isnin lepas.
sebenarnya dah 5 hari umat islam berpuasa.
tapi bagi erin, itu hari pertama. sebab sebelum ni dia demam.
sejak dekat ramadhan, dia la paling teruja nak puasa. demam pun dia masih nak puasa.
tapi aku tak bagi. nanti tak larat. lagipun kena makan ubat, takut melarat...
jadi, isnin lepas merupakan hari pertama erin berpuasa.
bangun sahur, takde masalah.
senang aje dikejutkan. cuma tak berapa lalu nak makan.
ditelannya juga nasi goreng yg dimasak wifey dengan ayam goreng.
selepas meneguk air milo, dia pun sambung tidur.
petang itu, bila aku pulang dari kerja, erin sudah balik dari sekolah petang.
balik awal sebab bulan puasa.
uniform sekolahnya masih belum diganti. dia baring keletihan.
aku tanyakan padanya "puasa?"..."puasala..." jawabnya lemah.
kemudian aku katakan nak pergi ke bazar ramadhan. membeli perbukaan.
erin segera bangun. mengatakan yg dia nak ikut sama.
nak mandi & tukar baju dulu katanya sambil meminta aku menunggu.
mula-mula aku cuba halang. kesian, takut dia tak larat.
maklumlah, pengunjung bazar ramai. susah parkir, mungkin kena berjalan jauh sikit ke gerai.
suasana sesak, bising, asap. bimbang erin tak sanggup melaluinya.
tapi mengenangkan hari ni puasa pertamanya & teringin nak memilih makanan yg disukainya untuk berbuka nanti, aku pun mengalah saja.
sampai di bazar ramadhan, kami pun berjalan dari satu gerai ke gerai yg lain.
mula-mula erin nampak teruja. tapi selepas tu, langkahannya mula perlahan.
penat katanya dan minta aku segera beli & balik.
aku cuba memujuknya. kerana nak memilih makanan pun kadang-kadang rambang mata.
perlu juga buat pilihan makanan yg mewakili cita rasa semua.
memilih gerai atau makanan yg kita rasa paling baik antara gerai yg menawarkannya.
erin memilih ayam goreng dan kuih tepung pelita sebagai juadah berbukanya.
akhir sekali aku beli singgah di gerai menjual pelbagai jenis air.
aku beli air tebu untuk semua.
tapi erin minta dibelikan air oren untuknya. diletakkan dalam gelas plastik.
dia sendiri yg membawanya.
oleh sebab aku pegang banyak bungkusan makanan, jadi aku tidak lagi memimpin tangan erin seperti mana waktu awal datang tadi.
tapi aku mintak erin berjalan di sebelahku.
kami pun beredar pulang.
*****
dalam perjalanan ke tempat kereta, aku dapati langkahan erin sengaja diperlahankannya. beberapa kali dia tertinggal ke belakang.
bila aku berpaling ke belakang, sedarlah aku, yg erin sedang menyedut air oren dengan straw.
rupa-rupanya erin tak tahan dengan godaan air oren.
aku faham, budak-budak tak tahan dahaga.
sayangnya, waktu itu hanya tinggal 1 jam setengah sebelum waktu berbuka puasa.
tapi aku pura-pura saja tak nampak perbuatan erin yg curi-curi minum itu.
di dalam kereta semasa memandu pulang, erin sengaja duduk di belakang. sambil menyedut straw air orennya. aku bertanya "laa, kenapa erin minum?"
dia hanya tersenyum. "eh, papa tau ke erin minum. erin tak tahan dahaga la..." dia mengaku.
aku senyum aje.
tak mengapa lah...budak-budak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
ha ha...mcm perli aku je citer ni
kita budak2 dulu pun curi teguk minum air paip...ha ha
Post a Comment