aku ke pasar ramadhan petang semalam untuk beli juadah berbuka puasa.
kali aku ditemani oleh eril.
biasanya sesiapa yg menemani aku, akan mendapat upah.
sebut saja apa yg digemarinya, aku akan beli sebagai ganjaran.
jadi aku tanyakan apa yg dimahu oleh eril.
"belikan ice-blended..." jawabnya.
ya, selain kuih-muih, ikan bakar, air tebu, murtabak...di bazar ramadhan juga ada dijual ice-blended!
nak perisa apa? mocha, latte, cappucino, vanila etc. pilih saja.
sebaik aku memesan mocha, aku disapa oleh tuan punya gerai.
"eh, macam kenal je. apa khabar bang?" sapanya ramah.
"baik je..." dalam jawapan itu aku memandang tepat wajahnya sambil berjabat tangan.
sambil itu, aku cuba mengingat, siapa gerangan pemuda itu.
"lama tak jumpa. macam mana sihat?" tanyanya mesra.
"sihat. alhamdulillah. makin sihat. kau pun nampak sihat" aku cuba beramah.
"masih guna kereta lamborghini tu lagi?" tanyanya pula.
aik, macam mana dia tahu, aku pakai kereta model tu.
"pakai lagi. selagi boleh jalan, pakai je..." jawabku, masih dalam kesamaran.
"macam mana niaga...?" aku cuba ubah topik sambil terus cuba mengingat.
"okla bang. meniaga kecik-kecik..." dia jawab sambil tangannya sibuk menyiapkan ice-blended mocha.
selepas membayarnya, aku pun berlalu dengan berbalas ucapan "jumpa lagi, terima kasih...".
dalam perjalanan memandu pulang dari bazar ramadhan, akhirnya aku dapat mengingat siap gerangan tauke gerai ice-blended itu.
dia ialah salesman kereta yang aku beli dulu & masih pakai sekarang.
patutlah dia tahu model kereta apa yg aku pakai.
tak sangka dia masih ingat, sedangkan kali terakhir aku jumpa dia semasa dia menyerahkan kunci kereta baruku itu, kira-kira 6 tahun lalu.
cepatnya masa berlalu. mungkin aku customernya yg paling disayangi...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment