Kepada kamal, acik, kitan, jimi, miji, diman dll

Apr 30, 2010




Kuasa henfon

aku rasa 'kehilangan' sesuatu hari ni.
bagai ada yg tak lengkap.
seperti ada yg tak kena.
kalau tak bawak wallet pun aku tak berasa 'hilang' begini.
ya, sampai begitu sekali.
sejak sampai ke pejabat pagi tadi, aku mula sedar.
rutinnya, sebaik saja sampai ke bilik ofis, aku akan keluarkan wallet, kunci kereta & henfon daripada kocek seluar.
hari ni, henfon tak de. aku berpatah balik ke kereta. tertinggal mungkin...takde jugak.
sedarlah ku, tertinggal henfon di rumah. sebabnya aku tak singgah di mana-mana pagi ini, terus saja ke pejabat.
tak pelah. takkan aku nak memandu pulang & datang semula, jauh tu 100 km perjalanan ulang-alik.
jam 8:30, wifey telefon. beritahu yg henfon aku tertinggal. dia tak mahu aku tercari-cari...
yep, begitu sekali kuasa henfon. sampai kan hari yg kita lalui bagaikan 'kehilangan' atau ada yg tak kena.

Kisah benar yang tak diceritakan

Apr 29, 2010

kalau nak dengar kisah misteri, seram atau hantu...berboraklah dengan pak guard atau sekuriti atau jaga.
sebabnya mereka ni berjaga malam. biasanya kerja syif.
dan kejadian misteri, seram atau hantu biasanya berlaku pada waktu malam. hari gelap. suasana sunyi.

sekitar tempat kerja aku dikatakan sedikit 'keras'. memandangkan blok bangunan ini terletak di belakang & berhampiran pinggir hutan. ianya juga dikatakan kawasan 'laluan' makhluk halus. dah banyak cerita yg misteri & seram yg diceritakan. tetapi belum ada lagi antara staf yg 'bertemu' atau 'ternampak' secara berdepan. kalau ada pun mungkin bayangan atau suara halus atau jumpaan benda-benda yg misteri.

pernah juga diceritakan oleh pak guard/sekuriti yg membuat rondaan malam. malah bukanlah rahsia, sesetengahnya tidak langsung membuat rondaan, cuma sekadar mencatatkan laporan pada buku log yg diletakkan di lokasi tertentu. mungkin kerana tersebarnya cerita sebegini yg membuatkan mereka lebih 'berhati-hati'...

petang semalam aku berborak dengan seorang sekuriti yg sedang membuat rondaan rutin. memang tabiat aku suka menyapa orang yg berkait dengan tempat kerja termasuk cleaner, penghantar surat khabar, posmen jugak sekuriti.

lalu 'abang' sekuriti itu membuka cerita yg sebenarnya giliran bertugasnya bukan di sini. cuma mengganti rakan sekerjanya yg cuti sakit. sudah 2 hari rakannya itu demam panas. puncanya -

dua hari lepas, rakannya itu bertugas syif malam di lokasi blok tempat aku bekerja ini. semasa membuat rondaan, kira-kira jam 2:00 pagi, dia ternampak kelibat seseorang yg berdiri di tangga berhampiran bukit di belakang bangunan. curiga akan kehadiran orang itu, sekuriti itupun menegur & mendekatinya. heran jugak di hatinya apa yg dibuat oleh orang itu di tempat sunyi begitu, di tengah malam buta.

tegurannya tidak dipedulikan. lalu sekuriti itu pun mendekati orang tersebut.
alangkah terkejutnya sekuriti tadi apabila 'orang' itu berpaling ke arahnya, yg disangkanya 'orang' itu tidak ada muka!
ya, kosong tidak ada mata, hidung atau mulut!
terkejut & ketakutan dengan 'penemuan' itu, sekuriti itu pun cabut lari. nasib baik tak pengsan di situ. kemudiannya, dia jatuh demam panas sejak 2 hari lepas.

kisah ini adalah kisah benar yg diceritakan sendiri oleh rakan sekerjanya. bukan orang ketiga. tapi, tidak pulak aku ceritakan kisah atau kejadian ini pada rakan staf yg lain. tidak mahu mereka berasa bimbang atau takut.

kalaulah mereka baca entri blog ni...

Erti sebuah lagu

Apr 28, 2010

Lirik lagu Kekasih Ku Di Menara nyanyian Ukays

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu

Beberapa tahun dulu seorang kawan lama sekolahku mengirim lirik lagu ini kepadaku. aku tak faham, maksud di sebaliknya. lebih-lebih lagi hubungan aku dengannya, tidaklah rapat sangat. malahan lirik lagu itu langsung tidak ada kena-mengena antara aku dengan dia.
masa bila pulak dia menghubungi aku semasa di menara gading? benarkah aku sudah berubah & menjadi angkuh? apakah pengorbanannya yg sudah dilakukannya terhadapku?
mungkin lirik lagu itu, mengikut tafsirannya, menepati apa yg dirasainya.
tapi aku tak rasa apa-apa pun, sungguh!
aku cuba mencari & menghubunginya. malah bertanyakan pada kawan sekolah lamaku tentangnya. namun, tak seorang pun tahu di mana gerangan dia ketika itu.
hingga hari ini, jika aku terdengar lagu itu berkemundang di radio, fikiranku akan kembali melontarkan beribu persoalan yg tidak mungkin ada jawapannya.

Resensi . . . 24


Title : Science & Technology in Malaysia
Intellectual Perspectives
Editors : Hashim Yaacob & Faridah Noor Mohd. Noor
Year : 2010
Pages: 198
Publisher: University of Malaya Press


Contents

It is appropriate that a book containing the texts of Inaugural Lectures should be published. It's true that these Lectures are already available in booklets which are distributed among academic staff. Nevertheless, the circulation of these booklets is limited. These Lectures should be gathered in a book so that they can be accessed by a wider audience, both local and overseas. This book was conceived for the purpose. Its aim is to preserve the intellectual contributions of our esteemed colleagues for the benefit of posterity. The Inaugural Lecture Collection Series will be published in four volumes:
Volume IA: Melayu, Islam dan Pendidikan
Volume IB: Social Sciences in Malaysia
Volume II: Health Science in Malaysia
Volume III: Science and Technology in Malaysia

sumber: http://umpress.um.edu.my

Player of The Year

Apr 27, 2010


PFA Player of the Year: Wayne Rooney
PFA Young Player of the Year: James Milner
PFA Merit Award: Lucas Radebe

PFA Team of the Year:

GK: Joe Hart (Birmingham)

Defender: Branislav Ivanovic (Chelsea)
Richard Dunne (Aston Villa)
Thomas Vermaelen (Arsenal)
Patrice Evra (Man Utd)

Midfield: Darren Fletcher (Man Utd)
Cesc Fabregas(Arsenal)
James Milner (Aston Villa)
Antonio Valencia (Man Utd)

Striker: Didier Drogba (Chelsea)
Wayne Rooney (Man Utd)
man utd - 4, chelsea - 2, arsenal - 2, aston villa 2, birmingham - 1, liverpool - 0 hu hu

Sekolah ganti

aku tak tahu sejauh mana relevan & signifikannya sekolah ganti atau cuti ganti untuk budak sekolah.
sabtu lepas, anak-anak aku 'dikerah' supaya ke sekolah. bersekolah untuk melayakkan sekolah mereka mendapat cuti ganti. cuti ganti yg akan digunakan untuk tambahan cuti hari raya aidilfitri!
ya! hari raya yg akan disambut pada september nanti...!
apa perlunya? kenapa seawal bulan april?
ghairah sekali sekolah & cikgu mereka nak menyambut cuti & meraikan hari raya...
begitu proaktif & berpandangan jauh pengurusan sekolah itu...

tidak, aku bukan memuji. tetapi menulis secara sarkastik!

nampaknya mereka lebih teruja untuk merancang cuti daripada merancang aktiviti yg lebih bermakna.
kalau sekolah bercuti lama atau awal sekalipun, tidakkah mereka terfikir yg ibu bapa tidak semestinya bercuti? sebaliknya yg sudah pasti tidak bekerja & bercuti pada waktu itu ialah cikgu sekolah itu yg sudah 'menjalani' tempoh kerja untuk mendapatkan status cuti ganti.
aku tak tahu berapa hari lagi mereka perlu bersekolah pada hari sabtu untuk mencukupkan bilangan cuti ganti tersebut.
sebab bila aku tengok kalendar, hari raya akan jatuh pada khamis & jumaat. disambung sabtu & ahad sepatutnya sudah ada 4 hari cuti. berapa hari cuti lagi yg cukup gamaknya untuk cikgu sekolah berkenaan?

pelajar sekolah itu, termasuk anak-anakku awal-awal lagi sudah diberi 'amaran' bahawa sekolah pada hari sabtu (utk mendapatkan cuti ganti itu) adalah wajib! sesiapa yg ponteng, akan diambil tindakan.
tidakkah hari biasa persekolahan juga wajib & yg ponteng perlu diambil tindakan jugak?

++++++++

bila anak-anakku menyampaikan perkara tersebut & kubaca surat pekeliling sekolah, aku cuma mengatakan "kalau rajin pergi sekolah, kalau malas bangun, tak payah pergi...". maksudku tidak menggalakkan atau melarang.

pada malam sebelumnya, ketiga-tiga anakku memang bercadang nak ke sekolah. duit belanja poket pun sudah kuberi. buku pun sudah disusun ikut jadual ke dalam beg. baju sekolah pun sudah siap digosok. selain baju sekolah mereka juga dipesan supaya memakai baju sukan, aku tak faham apa maksud arahan itu.

akhirnya...pada hari sabtu itu, hanya eril yg ke sekolah. erol & erin mengubah fikiran tak nak pergi. malas nak bangun pagi, sebenarnya...

++++++++

eril pulang dari sekolah kira-kira jam 12:45 dengan memakai pakaian sukan. pakaian sekolah tidak dipakai pun. tidak ada pembelajaran subjek yg diajar. malah mereka tidak masuk ke kelas pun!
sebaliknya waktu persekolahan itu diisi dengan acara senamrobik, nyanyian patriotik, & 'persembahan' pelajar.

mungkin itulah makna sebenar sekolah ganti...

Kawan seorang kawan

Apr 26, 2010

aku kenali dia, melalui seorang kawan.
daripada pandangan pertama, dia seorang yg baik, mesra & peramah.
tidak, aku tidak memujinya semata-mata kerana dia lawa.
aku tidak pun menyebut ciri-ciri lain yg ada padanya selain daripada baik & peramah pada pandangan pertamaku.
kami jarang jumpa. kalau jumpa pun secara tak sengaja. bertembung di kafe atau kat mana-mana.
tegur tanya khabar atau senyum aje, kalau bersama kelompok kawan yg ramai.
lagi pun dia kawan kepada kawan aku, kenapa pulak nak lebih-lebih.
kalau borak pun bila ada kawan aku tu sama-sama. keluar makan atau lepak sambil 'mengeteh' di kedai mamak.
satu hari, dia telefon aku. katanya, ada hal nak cakap. dia nak jumpa aku tanpa kawan aku tu.
aku heran. timbul tanda tanya. aku beri alasan, tak boleh.

rasa tak sedap hati.

selang beberapa hari, dia telefon lagi. kali ini dia merayu, untuk berjumpa aku tanpa kawan aku. penting katanya.
aku serba salah. apa sebenarnya yg dia mahu aku tak tahu?
kalau aku tak jumpa dia macam mana aku nak tahu jawapannya, bukan?
adakah aku perlu tanya kawan aku pasal kawannya itu?
tidak. aku tak nak buat apa-apa. aku tak mahu kawanku itu tersinggung. aku tak mahu buat tindakan atau perbuatan 'di belakangnya'.
akhirnya, aku tak buat apa-apa.

sejak itu kawan kepada kawanku itu tidak lagi menelefonku. aku semakin jarang berjumpanya. kalau bertembung pun, dia pusing ke arah lain.
aku risik-risik daripada kawanku. katanya mereka dah tak kawan lagi.
aku tidak pulak tanya, kenapa?
oleh sebab tu, aku jugak tak kawan dengan kawannya lagi...

Perihal orang gaji

Apr 23, 2010

sekarang ni, orang gaji pun boleh naik kapal terbang untuk balik kampung. dan kita pulak terpaksa hantar dan ambik mereka di airport.
siapa yg makan gaji sebenarnya, siapa yang jadi tuan sebenarnya?
itulah bezanya dulu dengan sekarang. lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan kapal terbang yg menawarkan tambang murah. semua orang boleh terbang...!
yep, beberapa hari lalu, kami 'terpaksa' menghantar orang gaji mak mentua aku untuk balik kampung. oleh sebab, rumah kami paling hampir dengan airport, jadi rumah kami dijadikan transit kepada mereka yg nak 'terbang'.
ini kerana mak mentua aku pergi menunaikan umrah. untuk tempoh 2 minggu menjalani umrah, makanya orang gaji itu dibenarkan pulang ke kampung untuk bercuti, 2 minggu jugak.
urusan tempahan tiket & dokumentasinya, kami yg uruskan.
maknanya, orang gaji itu cuma perlu 'hantar badan'nya saja.
dalam masa dua minggu lagi, kami perlu menjemputnya di airport pulak.
hai...nasib badan.
itulah yg aku tak faham, bila dilaporkan & dengar cerita ada orang gaji yg dera anak majikan, ada orang gaji yg mencuri, ada orang gaji yg tinggalkan anak kecik terkonteng-konteng di rumah bila dia lari dengan teman lelakinya & macam-macam cerita yg kurang elok didengar berkaitan orang gaji.
tak tahu apa lagi yang kurang. makan minum dah diberi. gaji lagi. penginapan tak payah sewa. balik kampung pun naik kapal terbang...apa lagi yg tak cukup?
entahla...

Rakaman majlis makan malam

Apr 22, 2010

aku masih ingat.
malam itu annual dinner kompeni tempat aku kerja.
hari kami meraikan segala penat lelah, membanting tulang, mengkayakan kompeni.
hari ini, kompeni 'meraikan' kami dengan makan malam di hotel 5 bintang.
selain tu, adalah jugak games, lucky draw, karaoke.
aku masuk pertandingan nyanyian karaoke & menang dpt no. 2. nyanyi lagu jamal abdillah. dapat hamper besar.
yg menang karaoke, ialah johnny. dia nyanyi lagu elvis. dapat hamper lagi besar, cecah bumbung.
dalam lucky draw, aku dapat set karaoke, cap ayam. tak lama pakai, jahanam.
malam itu malam suka ria. malam bergembira. malam merapatkan silaturahim. malam meraikan kemenangan. malam mengukuhkan hubungan sesama pekerja & dengan majikan.

malam enjoi...

********

malam itu juga malam jahanam. lupa akan diri. johnny, chia & eddie buat pesanan minuman keras. dan boss pun ikut sama. malah dia yg belanja. jeya & tiga rakanku turut sama. minum. minum dan minum lagi.
mabuk & muntah.
mereka minum & minum lagi.
rakan sekerja perempuan meninggalkan majlis. aku pun sama. kecewa, marah, terkilan.

*******

2 bulan lepas itu, aku berhenti kerja. kerja di kompeni lain. sekurang-kurangnya aku tidak lagi 'bersubahat' menyertai majlis seperti itu lagi...

Kucing tak bertuan

Apr 21, 2010

ramai yg suka bela kucing sebagai haiwan peliharaan. ada yg menjaganya dengan baik. diberi makan secukupnya, dibersihkan, dibelai & dimanjakan.

ada yg bela kucing sekadar untuk suka-suka. tetapi tidak menjaganya dengan baik. maksudnya tidak diberi makan, minum & tempat tidur yg sesuai.

ada yg suka bela kucing semasa ia masih kecil & comel. bila besar sikit, dah nakal, dah pandai cari pasangan - kucing itu tidak lagi disukai. malah dianggap merimaskan. lalu dibuang atau dibiarkan.

kucing belaan biasanya, manja & jinak. ia tak pandai cari makan sendiri. makan minumnya perlu disediakan. berbanding kucing 'liar' yg pandai mencari makan sendiri untuk hidup.

sebab itulah, banyak didapati kucing terbiar yg hanya tahu mencari makan di kawasan kediaman manusia atau tempat awam atau kedai makan. kerana di situ mereka boleh dapat makanan atau diberi makan secara ihsan. sebab nak berusaha sendiri untuk makan, kucing ini tak pandai sebab ia tidak terlatih mendapatkan makanan sendiri.

========

di kawasan kejiranan aku, ada jiran yg bela kucing. tapi kucing mereka tidak disediakan tempat khas di rumah mereka seperti dalam sangkar. sebaliknya dibiar bebas lepas. kadang-kadang 'melepak' & mengotori rumah jiran tetangga. ada juga kucing yg mencari makan di rumah jiran kerana tidak diberi makan yg cukup.

aku katakan demikian, pintu belakang rumah aku terbuka (terutamanya ketika wifey memasak) akan muncullah kucing-kucing jiran ini datang mengiau, merengek, meminta simpati. mungkin mereka terbau makanan yg sedang dimasak.

memang dah jadi tabiat aku suka bagi makan kucing yg datang. bukan apa, kesian & sayang pada kucing comel yg merayu-rayu meminta makanan kerana lapar. setiap kali lepas makan malam aku akan letakkan sedikit makanan di sudut belakang rumahku. setiap hari 2 ekor kucing yg sama akan datang memakannya. kucing yg dulunya kurus, kusut & kelihatan terbiar kini dah gemuk, sihat & semakin comel. saban malam pada waktu sama, ia akan datang, seolah-olah aku ini tuannya.

sejak dua minggu kebelakangan, aku tidak lagi menerima 'kunjungan' 2 ekor kucing itu. makanan yg aku letakkan di tempat kebiasaan, tidak dijamah. timbul tanda tanya, ke mana hilangnya kucing tersebut.

ahad lepas, si kecik erin, yg juga sukakan kucing memberikan aku jawapan kehilangan kucing itu. dia ternampak dua ekor kucing itu dalam sangkar di rumah jiran aku, sewaktu bermain basikal. patutlah tidak berkeliaran lagi kerana sudah dikurung. mungkinkah kerana tuannya kembali berasa sayang kerana kucing-kucing itu sudah sihat, gemuk, gebu & makin comel? apa pun itu haknya sebagai tuan punya kucing...

Kek spiderman




eril pilih kek ini untuk hari jadinya. oleh sbb hari tu aku tak sempat nak muat naik gambar kek ni, eril sibuk suruh aku masukkan dalam blog. jadi untuk memenuhi permintaannya, disiarkan kek spiderman: sebelum & selepas...

Tuisyen

Apr 20, 2010

masa aku sekolah dulu, tak pernah daftar kelas atau sekolah tuisyen. walaupun ramai kawan sekolah yg masuk tuisyen. sebabnya aku duduk kat asrama. yg ada cuma kelas tambahan la. itupun kira tuisyen jugak la.

sekarang ni makin melambak-lambak pusat tuisyen. tak tahu yg mana satu yg boleh betul-betul memberi manfaat. atau sekadar nak buat bisnes. atau nak buat duit. ibu bapak pun berlumba-lumba nak hantar anak mereka ke tuisyen. nak bagi anak-anak mereka pandai. sebab persaingan semakin sengit di sekolah untuk kejar pencapaian tertinggi. selain tu, ada juga didorong kerana sekadar ikut-ikutan. sebab jiran-jiran atau kawan-kawan mereka hantar anak ke tuisyen, kena hantarlah jugak anak kita ke sana. nanti ketinggalan pulak pelajaran mereka. begitu sekali pengaruh tuisyen.

tidak dinafikan ada pusat tuisyen yg baik. malah ada cikgu sekolah sendiri yg 'curi-curi' mengajar tuisyen. tambahan pula sekarang ni ada jugak yg buat 'servis' tuisyen di rumah. sebab mereka tahu, ibu bapak lebih suka anak mereka belajar di rumah. oleh sebab seolah-olah tuisyen ni sudah menjadi keperluan kepada kanak-kanak sekolah, tidak hairanlah makin mahal pulak bayaran yg dikenakan. kalau dulu ikut subjek, sekarang ni kena bayar secara bulanan.

sekarang yg terbaru, seiring dengan kecanggihan teknologi, timbul pula tuisyen secara online. pelajar sekolah tidak lagi perlu pergi ke pusat tuisyen. ibu bapak tak perlu ambik masa hantar dan ambik anak di pusat tuisyen. mereka dah boleh buat tuisyen di rumah. kemahiran & pengetahuan mereka akan dipantau secara online oleh pembimbing. sediakan saja duit & peralatan komputer sudah boleh belajar tuisyen di rumah. aku rasa, ramai ibu bapa yg lebih senang begini. anak-anak ada 'depan mata' mereka, belajar di rumah.

*******

kira-kira seminggu lepas pihak sekolah anak aku mengedarkan makluman yg mereka akan mengadakan tuisyen malam. untuk pelajar tahun 4,5 & 6 yg akan periksa upsr. pembimbingnya ialah guru sekolah itu sendiri. bayarannya tidaklah mahal rm20 satu subjek. hanya ada 2 subjek yg diajar terlebih dulu iaitu matematik & english. subjek lain akan diajar kalau ada sambutan & guru berkaitan. waktunya 8:00-9:30 malam. satu subjek satu malam setiap isnin & selasa.

eril begitu teruja nak memulakan kelas pertamanya. awal-awal lagi dia dah bersiap. aku hantarkannya & berpesan akan menjemputnya sebaik kelas tamat jam 9:30 nanti.

anehnya, eril hanya diam membisu dalam perjalanan balik. sesampainya di rumah, dia memulangkan duit bayaran yuran yg sepatutnya dibayar. lebih mengejutkan dia memberitahuku bahawa, kelas tuisyen itu dibatalkan & kemungkinan tidak diteruskan. cikgunya menghabiskan masa hari pertama itu untuk memulangkan yuran yg sudah dibayar & hanya memberi soalan latihan sementara menunggu jam 9:30. cikgunya memberitahu perancangan tuisyen ditangguhkan kerana pengetua sekolah akan bertukar ke sekolah lain, hujung bulan ini.

aku sedang mencari jawapan sebenar...

Isi bakul, angkat bakul orang lain!

aku ke pasar raya petang itu.
tugasan yg 'diamanahkan' ialah membeli barangan dapur yg kehabisan stok. termasuklah minyak masak, susu, garam, tepung dan telur. takda masalah yg besar untuk membelinya.

biasanya kalau ke bahagian pasar basah (wet market), wifey yg uruskan beli apa yg patut seperti ikan, ayam, sayur atau barangan dapur lain. tapi disebabkan wifey tak berapa sihat, maka aku terpaksa mengambil alih tugas dengan ditemani oleh si kecik erin (sebenarnya dia nak ambush aku belikan jajan sebagai upah).

aku ni tak berapa pandai sangat nak pilih barangan basah seperti ikan, ayam, udang atau sotong. kalau aku pilih pun pakai main ceduk, isi dalam plastik, timbang & bayar. nak pilih mana yang elok atau segar, aku tak reti. masalah yg aku hadapi lagi ialah tak dapat mengagak beratnya sebelum ditimbang. itu pasallah kadang2 kadang terlebih dan mahal atau terkurang dan tidak cukup.

tetapi disebabkan situasi yg mendesak, aku tabahkan hati dan kuatkan semangat. aku beli beberpa ekor ikan kembung (5 ekor, cukuplah seekor seorang...he he). aku juga beli udang yg tertera harganya yg mahal membuatkan aku berhati-hati supaya tak terlalu banyak (yg bila dibawak balik, aku ditegur oleh wifey krn sikit sangat), 'beberapa' ekor sotong dan seekor ayam. okaylah pada fikirku untuk bekalan 4-5 hari.

kemudian aku ke tempat sayur-sayuran untuk beli petai (mahal petai di sini, tak macam di tepi jalan kuala pilah) & kacang panjang. takda masalah sangat memang dah siap diikat berserta harganya sekali. lagipun memang dilabel petai atau kacang panjang jadi tidaklah aku tersilap membeli jering atau kacang buncis. semasa memilih sayuran itu, aku meletakkan bakul di lantai.

************

semasa beratur di kaunter bayaran, aku sedikit terkejut kerana barangan yg aku beli tadi seperti susu, petai, tepung, sotong & udang tidak ada dalam bakul!

aku tanyakan pada erin, mana barangan tu. tapi erin cuma memandang kosong sambil mengangkat bahu & menggeleng kepalanya (di tangannya memegang jajan, cip kentang).

alamak macam mana ni!

tersedar ada sesuatu yg tidak kena aku berpatah balik ke tempat aku memilih sayur tadi. aku ternampak seorang perempuan sedang tercari-cari sesuatu. sebaik ternampak aku membawa bakul yg berisi ubat gigi, sabun basuh, ikan & beberapa barangan lain, dia hanya tersenyum memandang aku.

aku cuma tersengih sambil mintak maaf padanya. kami pun bertukar-tukar bakul (macam bertukar tukar m.o.u) ada riak kehairanan pada wajah erin.

*********

moral kejadian itu "lebih baik isi bakul angkat sendiri daripada isi bakul, angkat bakul orang lain..."

Ahad

Apr 19, 2010

aku meraikan kemenangan man utd & kekalahan chelsea.
malamnya, pulak aku diberi kejutan hadiah kekalahan arsenal.

semalam juga ada seorang kawan baik yg meraikan usia ke-40nya.

aku sempat juga berchatting dengan kawan lama di ruang siber. kebetulan sama-sama online. banyaklah cerita sekarang & nostalgia dulu yg kebanyakannya bila dikenang bagaikan cerita lucu.

tengah hari semalam berkumpul dengan adik-beradik untuk bacaan yasiin & tahlil bulanan, kali ini semuanya ada, kesepuluh-sepuluhnya...jarang sekali dapat berkumpul begini.
dapat jugak direalisasikan 'projek' kami untuk membina istana baru menggantikan rumah pusaka yg kini diduduki oleh kakak. hasil tabung & sumbangan bersama.
kalau takde aral, kerja kan bermula minggu ini & dijangka siap sebelum bulan puasa...

"Ada duit kecik tak..."

Apr 16, 2010

dah acap kali aku ditanyakan oleh jurujual, pekedai atau kasyier "ada duit kecik tak..?"
malah kadang-kadang duit yg dihukurkan bukan dalam jumlah besar, kadang-kadang rm10 atau rm5 saja, tapi masih ditanyakan begitu.
lebih buruk lagi ada peniaga yg mintak kita sendiri tukarkan wang "di kedai lain" & kemudian datang semula membayar ke kedainya setelah dapat "wang kecil".
kalau waktu pagi, kedai baru buka mungkin adalah sedikit alasan. tapi kalau dah tengah hari atau petang masih ada masalah takda tukaran wang kecil, itu bukan orang berniaga, lebih baik main pondok-pondok yg gunakan duit olok-olok.
bagi aku kalau nak bukak kedai atau nak berniaga, perlulah bersedia. bersikap proaktif, profesionall, layanan kelas satu. sediakan wang kecil.
sebab tulah kalau kita berurusan di pasar raya besar tak pernah timbul masalah tukaran wang kecil.
di plaza tol, misalnya, pernah tak berlaku masalah tukaran wang kecil, meskipun kita memandu melaluinya pada waktu subuh sekalipun...tak pernah!
ataupun kita ke kedai serbaneka 24 jam, pada waktu tengah malam pun masih ada wang tukar.
itulah peniaga atau organisasi perniagaan yg berorientasikan pengguna.
itulah yg berlaku semalam, bila aku ke sebuah klinik (yg tertera servis 24 jam) untuk beli sejenis ubat. tertera pada pintu masuknya "doktor tidak bertugas 8:30pagi -6:00ptg". bayangkan klinik 24 jam tidak ada doktor...lebih baik tutup saja!
waktu itu sudah jam 12:00 tengah hari. pekerjanya sedang "sibuk" baca surat khabar.
harga ubat yg aku kehendaki itu cuma rm5. oleh sebab aku tidak ada wang kecil jadi aku hulurkan nota rm50. katanya klinik tidak ada tukaran wang kecil pada waktu itu.
pekerja itu kelihatan teragak-gak untuk memberikan aku ubat itu. walhal itu salah mereka!
oleh sebab aku tinggal berhampiran, aku katakan akan singgah bayar pada sebelah petangnya, sebagai penyelesaian...

selamat hari jadi, abang nazeril

Apr 15, 2010

aku panggilnya 'abang'. dia sendiri minta dipanggil begitu. sebelum ini aku memanggilnya dengan nama sebenar.
10 tahun dulu, pada hari ini kau dilahirkan, permata hati penyeri hidup keluarga kita. pelengkap sebuah famili.
kau dah besar sekarang. ramai mengatakan kau mirip wajah papa masa kecik dulu. mungkin papa sedikit lebih hensem...he he.
apa pun seperti yg papa selalu pahatkan kata-kata pada abang, jadilah anak yg baik, belajar rajin-rajin. besar nanti jadi anak yg berguna.
sentiasa hormat orang tua, sentiasa beriman & ingat pada Allah maha kuasa.
happy birthday, nazeril syazwan...

Aku nak rehat kejap, boleh...

Apr 12, 2010

aku baru saja sampai ke rumah. dengan badan penat bekerja 8 jam di pejabat. lagi pula aku perlu memandu pulang, menempuh kesesakan jalan raya ibu kota. mengharungi perjalanan sejauh 50 km untuk sampai ke rumah dari pejabat.

apa yg rutin aku lakukan ialah untuk berehat sekejap, sebelum mandi, menghirup kopi panas, yg biasanya sudah disediakan oleh wifey. hatta kalau aku terlewat pulang sekalipun kerana jalan sesak luar biasa atau hujan, kopi itu akan tetap tersedia di atas meja. dan aku pulak akan tetap menghirupnya, walaupun sudah sejuk. untuk mengambil hati wifey...

petang itu, aku sampai di rumah macam biasa. mengharungi pemanduan yg panjang. perkara pertama yg aku mahu buat ialah rutin harianku. perkara terakhir yg aku elak ialah gangguan yg menyesakkan otak fikirku.

itulah yg berlaku petang itu. sekumpulan orang yg aku percayai kumpulan t*******menuju ke arahku sebaik saja aku meletakkan kereta di depan rumah. tentu saja mereka nampak aku baru saja sampai. ya, mungkin tujuan & niat mereka baik. tapi mereka juga berkepentingan bukan? 'jurucakap' mereka menghulur salam & menyatakan 'hasrat' mereka untuk berkongsi ilmu & menyampaikan dakwah. minta diberikan 5-10 minit waktu aku.

lalu aku katakan dengan baik pada mereka "boleh tak berikan saya 5-10 minit. saya baru saja balik kerja. penat. nak berehat sekejap. nak jumpa anak isteri saya dulu. nak mandi, bersihkan diri yg berpeluh-peluh ni. kalau tuan nak ambil masa saya 5-10 minit selepas itu, sanggup tunggu, silakan...".

salah seorang daripada mereka cuma menjawab, "tak mengapa. lain kali". lalu mereka beredar pergi.

Negoghi juaro lagi!

Apr 11, 2010





selepas menjuarai piala malaysia musim lepas, n. sembilan merampas pula kejuaraan piala FA. menang melalui tendangan penalti selepas 180 minit perlawanan terikat 1-1 dgn kedah. seorang kawan lama berasal dari kedah menghantar sms sejurus sebelum perlawanan, mengatakan penuh yakin kedah akan menang dgn keputusan 3-1. aku balas dgn ayat "10-20 thn dulu bolehla. skrg jgn harap...". yep, keputusannya ternyata benar.

"...go straight, don't belok-belok!"

Apr 9, 2010

aku ada janji temu dengan pengarang petang semalam.
bukan seorang, tapi dua orang.
sehabis perbincangan dengan pengarang pertama, aku menuju ke lokasi pertemuan kedua. aku sudah pun google untuk tunjuk arah ke sana. pada satu simpang aku ternampak tanda arah menunjukkan tempat pertemuan yg dituju.
namun begitu, ada masalah timbul. sebaik sampai di bangunan tersebut, tidak ada satu tanda arah atau papan tanda yg menunjukkan itulah tempat yg betul. aku sedikit terkial-kial. tanda tanya mula muncul di fikiran. mungkinkah aku tersilap
kebetulan, lalu seorang lelaki muda, lalu ku tanyakan betul ke di situ tempat yg aku tuju?
jawabnya bukan. lalu dia pun menunjukkan arah padaku. daripada penerangannya ternyata lokasinya jauh daripada tempat aku berdiri ketika itu.
"encik kena ikut jalan depan ni. jumpa round about, lalu depan bangunan canseleri. lepas tu jumpa satu simpang masuk kiri. terus je, sampai jumpa stadium. belah atas daripada stadium, ada satu bangunan. ada tulis keris mas . bangunan tu 10 tingkat. tempat yg encik tanya tu, tingkat 4".
uargh...agak jauh juga. masuk kanan masuk kiri. bukan sekadar go straight, don't belok-belok!
"tapi tadi kat simpang tu, ada papan tanda tunjuk di sini tempatnya...?"tanyaku semula.
"ye ke, encik salah baca kot" katanya lagi penuh yakin.
aku jadi makin keliru. aku biarkan saja dia berlalu pergi.
walaupun tadinya yakin, aku sampai di tempat yg betul.
lalu, aku telefon semula pengarang yg nak ku jumpa itu. dia mohon maaf, masih dalam perjalanan ke situ. dia ada perkara mendesak yg perlu diuruskan. "dalam masa 5-10 minit, saya sampai..." maklumnya.
tidak pula aku tanyakannya sama ada aku berada tempat yg betul...
jadi aku ambil keputusan, untuk menunggu kedatangan pengarang itu. kalau dia tak jugak sampai dalam tempoh 5-10 minit yg dikataknanya itu, maknanya aku menunggu di tempat yg salah.
beberapa minit kemudian, meluncur sebuah kereta civic hitam berhenti tak jauh daripada tempat aku berdiri. ya, dialah pengarang yg aku tunggu.
dan memang betul, di situlah tempat kami sepatutnya berjumpa!

Mengalah

mengalah tak bererti kalah.
mengalah tak bererti takut.
begitu kata-kata yg sering kita baca dan dengar.
mengalah ada ketikanya baik demi mengelak ketegangan, perseteruan atau pertelingkahan.
ada ketikanya kita mengalah walaupun kita tahu kita berada pada pihak yg benar & betul.
kita mengalah demi mempertahankan hubungan persahabatan.
kita mengalah demi situasi yg tidak mengizinkan. tidak mahu mengeruhkan suasana.

mengalah juga bermakna mengaku kalah/salah/lemah.
mengalah juga beerti merelakan diri diperkecilkan.
begitu kata-kata yg sering kita baca dan dengar.
perlukah kita terus-terusan mengalah?

Sembilan puluh enam (96)

Apr 8, 2010

ada orang kata nombor dengan angka tidak sama.
begitu jugak huruf dengan abjad, walaupun sama tapi tak serupa.
keliru? aku jugak begitu...
yep, nombor 96 tak bermakna apa-apa bagi sesetengah orang.
tapi amat bermakna buat arwah abah aku, famili aku & aku sendiri.
nombor dua angka (betulke?...) tinggi nilainya. malah perlu dibida untuk mendapatkannya jika kita mahu menempah plet kenderaan.
anggota polis dikenal dengan nombor pengenalan diri mereka.
dan ya, arwah abah adalah pemilik no. 96 dengan bangganya.
aku pernah bertanya padanya, adakah dia anggota polis ke-96 di negara kita ni.
"entahlah..." jawabnya sambil tersenyum.
hingga hari ni, aku tak tahu jawapan sebenarnya.
nombor 96 yg berkilat itulah yg dipakai & disemat penuh bangga pada uniform arwah abah.
yg aku masih ingat, kalau mengisi apa-apa borang ketika di sekolah dulu, cikgu-cikguku sering memulangkan kembali padaku. mereka mengatakan yg borang aku tidak lengkap atau ada yg tak kena kerana mencatatkan 96 pada ruang kad pengenalan arwah abah.
beberapa kali juga aku kena jelaskan pada cikgu-cikguku yg menggaru-garu kepala yg tak gatal atau mulut yg terlopong.
sedihnya, arwah abah sehingga pencennya tidak pernah dinaikkan sebarang pangkat. hanyalah konstabel atau dulunya dipanggil mata-mata (mato-mato...he he).
yg aku tahu arwah abah seorang yg tegas, berdisiplin, tak banyak cakap.
bila arwah mak mempersoalkan kenapa arwah abah yg dedikasi & bertanggungjawab tu tak layak dinaikkan pangkat hatta lans korporal sekali pun...arwah abah hanya menjawab ringkas & penuh makna "aku ni tak pandai bodek...".
soal pangkat tidak pernah menghalangnya berkhidmat sepenuh hati, penuh bangga & sanggup berkorban demi negara. arwah abah seorang yg berjiwa besar.
sebab itu, aku akan berasa dukacita, kecewa & marah kalau ada orang yg memperkecil & meremehkan tugas polis.
dan angka/nombor 96 itu akan kekal dalam ingatan kami sampai bila-bila...

man utd 3 - 2 bayern munich

Arjen Robben's 74th minute goal put Bayern Munich into the semi-finals of the Champions League with an away goals victory over Manchester United. United had been three goals up on the night but the sending off of Rafael was crucial and Robben bagged the decisive goal.
soccernet.com

Nilai seorang kawan

Apr 7, 2010

satu demi satu mrk hilang. ditelan masa yg berlalu.
seorang demi seorang membawa haluan masing-masing.
akhirnya lenyap tanpa sebarang khabar berita.
mula dgn berkenal, berkawan, jadi rapat, berpisah, akhirnya putus hubungan.
entah kenapa aku teringat zaman sekolah. teringat pd kawan lama.teringat pd cikgu. terkenangkan sekolah. entah mengapa terlintas rasa rindu di benak.
rasa sayu pun ada. bila terkenangkan detik manis masa lalu. nostalgia silam.
setiap pertemuan, ada perpisahan. hakikat yg pahit utk ditelan.
tiada lagi gurau senda. usik mengusik. mentelaah bersama. bermain di padang bersama.
masing2 akan membawa haluan. mungkin sehari dua kita masih berhubung.
sebulan dua mungkin. setahun dua masih ada. selepas itu?
kalau ada lagi pertemuan, alhamdulillah.
sekiranya tiada lagi, kenangilah saat indah berkawan dulu...
bila usia memanjat dewasa, kita akan lebih memahami erti persahabatan.
menghargainya sbg sesuatu yg bernilai.
perpisahan yg berlaku, mengajar kita betapa berharganya seorang kawan.

Seorang kawan lama

Apr 6, 2010

hampir 20 tahun kami tak berjumpa. sejak hari-hari terakhir di kampus dulu. selepas menamatkan pengajian, masing-masing membawa haluan sendiri.
membina kerjaya, membina keluarga, membina ekonomi, juga membina perut yg boroi...hu hu.
kali terkahir aku bercakap dengannya, pada musim raya beberapa tahun dulu. ketika tu dia baru saja ditukarkan mengajar ke semenanjung selepas beberapa tahun merantau sebagai guru di sabah.
selepas itu, aku tidak lagi mendengar perkembangannya, apa lagi bertemunya. no. telefonnya hilang bersama hp yg hilang. aku sendiri tak berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. dia jugak mungkin begitu juga.
semalam dia menelefonku selepas kami berhubung melalui Fb. itupun aku sendiri yg mencarinya melalui enjin carian. malah aku akui, sebenarnya aku sendiri tidak pasti ejaan sebenar namanya...!
itu bukan bulat-bulat salah aku. kerana sudah menjadi kebiasaan semasa kita di asrama atau di kampus, kita lebih dikenali dengan nama gelaran atau nickname. hinggakan ingat-ingat lupa nama sebenar rakan baik sendiri.
sebaik mendapat mesej daripadaku, dia terus menelefonku. suaranya tak ubah. masih seperti yg ku kenal dulu. sikap riangnya juga masih yg sama. lawaknya jugak masih boleh tahan. gurauannya jugak masih tak berkurang. aku teruja. dia gembira. kenangan lalu menghujani gambaran fikirku.
mungkin yg agak berbeza, cuma loghat utaranya agak berkurang. tidak sepekat dulu. mungkin ekoran mengajar di luar daerah & bahasa baku yg diajar di sekolah sebagai cikgu selama bertahun-tahun...
li, selamat berjumpa kembali,
moga kali ini ikatan silaturahim kita akan berkekalan...!

Pesan lain, dapat lain

kalau kita pesan burger ayam, mestinya kita harap akan dapat burger ayam & makan burger ayam. bukan burger daging atau burger ikan...
kalau kita pesan tomyam campur, maknanya kita nak makan tomyam campur, bukan tomyam ayam, bukan tomyam sayur bukan jugak tomyam daging...
kalau kita pesan, teh o ais limau, maksudnya kita nak minum teh o ais limau, bukan minuman lain termasuk teh o ais tanpa limau atau lain sedikit seperti teh ais.
biasanya waiter (peramu saji) akan mencatatkan pesanan. sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
tapi ada ketikanya, kita masih tak dapat apa yg kita pesan.
pelik bukan.
tapi kita ni orang baik. jarang sekali kita membantah, walaupun tak dapat apa yg kita pesan.
tak pernah kita meninggalkan meja & berlalu pergi tanpa memakannya, walaupun pesanan yg dihantar tidak betul.
kita jugak tak memanggil pekerja atau tuan punya kedai makan untuk komplen, atau memarahi atau menegur akan kesilapan mereka.
habis kuat kita akan kata "tobat dah, aku tak makan lagi kat sini...!"
ataupun sekadar merungut tak puas hati. tapi kita masih makan atau minum & kemudian membayarnya juga.
semalam kami keluar makan di sebuah kedai tomyam. sudah beberapa kali ke sana. takda masalah pun. masakannya pun boleh tahan & harganya berpatutan.
tapi entah kenapa kali ni (mungkin kelemahan waiternya) hidangan yg dihantar tidak seperti yg dipesan.
kami pesan ikan bawal dimasak cara sweet & sour. tapi yg diterima ikan bawal steam. kalau ikan sungai memang sesuailah dimasak steam, tapi kalau ikan laut seperti bawal dimasak steam, memang tak kena langsung!
si pelayan hanya terkebil-kebil, diam seribu bahasa & tanpa memohon maaf berlalu pergi apabila kami menegur kesilapannya.
kami boleh saja suruh dimasak semula pesanan yg kami minta pada awalnya, tetapi memandangkan anak-anak sudah makan hidangan makanan yg lain (termasuk tomyam, daging masak merah, telur dadar, goreng ikan masin), kami terima sajalah masakan ikan bawal masak steam tu.
kalau disuruh masak semula pun, tentunya kami perlu menunggu lebih lama. perut pun dah lapar. sudahnya, makan sajalah apa yg ada, walaupun ikan bawal masak steam tu memang tak kena & tak sedap pun!

Formula 1

Apr 5, 2010

jarak antara rumah aku dengan trek F1 sepang lebih kurang 5 km saja. setiap kali kalau ada perlumbaan F1, motoGP atau apa saja, boleh kedengaran deruman enjin dari rumah aku. begitulah gambaran dekatnya. untuk perlumbaan F1 kali ni aku tak ke sana. taklah terkilan sangat sebab sudah beberapa kali menonton di situ. oleh sebab tak ke sana, yg hanya dapat ditonton ialah pertunjukan udara yg melintasi bumbung rumah aku. inilah yg sempat dirangkap oleh kamera kecilku.

Biarkan begitu saja

idea untuk mengumpulkan mereka semasa ketiadaan pengurusan tertinggi, semata-mata untuk memancing mereka keluar dari kepompong.
keluar dari dunia tempurung.
berhijrah dari zon selesa.
aku sepatutnya mengumpul maklum balas mereka.
tapi apa yg aku dapat?
cerita lama yg dah basi,
skrip lama yg diulang-ulang.
mereka enggan berubah.
lebih daripada itu, orang lainlah yg perlu berubah mengikut kemahuan mereka.
ini bukanlah kali pertama berlaku. tetapi berlaku lagi.
aku jangkakan mereka semakin matang dengan berlalunya masa.
ternyata aku silap besar.
mereka tak pernah berubah, tak mahu berubah, atau tak mungkin berubah.
aku sepatutnya membiarkan saja mereka dengan dunia mereka.
tunggul kayu pun ada harga, tapi kalau dah reput...tentunya dibiarkan saja.
oleh itu, aku akan biarkan saja mereka...
i rest my case

Orang lain buat, aku pun buat juga

Apr 2, 2010

perkara asas di tempat kerja ialah bekerja ikut waktu pejabat yg ditetapkan. maknanya datang sebelum waktu pejabat bermula & pulang hanya selepas waktu pejabat berakhir. itu jugak bermaksud, jika waktu bekerja 8:30 pagi, kita sudah berada di tempat duduk, di kaunter atau sudah memulakan kerja. bukannya masih berada di kantin untuk sarapan, atau melayari internet, atau mengemas kini blog atau hantar komen facebook. jika waktu makan tengah hari atau rehat ialah 1 jam antara 1:00-2:00 ikutlah, bukankah itu peraturan asas. janganlah gunakan waktu rehat & makan untuk beli belah, lepas tu masuk ofis 'terlajak' pukul 3:00 pm. kan ada hari minggu?

kalau memandu di jalan raya, perkara asasnya termasuklah mematuhi had laju, memandu ikut lorong, tidak melanggar lampu isyarat. kalau jalan sesak, tidak bererti kita boleh memandu ikut lorong kecemasan, menukar lorong sesuka hati, memotong barisan. kalaupun ada orang lain yg berbuat demikian, adakah kita juga perlu ikut perkara yg salah?

itu belum lagi masuk bab masuk tandas awam. selepas guna tandas, tariklah flush atau tekan pam. kalau letak kereta, letak di petak yg ditetapkan. kalau berbaris di kaunter pembayaran atau perkhidmatan, ikutlah giliran bukan potong barisan, bila waktu balik pastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan...

banyak lagi lah perkara asas yng sepatutnya sudah menjadi rutin. tetapi masih jugak diambil lewa. atau sikap, ikut-ikutan...

majlis bicara ilmu penerbitan

Apr 1, 2010




aku berkesempatan ke majlis ini semalam. walaupun kehadiran 'diramaikan' oleh pelajar pengajian media UM (mungkin diwajibkan oleh pensyarah mereka), tetapi yg penting ialah pengisian & ilmu yg disampaikan oleh dua org pembicaranya, prof. emeritus dr abdullah hassan & prof. dr md sidin ishak. di luar, hujan turun dengan lebat, mungkin sedikit menghalang kedatangan pesertanya. apa pun tahniah kepada penganjurnya. semoga penganjuran majlis seperti ini berterusan.

Biduk lalu kiambang tak lagi bertaut

ramai kalangan rakan sekerja tahu, aku tidak berapa 'mesra' dengan H. kejadian beberapa tahun dulu yg akhirnya membuatkan kami tidak bertegur sapa buat beberapa tahun walaupun bekerja di bawah bumbung yg sama. H sendiri sedar & maklum bahawa keslahan & kesilapan itu berpunca daripadanya.

beberapa tahun selepas kejadian itu, H sudah bertukar ke tempat kerja lain. tapi masing-masing punya ego. H tidak pernah memohon maaf secara berdepan denganku. aku pula takkan terhegeh-hegeh untuk berbaik-baik semula dengannya. benarlah kata orang luka di tangan nampak di mata, luka di hati tak siapa tahu. kejadian yg membabitkan aku dengan H, menyebabkan aku berasa sangat tersinggung malah lebih daripada itu, aku rasa teraniaya & dikhianati. manakan tidak, akibat perbuatan H, aku nyaris saja dibuang kerja!

namun sekeras mana pun hati manusia, bila usia meningkat meniti kedewasaan dengan masa yg berlalu pergi, jiwa yg luka kembali sembuh. namun, parutnya masih terkesan. walaupun di sudut hati, aku sudah memaafkan H, namun hubungan kami takkan sama seperti sebelum kejadian pahit itu.

ya, sesekali jika bertembung atau bertemu di mana-mana, dalam majlis ilmu atau keraian, kami akan saling bertegur sapa, bertanya khabar & bersalam. tapi setakat itu sajalah. kiambang kembali bertaut selepas biduk berlalu tetapi tautannya tak serapat dulu.

pada aku, daripada pandangan mata & raut wajahnya setiap kali bertemu, ada rasa bersalah, serba salah, malu atau dalam istilah mudah 'malu mata'.

semalam bila bertemu di satu majlis seperti kebelakangan kini kami sekadar bersalaman & bertegur sapa. tidak ada rasa kemesraan. aku ditanya oleh rakan sekerja yg bersamaku ketika itu,"you dengan H dah ok sekarang?"

"sekadar ok saja, nak berbaik macam dulu, mungkin tidak..."