak.
sedang rancak berborak, masuklah ke restoran itu dua lelaki berpakaian kemas. duduk berhampiran meja anda.
itu bukanlah perkara pelik. bermacam ragam orang dari segenap lapisan datang makan di situ. apa nak diherankan.
tetapi apa yang menarik perhatian anda, apabila ternampak seorang daripada mereka menghulurkan envelop tebal berwarna coklat kepada yang seorang lagi.
apakah persepsi atau tanggapan yang bermain di fikiran anda?
adakah anda terbau sesuatu yang kurang enak?
anda tentu akan berasa curiga.
mungkin sebab selalu tengok movie atau drama yang memaparkan adegan yang hampir sama seperti di depan mata anda dalam situasi yang real.
seorang yang berduit membayar upah kepada orang upahan? mungkin!
seorang yang memberi rasuah untuk dapatkan ganjaran dalam bentuk lain? mungkin!
seorang kontraktor beri wang sogokan kepada pegawai kerajaan untuk lulus projek/tender? mungkin!
seorang yang memberi duit kepada seorang lain sebagai upah untuk berbuat jenayah? mungkin!

nanti dulu. jangan terburu-buru. jangan berfikiran negatif...adakah anda pasti yang envelop tebal berwarna coklat itu berisi wang? atau hanya sekadar surat biasa, surat saman, surat dari kawan kepada kawan lain...mungkin juga, bukan!

jadi apakah tindakan anda...

ambik gambar mereka secara senyap-senyap melalui telefon berkamera anda.kemudian laporkan pada pihak berkuasa. lapor pada sprm. anda ada bukti. anda bersedia untuk tampil sebagai saksi.

tapi kalau anda salah. envelop itu bukanlah berisi duit.atau kalau berisi duit pun mungkin pemberian antara sesama saudara, atau seorang kawan yang memberikan duit untuk kegunaan atau sekadar membantu kawan lain yang dalam kesempitan wang.

jadi, anda keliru, tak pasti & kurang yakin.
walaupun dalam fikiran anda berlegar-legar pelbagai andaian.
akhirnya, anda ambil keputusan tidak berbuat apa-apa, biarkan saja ianya berlalu.
tapi, itu bermakna anda bersikap tidak peduli.
anda tidak berperanan sebagai warganegara yang bertanggungjwab.
dalam erti kata anda turut bersubahat melindungi perbuatan yang buruk.
sebenarnya, anda berada dalam dilema.
gambaran 2 orang lelaki itu akan berlegar-legar di fikiran anda buat beberapa ketika...

***
***

situasi sebenar

orang yang menghulurkan envelop tebal berwarna coklat itu ialah penulis buku. memanglah ianya berisi duit. manakala yang menerima duit itu ialah aku. sebenarnya, aku membantu penulis itu membeli bukunya yang kami terbitkan atas pesanan pelajar-pelajarnya. jadi si penulis bertindak sebagai pembeli dengan mengumpulkan wang daripada pelajarnya. manakala aku bertindak sebagai jurujual bagi pihak penerbit, walaupun itu bukan tugas aku sebenar selaku editor. sekadar membantu penulis & pelajarnya sebagai pembeli. sambil membantu menjual buku untuk tempat aku bekerja. takda apa-apa kepentingan atau keuntungan pun bagi aku, hanyalah kepuasan melihat orang lain minat membaca & menguasai ilmu daripadanya.

tak salah, bukan?

Sepetang di Bangi

kali terakhir aku jumpa iz kira-kira 6 bulan lepas. lama dah tu.
pagi tu dia call aku. nak jumpa. saja katanya, takda sebab tertentu. sekadar nak jumpa.
tempatnya di sebuah kedai makan di bangi. dia yang cadangkan begitu. lagi pula memang aku melalui bangi setiap kali pulang kerja. jadi takda masalah.
kebetulan pulak petang itu hujan lebat. sampai saja di tol bangi, aku menghubunginya. bertanyakan di mana lokasi utk bertemu. kami jarang berjumpa di rumah masing-masing. lebih selesa ber hu ha di luar. walaupun iz tinggal di bangi.
iz mencadangkan satu tempat untuk bertemu. sebuah kedai makan. boleh borak sambil makan katanya seperti selalu. kira-kira jam 6:15 petang.
kerana tidak berapa biasa dengan selok-belok bangi, aku bertanyakan arah lokasi kedai makan yang dimaksudkan iz. "lepas tol, tuju round about hala ke ukm. pusing round about tu, masuk simpang kiri lepas stesen minyak petronas. ada deret rumah kedai, kita jumpa kat kedai makan di corner lot. senang parking kat situ. kalau tak jumpa bagi tau aku". iz menunjuk arah dengan detail sekali.
aku takda masalah mengikut arah tuju yg dimaksudkan. cuma hujan lebat mengehadkan jarak pandangan & pemanduan sedikit sukar.
setiba di lokasi dimaksudkan, aku berasa tidak begitu pasti & teragak-agak akan kedai makan yang dimaksudkan. lagi pula ada banyak kedai makan di situ, lebih-lebih lagi kedai makan corner lot!
oleh sebab hari masih hujan, jadi aku ambik keputusan untuk menunggu saja iz buat panggilan.
hampir 10 minit aku tunggu. batang hidung iz pun aku tak nampak. panggilan pun takda. aku cuba menjengok-jengok melalui tingkap kereta, kalau-kalau ternampak kereta iz, sekitar tempat letak kereta di situ. tak nampak pun kelibatnya. "laa, lambat pulak iz ni," getus aku. mungkinkah jugak aku menunggu di lokasi yang salah?
selang 5 minit kemudian iz menelefonku "kau kat mana. tak sampai lagi?" tanyanya.
"aku kat dalam kereta, depan kedai ******, betul ke? kau kat mana?" tanyaku pulak.
"laa, aku dalam kedai dah ni. betullah tu. ingatkan kau belum sampai. masuklah aku tunggu ni." sebaik aja aku melangkah masuk, iz melambai2 tangannya supaya aku nampak.
kami pun berborak sambil makan, dari satu topik ke satu topik, hinggalah hampir masuk waktu maghrib sebagai penamat cerita dan masa untuk beredar pulang.

***
***

sebaik melangkah keluar menuju ke kereta, baru aku sedar yang iz meletakkan keretanya hanya selang beberapa petak daripada kereta aku. macam mana aku boleh tak nampak walaupun tadinya sudah memanjangkan leher menjengok melalui cermin tingkap? barulah aku tau jawapannya. rupa2nya iz dah pakai kereta baru. camry warna hitam, bukannya kereta innova warna silver yang dipakainya waktu pertemuan terakhir kami 6 bulan dulu. padanlah aku tak cam keretanya.

Sampai bila-bila

Jan 21, 2010

semakin meniti perjalanan hidup yang panjang ini, semakin banyak peristiwa yang dilalui, yang ditempuh, yang dialami, yang terkesan di hati.
ada peristiwa yang membangkitkan kemarahan.
ada cerita sedih yang sukar luput daripada ingatan.
ada kejadian pahit yang jika dikenang menambah kepedihan.
ada pengalaman manis yang kalau boleh mahu dilalui berkali-kali dalam hidup.
ada peristiwa yang mahu dikekalkan di sudut hati sebagai nostalgia yang tak mahu dilupakan.
ada peristiwa yang mahu dilontar dan dibuang jauh, mahu diluputkan terus daripada ingatan.

pernah antara kita mengatakan kepada kawan baik bahawa "kita akan berkawan sampai bila-bila...". tapi bila perpisahan terjadi, jarak memisahkan, waktu tidak mengizinkan. kita sukar mempertahankan nilai persahabatan & keakraban yang pernah kita lalui bersama. lantaran itu kawan baik kita dulu, kita rasakan semakin jauh bagai orang asing yang tak pernah kita kenal. hanya saat-saat manis bersama dulu yang mampu dikenang. itupun makin hari makin kabur...

aku pernah mengatakan "aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!" pada seseorang. lantaran sakit hati atas perbuatan yang dilakukan ke atas diriku. kalau boleh tak mahu melihat kelibatnya lagi. malah mendengar namanya saja sudah membuatku mual. namun bila usia semakin dewasa, emosi tidak lagi menguasai diri. pada waktu-waktu yang tenang & bersendiri. persepsi terhadap orang itu mula berubah. hati jadi lembut. dan akhirnya memaafkan orang itu walaupun bukan secara berdepan tetapi tulus dalam hati.

seorang kawan pernah berkata pada ku "aku sanggup kerja di sini sampai bila-bila". kerana katanya dia berasa senang & tenang di tempat kerjanya, dia suka rakan sepejabatnya, lokasi pejabatnya, gembira bekerja dengan majikan yang baik hati. biarlah gaji cukup makan, dia akan kekal bekerja di situ. tetapi beberapa tahun kemudian mengubah pendiriannya. semata-mata kerana ditawarkan gaji lumayan, jawatan tinggi. walaupun lokasi pejabatnya di tempat jin bertendang & katanya di tempat baru itu rakan sekerjanya tidak berapa mesra.

rakan sekerjaku serik dengan servis buruk pengangkutan awam. walaupun sudah bertahun-tahun menggunakannya. waktu menunggu yang panjang. jadual perjalanan yang tak dipatuhi. sesak dalam pengangkutan awam & sesak yang ditempuh di jalanan. semua itu membuatkannya tawar hati, dek pengalaman pahitnya hampir setiap hari. sehinggalah katanya pada satu hari padaku "taubat dah aku takkan naik pengangkutan awam lagi, sampai bila-bila!". yang aku ingat patah katanya itu, sehari selepas dia beli dan memiliki kereta sendiri...

ada jugak kenalan yang pernah berkata "aku takkan kahwin lagi sampai bila-bila" selepas kematian suaminya. baginya, suaminya adalah segala-galanya. lelaki terbaik yang pernah dikenalinya. tak mungkin ada pengganti & dia pun tak sanggup menggantikannya. namun tak sampai setahun kemudian, aku dengar berita yang kenalanku itu berkahwin lagi. tulisnya dalam sms selepas aku bertanyakan kebenaran berita itu, "hidup mesti diteruskan, kenangan hanyalah sebuah sejarah".

Milik orang

sukar untuk dimengertikan pada waktu itu .mengapa kau mengambil keputusan untuk mengundur diri.
itu pun bukan aku dengar daripada mulutmu sendiri .tapi daripada rin, kawan baikmu
soalnya, aku tidak langsung nampak keputusan itu datang.langsung tidak.

aku jadi bingung. hilang punca .berjuta persoalan bermain di benakku
kalau sayang yang kau mahukan, sudah kucurahkan
jika kasih yang kau harapkan, sudah kuberikan
andai harapan yang kau gantungkan, telah ku serah jiwa dan ragaku
aku tak tahu apa lagi yang kau mahukan

puas ku cuba fahami. lelah ku cuba mengerti, kau pergi begitu saja ibarat angin lalu


hanya sesudah lima tahun beredar. kau beri jawapannya
bukan kerana kemahuan dirimu
bukan kerana kehendak hatimu
apalah dayaku, putuslah asa mu

kau sudah milik orang

Jeans biru dan sebuah masjid

Jan 20, 2010

kalau anda selalu berjemaah di masjid untuk solat 5 waktu, sentiasa berkopiah dan pakai jubah yang dibeli masa pergi haji dulu sekalipun...itu tak bermakna anda boleh pandang serong pada orang macam aku. salahkah aku yang pakai jeans biru ni, yang singgah di masjid dalam perjalanan pulang dari rumah orang kahwin. hanya untuk 'menumpang' solat zohor yang sedikit lewat kukerjakan.

adakah dengan singgahnya aku untuk solat di masjid anda ini, telah menyebabkannya tercemar dengan kekotoran. bukankah masjid untuk semua. rumah Allah.

aku faham dengan pandangan mata tajam anda & mimik muka mencebik, bila aku melangkah masuk ke dewan masjid itu lalu memilih satu sudut yang berkipas untuk solat. aku boleh saja solat jamak takdim atau jamak takhir. kerana perjalanan yang ku tempuh menjangkaui 2 marhalah. tapi aku lebih senang singgah di mana-mana surau, masjid atau R&R untuk singgah. manalah tahu itu semua ketentuan-Nya. kalau-kalau tak sempat sampai.

lagipun kita hidup di bumi bertuah, malaysia. negara aman damai. di mana-mana, di merata ceruk kita boleh bersolat. pastinya jauh lebih selesa berbanding saudara seIslam di bumi palestine misalnya.

tidak... aku tak sedikit pun kisah. akan pandangan tajam anda itu. anda boleh pandang aku sepuas hati. anda boleh memperlekehkan aku. anda boleh memandang rendah pada aku. peduli apa aku pada pandangan anda. yang penting pandangan Yang Maha Esa pada aku.ukuran kita di sisi-Nya bukan pada kopiah yang dipakai.

bagaimanakah anda hendak berdakwah. bagaimanakah anda hendak mentarbiah anak muda atau mat rempit. kalau anda merasakan diri anda terlalu baik & terlalu tinggi buat mereka. bukankah mereka sepatutnya didekati. bukan dijauhi.

kalaulah aku yang singgah sebentar di masjid ini pun, anda lontarkan dengan bibir panjang sedepa. apatah lagi mereka. Islam itu syumul. pegangan & panduan untuk semua urusan kehidupan. bukan hanya beribadat saja, hubungan sesama manusia jugak perlu dipelihara. kalau yang asas pun anda gagal, maknanya anda sudah pasti gagal di dunia, malah gagal juga di akhirat.

tidak, aku tidak berhak menghakimi anda. biarlah Yang Maha Mengetahui saja yang menghakimi anda...

Buat pertama kali

Inilah kali pertama sejak pengurusan ofisku bertukar, aku tidak dipertanggungjawabkan menguruskan majlis yg kami anjurkan. sebelum ini aku & 2-3 rakan lainlah yg disuruh arah mempersiap itu & ini. dpd tempahan lokasi, jemputan, penyediaan jamuan, skrip & atur cara majlis, urusan media - pendek kata segalanya.
tapi utk majlis kali ini, aku terkejut bila sekadar disuruh hadir utk 'meramaikan' & memeriahkan majlis sbg tetamu.

kalau begitu, siapakah gerangan yg akan menguruskan & mengambil alih tugas kami sebelum ini?

majlis berkenaan pulak akan diadakan minggu depan. maknanya tinggal hanya beberapa hari saja lagi. tapi aku tak nampak pun sebarang persiapan dibuat oleh sesiapa pun.
adakah segala urusan pengendalian akan berjalan sendiri?
atau diupah 'orang luar' yg bukan staf kami?
ataupun dikendalikan oleh orang bunian?

tambah pelik lagi, bila aku tanyakan seorang rakan ofis yg sepatutnya menyediakan bahan untuk majlis tersebut kelihatan terpinga-pinga (blur?) bila aku ajukan pertanyaan tentang persiapan yg sepatutnya dibuat.

kalau boleh aku tak mahu campur & tak mahu ambil pusing.
cuma bimbang pada saat-saat akhir, bila segalanya berterabur tanpa sebarang persiapan & perancangan, aku dan 2-3 kerat tadi yg terpaksa melakukan 'aksi menyelamat'.
setakat ni, aku ambil sikap tunggu & lihat saja

Bagai ada yang tak kena

...itulah yang aku rasakan sebaik masuk ke ofis utk memulakan tugas pagi ini.
oleh sebab sudah biasa & bertahun-tahun menghuni bilik ofis, aku tahu di mana duduk letaknya setiap barangan atau peralatan dlm bilik tu.
kalau ada yg terusik atau terambil, aku akan segera tahu.
pagi ini, ada sesuatu yg tak kena bila aku melangkah masuk.
spt biasa aku antara yg terawal sampai.
malah pagi ini, aku yg buka pintu ofis, hidupkan lampu ofis yg masih bergelap.
semasa meninggalkan bilik ini petang semalam, semuanya seperti biasa.
kalau ada pun yg masuk ke bilik ini, pastinya dlm waktu petang atau mlm tadi.
aku sudah pun mengambil gambar, "bahagian yg diusik" dgn kamera hpku.
kalau perlu, aku boleh rujuk pada rakaman cctv.
yg pastinya, 'ada seseorang' masuk ke bilikku - di luar waktu pejabat.
wbp aku dah pastikan tiada sebarang barangan atau peralatan yg 'kurang' atau diambil.
tapi, ada yang tak kena pada bilik ofisku ini, hari ni...
apakah tanda atau buktinya?
apa yg sudah 'terusik'?
hanya aku sbg penghuni bilik ini yang tahu...

Alamak!

Jan 19, 2010

mohon maaf. saya hantar ke alamat e-mel yang salah.

Quoting on Tue, 19 Jan 2010 13:21:09 +0800

Saya rasa Encik ******* tersalah orang. Mungkin Dr. ******* yang lain sebab saya tk pernah menulis buku dengan prof. mohd ****

Quoting on Tue, 19 Jan 2010 13:16:03 +0800:

buku strategi ************ ****** dgn prof mohd ****

Quoting on Tue, 19 Jan 2010 10:18:52 +0800:

maaf, saya kurang pasti adakah ini tentang buku yang saya tulis bersama Prof. ********?

Quoting on Tue, 19 Jan 2010 09:06:08 +0800:

dr *******,
mohon dapat sediakan ringkasan buku untuk di jadikan blurb buku utk dimuatkan pd bahagian kulit belakang buku.

blurb tersebut boleh mengandungi butiran spt intipati penting buku, pembaca sasar, selling points dll.

t. kasih

Muhasabah diri

biasanya orang akan buat resolusi pada awal tahun atau sempena sambut tahun baru. azam tahun baru akan ditanamkan, biasanya ke arah yg positif. seingat aku, mungkin dulu ada jugak berazam pd tahun baru. mungkin sbb tak tertunai, maka sejak tahun2 kebelakangan, tahun baru hanyalah ibarat hari-hari biasa saja.

namun, malam tadi sedikit sukar melelapkan mata.
sambil menonton tv, fikiranku langsung tak fokus akan program siarannya. sebaliknya mengenang apa yg ku lalui sepanjang hari itu, yg juga adalah hari ulang tahun kelahiranku ke dunia ini.

sempatlah aku memikirkan, kalau bukan pun dikatakan azam atau resolusi tahun baru, ttp bolehlah dianggap sekadar apa yg aku harus lakukan (what to do list) pd tahun ni. lagi pulak menyedari akan usiaku menginjak dewasa setahun lagi. maka beginilah senarainya:

1. luang lebih masa dgn anak-anak (mrk semakin membesar...)
2. jalani cara hidup lebih sihat (dah lama tk joging, mesin senaman pun dh berkarat...berat badan pun bertambah)
3. lebih dekat dgn Allah

cukuplah 3 tu. kalau senarai panjang sgt, berat pulak nak melaksanakannya.

Makna hari jadi kita berbeza

sewaktu aku leka menonton bola di tv, erol menghampiriku & bertanya "betulke esok hari jadi papa?' dgn mukanya berkerut penuh tanda tanya.
"mana erol tau, sapa cakap?' soalku semula tanpa beri jawapan.
"abang yg cakap, mama yg bagitau" jelas erol.
"ya,lah"

nampaknya hari jadiku bukanlah rahsia lagi. memang aku tak bagitau pd sesiapa tarikh hari jadiku. cuma wifey & beberapa teman rapat yg tahu & ingat.
"kalau erol bagi hadiah kereta mainan boleh ke? erol ada duit tabung" tanya erol pdku. mungkin faham yg aku memenag meminati kereta termasuk model kereta mainan dgn alat kawalan jauh.
kesian pulak aku mendengarkan hajat anakku ini hendak menghadiahi papanya.
"tak payahlah erol. simpan aje duit tu. tak payah hadiah pun takpe. erol sekolah rajin2, jadi pandai, jadi budak baik, itu dah kira hadiah papa..." terang aku. erol hanya menganguk2kan kepalanya.

di satu sudut rumah, aku ternampak eril sdg sibuk melukis & menulis sesuatu.
"hah! dah malam baru nak buat homework. ada yg tak siap lagi" tegurku secara serkap jarang.
"tak lah..." jawab eril ringkas. raut wajahnya seakan-akan menyembunyikan sesuatu.
"dah la tu. esok sambung. dah malam ni. pergi kemas buku, kemas beg utk sekolah esok" arahku.
dgn gerak agak perlahan & wajah sedikit kecewa, eril hanya mengikut arahanku.

***
***

pagi esoknya wifey menceritakn hal ini.
"kesian eril, i bagi tahu hari ni birthday you. bila dia ternampak sekeping kad hari jadi yg i hadiahkan pada you. lepas tu dia kata kenapa mama tak bagitau awal2. eril nak bagi hadiah kat papa. sbb takde apa yg nak dibagi, dia pun ambik kertas & warna, tujuannya nak buat kad hari jadi buatan sendiri utk beri pd you".
lalu aku teringatkan teguranku pd eril malam itu. rupa2nya dia menyorok di satu sudut utk buatkan papanya kad hari jadi utk dihadiahkan. patutlah dia seakan serba salah & kecewa tdk sempat menyiapkannya krn aku menyuruhnya berkemas. lalu aku menghalang niat murninya.
aku rasa bersalah & terkilan.
***
***
jadi aku katakan pd wifey mlm tadi yg kami akan makan di luar. semata-mata utk menebus kesilapan aku. sewaktu mkn aku bertanyakan eril. "eril buat kad birthday sendiri nk bagi papa ye?"." ar agh. tapi tak sempat siap sbb papa suruh kemas". lain kali papa bagi taulah awal2 boleh eril belikan hadiah" katanya dgn nada merajuk.
"tak payahla eril susah2 bagi hadiah. papa tak nak hadiah. eril ckp happy birthday papa pun dh cukup" aku memujuk eril.

"kenapa birthday papa, tak beli kek?" tanya si kecik, erin pula.

sbbnya mama mrk akan belikan kek setiap kali sambut hari jadi mereka 3 beradik.
"tak payahla beli kek utk papa. semua org ingat hari jadi papa pun dah cukup. makan ni papa belanja ok. semua kena janji belajar rajin2 tau" aku ubah tajuk.
rasa terharu & bangga di hati akan niat suci anak2 kecilku dlm menghargai papanya.

Ulasan buku

Jan 18, 2010


Keputusan pilihan raya dan kesannya pada politik negara


Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Utusan Malaysia, Isnin 18 Januari 2010

KELEMAHAN Barisan Nasional (BN) dilihat sebab utama kemerosotan sokongan dalam Pilihan Raya Umum 2008. Antara faktor penyumbang ialah BN dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat menyebabkan mereka hidup dalam keadaan yang tidak selesa terutama akibat kenaikan bahan api dan barangan keperluan harian.

Aspek keselamatan diri dan harta benda yang tidak terjamin di samping penyelewengan kuasa serta skandal-skandal yang melibatkan para pemimpin BN turut menyumbang kepada kemerosotan itu.
Pada masa yang sama, parti-parti komponen menghadapi masalah dalaman seperti MIC yang dilihat tidak berupaya meningkatkan taraf hidup kaum India. Parti MCA dan Gerakan pula dilanda krisis dalaman serta dilihat tidak mampu memperjuangkan kepentingan orang Cina. Manakala UMNO sendiri menghadapi krisis kepimpinan dan pergolakan dalaman.Rangkuman semua faktor ini menyebabkan BN tidak dapat mempertahankan prestasi cemerlang mereka seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya 2004 dan sebelumnya.

Pendedahan secara ilmiah ini merupakan antara yang dibongkar dalam buku yang diusahakan oleh seorang ahli akademik Jabatan Geografi, Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali.
Secara umumnya, buku setebal 151 halaman dan mengandungi enam bab itu membincangkan pilihan raya dan tingkah laku pilihan raya Parlimen di negara ini dari sudut geografi sejak pilihan raya pertama pada 1959 hingga 2008.
Bagi memperkukuhkan hujah dan huraian, pengarang menggunakan data agregat keputusan pilihan raya Parlimen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Analisis buku ini dibuat berasaskan data kuantitatif yang komprehensif dalam mengupas persoalan yang dilontarkan dari aspek geografi.

Analisis statistik dalam bentuk rajah dan jadual keputusan pilihan raya serta foto suasana pilihan raya digunakan oleh pengarang bertujuan menambah pemahaman pembaca tentang kandungan buku ini.
Turut dibincangkan adalah pola dan karakter pengundian yang agak menarik dan menunjukkan kelainan dalam sejarah politik pilihan raya negara ini.
Dalam bab pertama, pengarang menghuraikan definisi dan elemen-elemen geografi pilihan raya yang terdapat dalam amalan pilihan raya di negara ini. Secara umumnya, geografi pilihan raya melihat hubung kait antara perlakuan berpolitik manusia dan kesannya ke atas ruangan yang dihuni oleh manusia.
Bab dua pula menghuraikan geografi keluar mengundi di kalangan pengundi dalam kawasan pilihan raya Parlimen. Menurut pengarang, salah satu faktor yang menyumbang kepada kadar keluar mengundi adalah kemarginalan kawasan pilihan raya. Kemarginalan diukur berdasarkan jumlah majoriti yang diperoleh oleh parti yang menang. Majoriti yang besar bermakna kemarginalan yang rendah dan sebaliknya, majoriti kecil membawa maksud kemarginalan yang tinggi. Menurut pengarang, kadar keluar mengundi juga boleh ditentukan oleh komposisi etnik yang terdapat dalam sesebuah kawasan pilihan raya.

Dalam bab tiga, perbincangan menjurus kepada geografi sokongan kepada parti-parti politik yang bertanding.
Pengarang menimbulkan persoalan sama ada para pengundi memberikan sokongan mereka kepada parti-parti politik berteraskan satu kaum ataupun kecenderungan untuk memilih parti politik yang berteraskan pelbagai kaum. Maka, buku ini cuba menjawab persoalan menarik itu.
Bab empat pula membincangkan tentang tingkah laku pilihan raya melibatkan aspek disproportionality dan bias dalam keputusan pengundian.
Menurut pengarang, oleh kerana sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini adalah first-past-the-post iaitu pemenangnya adalah calon yang mendapat undi terbanyak, maka keadaan ini cenderung untuk menghasilkan disproportionality dan bias yang biasanya akan memberikan kelebihan kepada parti atau pakatan yang besar seperti BN.
Dalam bab lima, pengarang menganalisis tingkah laku pengundian dari sudut ekonomi dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Sebagai perbandingan pengarang mendapati lazimnya pengundi-pengundi di negara maju akan memberi sokongan ataupun menghukum parti pemerintah berdasarkan prestasi ekonomi yang ditunjukkan oleh parti tersebut.
Dalam sejarah sosiopolitik dan sosioekonomi negara ini, pilihan raya 1986 dan 1999 diadakan semasa prestasi ekonomi merudum. Namun, BN terus menang dalam kedua-duanya dan mengekalkan kuasa walaupun keputusan tidak begitu cemerlang dicapai pada 1999.

Dalam bab akhir, pengarang membincangkan secara khusus tentang pilihan raya 2008. Beliau mendapati corak dan pola pengundian dalam pilihan raya berkenaan agak berlainan berbanding pilihan raya sebelumnya, termasuk BN kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen, pembangkang menguasai lima buah negeri dan pengundi-pengundi bukan Melayu tidak memberi sokongan padu kepada BN.
Dalam perkaitan ini, pengarang menimbulkan dua persoalan yang wajar dipandang serius oleh BN. Pertama, adakah perkembangan yang berlaku pada pilihan raya 2008 membentuk fenomena politik baru dalam negara?
Kedua, adakah fenomena itu memberi kesan besar kepada suasana sosiopolitik negara pada masa hadapan khususnya pada pilihan raya umum ke-13?

Oleh itu, buku ini amat sesuai dimiliki, dibaca dan dirujuk oleh pemimpin dan ahli-ahli politik khususnya BN yang ingin mendalami, memahami serta mencari strategi baru bagi mengembalikan kepercayaan dan menarik pengundi kepada BN seterusnya, meningkatkan kemenangan pada pilihan raya akan datang.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku ini, layari laman web Penerbit Universiti Malaya di http://umpress.um.edu.my

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

our birthdays are
feathers in the broad wing of time
- jean paul richter

plumber

Jan 17, 2010

aku dah cuba dgn pelbagai cara utk mengatasi masalah saluran tersumbat di bilik air. tapi gagal. sama ada guna pam tangan ataupun curahkan bahan cecair kimia yg kata tauke kedai hardware.

"ini chemical manyak baik, lu culah satu motol, kemulian culah satu celek airpanas. yangan kasi guna itu bilik ayer satu malam. pagi ini macam gelenti, sulah elok...".

tak jugak berhasil.
mungkin ada masalah yg lebih besar, sebabkan ia tersumbat.
takda cara lain. kecuali guna khidmat plumber. bukan aku tak nak gunakan servis mereka, sebelum ni pun dah guna. cuma bayaran yg dikenakan boleh tahan mahalnya.
tak sampai 20 minit plumber itu mengerjakannya, saluran yg tersumbat kembali lancar. terbang juga rm50. mujur tak semahal mana (rm100 sebelum ni). katanya masalah kecik aje. aku tengok peralatan yg diguna taklah secanggih mana, tapi teknik yg diguna sebenarnya bnyk membantu tugasnya itu.

istimewanya plumber tersebut memberikan tempoh jaminan (warranty) selama 2 minggu. maknanya kalau saluran tu tersumbat semula dlm tempoh berkenaan, dia akan dtg membaikinya semula. aku sedikit ragu2, maklumlah janji memang manis. lagipun janji lisan aje, bukan ada jaminan bertulis pun...hu hu.

selang seminggu, saluran di bilik air itu tersumbat lagi. walaupun ragu-ragu, aku menelefon plumber itu supaya dtg selepas menerangkan masalah yg berulang. dpd nada suaranya, seperti nak tak nak aje melayan kerenah aku. janjinya dtg jam 9:00 pagi ahad itu. tapi sehingga jam 10:30 masih belum muncul. fikirku, nyatalah 'jaminan' sebelum ini hanya janji kosong saja.
ttp sebaik aje aku sekeluarga bersiap utk keluar dlm jam 10:45, si plumber muncul depan pintu.
15 minit kemudian, dia selesai menjalankan tugasnya. spt yg dijanjikan, tiada sebarang caj dikenakan.

selepas 3 minggu, hingga ke hari ini, saluran di bilik air itu, lancar sahaja. lain kali bolehlah guna servisnya lagi.

resensi . . . 20

Jan 16, 2010


Judul: Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam
Pengarang: Zabidin Ismail
Halaman: 160
Tahun terbitan: 2010
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya

Kandungan

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.

Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

sumber: http://umpress.um.edu.my

Harga promosi serendah DARI...

Jan 15, 2010


kalau order rojak atau cendol di gerai tepi jalan pun kena spesifik.
kalau order rojak, kena sebut - rojak mi ke, rojak kosong ke, rojak tak mau tauge ke, rojak mau kuah lebih ke.
begitu jugak kalau order cendol - ada cendol pulut, ada cendol kacang, ada cendol besar/kecik, ada cendol biasa.
bukan apa-apa, sbb pasal harganya berbeza-beza.
samalah macam promosi jual kereta, rumah atau lelain. harga DARI rm30,000
sekarang ni rojak atau cendol pun - harga DARI rm2.50
harga DARI itu sengaja tdk dihighlightkan
bukan apa kalau setakat order - "mamak, rojak satu ye..."
dia akan bagi kita rojak yg paling lengkap (maksudnya mahal) dgn segala bahan dimasukkan dlm mangkuk termasuk sotong, tauge, sengkuang & segala mcm - maka harga yg dikenakan adalah harga maksimum DARI rm2.50 -rm5.oo.
samalah jugak kalau kita order cendol - "boss, cendol satu..."
akan dimasukkanlah segala macam bahan dlm mangkuk cendol tu dlm satu mangkuk besar dgn harga maksimum DARI rm2.00-3.50
sbb tu lain kali kalau nak order biar jelas, terang & spesifik. " rojak satu, tak mau sotong, kuah kasi lebih..." atau "cendol biasa satu, kecik punya..."
sbbnya aku bercakap dpd pengalaman...

Mencari yang hilang

kalau dah hilang macam mana nk cari?
sbb itulah kalau ada org bertanya "hilang kat mana?"
kita patut sekeh kepala dia. masakan tdk, kalau tahu tempat hilangnya, mudahlah ditemui semula. taklah hilang namanya, bukan?
sejak beberapa hari lepas aku mencari pruf buku seorg profesor sohor dlm bidangnya. beberapa minggu sebelum ni, dia mengembalikan pruf yg disemaknya utk pembetulan.
seingat aku, sebelum bercuti aku letakkan pruf itu atas meja krn prioriti utk menyambung kerja sebaik pulang dpd bercuti.
entah macam mana ia beralih tempat pun aku tk tau. itulah pasalnya aku terpaksa 'menggeledah' bilik ofis aku utk mencarinya. aku jgk mencarinya di rumah, manalah tau kalau2 aku terbawanya balik. keretaku jugak jadi mangsa geledahan. tak terkecuali aku tanyakan kpd pengatur huruf sama ada aku pernah memberikan padanya.
malangnya, sesudah beberapa kali mengungkai tempat yg sama, mana tahu kalau terselit di mana2, aku mula rasa bimbang, kalau2 ianya hilang.
tapi takkanlah hilang dlm bilik ofis sendiri. kalau org nak curi pun takkanlah pruf buku...tak logik, tak diterima akal.
lalu ptg semalam aku menjalankan operasi geledah besar-besaran.
segenap sudut, segenap ceruk, segenap susunan manuskrip, seluruh kabinet buku, semua kotak, semua timbunan tk tinggal dlm operasi ini.
aku ibarat anggota CSI yg mencari bahan bukti di lokasi kejadian jenayah...
alhamdulillah slps berpeluh dlm dingin penghawa dingin, akhirnya jumpa juga.
rupa2nya ada dlm satu beg kertas bersama2 dokumen & bahan mesyuarat yg aku hadiri sebelum bercuti tempoh hari.
macam mana boleh termasuk ke situ, aku sendiri tak tahu & tak mahu tahu.
yg aku tahu, aku dah jumpa.
rasa lega menggantikan rasa tekanan & gusar sebelum ini.

Terima kasih cikgu, kerana mengingatkan

Jan 14, 2010

sudah banyak kali aku menghadiri majlis yg diadakan di sekolah. sama ada waktu aku bersekolah dulu hinggalah sekarang sbg bapa kpd anak yg bersekolah.
spt biasa kalau ada majlis akan ada ucapan.
namun kebanyakan ucapan sama ada pengetua, guru, vip yg dijemput atau pengerusi pibg, kebiasaannya bernada sama. tentang disiplin, berkaitan mendidik anak2, tanggungjawab ibu bapa & guru dsb. pendek kata, temanya tdk lari dpd berkisar berkaitan itu. ringkasnya, stereotaip aje.
jadi aku berasa tertarik dgn ucapan pembukaan yg disampaikan olh seorang guru penolong kanan sekolah erin, semasa sesi pembukaan minggu transisi utk pelajar tahun satu.
temanya lain dpd yg lain. cara dia menyampaikan ucapannya, aku tengok turut menarik hati kebanyakan ibu bapa yg hadir.

antara yg dibangkitkannya ialah sambutan ibu bapa terhadap majlis yg dianjurkan oleh pihak sekolah.

"bila acara utk tahun satu kita adakan, ramai mak bapak yg hadir. hingga penuh dewan. kerusi pun tak cukup. saya harapkan sampai anak di tahun enam pun beginilah semangat ibu bapak & jumlah kehadiran serta sambutan mrk. tapi kalau mengikut pengalaman, mak bapak hanya teruja bila anak2 mereka di tahun 1 saja, yg baru masuk sekolah. tapi bila mrk dah masuk tahun 4 atau 5 misalnya, anak2 tersebut dianggap sudah besar. majlis utk mereka pun ibu bapak tak hadir. sementelahan pulak bila mrk masuk ke sekolah menengah, lagilah ibu bapak langsung tak nampak muka bila sekolah adakan sebarang acara. saya harap jangan sesekali dibuat begitu. "

"kalau ada anak2 yg lebih besar di sekolah yg sama, pasti akan berasa terpinggir atau kecik hati krn mak bapak mrk lebih tumpukan pd adik mereka. atau kita mak bapak tak hadir dlm acara yg mereka sertai bila dianggap sudah 'besar'. harapan saya, kekalkan semangat hari ini. kalau anak kita tahun 1 hari ini, penuh dewan. bila mereka tahun 6 nanti ada acara yg dianjurkan pihak sekolah, saya harap, penuh jugalah dewan diisi oleh mak bapak mereka yg hadir hari ini".

ya, memang tepat sekali kata2 guru itu. memang tepat kena pd batang hidung ibu bapa yg mendengarnya. malah menyedarkan mereka hakikat yg mereka sendiri akui & harus terima dgn hati terbuka. tak heranlah bila di akhir ucapan, guru penolong kanan itu mendapat tepukan yg gemuruh sekali.

Terlanjur kata...

Jan 13, 2010

beberapa hari lepas aku ke kedai gunting.
oleh sbb aku adalah pelanggan tetap, aku cuma perlu mengatakan "biasa..." apabila ditanya oleh tukang gunting tu. dia paham, fesyen rambut yg macam mana aku nak.
tanpa banyak soal, si tukang gunting mengangguk & menjlnkan tugasnya menebas rambut aku.
olh sbb baru saja lepas makan tengah hari. mataku sedikit berat. rasa mengantuk.
hampir saja aku terlelap, bila tukang gunting itu bertanyakan sesuatu.
antara dengar dgn tdk, pd pendengaranku dia mengatakan "ok ka boss".
aku pun menjawab "ok" krn pd perkiraanku dia bertanyakan sama ada kerja guntingannya itu sudah siap & kelihatan ok pd pandanganku.
tiba2 dia membaringkan kerusi & menolak bahuku supaya berbaring.
aku sedikit terkejut ttp oleh sbb masih mengantuk, aku hanya diam saja diperlakukan begitu.
dlm hati, aku bertanya jgk, apa sebenarnya yg ditanya oleh tukang gunting itu sebenarnya.
kemudian dia menyapukan sejenis krim pd mukaku. selepas tu memasang pisau cukur.
sedarlah aku sekarang yg dia hendak membuat cukuran pd muka aku. misai, janggut serta jambang.
alamak, aku sudah terlanjur setuju dgn berkata ok. aku tk boleh menolak dah.
oleh sbb sepanjang yg aku tahu, aku tdk pernah dicukur olh org lain. biasanya aku sendiri yg cukur misai, janggut & jambang 2 hari sekali sebelum bersiap ke tempat kerja.
oleh sbb itu ada sedikit rasa gusar & ngeri bila tukang gunting itu mula menjalankan operasi mencukur.
dgn rasa sedikit cuak, aku hanya berdiam diri. mengikut apa saja gerakan tangan tukang gunting itu. utk menghilangkan rasa gusar, aku memejamkan mata sepanjang tempoh itu.
bila selesai saja. aku berasa sungguh lega...

moral peristiwa ini:
- jgn gunting rambut lepas makan
- jgn gunting rambut kalau mengantuk
- jgn sembarangan berkata "okay" bila ditanya oleh tukang gunting

perkara kecil tetapi besar ertinya

petang semalam ketika aku tercari-cari fail yg berisi borang isbn & cip di bhg depan ofis, telefon berbunyi. staf yg biasa menyambut panggilan, tdk ada di tempatnya. manakala staf lain yg berada di bhg depan pulak begitu 'sibuk' dgn tugas masing2, hinggakan tk dengar bunyi deringan telefon.

nampaknya akulah yg kena jawab. bukan sikap semula jadi aku utk membiarkan saja sebarng panggilan masuk. lebih2 lagi membiarkan deringan telefon lama, tdk berjawab. lalu aku pun angkat & jawab panggilan itu. pd hujung talian suara seseorang yg pd jangkaanku seorang pakcik. memang benar jangkaanku apabila dia membahasakan dirinya sbg pakcik. pakcik itu sebenarnya menelefon ke tempat yg salah. tujuannya utk membuat pesanan buku dpd kedai buku milik universiti.

pd awalnya ingin saja aku tdk melayani pakcik itu. ttp setelah menerangkan bhw dia sebenarnya tdk dpt mencari no. telefon kedai buku utk dihubungi. tdk tahu pulak aku bagaimana dia dpt no. telefon ofis aku. cara dia bercakap & bertanya begitu berhemah, hinggakan aku yg tadinya malas nk melayan, jadi tertarik utk membantunya.

ttp yg peliknya, mengapa beriya-iya benar dia hendak membeli buku itu? rupa2nya dia hendak membelikan buku utk keperluan anaknya. bukan dirinya. aku tanyakan tajuk buku itu, kalau2 mungkin buku itu secara kebetulan, kami yg terbitkan. lalu dinyatakan oleh pakcik itu sebuah buku dlm bidang kimia. ternyata aku tak pernah dengar akan buku itu. heran jugak aku kenapalah anaknya tak mencari bukunya sendiri. pakcik itu pulak yg bersusah payah telefon ke sana ke mari. mungkin itulah pengorbana & usaha seorang ayah demi kebaikan anaknya.

nada suaranya sedikit kecewa bila aku katakan, buku itu bukan terbitan kami. ttp dia meminta bantuan aku bagaimana caranya nak menghubungi kedai buku universiti itu. agak terdesak gayanya pakcik itu. mungkin sudah jenuh berusaha serata tempat utk mendapatkan buku itu. atas sikap ingin membantu aku minta pakcik itu tunggu seketika sementara aku carikan no. telefon kedai buku itu utk mendapatkan cara utk dihubungi. tdklah sukar sgt, aku gunakan saja enjin carian di internet. dapat dlm masa singkat saja. lalu aku berikan pd pakcik itu. berkali-kali dia mengucapkan terima kasih atas bantuan aku.

aku berasa senang & lega utk membantunya. walaupun bagi aku itu cuma perkara kecil saja ttp mungkin besar ertinya bagi pakcik itu & manfaat anaknya.

gelagat orang kita

Jan 12, 2010

1.
bayangkan bila kita beratur panjang di mesin atm utk keluarkan duit. di depan kita ada seorang yg pakai bajunya terbalik. nk dikatakan org tu tak betul, tdk juga. bajunya berjenama mahal. cara berpakaian pun elok. wajahnya nampak waras.
apakah kita perlu :
a. mencuit bahunya & berbisik mengatakan yg bajunya terbalik?
b. berkata"eh, baju you terbalik lah!"
c. biarkan saja, dan pura2 tak nampak...
d. mungkin jugak dia sengaja buat begitu...fesyen baru!
itula yg berlaku pd aku pd satu hari semasa beratur di mesin atm. serba salah, kalau ditegur, bimbang dia berasa aib. tak ditegur, org lain memandangnya semacam.
olh sbb org lain yg perasaan keadaan itu tdk pula menegur, aku pun mengambil sikap serupa.
ikut pendapat majoriti!
2.
aku singgah di kedai tom yam tepi jalan kampung. aku adalah pelanggan tetap di situ. biasanya aku beli bungkus utk dibawak pulang. lebih2 lagi bila wifey kena pulang lewat dr kerja. tk nak menyusahkannya yg penat pulang kerja & perlu memasak, aku sanggup kompromi. beli makanan/lauk di kedai saja. nak kata sedap sgt masakan di situ, tidak jugak. tapi harganya murah sedikit berbanding kedai lain. lagipun tukang masaknya cekap, aku tak perlu menunggu lama. satu ptg, sdg aku menunggu pesanan disiapkan masuk ke kedai, dua org gadis. dgn seluar ketat, baju tanpa lengan & rambut berkarat keperangan. dipadankan dgn spek hitam besar. pendeknya sedikit seksi & glamor. berbualpun slang org putih...o mai god, wtf, u kno wat. aneh jugak kenapa kedai tom yam tepi jalan yg mrk pilih. aku cuba curi dengar apa yg mrk pesan utk makan. lebih pelik lagi, mrk pesan tom yam, ikan masin, ikan kembung goreng & sambal belacan...
lebih kurang taste aku yg tak glamor ini jugak rupa2nya.
3.
aku mendaftarkan erin & eril utk sekolah agama. nama mrk sudah didaftarkan awal. jadi cuma utk hadir utk pengesahan & mengenal letak kelas. ramai jugak ibu bapak yg hadir utk mengiring anak mereka. sekolah ini terletak dlm bangunan masjid. anak sekolah agama di sini diwajibkan memakai pakaian menutup aurat. yg perempuannya mestilah berbaju kurung & bertudung. yg lelakinya berpakaian baju melayu lengkap dgn sampin & songkok. yg menyayat hati, ibu- bapa yg menghantar anak2 mereka tdk pula menutup aurat. ada kalangan bapa ada yg berseluar pendek & kemeja t tanpa lengan. ada kalangan ibu yg tayang rambut karat, mayang mengurai berseluar ketat (leotard).
kalau tk malu pd ustaz & ustazah pun, malulah pd anak2 yg dihantar belajar di sekolah agama. lagi pula, hormatlah pd masjid sbg tempat ibadah lagi pula sekolah itu adalah sebahagian dpd bangunan masjid.
ish..ish, ibarat ketam mengajar anak berjalan betul!

anak-anak sekolahan

aku tak aktif berblog sepanjang awal januari.
bukan sbb tak boleh. sengaja aku berbuat begitu. di rumah pun ada akses jalur lebar.
tp prioriti aku lebih kpd yg lain. yg lebih utama.
memang sjk 2-3 thn kebelakangan, aku sengaja simpan cuti tahunan utk awal januari. lebih tepat bila musim baru sekolah bermula. lebih2 lagi si kecik, erin memulakan langkahan pertamanya ke sekolah.

bukan. bukan aku tak percaya akan keupayaan anak2ku 'membawa diri' mrk di sekolah. bukan aku tak yakin dgn kemampuan mrk berdikari.

ttp ianya lebih sbg sokongan moral. menunjukkan keprihatinan. kebertanggungjawaban.
aku boleh saja meninggalkan anak2ku terutama eril & erol. ttp aku tk mahu mrk berasa kecil hati krn lebih utamakan erin.
malah krn 'pengalaman' erin di tadika atau prasekolah sudah mematangkannya dgn suasana bersekolah. cuma kelihatannya dia sedikit 'gugup' dgn suasana sekolah yg lebih besar & lebih ramai serta pelajar lain yg lebih besar & berusia dpdnya.

secara psikologinya, anak2 akan berasa lebih yakin, berani, selamat & bersemangat bila melihat mak bapaknya berada hampir dengannya. sekurang2nya utk hari2 awal mrk di sekolah.

yg penting bagi aku ialah melatih mrk mengenal di mana kelas mrk. di mana kantin. di mana tandas. di mana harus menunggu bas utk balik. bas & drebar yg mana satu. dan pelan kontinjensi jika apa2 berlaku di mana mrk harus tuju - aku kenalkan mrk bilik guru & pondok sekuriti.

bila itu sudah mrk kenal, maka aku akan berasa lebih yakin meninggalkan mrk di sekolah.

maklumlah, sekrang ni macam2 hal yg berlaku spt diberitakan dlm akhbar. lebih2 lagi krn aku & wifey bekerja. lagi pulak, aku bergantung harap pd bas sekolah utk membawa anak2 ku pergi & balik ke sekolah. transit di nurseri, kemudian bersekolah agama waktu ptg. maknanya hampir sepanjang hari mrk di sekolah di bawah pengawasan org lain, pengasuh, drebar bas & guru sekolah.
selebihnya mrk sendirilah yg 'membawa diri' dgn bekalan nasihat, peraturan, ingatan dpd mak bapak mrk.

manual

Jan 8, 2010

"kalaulah hidup kita ini dibekalkan dengan manual..." ayat tergantung itu dtgnya dr seorang profesor sewaktu aku belajar di U dulu.
aku segera teringatkan manual yg dibekalkan bersama setiap kali kita beli barangan spt peralatan elektrik, elektronik ataupun kereta. sbg panduan. termasuklah troubleshooting.
itulah sebenarnya yg dimaksudkan olh profesor itu. kalaulah kehidupan kita di dunia ini, setiap org diberikan manual bagaimana dia perlu menjalani hidup ini. bagaimana menyelesaikan masalah (terutama masalah kewangan...he he). hidup kita kan jadi lebih mudah. segala perancangan teratur dgn baik.

tapi soalnya kalau sudah semua org ada manualnya sendiri, hidup ini takdalah sebrang cabaran. terlalu mudah. terlalu simple, hingga jadi membosankan. otak yg ada pun akan jadi beku, malas berfikir. ya lah, apa nak susah2, manual kan ada?

nak bercinta...boleh guna manual. nak selesaikan kenakalan anak pun ada manual. nak setelkan masalah di tempat kerja pun ada manual. nk berdepan dgn boss pun ada manual. nak elak jammed pun ada manual. pendeknya, manual sbg kunci menangani masalah dlm setiap apa yg dilakukan dlm hidup ini. bosan bukan?

semalam dlm satu program tv yg aku tonton, seorang wataknya mengeluh panjang bila berdepan dgn masalah yg berat utk ditangani. lalu terpacullah ayat "kalaulah hidup kita ini ada manual..."

lalu aku segera teringatkan kata2 profesor aku dulu tu. serta segala kemungkinan & komplikasi yg bakal muncul dpd penggunaan manual itu secara fizikal & psikologinya. bagiku, lebih baik tak payah...

bila mak bapak kembali ke sekolah

Jan 5, 2010

1. group glamour

mama glam. yg berpakaian ala artis bila hantar anak utk pendaftaran ke sekolah. dgn pakaian tampak berjenama & bergaya sakan. beg tgn LV & bonia tk lekang sangkut di bahu. mekap usah ceritalah, tebal 5-6 cm. perfumenya berbau dlm jarak 10km. bila borak sesama group mrk je. biasanya nada suara sengaja ditinggikan. bahasa yg digunakan mcm biasa, bahasa rojak dgn slanga org putih.

2. group selekeh

diwakili kebanyakannya golongan bapa. dgn kemeja t lusuh & seluar paras lutut (atau seluar 3 suku). dipadankan dgn selipar jepun. muka berlumut sbb tak bercukur. sdgkan anak mrk dipakaikan dgn pakaian baru yg kemas rapi. selalu ambik kesempatan menghilang diri semasa taklimat pengetua, utk ke tandas -sebenarnya utk hisap rokok...

3. group hentam keromo

mcm mana nk ajar anak ikut peraturan kalau mak bapak sendiri main hentam keromo je. mak bapak lain duduk diam dengar taklimat, mrk asyik berborak. mak bapak lain beratur bayar yuran, mrk masih nak potong barisan. mak bapak lain duduk di kantin tunggu anak, mrk sibuk mundar-mandir di koridor kelas anak mrk.

4. group pertama kali

group ini paling teruja. diwakili ibu bapa muda yg pertama kali mendaftarkan anak sulung mrk ke sekolah. muka nampak cuak sama mcm anak2 mrk yg pertama kali jejak kaki ke sekolah. mengekor anak mrk ke hulu ke hilir, termasuk beratur sama semasa perhimpunan & beratur bersama mrk utk membeli makanan di kantin waktu rehat. sanggup berada di sekolah sepanjang hari & mengambil cuti panjang. paling 'tekun' & 'khusyuk' mendengar taklimat cikgu.

back to school

Jan 4, 2010

musim sekolah bermula lagi. sbg menunaikan tanggungjawab sbg papa kpd anak2nya, spt beberapa thn kebelakangan aku mengambil cuti utk kembali ke sekolah.
tahun 2010, giliran erin pula memasuki thn satu. aku yg lebih teruja dpd erin. sibuk memastikan semuanya lengkap dpd beg, alat utlis hinggalah baju & kasut.

erin sudah pun didaftarkan ke thn satu sjk 2 thn dulu. september lepas dibuat pengesahan pendaftaran & pd 2.1.2010 erin didaftarkan dgn 'rasminya' ke tahun 1. pelik bunyinya bukan? ttp itulah hakikat (birokrasi?) yg perlu dilalui utk mendaftarkan anak ke sekolah pd tahun2 kebelakangan ini. kalau dulu seingat aku. pd hari pertama ke sekolah itulah mak bapak kita akan hantar & daftarkan kita sekali gus. sekarang kalau dibuat begitu, alamatnya kena rejectlah jawabnya!

pd hari pertama ke sekolah aku hantarkan erin. mujur eril ada membantu 'memantau' thn ni sbb dah masuk thn 4, lebih matang membimbing adiknya.
erin kelihatan sedikit gusar & gemuruh, perkara biasa pd mana2 budak yg baru menempuh alam persekolahan. spt biasa, erin & kawan2nya berserta ibu bapa perlu mendengar sesi taklimat & ceramah guru sebelum masuk ke kelas.
alhamdulillah hari pertama berjalan lancar. aku bnyk dibantu olh eril yg menjadi bodyguard pd erin.