~ telur separuh masak ~

Aug 19, 2010

ramai yg tak sedar bila mereka hanya cakap ikut sedap mulut.
ikut logik akal sahaja.
aku ada baca beberapa komen tentang kes buang bayi yg makin menjadi-jadi sekarang ni.
dah mula yg memandai-mandai mengemukakan teori & hipotesis masing-masing.
dalam blog kawan baik aku pun ada menyebut hal yg sama.
tapi setakat guna kelogikan akal sahaja, tak cukup.
kenalah buat kajian sikit.

hari ni aku baca surat khabar yg seorang pemimpin muda sebuah parti melontarkan kesimpulan yg hampir sama spt yg pernah aku terbaca sebelum ini.
mempersalahkan hari-hari sambutan yg dianjurkan sebagai punca berlakunya maksiat atau zina.
kejadian yg berleluasa sejak beberapa bulan kebelakangan (julai & ogos) berkebetulan tempoh 'musim mengawan' katanya yg berlaku sepanjang bulan disember & sambutan tahun baru.
jadi bulan julai & ogos adalah musim 'menetaskan telur'.
sekali gus menyalahkan penganjur yg mempelopori pesta-pestaan termasuk kerajaan.
teori yg mudah. mengambil kira tempoh 'eraman' seorang bayi.
mungkin adalah beberapa kes yg kena dengan teori itu.
tapi, maaflah aku menolaknya bulat-bulat.

di mana banyak berlaku kes buang bayi?
di bandar sahaja? orang KL sahaja? atau orang yg pergi pesta saja?
bukankah ia juga berlaku di kelantan, kedah, pahang, terengganu...
bukankah kes ini menular di merata ceruk yg tidak ada pun penganjuran pesta.
tak kira bandar, pekan, kampung, estet, pedalaman sekalipun, bukan?
adakah ini berkait juga dengan sambutan tahun baru atau hari valentine?
bukankah budak sekolah juga terlibat sama. orang dewasa lagilah.
cakap yg mudah, kalau tak pergi pesta pun orang buat seks juga, kalau dah nafsu membelenggui diri.

sebenarnya, ini bukanlah kes-kes one off atau one night stand. tapi dilakukan berulang-ulang hingga 'terlajak' dan 'termengandung'.
sekarang ni di mana-mana saja ternampak pasangan ke hulu ke hilir. di kompleks beli-belah, pawagam, di tempat makan. mereka ini berjumpa saban hari. saban minggu. bukan pada waktu menyambut merdeka, tahun baru atau apa saja sambutan.
ada yg berpasangan dah macam suami isteri, cuma tak duduk serumah. pergi kerja bersama, pergi berhantar, balik berjemput, makan tengah hari/malam bersama.
jadi ruang untuk 'melakukan sesuatu' juga sentiasa ada. tidak perlu tunggu untuk 'musim mengawan'.

carilah ruang penyelesaian. kemukakan cadangan.
jangan asyik menyalahkan.
usahlah buat kenyataan umum atau generalisasi.

dalam bidang penulisan dan penerbitan selalu diingatkan jangan buat kesimpulan yg umum sifatnya. kemukakan perincian atau data atau sokongan fakta.
kalau banyak - berapa banyak, berapa peratus, berapa jumlahnya, puratanya.
kalau tinggi - berapa tinggi, berapa kadarnya
kalau meluas - berapa luas, jaraknya, lingkungannya
janganlah menulis bagi pihak semua orang, tulis bagi pihak kita sendiri.
pendapat separuh masak tak memberikan apa-apa faedah.
kecualilah telur ayam kampung separuh masak yg elok dimakan waktu sarapan.

4 refleksi:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

nice post
setuju.

editor kampung said...

pada diorang ni sekali 'buat' terus jadi.
mengawan pun ada musim?
nafsu tak kira musim, tak kira pesta, tak kira tempat. anak imam pun termasuk, anak ahli politik pun terbabit.
biasalah kalau dah ahli politik tu cakap pun motifnya politik.

rahimin said...

org yg ckp tu memang telur dia separuh masak...he he