berkunjung ke bazar ramadan, pada hari pertama puasa merupakan satu cabaran.
cabaran pertama, ialah untuk meletak kenderaan. masalah diburukkan lagi bila ada yg kurang waras meletak kenderaan ikut tahap kebodohan mereka hingga menyusahkan orang lain.
puncanya sikap pentingkan diri dan mahu meletak kereta mereka sedekat yg boleh. kalau boleh mahu diletakkannya betul-betul di depan gerai jualan makanan.
tapi masih ramai yg sanggup beralah. tidak mahu menyusahkan yg lain. biarpun terpaksa meletak kenderaan jauh & perlu menapak dalam jarak yg bukan dekat. bukankah berpuasa juga bertujuan untuk melatih kita bersikap sabar dan tabah menghadapi cabaran. jika cabaran untuk meletak kenderaan jauh sedikit pun sudah mengeluh, maknanya puasa kita hanya berlatih menahan lapar dan dahaga saja. aku bernasib baik dapat meletak kereta agak hampir, berkebetulan ada yg beredar keluar. berkat kesabaran menunggu, mungkin...
sebaik sampai ke deretan gerai menjual juadah, ternyata luar biasa ramainya. hinggakan terpaksa bersesak-sesak & berhimpit impit. ada sesetengah gerai, ada yg berasak-asak serta berebut-rebut untuk berdulu-duluan membeli apa yg dihajati. hinggakan ada yg bermasam muka, merajuk & perli-memperli. aku lihat penjual pun pening kepala kerana tak menang tangan. apalagi terpaksa melayani kerenah pelanggan yg ramai. lebih buruk lagi, apabila sudah terlalu ramai, mereka sendiri kurang pasti yg mana pelanggan yg membuat pesanan dulu. inilah yg kerap menjadi punca kurang senang sesama pelanggan atau pelanggan-penjual. masing-masing pula tak mahu mengalah. nak cepat sahaja. bukankah semua yg membeli juadah itu bertujuan untuk persediaan berbuka puasa. maknanya sama-sama sedang beribadah. janganlah sampai kerana nak beli nasi ayam atau kuih akok menjadi punca rasa tak puas hati, sakit hati atau panas hati. hingga mengurangkan pahala puasa...
aku terpaksa beralah kerana datang sambil mengheret si kecil, erin, yg beriya-iya hendak mengikutku. aku cuba cari gerai yg kurang sesak atau tak perlu berebut-rebut. malangnya, tidak ada satu gerai pun yg tidak dikerumun. semuanya sama sahaja. yg kurang sesak sikit sebab juadah jualan mereka hampir habis atau kurang pilihan. gerai yg popular seperti menjual ikan bakar, murtabak & kebab lebih baik cuba dijauhi. kalau nak jugak terpaksa mengambil waktu yg lama untuk dapat giliran. aku tak sanggup buat begitu.
akhirnya, dapat juga aku memboloskan diri memberi makanan yg diperlukan. walaupun bukan pilihan utama, mungkin juga bukan pilihan kedua, bolehla juga dihidangkan untuk berbuka nanti. pada hari lain dan 29 hari lagi, mungkin aku boleh membeli & menikmati juadah yg lain. apa perlunya dibeli segala yg diinginkan dalam masa sehari!
3 refleksi:
nk beli air tebu & murtabak...yummy
TS..kau pakai baby-T time beli buka puasa?
Post a Comment