aku sekeluarga hendak keluar bersiar-siar pd hujung minggu. sebelum meneruskan perjalanan, singgah dulu di sebuah kedai makan untuk bersarapan untuk mengalas perut. masing-masing ceria, maklumlah dalam perancangan nak beli persiapan hari raya. kanak-kanak pastilah lebih teruja.
oleh sebab hanya nak bersarapan yg ringan, dan dalam perancangan nak makan tengah hari yg agak istimewa nantinya, kami hanya memesan roti canai dan minuman. pada masa tu taklah ramai orang di kedai makan itu. kedai makan itu sengaja dipilih kerana dalam laluan menuju ke lebuh raya. jadi tidak perlulah kami berpatah jauh dari arah laluan.
tapi kami terpaksa tercangak-cangak memanggil waiter untuk membuat pesanan. nampaknya di sini, pelanggan yg kena cari pekerja kedai makan. masing-masing nampaknya terlalu 'sibuk' hingga tidak menghiraukan kami sekeluarga yg sedang duduk & mahu membuat pesanan.
selepas bersusah-payah menarik perhatian dengan lambaian tangan & 'siutan' barulah seorang pekerja menghampiri kami. dengan wajah yg suram & kusam dia mengambil pesanan. detik berlalu. pelanggan yg datang semakin ramai. agak lama juga baru dihantar pesanan minuman kepada meja kami.
meja berhampiran kami sudah pun dihantar hidangan pesanan mereka. manakala meja kami masih kosong. anak-anak mula mengeluh. hati aku mula panas. aku sekali lagi memberi isyarat tangan & mata pada waiter yg mengambil pesanan tadi. dia mengangkat tangannya kembali. maknanya, dia faham maksudku yg hidangan kami masih belum sampai.
sekeluarga yg baru datang dan duduk di meja bersebelahan kami, dihantar pesanan terlebih dulu. kurang sabar, aku bangun dan pergi kepada seorang pekerja yg bertugas di kaunter atau kasyiernya. membuat aduan yg pesanan kami sudah terlalu lama tidak diendahkan. tapi nampaknya, penantian kami masih tidak berkesudahan.
tidak ada jalan lain lgi selain dengan protes. kami meninggalkan meja dan beredar pergi tanpa membuat sebarang bayaran mahupun membatalkan pesanan...!
mulai hari itu, kedai makan itu sudah disenaraihitamkan daripada kunjungan kami.
* kedai makan itu adalah kedai makan melayu bukannya kedai mamak
2 refleksi:
servis kedai melyu memeng hampeh...
kedai mamak jgk la...
Post a Comment