~ kebetulan atau memang betul ~

Aug 5, 2010

tak tahulah sejauh mana benarnya.
kata orang kalau kita ada niat nak tukar kereta yg kita pakai dengan kereta yg baru, jangan lafazkannya dalam kereta itu. atau bagitahu orang lain. simpan saja dalam hati, sampai kita benar-benar dah bersedia melepaskannya.
kalau setakat dalam perancangan atau ura-ura, janganlah bercerita tentangnya. atau 'didengari' olehnya.
sebabnya, ia akan merajuk. ya, kereta kita juga pandai merajuk.
macam mana ia merajuk?
caranya dengan meragam. maksudnya, ia akan memberi kita masalah.
sampai ke tahap eksiden, kalau ia betul-betul merajuk.
atau mengalami kerosakan enjin.
tayar pecah atau pancit.
atau kerosakan lain, seperti penyaman udara tak berfungsi, peralatan audio rosak, cermin automatik rosak, sistem alarm menjerit tak pasal-pasal, ataupun bateri 'kong'.
itu kata-kata kawan yg pernah aku dengar.

iyalah, aku mengaku. ada menaruh sedikit kepercayaan.
aku mengaku, memang ada bercerita dengan kawan-kawan akan niat hendak menukar kereta yg aku pandu sekarang kepada kereta baru.
dua bulan lepas, penyaman udara kereta ada masalah. jika dipasang, kereta jadi semput. jadi, aku hanya pasang jika perlu sahaja.
sebulan lepas, tayar kereta terpaksa diganti kerana pecah di tengah lebuh raya.
dua minggu lepas, dua tayar bahagian depan diganti baru sebab ada 'keretakan' luar biasa.
pagi tadi, enjin kereta tak boleh dihidupkan. kemungkinan besar bateri 'kong'.
sudahnya, aku tinggalkan begitu sahaja & pergi kerja dengan kereta wifey.
sebabnya aku dah 3 hari bercuti...takkan nak ponteng.
kebetulan atau memang betul?

7 refleksi:

tdevaraj said...

kau dah blog pasal kereta tu..agak-agak kereta kau merajuk lagi tak lepas ni?

kalau susah sangat, pinjam je kereta Surianiey

bangsawan nilai said...

TD,
takpe, kereta aku buta huruf!

dia bagi pinjam, tp aku tk pandai drive bmw 5 series....ha ha

rahimin said...

ben,
patutla aku pinjam kapcai aku kau tk nak, rupanya ade org offer bmw

suriahoney said...

weyyy, numpat i ye!

mane ada bmw, ferrari adela

tdevaraj said...

TS..kau pinjam ajelah Ferari dia..lepas tu keluarkan anak patung dan bantal pink dan simpan dalam stor.

suriahoney said...

bantai peluk i ada gmbr ronaldo...heh heh

tdevaraj said...

Kesian Ronaldo